SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, June 22, 2011

PERKONGSIAN PENGALAMAN PEMBANGUNAN ICT DI PKG JOHOL











ALHAMDULILLAH...Dapat jugalah saya berkongsi pengalaman berkaitan pembangunan ICT di sekolah bersama para guru besar dan pengetua PKG Johol. Hampir seramai 20 orang terlibat di dalam program ini yang diadakan di PKG Johol pada 21 Jun 2011. Turut hadir adalah Encik Mohd. Azalan , Penolong Pengarah BTPNS, Encik NoorHaslin dari SMK Jelai Felda dan pegawai PKG Johol.

Dalam perjumpaan ini saya sempat menceritakan pengalaman membangunan ICT bermula sejak di SMK Dato Sedia Raja , Rembau membawalah ke Jelai Felda dan kini di SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Apa yang dapat saya jelaskan ialah , untuk membangunan ICT ini pertama perlulah digerakkan oleh pemimpin sekolah terlebih dahulu. Pemimpin sekolah haruslah memulakan daripada diri mereka dahaulu. Antaranya ialah:

1. Mereka perlu mempunyai kesedaran akan kepentingan ICT di dalam dunia pendidikan kini dan apa yang mampu dilakukan oleh ICT dalam menyediakan pelajar kita ke pasaran terbuka.

2. Pengetua dan guru besar perlu mempunyai minat, menunjukkan minat berkenaan dan membantu guru-guru di dalam melaksanakan pembestarian pendidikan di sekolah. Pengetua dan guru besar mestilah memulakan dengan diri mereka sendiri mengunakan ICT di dalam P & P mereka dan menjadi contoh ikutan kepada guru-guru lain. Jika pemimpin sekolah mampu melakukannya, maka tidak mustahil pula bagi guru mengamalkannya. Bercakap tentang minat, pemimpin sekolah mesti mempunyai kemahiran asas atau terlibat sama di dalam dunia ICT. Pengetua harus menggunakan laptop sendiri, ada blog, facebook, e-mail , skype atau sebagainya.

3. Pemimpin sekolah perlulah mendapatkan kerjasama dan membentuk pasukan di dalam melaksanakan ICT di sekolah walaupun bermula dengan 2 atau 3 orang guru yang mempunyai minat dan komitmen yang total. Untuk membuat perubahan , kita tidak perlu menunggu sehingga semua orang bersedia , tetapi hendaklah bermula walaupun dengan jumlah yang kecil. Bilangan yang kecil ini sebenarnya jika disokong kuat oleh pemimpin sekolah , ia akan merubahan keseluruhan anggota atau warga sekolah tersebut.

4. Pemimpin sekolah juga perlulah memberikan sokongan kuat terutama dari segi kewangan dan penguatkuasaan dan pematuhan dasar berkaitan ICT. Melalui sokongan kuat dan padu ini bukan hanya akan menguatkan lagi motivasi kumpulan kecil ini , malah ia akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses perubahan yang dilakukan. Sediakan peruntukan khas untuk pembangunan ICT. Gunakan segala sumber kewangan yang ada dan bantuan PIBG atau masyarakat melalu program kolaborasi untuk menjayakan program ini.

5. Pemimpin sekolah juga perlu mewujudkan suasana atau persekitaran ICT di samping peratauran dan dasar-dasar khusus berkaitan ICT agar dapat merangsang warga sekolah ke arah pembudayaan ICT. Penyediaan logo, uniform berkaitan ICT seperti PBL , ThinkQuest, Krew Lensa, Kelab Siber, sudut Cyber, zon WIFI dan sebagainya amat berkesan ke arah itu. Aapabila persekitarannya sudah terarah kepada ICT, seluruh warga sekolah akan mudah menghayatinya..


Dalam hal ini saya bersyukur mendapat pasukan yang terbaik semasa berada di SMK Jelai Felda di bawah Encik NoorHaslin Mokmin , Ketua Bidang Teknik dan Vokasyional serta grup guru ICT dan seluruh rakan di sana yang memberikan sokongan ke arah menjayakan pembangunan ICT di situ, Di SMK Taman Tuanku Jaafar, kami sedang memulakannya dan insaAllah, kita mampu melakukannya.

Memang diakui , bukan semua sekolah atau pemimpin sekolah yang berminat di dalam ICT. Berdasarkan pengalaman, ramai pemimpin sekolah beranggapan ICT ini tidak mampu memberikan kesan yang besar di dalam peningkatan ilmu pelajar. Malah ada juga yang menganggap sebagai membebankan atau menyusahkan. Namun, kita harus sedar , anak didik kita kini lahir di dalam dunia ICT yang serba canggih. Janganlah kita cuba menafikan hak mereka dengan tidak memberi peluang kepada mereka untuk meroka keajaiban dunia ICT ini. Bagi kita mungkin kurang berguna, tetapi bagi anak=anak pelajar kita ini, itulah dunia mereka yang akan mereka hadapi nanti.

Seperkara lagi yang sempat saya tekankan ialah, kita harus mengambil peluang kecanggihan dan kepantasan ICT di dalam berkomunikasi ini sebagai peluang kita mendekatkan diri kita dengan warga sekolah. Menerusi blog, e-mail, facebook , skype dan sebagainya , kita mampu berkomunikasi, bertukar pandangan dan paling penting mengetahui masalah yang berlaku di bawah melalui respon pelajar dan guru di dalam media ICT ini. Saya kerapkali berhubung dengan pelajar melalui blog saya berkaitan masalah mereka . Sekurang-kurangnya kita mampu memberikan respon segera kepada masalah yang timbul dan ini pastinya akan melegakan orang bawahan kita..

Banyak kemudahan yang mampu digarap melalui ICT..terpulanglah kepada cara mana kita melihatnya dan dari sudut mana kita menelitinya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...