SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, June 16, 2012

PERKAMPUNGAN ILMU SIRI 1 2012 SMK TTJ

ALHAMDULILLAH....PERKAMPUNGAN ILMU SMK TTJ SIRI 1 2012 , yang melibatkan sejumlah lebih kurang 470 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 3 dan 5 telah selamat dijayakan pada 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012 yang lalu. Di samping itu ia turut melibatkan lebih daripada 40 orang guru dan pekerja sekolah serta staf. Perkampungan Ilmu ini adalah berupa bengkel mata pelajarandan latih tubi khusus diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dan penguasaan pelajar di dalam subjek tertentu. Bagi siri 1 ini, pemilihan pelajar adalah terdiri daripada pelajar kelompok cemerlang sementara bagi siri ke 2 nanti akan melibat kan kumpulan pelajar di dalam kelompok kedua iaitu pelajar sederhana dan lemah. Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, tumpuan Perkampungan Ilmu ini adalah untuk memperkukuhkan lagi tahap penguasaan mereka dan penummpuan adalah kepada topik-topik di tingkatan 2 dan 4. Ini bertujuan , supaya apabila Program Gerakgempur PMR dan SPM duimulakan pada sekitar Julai nanti, tumpuan akan dialihkan kepada topik-topik di tingkatan 3 dan 5 pula. Dengan cara ini, diharapkan kita akan dapat mengatasi setiap masalah dengan lebih fokus dan masalah yang sedia ada. Diharapkan para pelajar akan terus komited dengan pencapaian mereka di dalam pelajaran.


Bagi tingkatan 1 dan 2, penekanan kita adalah supaya mereka juga mahir dan mampu menguasai topik-topik semasa dan topik di tingkatan 1 (bagi pelajar tingkatan 2) agar segala masalah berkaitan pemahaman topik ini akan dapat diselesaikan segera pada tahap-tahap berkenaan. Justeru itu, kita yakin, pelajar akan lebih mudah menguasai topik-topik seterusnya nanti. Perjalanan Program Perkampungan Ilmu ini diuruskan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik di bawah GPK Akademik, Ketua Bidang Kemanusiaan dan Guru Cemerlangan Pn. Hjh. Rosiah. Aspek kehadiran ke program ini amat diberikan penekanan dengan kedatangan pelajar diambil setiap hari dan dipantau pada sepanjang program berjalan. Pihak Pengetua telah memaklumkan tindakan keras akan diambil kepada pelajar yang engkar. Hasil pemerhatian, didapati kehadiran pelajar adalah amat memuaskan dan tiada kejadiaan ponteng pada sepanjang program berjalan. Tahniah kepada para pelajar dan semua yang terlibat. 



Seperkara yang menarik di dalam program ini ialah kerjasama yang ditujunkan oleh semua pihak. Para guru yang sanggup mengorbankan sebahagian masa cuti penggal untuk hadir menjayakan program ini. Para ibubapa yang memberikan kerjasama dan komitmen di dalam memastikan anak-anak mereka hadir ke program ini. Para pelajar yang patuh dengan arahan dan memberikan kerjasama dan kesungguhan mengikuti bengkel dan latihan . Para staf makmal, pejabat dan pekerja swasta yang menyumbang tenaga memasak dan menyediakan makanan kepada para pelajar dan guru yang terlibat di dalam program ini dan akhirnya kepada semua yang menyumbang tenaga, buah fikiran, wang, barangan dan segalanya di dalam menjayakan program ini. Melalui program ini juga sesuatu yang dapat kita pelajari semua ialah, komitmen, kesungguhan, keyakinan dan pengorbanan amat penting di dalam usaha kita mencapai kejayaan. Keyakinan bahawa kita boleh merubah keadaan, menjana kecemerlangan dan yakin sesuatu itu boleh dan mampu kita lakukan , jika kita mahu. Pengorbanan semua pihak, kerjasama amatlah perlu. Kejayaan sebenarnya adalah milik kita bersama. Milik seluruh warga sekolah. Bukan milik sesaorang atau sekelompok sahaja. Setiap orang ada peranan dan harus memainkan peranan tersebut. 


Bagi pihak sekolah , saya mengucapkan taerima kasih, tahniah dan syabas! buat semua. Kita telah membuktikan bahawa kita mampu 'MENJANA KECEMERLANGAN', dan kita juga mampu menggabungkan segala tenaga, ilmu dan usaha ke arah kecemerlangan. Slogan "BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN' , amat bertepatan dengan usaha kita ini. Apa yang seterusnya kita lakukan, khususnya para pelajar adalah menguatkan azam dan kesungguhan untuk kita  'LONJAKKAN KECEMERLANGAN' lagi.. Insya Allah..
 

