SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, April 28, 2013

PEMBENTANGAN PROGRAM SARANA IBUBAPA SMKTTJ, DI AUDITORIUM MASJID AL AZIM, MELAKA...26 APRIL 2013

Pembentangan program SARANA ibubapa di Auditorium Masjid Al-Azim , Melaka pada 26 April  2013, jam 2.30 petang hingga jam 6 petang. Pembentangan SARANA ibubapa SMKTTJ dengana tajuk 'the Track', iaitu bagaimana untuk menggunakan Sarana ini di sekolah. Pembentangan di hadapan hampir 200 orang pengetua dan wakil pengetua seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Turut hadir mendengar pembentangan ini ialah Timbalan Pengarah pengurusan Sekolah Hariah KPM, Datin rashidah, Encik Azmi Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNS, Puan Hjh. Rodiah md Jan, PPD Jempol-Jelebu, Timbalan pengarah Jabatan Pelajaran Melaka dan pegawai dari kedua-dua negeri serta KPM.

Alhamdulillah, selesai pembentangan, ramai yang memberikan respon yang baik dan menyatakan hasrat untuk melawat SMKTTJ sertaa berkongsi pengalaman bagaimana untuk melaksankan program ini.

SARANA ini sebenarnya merangkumi 2 bahagian iaitu Sarana Sekolah dan sarana Ibubapa.

Sarana Sekolah lebih menummpukan kepada penglibatan komuniti/ swasta dan ibu bapa di dalam membantu program-program serta aktiviti sekolah. Peranan ini banyak dilaksanakan melalui kerjasama agensi swasta, kerajaan dan kolej/ universiti atau sebagainya melalui program-program di sekolah. Di samping itu, PIBG pula banyak membantu dengan menyalurkan bantuan kewangan bagi menjaya program dan aktiviti di sekolah. Aktiviti sebegini memang banyak dilakukan disekolah-sekolah.

Apa yang jelas, melalui Sarana Sekolah ini , penglibatan ibubapa secara menyeluruh, sukar diperolehi.  Melalui PIBG, penglibatan adalah terhad kepada beberapa ajk PIBG . Ia juga sering melibatkan program yang bermusim atau bersifat  one off.

Namun melalui Sarana Ibubapa, ia menitikberatkan penglibatan ibubapa di dalam program dan aktiviti sekolah secara terus. Ini bermaksud , ibu bapa hadir ke sekolah melibatkan diri , memberikan sumbangan sendiri sama ada material, wang ringgit, tenaga dan idea terhadap aktiviti berkenaan. Kehadiran mereka juga dicirikan dengan kesukarelaan mereka untuk membantu TANPA bayaran. Segala perancangan dan aktiviti juga adalah diuruskan oleh ibubapa sendiri dan bukannya melalui PIBG. Sesiapa pun ibubapa boleh memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk dan kemahiran yang mereka ada.

Melalui Sarana Ibubapa ini, kita cuba menarik penglibatan semaksimum mungkin penglibatan ibubapa di dalam aktiviti sekolah (yang dirancang sendiri oleh mereka / hasil persetujuan bersama sekolah). Ia juga bertujuan untuk menjana semua aspek kerjasama bersama ibubapa bagi membolehkan mereka membantu sekolah mengikut kepakaran, kemahiran , idea dan pengalaman mereka serta tenaga mereka bersama. Justeru itu, sekolah akan mendapat manfaat yang terlalu banyak hasil kerjasama ini.

Secara umumnya, Sarana ibubapa ini mengambil idea yang telah dilaksanakan di negara barat , Korea atau Jepun, di mana ibubapa hadir ke sekolah menyumbang tenaga, kepakaran dan wang ringgit membantu menjayakan program sekolah. Ia bukan sekadar hadir saja seopertimana yang sering dilakukan oleh ibubapa pelajar di Malaysia ini. Di negara-negara seperti ini, ibubapa yang punyai kepakaran akan melakukan kerja-kerja di sekolah. Ada ibubapa yang mengajar membaca, membersihkan kelas anak-anak mereka , memotong rumput di padang sekolah, membaiki perabot, mengajar bahasa, mengajar membaiki atau menservis komputer, melatih pasukan sekolah dalam sukan dan sebagainya.

