SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, August 19, 2011

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (apc) SMK TTJ 2010












TAHNIAH & SYABAS..!

Buat penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SMK Taman Tuanku Jaafar 2010. Penyampaian surat penganugerahan telah dilakukan oleh Tuan pengetua di Dataran Cendiakawan kepada semua penerima seramai 9 orang pada perhimpunan rasmi sekolah pada pada 2 Ogos 2011 yang lalu. Penerima APC tersebut adalah:

1. Ustazah Hasliza
2. Puan Suzita
3. Puan Ruzita
4. Pn. YusrinaHanim
5. Pn. Fatimah Ali (staf pejabat)
6. Pn. Sya'ariah
7. Encik Mohd. Hafiz
8. Ustaz Mohd. Nizam
9. Puan Siti Khatijah

Penyampaian ini dilakukan buat pertama kalinya di depan para guru dan pelajar. Ia bertujuan untuk memaklumkan secara telus penerimag-penerima anugerah ini kepada semua warga sekolah. Apa uang lebih penting ialah supaya setiap warga sekolah dapat memberikan penghargaan dan penghormatan kepada semua penerima yang telah membuktikan kehebatan mereka di dalam perkhidmatan.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada semua penerima.

Bagi penerima-penerima APC ini pula harapan sekolah adalah:

1. Meneruskan kecemerlangan mereka dengan lebih hebat lagi sebagai mensyukuri
anugerah yang diterima dan membuktikan bahawa kita memang layak dan patut
menerimanya berdasarkan semata-mata kualiti dan mutu serta sumbangan yang telah
kita berikan kepada kemajuan sekolah.

2. Menjadikan anugerah ini sebagai landasan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih
baik dan tidak berhenti setakat pencapaian ini sahaja. JPC sebagai sasaran kerja
semata-mata dan berhenti menunjukkan prestasi setelah mendapatnya.

3. Melakukan inovasi dan kreativiti yang lebih daripada pencapaian semasa.

Bagi para guru dan kakitangan yang lain, yang masih tidak memperolehinya, jadikanlah kejayaan rakan-rakan kita ini sebagai perangsang kepada usaha kita meningkatkan mutu kerja kita agar kita pula akan berjaya memperolehinya. Persaingan yang sihat di dalam meningkatkan mutu kerja adalah suatu yang baik dan amat digalakkan.

Di dalam mana-mana jabatan sekalipun, isu penerima anugerah ini adalah suatu yang sensitif. Kerapkali timbul pelbagai rungutan terutama kepada yang tidak mendapatnya berkaitan dengan kelayakan orang yang menerimanya. Pelbagai riaksi dan cerita yang sering kita dengar berkaitan dengan isu ini. Ada yang meminta-minta, ada yang merayu, ada yang memprotes dan ada juga yang mengugut pentadbiran agar memilihnya jika mahukan dia bersetuju memegang jawatan atau sesuatu tugas utama, terutamanya di sekolah, yang jawatan-jawatan ini tidak datang bersama ganjaran sebaliknya membawa beban tugas yang berat.

Memang adakalanya penerima APC ini boleh dipersoalkan orang lain jika pemilihannya tidak dilakukan dengan baik dan tidak didasarkan kepada kualiti perkhidmatan semata-mata. Ada juga orang yang memang layak mendapatnya tetapi tidak, oleh sebab dasar pemilihan yang tidak berdasarkan kualiti tadi. Maka ada yang kecewa dan ada yang berasa kecil hati dan membawa kepada kemerosotan prestasi. Kasihanlah bagi orang-orang yang sebegini. Kadangkala, pemilihan didasarkan kepada faktor perkhidmatan yang telah lama atau terpaksa menunggu sekian lama , sebelum layak dipertimbangkan. Keadaan ini kadangkal menyebabkan ramai guru dan staf baru yang bagus dan menunjukkan prestasi tinggi , tidak dipertimbangkan kerena alasan 'masih baru'!

Namun, apa yang pasti, kita harus sedar dan insaf akan beberapa perkara asas berkaitan pemilihan calon APC ini:

1. Ia seharusnya didasarkan kepada mutu dan kualiti perkhidmatan semata-mata kerana APC membawa maksud ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG...bukannya Anugerah Perkhidmatan Lama. bagi orang yang nak pencen, bagi rakan baik pentadbir, orang kesukaan pentadbir atau sebagai.

2. Anggaplah penerimaan ini sebagai rezeki dari Allah. Yakinilah , jika ada rezeki kita, InsyaAllah , kita akan berjaya memperolehinya.

3. Bagi yang tidak dapat, dan kecewa dengan penilaian yang dilakukan, yakinilah bahawa penilaian manusia ini memang tidak sempurna. Penilaian Allah ;ah yang lebih tepat. Teruskanlah mencipta kecemerlangan moga-moga Allah akan menggerakkan hati penilai untuk melihat kita. Teruskanlah kerja dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah.

4. Janganlah jadi anugerah ini suatu matlamat akhir. Matlamat akhir seharusnya mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki. Ingatlah rezeki diberikan Allah dalam pelbagai rupa. Bukan hanya semata-mata wang. Kesihatan, ketenangan, kejayaan kaum keluarga , anak-anak semuanya adalah rezeki...

Bagi semua warga kerja SMK Taman Tuanku Jaafar, teruskanlah perkhidmatan cemerlang kita. Semoga kita dapat menyumbang sesuatu kepada kejayaan sekolah kita dan anak-anak didik kita. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...