Tuesday, June 5, 2012

MESYUARAT PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN DAN TADARUS PERDANA KOMUNITI -KALI PERTAMA

ALHAMDULILLAH....Perbincangan untuk mengadakan Program Pembudayaan Al- Quran dan Tadarus Perdana yang diilhamkan oleh SMK Taman Tuanku Jaafar, akhirnya mula mengorak langkah dengan mengadakan mesyuarat kali pertamanya pada 25 Mei 2012 yang lalu di Balai Konfrensi SMK Taman Tuanku Jaafar. Pada mesyuarat ini, kehadiran ahli mesyuarat amat membanggakan. Antara yang hadir adalah: 1. SMK Taman Tuanku Jaafar 2. SMK Senawang 3. SK Taman Tuanku Jaafar 1 4. SK Taman Tuanku Jaafar 2 5. Sektor Pendidikan Islam JPNS 6. Cosmopint Seremban 7. Kolej PTPL 8. Hospital KPJ, Seremban 9. Surau Assobirin 10.PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar 11.Usahanita, Seremban 12. RTM- Jakim, Putra Jaya. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, adalah untuk menerangkan dan membincangkan kertaskerja program ini yang telah disediakan dan dibentangkan oleh Tuan Pengetua sendiri. Selain itu, mesyuarat ini juga menetapkan beberapa tarikh berkaitan aktiviti yang akan dijalankan di dalam program tersebut, serta menjelaskan tanggungjawab serta bidang tugas setiap ahli jawatankuasa. Di dalam mesyuarat ini, telah ditetapkan beberapa perkara iaitu: 1. Program utama akan dilaksanakan pada : 8 Ogos 2012 bersamaa 19 Ramadhan 2. Surat rayuan sumbangan Al-Quran akan diedarkan pada 28 Mei 2012 3. Pengagihan Al-Quran kepada pembaca pada 2 Julai 2012 4. Rakaman Promosi program oleh RTM adalah pada 30 Mei 2012 5. Rakaman di lokasi terlibat akan diadakan pada 15 Jun 2012 dan 7 Ogos 2012 6. Mesyuarat kali kedua pada 19 Julai 2012 7. Mesyuarat jawatankuasa ICT pada 15 Jun 2012 Di dalam taklimatnya, Tuan Pengetua menjelaskan bahawa, program ini adalah suatu program bercorak komuniti yang bertujuan untuk menyatujan semua komuniti di sekitar Senawang ini dan juga koleh serta badan swasta serta NGO di dalam suatu program. Program ini juga adalah merupakan suatu pemikiran baru di dalam mengubah konsep dan kaedah di dalam membudayakan Al- Quran di dalam masyarakat , khususnya para pelajar dan anak muda. Di dalam program ini, beberapa aktiviti akan dijalankan . Antara aktiviti itu ialah: 1. Program mendapatkan sumbangan Al- Quran dengan sasaran sebanyak 2000 naskah. 2. Pengagihan Al-Quran kepada kelompok pembaca tertentu yang terdiri daripada pelajar dan anggota masyarakat. 3. Program tadarus Al-Quran mengikut juzuk yang ditetapkan. 4. Program Iftar Ramadhan Perdana di setiap lokasi yang mengambil bahagian 5. Penyampaian bantuan hari raya kepada pelajar miskin dan anak yatim 6. Solat tarawih dan solat berjemaah secara serentak di semua lokasi. Menurut Tuan pengetua lagi, Al-Quran yang yang disumbangkan oleh orang ramai akan diagihkan kepada pembaca yang terpilih. Ini bertujuan agar semua Al-Quran ini dibaca oleh setiap penerima . Secara tidak langsung , kita akan dapat pastikan bahawa semua Al-Quran ini akan dibaca dan penyumbang bukan hanya mendapat pahala sedekah Al-Quran tetapi juga mendapat juga pahala bacaan. Ia juga dapat mengelakkan Al-Quran ini hanya tersimpan di surau atau di mana-mana tanpa dibaca. Melalui kaedah ini juga akan dapat memastikan pembudayaan Al-Quran melalui pembacaan akan terlaksana kerana setidak-tidaknya 2000 naskah Al-Quran ini akan dibaca oleh 2000 penerima , paling tidak seminggu sekali! Ini jelas lebih baik berbanding jika hanya diletakkan di surau, yang pastikan amat sukar untuk memastikan semua al-Quran itu dibaca oleh 2000 pembaca!. Ia juga menjadi penyuntik semangat bagi penerima Al-Quran , terutamanya para pelajar yang masih tidak punyi Al-Quran sendiri. Melalui kaedah pemilikan Al-Quran sebegini , mereka akan tambah bersemangat untuk membaca tambahan sering juga kita dapati di rumah-rumah mereka terpaksa berkongsi Al-Quran milik ayah dan ibu mereka. Kini, mereka sudah memilikinya sendiri!. Menurut perancanganya, pihak RTM-Jakim akan merakankan program ini untuk siaran rancangan Persada Jurnal, terbitan RTM. Sebelum itu juga , pihak RTM-Jakim telah bersetuju untuk membuat promosi program ini pada siaran Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung di Johoir Baharu dari 4- 9 Jun ini . Pihak sekolah amat berbangga dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh pihak RTM. Penglibatan pihak KPJ Hospital, PTPL juga amat membanggakan. Kedua-dua pihak ini bersetuju untuk menjayakan program ini terutamanya di dalam menyumbangkan bantuan untuk anak-anak yatim dan miskin. Pihak Cosmopint pula telah bersetuju untuk membantu menguruskan peralatan dan penggunaan ICT di dalam menghubungkan lokasi-lokasi lain ini dengan lokasi utama di SMK Taman Tuanku Jaafar dan menyiarkan program ini secara 'live' di internet. Pihak sekolah berharap agar program ini akan beroleh kejayaan dan segala niat baik akan dimakbulkan dan diberkati Allah. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sama-samalah kita merealisasikan program ini dengan cemerlang.