Fenomena sebegini, memang suatu yang baru bagi masyarakat kita di Malaysia ini. Ibubapa kita ramai yang hadir ke sekolah di dalam aktiviti berkala seperti semasa pendaftran tingkatan 1, Mesyuarat PIBG , sukan sekolah dan sebagainya. Namun , kehadiran mereka hanya sekadar hadir dan balik tanpa menyumbang sesuatu seperti yang dinyatakan tadi.

Justeru itu, ia perlukan komitmen dan usaha gigih semua pihak khususnya pengurusan sekolah memikirkan bagaimana untuk memenangi hati ibubapa ini untuk hadir ke sekolah dan seterusnya menyumbang secara sukarela. Keterbukaan sekolah juga harus menjadi perkara yang utama. kesanggupan sekolah menerima pandangan, idea ibubapa ini penting sebelum jalinan perhubungan itu dapat dijalankan dengan baik.

Bagi SMKTTJ, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga dan ibubapa pelajar sekolah ini yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan seruan kerajaan ini. Sesungguhnya , ibubapa pelajar ini telah menunjukkan sikap yang hebat yang tidak terdapat di sekolah-sekolah lain. Semoga program ini akan berterusan suksess dan sekolah ini akan menjadi rujukan kepada kejayaan program ini.

KL10KM RUN...14 aPRIL 2013..PADANG MERBOK, K.LUMPUR..

Pengalaman berlumba lari dalam larian KL10km Run ini amat menyeronokkan. Walaupun pada hakikannya terlalu penat dan banyak bahagian badan yang sakit-sakit, namun ia pengalaman yang amat menarik.

Pengalaman berlari dengan jumlah peserta seramai 2466 orang daripada pelbagai lapisan umur, bangsa, kaum dan pelbagai kemampuan, ia sesuatu yang mengujakan. Walaupun, kaki tak mampu lagi untuk berlari, namun semangat untuk terus bersaing dan bersama debgan peserta lain untuk menamatkan perlumbaan adalah sesuatu yang sukar digambarkan.

Perlumbaan bermula seawal jam 7 pagi lagi di Padang Merbok. Disebabkan tidak begitu biasa berlaumba di dalam acara seperti ini, kekurangan pengalaman dan strategi amat memberi kesan terhadap kemampuan dan pencapaian. Ditambah lagi dengan ketiadaan latihan selepas berehat selama hampir 3 bualan dan batuk selama 3 hari( dan hilang suara terus), ia benar-benar menguji ketahanan diri.

Apa yang paling nyata, disebabkan kelewatan tiba, tidak dapat menjalankan latihan renggangan yang cukup. Sebaik sampai dilokasi, pengacara terus memaklumkan perlumbaan akan bermula dalam 5 minit lagi.

Setelah bermulanya larian, cabaran hebat terus tersedia apabila terpaksa mendaki bukit yang tinggi dan panjang. Track larian yang berbukit ternyata mencabar ketahanan badan dan kaki. namun, diteruskan juga.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ditamatkan perlumbaan dalam tempoh 82 minit. Suatu catatan yang baik kalau dilihat kepada keadaan fizikal diri yang serba tak membantu tadi...

Ahli keluarga lain turut sama berlari, Isteri, anak-anak turut memberikan sokongan. Tambah lagi event ini adalah event yang dijayakan oleh anak menantu kami sendiri. Jadi, penyertaan ini juga adalah sebagai tanda sokongan kepada projek mereka.
Semua pemenang di dalam semua kategori lelaki dan perempuan dibolot oleh pelari Afrika. Catatan masa mereka memang tak terjangkau...Catatan masa pemenang lelaki ialah 32 minit dan pemenang perempuan adalah 39 minit....Mak ooiiii...dia dah siap salin pakaian dan berehat, kita baru nak minta nafas tambahan...

insyaAllah, next larian adalah di Penang Marathon , November nanti..insyaAllah kali ini mesti berlatih lagi baik...dan cuba catat masa bawah 1 jam ...



