SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, August 29, 2011
Saturday, August 27, 2011
WAJAH-WAJAH RIANG MENYAMBUT CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI..
SUASANA RIANG ternyata terpapar di mata para pelajar dan guru -guru kerana hari ini , 26 Ramadhan adalah hari terakhir persekolahan sebelum semuanya bercuti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan cuti persekolahan selama seminggu.
Pada hari ini semua pelajar telah berpeluang untuk bersalaman dengan para guru dan sahabat serta mengucapkan Selamat Hari Raya aidil Fitri serta memohon keampunan di atas kesilapan lalu yang dilakukan selama ini. Para guru juga turut bersalamaan sesama sendiri di dalam suasana penuh keriangan.
Bagi para pelajar dan guru yang bukan beragama Islam , mereka juga turut sama bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya kepada rakan-rakan beragama islam . Tuan Pengetua juga telah meluangkan masa berjumpa dengan seberapa ramai para guru dan staf serta mengucapkan selamat menyambut Hariu Raya Maaf Zahir Batin serta selamat bercuti kepada guru-guru dan kakitangan bukan beragama Islam.
Kita mendoakan agar hari raya pada tahun ini adalah hari raya yang penuh kegembiraan buat semua dan semoga ikatan kekeluargaan kita di SMK Taman Tuanku Jaafar akan terus terjalin dengan penuh mesra . Hubungan mesra dan penuh rasa kekitaan ini sebenarnya amat penting bagi kita menjadikan sekolah kita sebagai sekolah yang cemerlang. Usaha ke arah mencemerlangkan sekolah mestilah dipikul bersama dan dilakukan dengan penuh sungguh-sungguh,
CERAMAH AL-QURAN DAN SAINS OLEH PROF. MADYA DR. MOHD ARIF KOSMO
BERSEMPENA dengan majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah yang diadakan di Dataran Cemciakawan dan ruang legar, pihak sekolah juga telah menjemput penceramah undangan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Arif Kosmo yang hadir menyampaikan ceramah berkaitan Al-Quran dan Sains- Pembuktian Kebenaran Al_Quran.
Melalui ceramahnya Dr. Arif Kosmo telah menngupas akan kebenaran Al -Quran dengan bukti-bukti yang dapat dibuktikan dengan penggunaan sains. Apa yang pasti ialah ia membuktikan bahawa Al-Quran adalah satu mukjizat Allah yang tulen diciptakan oleh Allah dan bukanlah rekaan manusia. Segala perkara yang dikaji oleh ahli sains berkaitan dengna kejadian alam ini juga telah dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Hakikat ini telah dibuktikan melalui kajian terhadap ayat-ayat Al_quran dan dibuktikan dengan teknologi terkini. Beberap pengkaji bukan Islam juga telah mengakui kebenaran Al_quran.
Ternyata ceramah yang disampaikan oleh beliau amat menarik dan mengkagumkan. Rata-rata para pelajar dan guru kelihatan terpegun mendengar kupasan beliau dengan bukti-bukti kajian manusia yang menunjukkan kebenaran Al_Quran. Hakikat ini menyedarkan kita akan kebesaran dan kekuasaan Allah yang telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan kita. Ia mengukuhkan keyakinan kita sebagai penganut Islam akan kebenaran Al_Quran dan membuktikan kebenaran Al_quran adalah milik Allah, yang diturunkan oleh Allah dan bukan dicipta oleh manusia.
Semoga dengan ceramah ringkas ini dapat mengukuhkan keimanan para pelajar dan guru semua agar kita menjadi penganut yang baik.
Diharapakan juga kita akan dapat menyambungsiri ceramah ini pada masa akan datang
IFTAR JAMAIE.BERSAMA IMAM MUDA FATAH DAN UST. HUSAINI AKADEMI AL-QURAN 2011
ALHAMDULILLAH...pada 23 Ogos 2011 , bersamaan dengan 23 Ramadhan yang lalu , program Berbuka Puasa / Iftar Jamaie SMK Taman Tuanku Jaafar telah dilangsungkan dengan tetamu khas iaitu Imam Muda Fatah dan Ustaz Husaini, Naib johan Akademi Al-Quran 2011. Turut hadir adalah YDP PIBG Encik Abdul Hamid Yaakub dan Encik Ridzuan dari PTPL , Seremban. Encik Ridzuan juga mewakili PTPL telah sudi menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 20 orang pelajar anak yatim dan miskin pada majlis yang sama.
