SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, August 6, 2011

PALESTINE,,,,,



saya tersentuh hati mendengarkan tazkirah berkaitan penderitaan masyarakat palestin yang ketika ini dikepung oleh rejim Israel. Perasaan sedih mengenangkan bagaimanakah kehidupan mereka ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.

Hakikatnya , ketika masyarakat Islam di Malaysia ini sentiasa menantikan kedatangan Ramadhan untuk beribadat dengan lebih tenang, masyarakat Palestin pula terpaksa menempuh hari-hari mereka dengan penuh kepayahan dan kesedihan. Ketika Ramadhan inilah masyarakat kita memuaskan nafsu makan mereka setiap hari dengan berboros semata-mata untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap- sedap.

Namun, kita sering lupa, di luar sana , di Palestin, rakyatnya terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka setiap detik dan saat untuk meneruskan hidup mereka. Nyawa mereka sentiasa berdepan dengan peluru dari senapang Israel.

Sempena Ramadhan yang berkat ini, sama-samalah kita menyumbang kepada tabung palestin yang diusahakan oleh banyak kumpulan-kumpulan sukarelawan di negara ini. Bantulah mereka mengikut kemampuan kita,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...