SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, August 11, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR




MUSIM PEPERIKSAAN SUDAH BERMULA....

BAHANG PEPERIKSAAN jelas semakin menghampiri setiap pelajar tingkatan 3 dan 5 dengan bermulanya peperiksaan percubaan PMR pada 5 hingga 9 Ogos 2011 ini. Menyusul selepas ini adalah peperiksaan percubaan SPM pula pada 15 Ogos hingga 8 September 2011 nanti.

Bagi pelajar PMR, sudah pastilah dan seharusnya mereka sudah bersedia untuk menghadapi ujian yang getir ini sebelum ujian sebenarnya iaitu pada peperiksaam PMR yang sebenarnya yang akan berlangsung pada Oktober 2011 nanti. Paling turut terasa bahangnya sudah pastilah para guru yang telah bertungkus lumus menyediakan semua pelajar dengan keperluan ilmu dan kemahiran bagi membolehkan para pelajar ini berjaya di dalam ujian ini. Namun sudah pastilah, tanggungjawab dan peranan utama adalah pada diri para pelajar sendiri. Para pelajar tidak harus menyerahkan segala usaha untuk memajukan diri mereka dilakukan oleh para guru. Diri merekalah yang seharusnya lebih terkedepan di dalam menepani ujian ini.

Peperiksaan PMR adalah penting untuk 3 perkara , iaitu:

1. Menentukan aliran pelajaran yang akan diikuti pada tingkatan 4 nanti, sama ada aliran sains, sastera, teknologi atau sebagainya.

2. Menentukan laluan kerjaya mereka selepas SPM nanti iaitu ketika memasuki institusi pengajian tinggi.

3. Menentukan tahap penguasaan asas mata pelajaran sebelum mereka masuk jauh ke dalam subjek berkenaan pada tingkatan 4 dan 5. Ini kerana penguasaan pada tahap menengah rendah adalah penentu penguasaan subjek pada tahap menengah.

Justeru itu, para pelajar mestilah memberikan tumpuan dan perhatian khusus di dalam mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan ini. Bagi peperiksaan percubaan ini pula ia akan menjadi petunjuk kepada tahap kesediaan pelajar untuk menduduki peperiksaan sebenar. Kecundang di dalam peperiksaan percubaan ini akan memberikan petanda buruk di dalam peperiksaan sebenar. Namun bagi pelajar yang insaf akan dirinya ia akan menjadi asas kepada usaha untuk memperbaiki diri , bangun daripada kegagalan untuk mencipta kegagalan. Ingatlah, ORANG YANG HEBAT ADALAH ORANG YANG MAMPU BERUBAH DAN MENCIPTA KEJAYAAN DARIPADA KEGAGALAN...


'SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR...DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...