SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, June 19, 2011

LDP-BENGKEL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)- 18 JUN 2011











TERIMA KASIH DAN SYABAS buat semua guru khususnya di bawah unit akademik dibawah pimpinan Encik Akashah yang telah berjaya menganjurkan bengkel berkaitan pada 18 Jun 2011 , hari Sabtu yang lalu. Syabas juga diucapkan khas kepada fasilitator pada hari itu iaitu Pn, Noraishah Shafie, Pn. Asyirah Zakaria, Pn. Rohayu Mustafa, Pn. Shara'yah Mansor dan Pn. Yati Syuhaida Yazid.

Dengan taklimat yang diberikan , bermakna penggunaan ISIS akan ditamatkan. Ini memeandangkan sisem baru ini akan menggunakan kaedah dalam talian atau online. Dengan penggunaan sistem ini juga akan lebih memberikan kemudahan kepada semua guru di dalam pengisisan markah , kerana ia boleh dilakukan melalui sistem dalam talian / online. Ini sudah pasti akan dapat memberi manfaat besar di dalam usaha kita untuk memberikan perhatian dan fokus kepada pembangunan ICT di sekolah ini.

Sekalung tahniah juga kepada para guru yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir ke bengkel ini walaupun menerima perkhabaran di dalam tempoh masa yang singkat iaitu sehari sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa kita boleh berubah ke arah kemajuan ikan kita sedar dan mahu melakukannya! Suatu yang menarik juga ialah ramai di kalangan para guru ini yang membawa laptop sendiri. Ini secara tidak langsung telah menjayakan Program I Guru 1 laptop yang diwar-warkan oleh Pengetua.

TAHNIAH BUAT PRIYA...MENJULANG NAMA SMKTTJ SEHINGGA KE USA..













TAHNIAH DAN SYABAS !!! BOLA SEPAK REMAJA PEREMPUAN TERUS CEMERLANG..
Buat julung kalinya, seorang pelajar dari SMKTTJ telah terpilih untuk mewakili MALAYSIA ke Program Pertukaran Pemain Bola Sepak Malaysia – USA pada 31hb Mei 2011 sehingga 16hb Jun 2011bertempat di New York, Amerika Syarikat. Beliau adalah pemain 'last man' dalam pasukan bola sepak remaja perempuan yang cukup disegani dan digeruni oleh pasukan lawan iaitu PRIYA A/P MARAPPAN.


Program pertukaran ini merupakan program kerjasama di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia dengan U.S Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs. Ia bermula dengan menganjurkan klinik bola sepak wanita di Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah bermula pada tahun 2009. Program ini diikendalikan oleh 4 orang jurulatih berpengalaman dari US dan berfokus untuk pembangunan bola sepak peringkat akar umbi remaja perempuan berumur 12 – 17 tahun.


Program pertukaran terbahagi kepada 2 komponen iaitu komponen pertama KLINIK BOLA SEPAK yang telah berlangsung pada tahun 2009. Komponen kedua ialah LAWATAN KE USA bagi pelajar-pelajar yang terbaik yang dipilih semasa klinik bola sepak berlangsung. Kos lawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak US Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs


Krew Lensa cukup bertuah kerana diberi keizinan untuk memaparkan foto-foto milik peribadi beliau dan video aktiviti beliau kepada seluruh warga SMKTTJ. Semoga kejayaan beliau terpilih beraksi sehingga ke peringkat antarabangsa akan menyuntik semangat pelajar-pelajar yang lain agar terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian ke peringkat yang tertinggi.


Untuk menonton video :

http://www.facebook.com/profile.php?id=1608476611#!/video/video.php?v=964842251387
(dipetik dari blog LENSA)

Friday, June 17, 2011

BENCHMARKING DI SMK JELAI FELDA











UCAPAN terima kasih kepada pengurusan dan warga SMK Jelai Felda yang telah sudi menerima kunjungan kami ke sekolah ini. Lawatan ini adalah sebahagian daripada siri lawatan benchmarking SMK Taman Tuanku Jaafar ke 10 buah sekolah di 5 daerah di negeri Sembilan ini.

Sambutan yang diberikan amat mesra dan meriah. Ahli rombongan terdiri daripada 10 orang guru iaitu: Encik Alias, Encik Hafis, Pn. Normala Kasim, Pn. Normala Kasdanon, Pn. NorAzian, Pn. Jara'ayah, Pn, Rosnah, Cik Khalijah, Pn. Khursiah.

Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dengan warga Jelai Felda berkaitan program-program pembangunan akademik, sahsiah, kerohaniaan kaunseling, Pusat Sumber Sekolah, ICT dan pelbagai aspek lain. Ternyata banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat diperolehi semasa berada di sana. InsyaAllah segala dapatan daripada lawatan ini akan dikongsikan dengan semua warga SMK TTj dan tindakan implimentasi disekolah ini akan dilaksanakan pada kadar segera. Semoga sekolah kita juga akan mencapai kejayaan yang hebat sepertimana SMK Jelai Felda.

Tuesday, June 14, 2011

MASALAH PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH

MASALAH PENGGUNAAN ICT DI SEKOLAH

HARI INI , saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya di dalam menerapkan penggunaan dan pembudayaan ict di sekolah yang saya pernah laksanakan. Hakikatnya , walaupun kita sudah mempunyai pelnagai peralatan dan teknologi komputer yang canggih dan hebat, namun masih ramai sebenarnya para guru yang agak segan untuk menggunakan ICT di dakam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pembelajaran Bestari tidak dapat dilaksanakan.

Di sini saya perturunkan beberapa persoalan yang sering digunakan dan dilontarkan oleh para guru di dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan ICT ini. Walaupun, pada hakikatnya, ramai sudah guru-guru ita yang baik dan menggunakan ICT di dalam P & P Bestari mereka.

Di sini , sya sertakan soalan yang biasa di soal dan juga jawapan yang sering saya berikan kepada mereka. Saya perturunkan di dalam bentuk dialog. Tulisan tebal adalah berupa soalan yang dilonyarkan kepada saya dan tulisan yang nipis itu adalah jawapan yang saya berikan kepada mereka..


LANGKAH MENGGALAKKAN PENGGUNAAN ICT

1) DASAR MESYUARAT-JAWATANKUASA ICT (PANITIA)

2) P&P:

-WAJIB GUNA ICT (MINIMUM 2 WAKTU SEMINGGU)

-PEMANTAUAN TANPA ICT (60%-GAGAL)

3) “MOBILEKAN” LCD/KOMPUTER/LAPTOP:

-AGIH KEPADA KETUA BIDANG

-BOOKING LAPTOP

4) SEMUA GURU MESTILAH ADA LAPTOP SENDIRI

5) STREAMYX

6) TAMBAH ALAT SEPERTI LCD MELALUI SUMBANGAN PIBG

7) TAMBAH LOKASI LCD/KOMPUTER (SURAU, BILIK TAYANGAN, PSS)

8) GALAKKAN PEMBUDAYAAN ICT (BLOG, FACEBOOK, EMEL, SMS, WEB)

9) PENGGUNAAN PORTAL SKOR A

10) DAPATAN WIFI-KAWASAN SEKOLAH

ALASAN GURU TIDAK MENGGUNAKAN ICT

1. “KELAS TIDAK ADA LCD”

“BAWALAH SENDIRI-MOBILE

2. “SKRIN TIADA”

“SKRIN YANG DIGUNAKAN HANYA KERANA WARNANYA PUTIH, CARILAH BENDA YANG BERWARNA PUTIH-SELESAI MASALAH”

3. “BUANG MASA, SEKURANG-KURANGANYA 10 MINIT
SEBELUM P&P DAPAT DIJALANKAN.
DAH TINGGAL 30 MINIT.


“TAK APALAH, CIKGU BUANG MASA 10 MINIT. SEKURANG-KURANGNYA CIKGU DAPAT JUGA GUNAKAN SELAMA 30 MINIT. KALAU CIKGU TAK GUNA, CIKGU AKAN BUANG MASA BUKAN 10 MINIT TETAPI 40 MINIT”.

4. “MACAM MANA SAYA NAK MENGAJAR, PASANG LCD LAGI,
SKRIN LAGI…”


“CIKGU LATIHLAH PELAJAR. SEKURANG-KURANGNYA CIKGU DAH MEMBERI ILMU PADA PELAJAR. BENTUK JAWATANKUASA UNTUK PASANG ALAT-ALAT BERKENAAN. SAMBIL ITU, CIKGU BOLEH MULAKAN INDUKSI SET. APABILA DA SIAP DIPASANG, CIKGU BOLEH TERUS MASUK KE DALAM ISI PENGAJARAN”

5. “MACAM MANA? SAYA BAWA BUKU LAGI, NAK BAWA LAPTOP LAGI, LCD LAGI, EXTENSION WIRE LAGI…”

6. “SAYA MANA ADA LAPTOP?”


“CIKGU, KALAU ORANG MENOREH GETAH PUN, DIA KENA BELI PISAU GETAH. TAK KANLAH CIKGU NAK MENGAJAR TAK ADA ALAT..BELILAH!”