PROGRAM KESIHATAN BERSAMA KPJ SEREMBAN..27 APRIL 2013








PAPAN PUTIH DI SETIAP KELAS DAN BILIK KHAS..APRIL 2013

Sebagai tanda terima kasih dan untuk menyatakan kepuasan hati terhadap usaha seluruh warga sekolah khususnya para guru dan para pelajar serta ibu bapa yang telah bekerjasama menjayakan program Sarana ibubapa, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah memasang papan putih disetiap kelas dan bilik-bilik khas untuk memudahkan kerja guru dan untuk memastikan kesihatan guru terjaga.

Sebagai rekod , pihak PIBG telah menyumbang sebanyak 30 papan putih untuk kegunaan sekolah.

Apa yang diharapkan agar semua warga khususnya para pelajar agar dapat menjaga harta sekolah ini dengan baik dan menggunakannya dengan betul dan berkesan.

Bagi para guru, selamat menjalankan tugas dengan cemerlang dan diharapkan
sumbangan kecil ini akan menjadi perangsang untuk menyerlahkan kehebatan dan kecemerlangan tuan-tuan di dalam kelas.

SMKTTJ..'SERLAHKAN KEHEBATAN'....

Wednesday, April 24, 2013

SMART PARTNERSHIP SMKTTJ (PPKI) DAN JABATAN PERIKANAN NEGERI SEMBILAN -MAJLIS PELEPASAN ANAK IKAN DI SG. GADUT, SEREMBAN.

TAHNIAH DAN SYABAS !

Penghargaan yang seharusnya diberikan kepada PPKI SMKTTJ yang telah berjaya membentuk kerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan melalui program Pelepasan benih Ikan di Sungai Gadut dan Penyerahan Tangki Ternakan Ikan serta Akuarium di bilik PPKI pada 25 April 2013 yang lalu.

di dalam program pelepas ikan di Sungai gadut ini, sebanyak 20 000 ekor benaih ikan baung, lampam dan punyu telah dilepaskan.

Majlis pelepasan benih ikan ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd. Yasin , Pengarah Bahagian kewangan Jabatan Perikanan , Putrajaya yang juga sebagai care taker Jabatan perikanan Negeri Sembilan.


Sebagai tanda perasmian, Encik Mohd Yasin dan Tuan Pengetua telah bersama-sama melepaskan benih-benih ikan tersebut ke dalam Sungai Gadut.
Turut bersama melepaskan benih ikan ini ialah pemangku pengarah Jabatan perikanan Negeri Sembilan , Pegawai-Pegawai Jabatan Perikanan , Encik Akashah, GPI, Encik Abd. Malik , Penyelia Petang , Encik sharul Rizan dan guru-guru PPKI serta para pelajar.

hampir semua pelajar PPKI yang hadir juga telah diberikan peluang untuk melepas benih ikan berkenaan.

Ternyata program ini adalah suatu program yang amat bermakna bagi semua ,khususnya bagi para pelajar ini. Ini suatu pengalaman yang menyeronokkan mereka.


Tambah menyeronokkan , ialah ia dilakukan secara santai terutamnya berkaitan dengan jamuan yang diadakan di persekitaran tepi sungai seperti suasana perkelahan.


Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kesudian pihak Jabatan Perikanan untuk memilih PPKI SMKTTJ sebagai rakan  di dalam program ini.

Menurut Encik Mohd. Yasin, program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai aktiviti sokongan jabatan kepada PPKI SMKTTJ.
Antara objektif program inilah  untuk membentuk kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar dan menyedarkan masyarakat akan kepentingan memelihara alam sekitar khususnya sungai sebagai bekalan ikan  iaitu sumber protien pada masa hadapan.

