SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, July 9, 2009

Michael Jackson..we'll miss you

Michael Jackson: Dari Penghibur ke Seorang Filantrofi


Kita digemparkan dengan kematian Michael Jackson (MJ) baru-baru ini yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri muzik dunia. Ramai dikalangan kita yang tertanya-tanya sama ada dia meninggal dunia dalam Islam atau tidak. Hal ini menjadi isu kepada ramai orang, sehinggakan menjadi antara berita utama di dalam surat khabar tempatan.

Secara peribadi, saya juga ada merasa kehilangan MJ ini, lagu yang amat saya minati iaitu You Are Not Alone. Hal ini membuatkan saya untuk mencari maklumat tentang MJ, lebih-lebih lagi sumbangan kepada masyarakat dunia selain dari hiburan. Kita tahu ramai artis luar negara ini telah banyak menyumbang untuk misi kemanusiaan, seperti Yusuf Islam (Cat Stevens) dengan penubuhan Muslim Aid serta bantuan kemanusiaan lain dan Bono (U2) dengan misi kemanusiaan di Afrika. Saya kagum apabila mendapati MJ juga mempunyai sebuah yayasan sendiri iaitu Heal The World Foundation yang telah ditubuhkan pada 1992. Sebuah yayasan yang berusaha membantu kanak-kanak, orang tua dan haiwan seluruh dunia terutama di Afrika. Nilai sumbangannya untuk misi kemanusiaan melebihi jutaan Dollar hasil dari kareernya sebagai seorang pemuzik dan penghibur. Beliau juga telah dianugerahkan oleh Book Of World Records untuk memecah rekod dunia untuk "Most Charities Supported By a Pop Star" dan beliau sendiri telah menjadi filantrofi (penyumbang dana) untuk 39 buah organisasi kebajikan.

Neverland Ranch

MJ juga popular dengan taman tema kanak-kanaknya yang diberi nama Neverland Ranch yang telah dibuka pada 1988 dan telah ditutup pada 2005. Menurut dari sumber mengenai MJ, Neverland Ranch ini akan dibuka setiap tiga minggu untuk kanak-kanak istimewa masuk dengan percuma. Biasanya kanak-kanak istimewa ini terdiri daripada kanak-kanak yang mengidap kanser dan sebagainya.


You Are Not Alone

Pemergiannya sememangnya merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja dalam dunia hiburan, tetapi dalam dunia kebajikan dan kemanusiaan. Semoga Michael Jackson meninggal dunia dalam Islam, dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah

1 comment:

Cikgu Eaizan said...

teringat masa sekolah zaman kanak-kanak dulu bertemankan radio kotak cuba menari ala MJ dengan lagunya 'beat it'...ehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...