(JIKA PADA MASA INI, CIKGU TIADA LAPTOP SENDIRI..HAI TERUKLAH CIKGU TU..)

7. “SCHOOLNET NI LAMBAT! BUANG MASA NAK TUNGGU…”

“NANTI SAYA MASUKKAN STREAMYX BROADBAND”

8. “STREAMYX NI BAHAYA CIKGU..NANTI BUDAK AKSES YANG BUKAN-BUKAN (PORNO

DSB)..”


“KITA DIDIKLAH CIKGU..INSYAALAH, ALLAH AKAN BERI HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA ANAK DIDIK KITA INI…

KALAU KITA TAKUT SANGAT TENTANG INI, AKHIRNYA ANAK MURID KITA JUGA AKAN RUGI…BANYAK ILMU LEBIH BAIK BERBANDING YANG BURUK DI DALAM INTERNET TU…

KALAU KITA ASYIK TAKUT DENGAN HANTU, TAKKAN LAH SAMPAI KITA TAK KELUAR RUMAH…AKHIRNYA HANTU ITU SENDIRI YANG AKAN MASUK KE RUMAH MENJENGUK KITA..”

Kita yakin masalah sebegini tidak timbul di SMK TTJ. Kita harap semua warga sekolah akan dapat menjayakan agenda pembangunan ICT di sekolah ini demi kecemerlangan pelajar dan meningkatkan mutu P &P kita semua. Kita ke arah menjadi kan ICT sebagai watak sekolah dan membudayaakan penggunaan ICT ke tahap yang cemerlang..InsyaAllah..

Monday, June 13, 2011

KELAB SIBER SMKTTJ...





HARI INI , penubuhnan Kelab Siber SMK TTJ telah diumumkan di perhimpunan pagi oleh tuan Pengetua. Kelab Siber ini adalah nama baru bagi Briged Siber yang dikenali dulu. Ia merupakan salah satu entiti penting di dalam sesebuah Sekolah Bestari. Justeru itu,sebagai menyahut perubahan berkenaan , pihak sekolah telah menubuhkan Kelab Siber ini di sekolah ini.

Anggota kelab ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang berminat di dalam ICT. Namuin begitu bagi memeriah dan melengkapkan keanggotaan kelab ini , pihak sekolah telah menetapkan unit berikut sebagai anggota Kelab Siber SMK TTj:

a. Krew Lensa
b. Editor Majalah Sekolah
c. Wartawan sekolah
d. Bloger Sekolah
e. AJK Web Sekolah
f. AJK Radio Sekolah
g. AJK Video Sekolah

Buat masa ini pihak sekolah juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa kursus dalam masa terdekat ini bagi mempersiapkan unit ICT sekolah ke tahap yang hebat. Antaranya ialah:

1. Kursus Fotografi pada 25 Jun Ini
2. Kursus Video
3. Kursus Project Base Learning ( Kolaborasi dengan SMK Jelai Felda)
4. Kursus WEB Sekolah ( Kolaborasi dengan Cosmopoint , Cawangan Seremban

Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai Kelab Siber boleh memilih untuk memasuki mana-mana unit yang ada di kelab berkenaan. Buat masa ini juga, pihak sekolah sedang berusaha memberi imej baru terhadap Kelab Siber dengan penyediaan T-shirt dan vest yang menarik. Moga-moga , kita dapat membentuk budaya baru ICT di sekolah ini dan juga di daerah Seremban ini.

Saturday, June 4, 2011

SYABAS! LENSA SMK TTJ














TIDAK TERLAMBAT rasanya untuk saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab LENSA SMKTTJ di atas kejayaan penubuhannya dan aktiviti penggambaran yang telah dilakukan selama ini. Tahniah kepada semua guru penasihat LENSA yang diketuai oleh Puan Sabariah dan guru lain, Pn. Yusfarina dan Pn. Nur Azian Abdul Hani.

Penubuhan kelab ini adalah sebagai salah satu elemen penting di dalam perancangan strategik pembangunan ICT SMK TTJ ini. Peranan utama LENSA selain merakam gambar-gambar untuk tujuan dokumentasi dan arkib , ia juga adalah untuk menyediakan bahan bergambar bagi memenuhi keperluan blog yang semakin banyak di sekolah ini. Dalam hal ini LENSA akan berperanan merakamkab gambar dan bahan gambar ini boleh digunakan oleh semua warga sekolah untuk dimuatkan di dalam blog masing-masing.