Majlis ini juga turut diserta oleh 70 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas dan penerima sumbangan zakat daripada PTPL Seremban.
Pada majlis ini para guru telah sudi menyumbang wang dan juadah untuk berbuka puasa. Majlis berlangsung dengan meriah dan dalam suasana kekeluargaan. Majlis seperti ini pernah diadakan beberapa tahun dahulu, namun kemudiannya terberhenti oleh beberapa sebab. Pada tahun ini , majlis ini diwujudkan semuala yang antara lain bertujuan untuk:
1. Menanamkan budaya bersedekah khusus sempena bulan ramadhan yang berkat ini.
2. Melahirkan rasa kekitaan dan teamwork di kalangan guru dan kakitangan.
3. Merapatkan hubungan antara guru sesama guru dan juga dengan pelajar dan
kakitangan.
Pada majlis ini juga pihak sekolah telah mengundang 2 orang remaja hebat iaitu Imam Muda Fatah dan ustaz Husaini , Naib Johan Akademi Al Quran untuk berbuka puasa bersama dan seterusnya bersama-sama di dalam majlis solat maghrib, solat Isyak dan Tarawih. Pada selang masa menunggu isyak selepas maghrib, ustaz husainijuga telah memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan sungguh merdu dan mengkagumkan. Kemerduaan alunan suara dan bacaan Qiraat Ustaz Husaini, membuatkan semua hadirin senyap penuh kekaguman. Tujuan kita menjemput beliau memperdengarkan bacaan Al-Quran ini juga adalah untuk menarik minat para pelajar khususnya di dalam membudayaan bacaan Al-Quran di dalam kehidupan mereka.
Imam Muda Fatah juga telah sudi menyampaikan Tazkirah bertajuk Ramadaha dan kecemerlangan. Di dalam tazkirahnya, Imam Muda Fatah mengingatkan kita tentang keperluan kita mengambil peluang didalam bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan keimaman dan menambah pahala apatah lagi pada malam-malam 10 hari terakhir Ramadhan ini. Ternyata, tazkirah yang disampaikan mampu menarik minat dan perhatian para tetamu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan siumbangan zakat daripada PTPL yang disempurnakan oleh Encik Ridzuan, Pengurus PTPL Seremban.
Ternyata program pada malam tersebut berjaya dengan cemerlang.Diharapkan pada tahun hadapan , kita akan mendapatkan kehadiran dan penglibatan penuh semua guru . Program ini juga dapat dimurnikan dengan lebih baik lagi , InsyaAllah pada tahun akan datang,
Monday, August 22, 2011
SUMBANGAN AWAL INTI UNIVERSITI COLLEGE UNTUK PROGRAM LAWATAN KE BANDUNG..
ALHAMDULILLAH....
HARI INI pihak sekolah menerima sumbangan awal untuk Program Lawatan Silang Budaya dan Pembudayaan ICT di Bandung yang dijangkakan akan berlepas pada 20 Oktober 2011 ini nanti.
Sumbangan ini adalah berupa beg galas dan t-shirt untuk digunakan semasa di sana nanti. Pihak sekolah merakan ucapan jutaan terima kasih yang tidaj terhingga di atas sokongan yang ditunjukkan oleh INTI di dalam menjayakan program kita ini. Malahan INTI merupaka agensi atau pihak luar yang pertama sekali menyumbangkan kepada program ini.
Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pihak sekolah, beberapa pihak telah dihubungi dan masih menunggu jawapan. Pihak sekolah masih mengharapkan agar ada pihak- pihak luar yang masih mahu membantu kita.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalinkan hubungan antara 3 buah sekolah iaitu SMK TTJ , SMK Jelai Felda dan SMPN 13 Bandung. Kita cuba menimba ilmu daripada SMPN 13 terutamanya berkaitan THinkQuest yang mana sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang hebat pencapaiannya di peringkat Asia -Pacific. Selain itu ia juga sebagai program pendedahan budaya luar terhadap para pelajar. Agar kita sebagai satu bangsa serumpun harus kenal dan hidup saling memahami dan saling menghormati.