Sunday, June 3, 2012

MERAIKAN KEJAYAAN PELAJAR PPKI MENJADI NAIB JOHAN TILAWAH PPKI PERIINGKAT NEGERI DI SMK SENALING, K. PILAH

ALHAMDULILLAH DAN SYABAS! diucapkan kepada pelajar PPKI daripada SMK Taman Tuanku Jaafar yang telah mencatat kejayaan sebagai Naib Johan Tilawah (perempuan) di Pertandingan tilawah Al-Quran PPKi peringkat negeri di SMK Senaling, Kuala Pilah , baru-baru ini. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada para guru dan semua pihak yang terlibat melatih pelajar ini sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan. Kejayaan sebegini sebenarnya mempunyai erti yang besar di dalam usaha sekolah mahu mencipta nama dalam usaha menjadi sekolah cemerlang atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Bagi SMK Taman Tuanku Jaafar, kita sebenarnya telah merangka pelan ke arah menjadi sekolah cemerlang. Bagi mencapai kejayaan di peringkat tersebut, kecemerlangan dan pencapaian di dalam setiap bidang sama ada di dalam akademik, ssahsiah/ disiplin dan ko-kurikulum perlulah dihasilkan. Ketika ini . kita telah mengorak langkah yang baik di dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian akademik kita. Namun, pencapaian kita di dalam bidang ko-kurikulum dan sahsiah masih kurang. Justeru itu, kita haruslah meningkatkan pencapaian di dalam bidang ini dan mula mencipta kejayaan- kejayaan yang hebat. Salah satu usaha dan para syarat untuk kita mencapai kecemerlangan dan meningkatkan prestasi sekolah adalah dengan mencita sebanyak mungkin kejayaan-kejayaan yang hebat. Kejayaan yang dicipta ini penting kerana ia memberikan semangat dan keyakinan kepada semua warga sekolah untuk mencapai kejayaan. Apabila adanya keyakinan ini , maka setiap orang akan tergerak untuk mencipta kejayaan dan berusaha untuk mencapainya. Alhamdulillah, walaupun kita masih jauh ketinggalan di dalam pencapaian di kdalam kedua-dua bidang ini, namun kita yakin dengan kesungguhan dan usaha gigih kita akan mampu melakukannya. Bibit kejayaan sudah mula kelihatan dan kita berharap ia akan terus mekar dan membuahkan kejayaan yang lebih besar lagi selepas ini.
ALHAMDULILLAH...perancangan yang disusun untuk membawa penceramah Dr. Azmi Ahmad, seorang pakar motivasi ke SMK Taman tuanku Jaafar, akhirnya berjaya dilaksanakan . Selama dua hari beliau telah memberikan motivasi kepada para pelajar tingkatan 3 dan 5 , khusus bagi kita memantapkan pengetahuan dan meningkatkan semangat para pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan awam pada tahun ini. Program ini telah disusun di bawah unit kaunseling sekolah. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh tuan Pengetua sendiri . Antara perkara menarik yang dikemukankan oleh Dr. Azmin adalah berkaitan kaedah mengambil nota yang berkesan iaitu 'kaedah Cornell' , yang dikatan telah banyak menbawa kejayaan kepada para pelajar di setiap sekolah yang dibantu oleh beliau dan diperkenalkan oleh Cornell University, Amerika Syarikat. Apa yang diharapkan adalah para pelajar akan merealisasikan segala teknik yang diajarkan dan mengaplikasikan nya di dalam pembelajaran seharian mereka. Bagi para pelajar, apa yang diharapkan adalah agar mereka semua berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Pengorbanan para guru dan usaha yang pelbagai telah dilakukan oleh pihak sekolah sedaya upaya untuk memastikan para pelajar kita mendapat tunjukajar dan bimbingan yang terbaik bagi membantu mereka mencapai kejayaan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Tuan pengetua,tidak timbul masalah berkaitan kewangan atau sebagainya, kerana pihak sekolah akan sanggup mencari dana bagi kepentingan pelajar. Apayang diharapkan hanyalah agar para pelajar sentiasa sedia untuk menunjukkan komitmen dan pengorbanan yang sehabis baik demi kecemerlangan diri mereka sendiri.
pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PIBG kerana sudi membantu memberikan dana untuk menampung kos menjayakan program ini. kita berharap agar para pelajar kita akan bersemangat dan terus bersedia untuk menghadapi peperiksaan awam dengan yakin hasil daripada tunjukajar dan bimbingan yang diberikan.
Program parenting atau pun Program Keibubapaan Bagi Pelajar India, SMK Taman Tuanku Jaafar telah selamat dilangsungkan pada 19 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Dengan kehadiran ibubapa dan juga para pelajar lebih daripada 800 orang, menjadikan program ini antara suatu program yang paling berjaya. Dengan menampilkan beberapa personaliti hebat, antaranya ialah penceramah Prof. Dr Abd. Kadeer Ibrahim, Penguasa Penjara Jelebu, dan dirasmikan oleh YB Senator S. Bagiam daripada Petaling Jaya , Selangor. Tuan pengetua, bersama dengan barisan peminpin sekolah serta guru-guru juga turut hadir pada majlis ini.
Majlis ini bermula sejak daripada jam 7.20 pagi dan berakhir pada sekitar jam 2 petang. Kehadiran Senator S. Bagiam telah disambut oleh tuan pengetua dan barisan kepimpinan sekolah. Antara tujuan program ini ialah untuk memberikan pejelasan dan pendedahan tentang hala tuju pelajar India di sekolah ini di dalam bidang akademik dan kehidupan. Melalui penjelasan mengenai aspek ini, diharapkan para pelajar India di sekolah ini akan dapat memberikan fokus kepada mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan seterusnya menyumbang ke arah kesejahteraan, kecemerlangan dan imej sekolah. Di dalam ucapannya , Tuan Pengetua telah menegaskan bahawa, bilangan pelajar India yang berjumlah hampir 400 orang , memainkan peranan yang besar di dalam mencorakkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah. pihak sekolah tidak mahu pelajar ini ketinggalan berbanding pelajar lain dan haruslah fokus kepada pencapaian kecemerlangan. Di dalam usaha untuk menentukan kejayaan pelajar terutamanya di dalam bidang akademik dan sahsiah serta disiplin diri, pihak sekolah akan sentiasa berusaha menyediakan segala keperluan dabn bantuan. Sepertimana program yang diadalan pada hari ini, pihak sekolah telah menjemput tokoh terkenal dan hebat untuk membantu para pelajar mencipta kejayaan. Aapa yang perlu dilakukan oleh opara pelajar hanyalah fokus dan berusaha menngambil segala peluang yang ada untuk m mencipta kecemerlangan. Senator S. Bagiam juga telah menekankan peri pentingnya iibu bapa memberikan perhatian kepada kejayaan pelajar sama ada di dalam akademik atau sahsiah dan tidak bersikap lepas tangan kepada pihak sekolah sahaja. Di dalam dunia sekarang ibubapa perlu lebih perihatain dan banyak memberikan tumpuan membantu anak -anak di dalam pelajaran dan sahsiah diri mereka. Rata-rata para pelajar dan ibu bapa yang ditemui menyatakan rasa puas hati terhadap program yang dilakukan dan berharap akan membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan.
Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu kepada kejayaan program ini. Kepada kedua-dua orang penceramah, prof Dr. Abd. Kadeer Ibrahim dan Tuan ACP Arjunan , pihak sekolah mengucapkan
ribuan terima kasih. Kedua-dua mereka ini menunjukkan komitmen yang begitu tinggi dengan memulangkan semula sumbangan pihak sekolah kepada mereka semata-mata untuk membentu sekolah menjayakan pelbagai program untuk kecemerlangan anak-anak di sekolah ini. Semoga jasa baik mereka berdua ini , mendapat balasan yang setimpal dengan kebajikan mereka ini. Kepada semua guru yang terlibat. diucapkan jutaan terima kasih jua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...