Semua benih ikan ini diramalkan akan matang dalam tempoh 4 bulan ke 6 bulan dan boleh dituai hasilnya.
Di dalam program yang dilancarkan pada hari ini juga, para pelajar ini akan diberikan kursus penjagaan ikan ternakan dan juga kegunaan -kegunaan baja daripada air kolah ternakan untuk tujuan perkebunanan.
Diharapkan , melalui program ini , para pelajar PPKI akan dapat dibekalkan dengan kemahiran dan pengetaahuan yang betul tentang ternakan ikan dan mungkin ini akan dapat membantu mereka untuk mengusahakan bidang penternakan ikan ini sebagai kerjaya mereka setelah keluar daripada alam persekolahan nanti.

Terima kasih Jabatan perikanan Negeri sembilan di atas jasa baik tuan semua...

MAJLIS PENUTUP KARNIVAL PERMAINAN PPKI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

ALHAMDULILLAH...

Berakhir sudah  suatu tanggungjawab yang dipikulkan kepada SMKTTJ dengan berlangsungnya majlis penutupan rasmi Karnival Permainan Program Pendidikan Khas (PPKI) Peringkat Negeri di Gelanggang Budaya Paroi pada 23 April yang lalu.

selaku Pengerusi Pengelola, kami mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada guru-guru PPKI SMKTTJ yang telah berjaya memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang. Khususnya buat penyelaras PPKI , Encik Shahrul Rizan dan rakan guru yang lain.

Upucara penutupan rasmiu telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah pelajaran Negeri sembilan iaitu, Puan Hjh. Kalsom Binti Khalid. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pendidikan Khas, Puan Hjh Ipon, dr. Zawawi, Penolong PPD Kuala Pilah, Ketua sektor ICT, Puan Zainab, Encik Yumin Sirat, Penyelia PPKI JPNS dan beberapa pegawai JPNS yang lain

Majlis penutupan pada jam 3.15 petang itu  berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan telah turun.

Semua aktiviti permaiunan yang melibatkan permainan futsal, Petangue dan bola jaring telah dapat ditamatkan mengikut masa dan berjalan lancar.
Turut serta di dalam pertandingan ini para pelajar PPKI bermasalah pendengaran di samping sebahagian besarnya ialah pelajar bermasalah pelajaran.
SMKTTJ telah berjaya memenang acara petangue berpasukan dan individu, yang secara tidak langsungnya sebagai wakil PPD Seremban.

Para pemain di pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan di dalam Karnival Permainan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Port Dickson, Negeri sembilan , sekitar bulan Jun 2013 ini.

Diharapkan semua pasukan akan bersedia untuk bertanding dan menaikkan nama negeri dengan mencapai kejayaan yang hebat..

Terima kasih pada semua dan terima kasih kepada JPNS yang telah memberikan kepercayaan kepada SMKTTJ untuk menjadi pengelola pertandingan ini.

Kunjungan Unit Penerbitan Buletin Hari Guru Kebangsaan bersama 3 bekas Pengetua SMK Jelai Felda...


Saturday, April 20, 2013

SARANA IBUBAPA...SEMUA KELAS BERGERAK AKTIF...

 ALHAMDULILLAH..SYUKUR KE HADRAT ILAHI...yang telah mempermudahkan dan membuka hati-hati kita semua khususnya para ibubapa  dan para pelajar serta guru-guru di sekolah ini untuk  sama-sama mendukung cita-cita dan amanaah serta iltizam bagi  membantu kejayaan anak -anak di sekolah ini.