Saya ucapkan tahniah kepada INTI dan Encik Paramasevam yang banyak membantu mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak .
Friday, August 19, 2011
TAHNIAH & SYABAS! PASUKAN PIALA GOTHIA SMK TMN TUANKU JAAFAR TELAH KEMBALI...
Tahniah..Pasukan Bolasepak Perempuan kita yang menyertai Kejohanan Piala Gothia di Sweden telah selamat kembali; Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka di dalam menaikkan nama sekolah dan negara, pihak sekolah telah sudi menyampaikan sijil-sijil kejohanan semasa perhimpunan rasmi sekolah, baru-naru ini.
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua kepada sebilangan pemain. Tuan Pengetua juga telah mewakili Tuan Pengarah pelajaran Negeri Sembilan menyampaikan hadian sumbangan JPNS kepada sekolah berupa sebiji bola kepada Puan Hj. Zainab Hj. Nasir iaitu GPK Ko-Kurikulum.
Kehebatan pasukan Bolasepak Perempuan kita juga dizahirkan melalui kejayaan seramai hampir 5 orang pemain yang turut dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan di dalam Kontigen Pasukan Bolasepak Wanita Negeri Sembilan untuk pertandingan di Peringkat Kebangsaan. Namun disebabkan persiapan ke Sweden, mereka terpaksa menolaknya. Diharapkan mereka akan berjaya dipilih pada lain masa nanti.
Berikutan dengan kejayaan pasukan kita ini , pihak sekolah berharap dapat menjadikan Bolasepak Perempuan ini sebagai watak sekolah, Justeru itu, satu jawatankuasa pembangunan Bolasepak Perempuan SMK TTJ telah ditubuhkan dan perancangan yang lebih teliti disusun untuk kejayaan lebih cemerlanga pada masa akan datang. Antara perncangan tersebut ialah:
1. Talent ID kepada semua pelajar tahun 5 dan 6 sekolah berhampiran.
2. Pertandingan Futsal peringkat sekolah untuk mencungkil bakat baru di kalangan
pelajar tingatan 1 dan 2.
3. Perlawanan Persahabatan
4. Program lawatan Pasukan Bolasepak Negeri ke sekolah
5. Pemasangan papan tanda program Bolasepak di kawasan padang sekolah dan di
bahagian depan sekolah
6. Banner besar gambar pasukan sekolah ke Piala Gothia di dinding bangunan sekolah.
7. Pembentukan pasukan Projek Khas bawah 14 tahun sekolah.
Semoga dengan perancagan yang rapi ini , bolasepak sekolah akan meningkat tinggi pencapaiannya. Bagi pelajar sekolah, sahutlah cabaran ini dengan menyertai pasukan sekolah.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (apc) SMK TTJ 2010
TAHNIAH & SYABAS..!
Buat penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SMK Taman Tuanku Jaafar 2010. Penyampaian surat penganugerahan telah dilakukan oleh Tuan pengetua di Dataran Cendiakawan kepada semua penerima seramai 9 orang pada perhimpunan rasmi sekolah pada pada 2 Ogos 2011 yang lalu. Penerima APC tersebut adalah:
1. Ustazah Hasliza
2. Puan Suzita
3. Puan Ruzita
4. Pn. YusrinaHanim
5. Pn. Fatimah Ali (staf pejabat)
6. Pn. Sya'ariah
7. Encik Mohd. Hafiz
8. Ustaz Mohd. Nizam
9. Puan Siti Khatijah
Penyampaian ini dilakukan buat pertama kalinya di depan para guru dan pelajar. Ia bertujuan untuk memaklumkan secara telus penerimag-penerima anugerah ini kepada semua warga sekolah. Apa uang lebih penting ialah supaya setiap warga sekolah dapat memberikan penghargaan dan penghormatan kepada semua penerima yang telah membuktikan kehebatan mereka di dalam perkhidmatan.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada semua penerima.
