SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, August 6, 2011

TAHNIAH PASUKAN PIALA GOTHIA --MAJLIS MERAIKAN KEPULANGAN PASUKAN PIALA GOTHIA SMK TMN TUANKU JAAFAR











ALHAMDULILLAH...pasukan kita akhirnya telah selamat kembali daripada Sweden dan telah diraikan di dalam majlis yang dihadiri oleh Tuan Pengarah pelajaran N. Sembilan dan pegawai kanan JPNS pada jumaat, 30 Julai 2011 yang lalu. Turut hadir di dalam majlius tersebut ialah Encik Aminuddin , Pengurus Kanan Sumber Manusia SKF Nilai.

Di dalam majlis ini semua pemain dan dua orang pegawai iaitu Pn. Mogana dan Puan Yusrina Hanim bersama tuan Pengetua telah dijemput hadir di dalam majlis yang diadakan khas untuk meraikan pasukan kita ini. Tuan Pengarah di dalam ucapannya telah memujui dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan SMK Taman Tuanku Jaafar yang telah berjaya mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Ini merupakan pencapaian tertinggi pelajar. Tuan Pengarah juga berharap agar para pemain akan meneruskan latihan untuk menajamkan lagi permainan untuk kita mencapaikan kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.

Bagi Encik Aminuddin pula , yang mengiringi pemain kita di Sweden , menyatakan rasa puashati terhadap semangat dan disiplin pemain kita pada sepanjang kejohanan berlaku. Tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku dan pelajar kita terdiri daripada pelajar yang mengikut kata. Berkaitan keputusan perlawanan, beliau menegaskan keputusan perlawanan memanglah seperti yang diduga. Ini disebabkan faktor saiz yang tidak menyebelahi kita dan barisan kita juga dianggotai oelh pemain yang bercampur umurnya iaitu daripada tingkatan 1 hingga 3, sedangkan pasukan lain diwakili keseluruhannya oleh pemain berumur 15 tahun. Namun kita berharap, jika ada peluang, pada masa akan datang, kita akan mampu mengahantar pasukan yang lebih baik. perancangan untuk menyediakan satu pasukan yang kuat sedang diuruskan dan insyaAllah selepas Ramadhan nanti , kita akan memulakan gerakkerja kita ke arah penubuhan pasukan bawah 14 tahun untuk persiapan 2012 nanti.

Bagi pihak sekolah, saya mengucapkan syabas kepada pemain dan pengurusan pasukankerana telah mengangkat martabat sekolah ke tahap yang tinggi dan hebat. teruskan kecemerlangan dan buktikan kita juga hebat....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...