Walaupun pada awalnya tiadak ramai yang yakin dan meletaakkan  harapan yang besar di atas kejayaan program ini, namun kuasa Allah telah mempermudahkan kita. Ibu bapa semakin hari semakin sedar akan tanggunjawab mereka untuk bersama sekolah memajukan anak-anak mereka. ibu bapa semakin hari semakin ramai yang hadir ke sekolah melakukan kerja-kerja menghias kelas untuk membolehkan anak-anak mereka belajar di dalam suasana yang selesa dan sempurna.

Sesungguhnya pemandangan ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku pada sepanjang perkhidmatan saya selama hampir 30 tahun dan ia adalah suatu sejarah yang hebat di sekolah ini. Justeru itu, tidak hairanlah SMKTTJ telkah dipilih sebagai sekolah perintis kejayaan Program Sarana ini dan menjadi benchmark kepada sekolah-sekolah lain di negeri ini dan JPNS.

Sering saya mengatakan kepada para guru iaitu, kejayaan Sarana ini adalah suatu rahmat Allah kepada kita apabila banyak masalah di dalam kelas dapat diselesai kini melalui kejayaan program Sarana ini. 






PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI ICT DI SMK SENAWANG BERSAMA COSMOPOINT..

 ALHAMDULILLAH...Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team ICT SMKTTJ di atas kejayaannya membantu di dalam Program Kursus Pembinaan Blog di SMK Senawang yang berklangsung pada 13 April 2013 yang lalu.

Turut serta di dalam program ini ialah Team ICT Cosmopoint Seremban yang juga Co-partner ICT SMKTTJ yang menjadi pembimbing dan fasilitator di sepanjang kursus berkenaan berlangsung.

program ni adalah program kedua kolaborasi bersaama SMK Senawang setelah Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana 2012 yang berlanbgsung dalam bulan Ramadhan tahun lalu.

Kursus  ini adalah di atas permohonan SMK Senawang di dalam usaha untuk memperkenalkan penggunaan blog di kalangan guru-guru mereka. Seramai 90 orang guru telah menyertai kursus sehari ini . Team ICT SMKTTJ yang terdiri daripada 2 orang guru iaitu , Cik KHALILA KUDRI  dan PUAN ASYIRAH  bersama dengan 6 orang pelajar telah bertindak sebagai fasilitator di sepanjang kursus berkenaan.

Program ini adalah sebahagian daripada Program  Khidmat Komuniti SMKTTJ  yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Satu lagi program yang sedang di atur adalah Program Kursus Fotografi di bawah Lensa SMKTTJ keopada pelajar sekolah rendah di sekitar taman Tuanku Jaafar ini.

Kursus Pembinaan Blog ini jugfa adalah sebahagian daripada promram pembudayaan ICT yang selalu saya war-warkan kepada semua sekolah agar ia menjadi suatu budaya yang di amalkan oleh setiap sekolah. Melalui kursus pembinaan Blog ini , kita cuba membawa idea berkaitan kepentingan E -document dan e -learning yang selari dengan program ICT di dalam pembelajaran dan perkhidmatan.
 
 Ada beberapa perkara penting yang selalu kita tekankan melalui pembinaan blog; Antaranya ialah;

1. E document

Melalui e-document ini diharapkan semua maklumat berkaitan dengan aktiviti sekolah, unit , kelas dan sebagainya dapat dikumpulkan secara segera, mudah dan cepat serta menarik  dan mudah pula untuk dijadikan rujukan semua. Melalui blog kita dapat mengadakan laporan yang lengkap dan menarik kerana gambar, video dapat dipaparkan secara terus dan boleh dicetak semua jika memerlukannya. Ia sudah pasti akan dapat mengelakkan masalah penyimpanan laporan (jika di dalam fail biasa) dan sukar mencarinya.

 Melalui e-document ini juga, kita dapat berkongsi maklumat bersama-sama rakan lain di serata dunia dan pula maklumbalas segera bagi tujuan penambahbaikan dan perkongsian ilmu.

