Majlis Tautan Kasih Aidil Fitri SEMSE 2017 dapat dilaksanakan dengan cemerlang pada 7 Julai 2017 , Jumaat , yang lalu. Program pada kali ini merupakan program sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali pertama saya di SMK Senawang ini. Ia juga diadalan di dalam format yang lain daripada sebelum ini , iaitu diadakan secara terbuka, dengan jemputan kepada komuniti dan pihak sekolah menjadi hosnya
Majlis yang diadakan di Dewan Seri Budiman ini juga adalah yang pertama kali , berbanding pada tahun-tahun sebelum ini, apabila majlis dilakukan di kelas masing-masing.


Majlis ini juga menjadi suatu proses pembelajaran luar bilik darjah yang sangat berkesan di dalam menerapkan nilai kasih sayang, kerjasama, hormat -menghormati serta bertolak ansur serta sikap suka menyumbang ke arah kejayaan program sekolah .
Suasana riang, ceria dan penuh mesra jelas terbayang pada wajah seluruh warga sekolah . Kemesraan guru-guru dan pelajar memberikan gambaran akan kejayaan yang bakal terlahir di SMK Senawang ini dan seterusnya akan membantu memudahkan kita mencipta kecemerlangan.

Alhamdulillah, para hadirin bukan sahaja dapat menikmati makanan hingga kenyang, malah dapat pula dijadikan bekal untuk dibawa pulang.
Program pada hari ini juga adalah dijadikan landasan awal untuk menarik anggota komuniti daripada pelbagai peringkat untuk bersama-sama di dalam program sekolah. melalui program ini juga hubungan dapat dijalinkan, apatah lagi, sekolah ini belum dapat melaksanakan Sarananya dengan cemerlang.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah yang menyumbang makanan dan tenaga serta idea , sehingga menjadikan majlis ini berjaya dengan cemerlang.

Terima kasih khas kepada para guru yang sangat perihatin dan bermurah hati di dalam menyumbang makanan dan membuat persiapan tempat jamuan dan hiasan.
Terima kasih juga kepada YB Tuan Ghazali yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan di dalam menjayakan program-program sekolah ini sejak saya berada di sekolah lama sebelum ini. Sikapnya yang perihatin terhadapat program sekolah menjadikannya seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan sentiasa rapat dengan masyarakat.

Semoga majlis ini akan menjadi semakin meriah dan berjaya dengan hebat pada tahun hadapan.