SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, July 11, 2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG -SMK JELAI FELDA -11 julai 2009






Kursus ini disertai oleh 20 orang guru yang terdiri daripada kumpulan pengurusan dan ketua-ketua panitia. Ia adalah sebahagian daripada program yang disusun untuk memantapkan pembangunan ICT, selaras dengan hasrat sekolah untuk menjadikan ICT sebagai watak sekolah di samping olahraga. Kursus di kendalikan oleh 2 orang pegawai PKG Gemas. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menghasilkan blog masing-masing. Hasrat seterusnya ialah memastikan semua guru dan panitia serta unit-unit di sekolah ini mempunyai blog masing-masing

Thursday, July 9, 2009

Michael Jackson..we'll miss you

Michael Jackson: Dari Penghibur ke Seorang Filantrofi


Kita digemparkan dengan kematian Michael Jackson (MJ) baru-baru ini yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri muzik dunia. Ramai dikalangan kita yang tertanya-tanya sama ada dia meninggal dunia dalam Islam atau tidak. Hal ini menjadi isu kepada ramai orang, sehinggakan menjadi antara berita utama di dalam surat khabar tempatan.

Secara peribadi, saya juga ada merasa kehilangan MJ ini, lagu yang amat saya minati iaitu You Are Not Alone. Hal ini membuatkan saya untuk mencari maklumat tentang MJ, lebih-lebih lagi sumbangan kepada masyarakat dunia selain dari hiburan. Kita tahu ramai artis luar negara ini telah banyak menyumbang untuk misi kemanusiaan, seperti Yusuf Islam (Cat Stevens) dengan penubuhan Muslim Aid serta bantuan kemanusiaan lain dan Bono (U2) dengan misi kemanusiaan di Afrika. Saya kagum apabila mendapati MJ juga mempunyai sebuah yayasan sendiri iaitu Heal The World Foundation yang telah ditubuhkan pada 1992. Sebuah yayasan yang berusaha membantu kanak-kanak, orang tua dan haiwan seluruh dunia terutama di Afrika. Nilai sumbangannya untuk misi kemanusiaan melebihi jutaan Dollar hasil dari kareernya sebagai seorang pemuzik dan penghibur. Beliau juga telah dianugerahkan oleh Book Of World Records untuk memecah rekod dunia untuk "Most Charities Supported By a Pop Star" dan beliau sendiri telah menjadi filantrofi (penyumbang dana) untuk 39 buah organisasi kebajikan.

Neverland Ranch

MJ juga popular dengan taman tema kanak-kanaknya yang diberi nama Neverland Ranch yang telah dibuka pada 1988 dan telah ditutup pada 2005. Menurut dari sumber mengenai MJ, Neverland Ranch ini akan dibuka setiap tiga minggu untuk kanak-kanak istimewa masuk dengan percuma. Biasanya kanak-kanak istimewa ini terdiri daripada kanak-kanak yang mengidap kanser dan sebagainya.


You Are Not Alone

Pemergiannya sememangnya merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja dalam dunia hiburan, tetapi dalam dunia kebajikan dan kemanusiaan. Semoga Michael Jackson meninggal dunia dalam Islam, dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah

Wednesday, July 8, 2009

KELAB USAHAWAN SMK JELAI FELDA -

KELAB usahawan SMK Jelai Felda mengorak langkah ke arah kecemerlangan dengan mempelbagaikan perniagaan. Selain menjalankan perniagaan jualan runcit makanan dan produk tempatan dan sekolah, kelab juga telah menjalankan perniagaan seperti pakej perlancongan di dalam dan luar negara. Di samping itu juga kelab keusahawan juga telah memulakan perkhidmatan sewa bas untuk tujuan perlancongan dan lawatan setempat. Penjualan barangana keperluan peribadi, pakaian dan perkhidmatan mencuci kereta juga telah dijalankan. Pihak yang berminat untuk menempah perkhidmatan di atas , bolehlah menghubungi sekolah di talian, 06 4347094 atau fax: 4347096.

Pihak kelab usahawan juga telah melantik OCEANIC WORLD SDN BHD sebagai konsultan untuk merangka perniagaan dan aktiviti kelab. OCEANIC WORLD SDN BHD adalah sebuah syarikat antarabangsa yang banyak menjalankan operasinya di Indonesia, Vietnam, China , USA dan lain-lain lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...