2. Web Master

Saya seringkali bertanyakan kepada guru atau web master di sekolah berkaitan dengan maklumat atau data yang agak ketinggalan. Rata-ratanya mengatakan bahawa ketiadaan masa dan sukar mendapatkan bahan untuk dimasukkan ke dalam web sekolah. Justeru itu saya mencadangkan supaya web berkenaan dilinkkan ke semua blog  , iaitu dengan kata lain, web hanya menjadi muka depannya sahaja dan isinya adalah dariada blog-blog berkenaan. Oleh itu , kita dapat mengurangkan masalah web master tadi  dan mewujudkan lebih ramai web master ( melalui penulisan di blog masing-masing) secara tidak langsung. Menerusi ini juga , web berkenaan akan mudah diurus dan lebih semasa maklumatnya.

3.E - Learning

Melalui blog juga para guru akan dapat berkomunikasi dengan pelajarnya dan meng upload  dan mendownload bahan P & P untuk kegunaan pelajar mereka. Banyak bbahan-bahan di dalam internet  seperti latihan atau video menarik yang bboleh disimpan di blog dan dapat pula di ambil oleh pelajar.

Proses pelajar menulis laporan dan cerita dapat diterapkan melalui penghasilan blog. Melalui blog kita akan mula mengasah bakapt penulisan kita dan jika kita lakukan dengan lebih kerap, InsyaAalah, lama kelamaan bakat berkenaaan akan terhasil.

Diharapkan agar kursus berkenaan bermanfaat kepada semua warga SMK Senawang . Semoga pembudayaan ICT terus bverkembang di setiap sekolah di negeri ini. Pembudayaan ICT inilah suatu aspek yang banyak ditinggalkan di setiap sekolah. Pembudayaan ICT melibatkan pembentukan dan penglahiran susana dan pewujudan aktiviti ICT yang berterusan di dalam sekolah. Semoga SMK Senawang akan menjadi rakan ICT yang baru bagi SMKTTJ...dan kami bersedia untuk bersama anda lagi...

Thursday, April 11, 2013

NAVANESAH AP PARAMISPRAN 2UM- IKON SUKAN SMKTTJ

NAVANESAH A/P PARAMISPRAN 2UM- merupakan ikon sukan terbaru SMKTTJ 

Kejayaan beliau mengalahkan lawan yang lebih berpengalaman dan berusia berbanding diri beliau ( 14 tahun) , ternyata sesuatu yang amat istimewa bagi pelajar ini.

Ketika para pelajar lain menumpukan perhatian ke dalam sukan-sukan yang menjadi pilihan ramai, beliau melibatkan diri ke dalam bidang sukan tinju. Ternyata, pilihan dan minat beliau tidak sia-sia apabila mampu menjadi johan  dan bakal mewakili negara ke kejohanan Sukan SEA.


kejayaan beliau ini banyak didorong oleh bapa beliau iaitu Encik Param yang begitu gigih memberikan sokongan kepada sukan pilihan anak kesayangan beliasu ini. kelibat Encik Param memang sentiasa dapat dilihat di perkarangan sekolah terutamanya untuk menghantarkan makanan dan barangan keperluan sekolah anak beliau ini.

Kejayaan NAVANESAH ini juga telah menarik minat beberapa pelajar lain yang ingin menceburi bidang sukan ini. justeru itu, saatu kursus asas tinju telah diadakan di sekolah pada hujung Mac yang lalu dan penyertaan amat-amat menggalakkan dengan penyertaan seramai hampir 40 orang pelajar.
Kehebatan NAVANESAH tidak hanya di gelanggan tinju. Beliau juga adalah antara pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik dan ditempatkan di kelas Rancangan Khas (KRK) sekolah.

Sikap beliau ini wajar menjadi ikutan dan contoh terbaik bagi pelajar lain  dan membuktikan bahawa kejayaan di dalam sukan tidak semestinya menggagalkan kecemerlangan akademik.

Maka wajarlah NAVANESAH diangkat sebagai Ikon Sukan SMKTTJ ..

Tahniah dan Syabas NAVANESAH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...