Bagi penerima-penerima APC ini pula harapan sekolah adalah:
1. Meneruskan kecemerlangan mereka dengan lebih hebat lagi sebagai mensyukuri
anugerah yang diterima dan membuktikan bahawa kita memang layak dan patut
menerimanya berdasarkan semata-mata kualiti dan mutu serta sumbangan yang telah
kita berikan kepada kemajuan sekolah.
2. Menjadikan anugerah ini sebagai landasan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih
baik dan tidak berhenti setakat pencapaian ini sahaja. JPC sebagai sasaran kerja
semata-mata dan berhenti menunjukkan prestasi setelah mendapatnya.
3. Melakukan inovasi dan kreativiti yang lebih daripada pencapaian semasa.
Bagi para guru dan kakitangan yang lain, yang masih tidak memperolehinya, jadikanlah kejayaan rakan-rakan kita ini sebagai perangsang kepada usaha kita meningkatkan mutu kerja kita agar kita pula akan berjaya memperolehinya. Persaingan yang sihat di dalam meningkatkan mutu kerja adalah suatu yang baik dan amat digalakkan.
Di dalam mana-mana jabatan sekalipun, isu penerima anugerah ini adalah suatu yang sensitif. Kerapkali timbul pelbagai rungutan terutama kepada yang tidak mendapatnya berkaitan dengan kelayakan orang yang menerimanya. Pelbagai riaksi dan cerita yang sering kita dengar berkaitan dengan isu ini. Ada yang meminta-minta, ada yang merayu, ada yang memprotes dan ada juga yang mengugut pentadbiran agar memilihnya jika mahukan dia bersetuju memegang jawatan atau sesuatu tugas utama, terutamanya di sekolah, yang jawatan-jawatan ini tidak datang bersama ganjaran sebaliknya membawa beban tugas yang berat.
Memang adakalanya penerima APC ini boleh dipersoalkan orang lain jika pemilihannya tidak dilakukan dengan baik dan tidak didasarkan kepada kualiti perkhidmatan semata-mata. Ada juga orang yang memang layak mendapatnya tetapi tidak, oleh sebab dasar pemilihan yang tidak berdasarkan kualiti tadi. Maka ada yang kecewa dan ada yang berasa kecil hati dan membawa kepada kemerosotan prestasi. Kasihanlah bagi orang-orang yang sebegini. Kadangkala, pemilihan didasarkan kepada faktor perkhidmatan yang telah lama atau terpaksa menunggu sekian lama , sebelum layak dipertimbangkan. Keadaan ini kadangkal menyebabkan ramai guru dan staf baru yang bagus dan menunjukkan prestasi tinggi , tidak dipertimbangkan kerena alasan 'masih baru'!
Namun, apa yang pasti, kita harus sedar dan insaf akan beberapa perkara asas berkaitan pemilihan calon APC ini:
1. Ia seharusnya didasarkan kepada mutu dan kualiti perkhidmatan semata-mata kerana APC membawa maksud ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG...bukannya Anugerah Perkhidmatan Lama. bagi orang yang nak pencen, bagi rakan baik pentadbir, orang kesukaan pentadbir atau sebagai.
2. Anggaplah penerimaan ini sebagai rezeki dari Allah. Yakinilah , jika ada rezeki kita, InsyaAllah , kita akan berjaya memperolehinya.
3. Bagi yang tidak dapat, dan kecewa dengan penilaian yang dilakukan, yakinilah bahawa penilaian manusia ini memang tidak sempurna. Penilaian Allah ;ah yang lebih tepat. Teruskanlah mencipta kecemerlangan moga-moga Allah akan menggerakkan hati penilai untuk melihat kita. Teruskanlah kerja dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah.
4. Janganlah jadi anugerah ini suatu matlamat akhir. Matlamat akhir seharusnya mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki. Ingatlah rezeki diberikan Allah dalam pelbagai rupa. Bukan hanya semata-mata wang. Kesihatan, ketenangan, kejayaan kaum keluarga , anak-anak semuanya adalah rezeki...
Bagi semua warga kerja SMK Taman Tuanku Jaafar, teruskanlah perkhidmatan cemerlang kita. Semoga kita dapat menyumbang sesuatu kepada kejayaan sekolah kita dan anak-anak didik kita. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...
Subscribe to:
Posts (Atom)