SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, March 23, 2020

PERTANDINGAN MENGHIAS MEJA KANTIN MAC 2020

Program Keceriaan Kantin Sekolah bermula lagi pada tahun ini. pada kali ini , pertandingan meja bermaklumat telah dibahagikan mengikut panitia masing-masing dan mereka menggunakan peruntukkan panitia masing -masing .

Ini adalah merupakan salah satu pembaharuan yang kita lakukan pada tahun ini, berbanding pada tahun 2019 yang lalu.

Pada tahun lalu, pihak sekolah telah menyediakan dana khas , dan mengagihkannya kepada semua panitia untuk mereka bersiap sedia  dengan membeli barangan hiasan, mengikut kreativiti dan idea mereka sendiri.

Pertandingan ini telah dimulakan sejak sebelum cuti semester yang pertama dahulu dan akan disambung semula, sebaik saja sekolah di buka semula setelah perintah kawalan pergerakan akibat penularan Covid 19 ini.

Pada tahun ini juga , hadiah-hadiah istimewa akan diberikan kepada para pemenang.

Hadiah Pertama adalah sebanyak RM100.00

Kedua  sebanyak RM80.00

Ketiga sebanyak RM60.00

Para pemenang juga akan mendapat hadiah sampingan  istimewa iaitu, jamuan makan tengahari yang disumbangkan oleh pihak kantin


Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk:

1. Menyediakan persekitaran berilmu di dalam kawasan sekolah

2.Melahirkan idea serta menyerlahkan kreativiti setiap ahli panitia .

3. Melahirkan sikap kerjasama dan teamwork di kalangan ahli panitia

4. melahirkan rasa cinta dan bangga terhadap sekolahdi kalangan setiap warga SEMSE.

Pihak Jawatankuasa Kantin sebenarnya telah berhasrat untuk memasuki pertandinga Kantin terbaik di peringkat Daerah dan Negeri /JPNNS
Aktiviti menghias meja bermaklumat ini telah dikukan bersama antara guru -guru dan para pelajar. Saya kagum dengan kesungguhan mereka. Ada di kalangan mereka ini yang terus hadir ke sekolah semasa cuti persekolahan ini menyiapkan hiasan ini.

Saya ingin merayu kepada para pelajar agar dapat menjaga meja ini dengan tidak merosakkannya atau meletakkan beg di atasnya agar tidak rosak. Pihak guru dan panitia telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjadikan persekitaran sekolah ita ceria dan cantik. Maka menjadi tanggungjawab para pelajar untuk memberikan kerjasama agar tidak merosakkannya.

Untuk tujuan pengawasan , pihak Jawatankuasa kantin telah menubuhkan Unit Kafetaria , khusus untuk membantu para guru di dalam aspek pengawasan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha murni setiap ahli panitia dan Jawatankuasa Kantin yang telah mengambil inisiatif ini.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...