SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 15, 2013

ZIARAH PENDIDIKAN KHAS SMK JELAI FELDA 3I JAN 2013

Setiap kali ada kesempatan untuk menziarahi SMK Jelai Felda, saya tidak akan melepaskan peluang untuk melawat ke unit PPKI sekolah ini untuk melihat perkembangannya dan berjumpa dengan guru-guru dan staf di PPKI ini yang sentiasa komited dan hebat di dalam menjalankan tugas mereka.


Di bawah penyelarasnya, Puan Saniah Mamat, PPKI sekolah ini sentiasa  menunjukkan peningkatan dan kecemerlangan di dalam pelbagai bidang. Setiap kali lawatan akan ada sesuatu pepmbaharuan yang dibuat hasil idea bersama rakan-rakan guru PPKI yang komited. 

Semenjak saya bersama mereka di sekolah ini sejak 2008 hingga april 2011, banyak inovasi yang dihasilkan.
Kejayaan PPKI ini saya lihat adalah selain kepimpinan Puan Saniah Mamat yang berpengalaman luas dan sokongan pihak pentadbiran sekolah ia juga disebabkan oleh faktor komitmen guru-guru dan pembantu pelajar yang sangat komited. 

Guru-guru muda yang masuk ke unit ini juga amat komited dan tidak jemu menimba ilmu khusunya darpada Puan Saniah yang pernah dinilai sebagai Guru Cemerlang PPKI peringkat Kebangsaan sebanyak 3 kali di samping  anugerah lain yang banyak diperolehi oleh beliau.
Satu lagi aspek yang jelas ialah penghayatan pendidikan PPKI yang melibatkan kelompok pelajar istimewa yang begitu rapat dengan diri beliau. Anak beliau juga yang merupakan bekas pelajar PPKI sekolah ini , menjadikan beliau begitu mudah menyelami perasaan dan kemahuan para pelajar ini. penghayatan ini nampak jelas mampu diserap oleh guru-guru muda yang lain, yang mampu mendidik pelajar di sini dengan begitu dedikasi.
 

Berilah apa sahaja tugas dan cabaran, sudah pasti mereka mampu melaksanakannya. Bukan hanya di dalam aktiviti yang melibat pelajar PPKI , malahan dalam hal yang  melibatkan sekolah . kebolehan guru-gurunya begitu teserlah. Ada yang berbakat besar sebagai pengacara majlis dan berkebolahan juga di dalam aktiviti lasak di luar kawasan sekolah.

Keistimewaan yang hebat di sini juga adalah 'kedai Kek dan Roti" yang diasaskan semasa saya berada di sana dahulu, masih berjalan dan masih tidak mampu menampung permintaan yang banyak daripada warga sekolah. saya sempat bertemu dengan 2 orang pelajar yang menjual roti dan kek yang dihasilkan oleh mereka di kedai ini. Semoga kedai ini akan terus mampu bertahan dan menjadi wadah melatih mereka berdikari.
Kepada warga PPKI SMK Jelai Felda, teruskan kecemerlangan ini. Anda Memang Hebat! Tahniah Puan Saniah, Cikgu Norhayati Said, Cikgu Asyriq dan lain lain lagi...

ZIARAH SMK JELAI FELDA....
























LAWATAN & KAJIAN MODEL JELAI DI SMK JELAI FELDA ....31 JAN 2013

 SMK JELAI FELDA memang banyak meninggalkan memori yang indah buat saya semasa berkhidmat di sana daripada 1 Julai 2008 sehingga 1 April 2011. Selain merupakan sekolah pertama saya di tempatkan sebagai pengetua, ia juga menjadi kenangan indah di atas bebarapa pengalaman manis bersama kelompok guru yang hebat, rakan pengurusan yang aktif dan pro aktif serta masyarakat Felda yang mesra dan pelajar yang hebat.

Sesuatu yang tidak terduga, apabila kaedah dan pendekatan pendidikan berasaskan agama dan nilai akhlak mulia diterapkan di sekolah ini di semua peringkat sehinggakan menghasilkan kecemerlangan dan perubahan yang hebat , yang saya sendiri tidak sangkakan. namun begitulah kehendak Allah dan disokong dengan kepercayaan semua warga sekolah di bawah satu misi iaitu untuk Mengubah Imej , Mencabar Imej Lama dan Mencipta Imej Baru .

