SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, August 8, 2011

IMAM MUDA FATAH DAN HUSAINI AKADEMI AL-QURAN DI SMK JELAI FELDA...






SYUKUR...berkesempatan untuk bersama dengan dua orang ikon remaja Islam di negeri Sembilan iaitu, Imam Muda Fatah dan Husaini, naib Johan Akadmi Al- Quran di dalam majlis forum yang diadakan di SMK Jelai Felda pada 28 Julai 2011 yang lalu. Peluang ini dinikmati secara tidak langsung ketika berada di sana untuk tujuan menghadapi Pemantauan Pengetua Cemerlang di situ. Kami berkesempatan bersolat zuhur bersama di surau , bersama dengan pelajar sekolah ini .

Majlis pada hari berkenaan berupa majlis forum sempena Program Bulan Ramadhan yang diadakan di dewan sekolah berkenaan. Mengkagumkan...! Respon pelajar dan tumpuan pelajar terhadap ceramah yang disampaikan amat baik. Pelajar selesa dengan hujah-hujah mereka yang rata-ratanya bercakap persoalan yang sering dikaitkan dengan remaja. lantaran mereka berdua juga merupakan remaja yang hampir sebaya dengan pelajar sekolah ini. Justeru itu, rata-rata pelajar amat mudah menerima pandangan dan hujah mereka.

Seperkara yang menarik adalah hujah Imam Muda Fatah berkaitan dengan budaya dan fenomena facebook yang menjadi kegilaan semua remaja. Bagi Imam Muda Fatah, tidah salah kita menggunakan kemudahan teknologi, namun gunakanlah ia ke jalan kebaikan dan bukanya MEMPROMOSIKAN MAKSIAT..!ini satu kenyataan yang hebat dan patut menjadi renungan kita bersama..

Di samping itu, mereka juga turut berkongsi pengalamn mereka semasa berada di dalam pertandingan yang diadakan. Pengalaman mereka ini wajib menjadi pengajaran baik bagi semua remaja.

Acara pada hari berkenaan juga diselangi dengan persembahan Qasidah oleh Husaini dan rakan-rakannya , yang amat merdu dan hebat...Memang satu kesyukuran dapat berada di dalam majlis berkenaan.

Terima kasih SMK Jelai Felda di atas sumbangan dan jasa baik semua warga kepada saya selama 2 tahun 9 bulan di sana dan di dalam pemantauan yang diadakan...

Saya turut merangka program bagi membawa mereka berdua ke SMK Taman Tuanku Jaafar di tempoh masa yang terdekat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...