Ternyata  hasil daripada kaedah dan pendekatan yang diterapkan ini , telah berjaya menarik minat beberapa rakan pensyarah untuk membuat kajian bagaimana sekolah ini boleh berubah menjadi sekolah yang cemerlang.

Berdasarkan perancangan 3 tahun bermula 2009 ,yang mensasarkan kejayaan pada tahun 2011, terbukti pendekatan ini telah berjaya menghasilkan kejayaan yang cukup hebat. kemuncak kepada kejayaan sekolah ini adalah [pada tahun 2011 apabila ia dianugerahkan Baiah pengetua dan dicalonkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan.

Namun begitu jika disorot kembali sejarah kecemerlangan sekolah ini, ia pernah dicalonkan untuk Anugerah Sekolah Cemerlang Kebangsaan pada tahun 2010. 

Kejayaan--kejayaan juga dicapai di dalam semua bidang. Pencapaian akademik yang meningkat setiap tahun, ko -kurikulum dan sukan juga amat cemerlang.

Pada tahun 2009, seramai 13 atlet sekolah ini telah terpilih  mewakili MSSMNS  ke Kejohanan Olahraga MSSM . jumlah ini merupakan jumlah terbesar penglibatan pelajar disesebuah sekolah di negeri Sembilan dengan prospek menghasilkan 7 emas. Dalam kejohanan MSSD Tampin 2009 juga, sekolah ini menggondol 39 emas dengan meninggalkan pencabar terdekatnya pada 12 emas.

Justeru itu, pensyarah Encik Mohd. Zakri daripada Institut Pendidikan Raja Melewar dengan kerjasama beberapa pensyarah di UKM telah membuat kajian berasaskan tajuk" Tranformasi  Sekolah berasaskan  Model Jelai (F), dengan responen kajian terdiri daripada belas Pengetua Omar Ahmad dan guru-guru pada tahun berkenaan.

InsyaAllah, hasil kajian ini nanti dicadangkan untuk diterbitkan di jurnal antarabangsa dan tempatan. Ini secara tidak langsungnya , sudah pasti akan melonjakkan nama SMK Jelai felda ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi.

Turut hadir dan terlibat di dalam kajian ini ialah encik NurHaslin Mokhsin bekas ketua Bidang dan penyelaras ICT sekolah ini yang kini bertugas di PPD Tampin dan tuan Haji Kasim, guru Penolong Kanan Akademik  dan ustaz Rizal Bin Kemis yang banyak membantu menjulang nama sekolah di dalam bidang sahsiah terutamanya memacu kejayaan BADAR ( Badan Dakwah dan Kerohanian) sekolah.






Mesyuarat Projek Bolasepak Remaja Kebangsaan Bawah 14 -Bersama SU Agong FAM , KPM, JPNS dan SMKTTJ

 Mesyuarat bersama Yang Berbahagia Let. Jen ( Bersara) Dato Izzuddin, Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  yang diadakan pada hari Jumaat, 15 Febuari 2013, di Wisma FAM, Kelana Jaya adalah sesuatu yang amat  berguna dan berjaya menyelesaikan segala masalah di dalam suasana yang penuh mesra.

Perbincangan pada hari berkenaan turut disertai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sukan KPM, Tuan Haji Zainuddin, Cik Hasni dan Encik Romzi. Sementara wakil Jabatan pelajaran Negeri sembilan pula adalah encik Munzir Manan dan pihak sekolah diwakili oleh Tuan pengetua dan Encik Kalaiselvam (GPK Ko Kurikulum).

Pertemuan yang diusahakan oleh Tuan pengetua sendiri hasil perbualan awal bersama Dato Setiausaha Agong FAM, adalah bertujuan untuk menyelasaikan bebarapa isu berkaitan dengan Projek Bolasepak remaja Kebangsaan Bawah 14 tahun yang ditempatkan di SMK Taman Tuanku Jaafar.

Walaupun pada hakikatnya , sekolah ini telahpun menjadi pusat latihan projek berkenaan semenjak tahun 2010 lagi. ketika itu , hampir 3/4 daripada pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar SMKTTJ sendiri yang tinggal berhampiran sekitar sekolah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan soal keselamatan pelajar , kebajikan pelajar, keselesaan tempat penginapan, aspek pembelajaran / akademik pelajar , peraturan KPM , sistem pengurusan dan peranan masing-masing berkaitan dengaan perjalanan projek ini.


Sesungguhnya, pelbagai perkara dan masalah yang timbul dan isu penting berkaitan projek ini berjaya dirungkai dan masyuarat berjaya dengan cemerlang.

Berdasarkan daripada riak muka dan pernyataan daripada semua pihak ternyata pertemuan ini sesuatu yang berjaya dan semuanya berpuasa hati. Seperti yang dinyatakan oleh Dato Izzuddin, projek ini adalah merupakan agenda negara dan kita mestilah membantu ke arah menjayakan projek ini.


Walaupun kita terpaksa bermula semula daripada awal, namun demi mencari jalan penyelesaian dan memastikan projek ini berjalan terus , maka segala permasalahan di pihak masing-masing dapat  diketepikan demi negara.

Apa yang diharapkan hasil daripada mesyuarat ini  ialah , perjalanan projek ini akan berjalan dengan lebih teratur dan profesional serta aspek keselamatan dan kebajikan para pelatih yang juga merupakan pelajar sekolah ini akan terjamin.

Bagi pihak sekolah, kita bverasa lega dan amat berpuashati dengan keputusan yang diambil hasil daripada perbiuncangan ini. Kita juga melahirkan rasa terima kasih dan kagum dengan layanan yang diberikan oleh FAM khususnya Dato Izzuddin di dalam  membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah berkaitan. Diharapkan selepas ini, pihak sekolah dapat memainkan peranan lebih efektif di dalam membantu menjayakan misi negara ini.


 Kepada  Kementeria Pelajaran khususnya Bahagian Sukan , pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang dihulurkan , hadir bersama-sama untuk membantu sekolah. terima kasih juga kepada Unit Sukan JPNS, Khusunya Encik Munzir Manan yang telah memberikan komitmen dan sering membantu sekolah di dalam menjayakan agenda sukan .













Sunday, February 3, 2013

Smkttj vs Beijing Western Campus Football Training Centre, China

 Beijing Western Campus Football Trainning Centre, China merupakan pasukan pertama dari luar negara yang mengunjungi SMKTTJ dan mengadakan perlawanan persahabatan pada tahun ini. Perlawanan dan lawatan ini berlangsung pada 2 Febuari 2013, Sabtu bertempat di Padang SMKTTJ.



Keputusan Perlawanan adalah SMKTTJ 6 -JX08 (nama pasukan berkenaan) 3. Tahniah SMKTTJ!








Pasukan JX08 ini merangkumi pemain berusia 16 tahun yang terdiri daripada pemain lelaki dan perempuan. Sementara pasukan SMKTTJ adalah merupakan pelatih Kebangsaan yang berusia bawah 14 tahun.

Lawatan pasukan ini merupakan sebahagian daripada siri perlawanan perrsahabatan yang sering diadakan di antara pasukan kita dengan pasukan luar negara. Pada tahun ini , pasukan JX08 merupakan pasukan pertama tiba ke sekolah ini.  Dimaklumkan juga, pada bulan Julai nanti pasukan daripada Australia dan Singapura juga akan bertandang dan akan mengadakan perlawanan persahabatan.

Majlis penyampaian cenderamata dan jamuan ringkas telah diadakan di Balai konfrensi sekolah dengan dihadiri oleh Tuan pengetua dan pegawai kedua-dua pasukan dan para guru penasihat pasukan bolasepak kita.












Dalam ucapan tuan Pengetua , beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan JX08 yang sudi datang dan mengadakan perlawanan persahabatan serta seterusnya mempelawa pasukan tersebut atau mana-mana pasukan daripada China untuk mengambil bahagian di dalam Pertandingan Bolasepak 4 Penjuru Antarbangsa Anjuran SMKTTJ yang dijangkakan akan diadakan pada tahun ini iaitu sekitar Julai atau Oktober.








Menurut Tuan Pengetua, pertandingan tersebut dijangkankan akan disertai oleh pasukan daripada Singapura, Australia, China dan SMKTTJ sendiri. Pihak YDP PIBG sekolah telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan bersetuju menjadi penaja pertandingan.




ini merupakan suatu sumbangan SMKTTJ di dalam meningkatkan mutu permainan bolasepak remaja perempuan di sekolah ini dan sebagai satu acara menjulang nama sekolah ke peringkat antarabangsa.














KRK 2013...SUATU KOMITMEN KE ARAH KECEMERLANGAN..










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...