Saya melihat kemajuan yang hebat dilakukan oleh LENSA. Bermula dengan tiada satu pun kamera sekolah yang canggih, kita telah membelinya untuk memulakan aktiviti LENSA. Namun apa yang mengkagumkan saya ialah minat yang ditunjukkan oleh guru-guru daan pelajar , apabila mereka masing-masing menggunakan kamera mereka sendiri untuk melaksanakan tugas mereka di dalam setiap aktiviti msekolah. Syabas! Semangat beginilah sebenarnya yang kita hendak. Dalam mencipta kejayaan , kita harus bermula dengan sikap positif dan semangat mahu berjaya. Soal remeh seperti ketiadaan alat adalah halangan ke arah kemajuan dan kejayaan. Kadang-kadang kita harus kreatif dan berkorban. Kekaguman terhadap sikap proaktif guru dan krew LENSA ternyata mendapat pujian Encik Kamaruzaman , timbalan Penolong Pengarah BTPN daan Encik Nur Haslin, JU ICT dari SMK Jelai Felda dan rakan -rakan PKG Ampangan dan BTPN , yang kagum dengan jumlah kamera dan krew yang mengambil gambar semasa perasmian penutup Kursus Pembinaan dan Pemurnian Blog tempohari. Blog LENSA juga merupakan antara blog yang paling aktif di SMK TTJ sekarang ini.

Aktiviti seterusnya LENSA adalah untuk menerbitkan Jurnal bersama PSS SMK TTJ , album sekolah dan Kursus Fotografi dengan kerjasama Kolej Komuniti Jelebu pada 25 JUN 2011 nanti.
SYABAS LENSA ! ...Teruskan kecemerlangan ini dan kita yakin kita akan mencipta kejutan di Negeri Sembilan...

Thursday, June 2, 2011

ANUGERAH KEPIMPINAN ICT PERINGKAT N. SEMBILAN-





ALHAMDULILLAH...

MUNGKIN..inilah hadiah oleh Allah subhanahuwataala di atas keyakinan dan sokongan semua pihak di dalam menyakini akan kepercayaan bahawa ICT adalah sesuatu yang amat perlu dan membolehkan kita mencipta kejayaan yang hebat...!

Syukur dan terima kasih di atas kepercayaan semua warga SMK Jelai Felda, para guru, pelajar, staf dan PIBG dan masyarakat yang memberi sokongan di dalam cita-cita untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah. Penekanan terhadap penggunaan ICT di dalam semua aspek pengurusan, P & P dan dan perhubungan ternyata telah membolehkan nama SMK Jelai Felda gemilang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Terima kasih khas saya tujukan kepada pengurusan SMK Jelai Felda khususnya Ketua Bidang Teknik dan Vokasional , merangkap JU ICT Encik Norhaslin Moksin yang memberikan kepercayaan dan bantuan yang maksimum di dalam menjadikan ICT sebagai watak . Tatkala ramai orang yang takut dengan pengaruh negatif yang ada di dalam ICT, beliau tetap yakin dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Keyakinan yang tinggi bahawa, banyak lagi perkara yang positif boleh didapati di dalam ICT. kitalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak didik ke arah yang positif.

Nama SMK Jelai Felda yang dahulunya sinonim dengan masalah sosial, kini berubah menjadi sebuah sekolah yang terbilang hasil kejayaan gemilang ICT di peringkat Kebangsaan. Program utama ICT seperti PBL. ThinkQuest, Imarah Masjid Melalui ICT, Surau Berteknologi Tinggi, WIFI seluruh kawasan sekolah, Program 1 Guru 1 laptop, Anjung Cyber, TV Media, CCTV, Portal Score A, group e-mail dan pelbagai program lagi, menjadi sebutan di kalangan masyarakat.

Kini, usaha meningkatkan penggunaan ICT beralih pula ke SMK Taman Tuanku Jaafar. Alhamdulillah, respon pelajar dan guru amat-amat memberangsangkan. kita sentiasa yakin , bahawa dengan usaha kuat dan kreativiti serta inovasi hebat dan bersungguh-sungguh, kita kan mampu melakar kejayaan seperti di SMK Jelai Felda. Buat permulaan, seluruh kawasan sekolah telah di WIFIkan. Kursus pembinaan dan pemurniaan Blog juga telah dilaksanakan. Kumpulan LENSA yang merakamkan segala peristiwa sudah beraksi hebat...semua ini merupakan petanda kita akan mencipta kejayaan. InsyAllah...

Fasa kedua selepas cuti, kita akan bergerak ke arah menjadikan P & P di dalam kelas berbantukan ICT pada tahap maksimum. Segala kemudahan asas dan infra telah disediakan agar para guru mudah dan selesa menggunakan ICT di dalam kelas...

Untuk PBL dan ThinkQuest..kita akan menghantar sekumpulan pelajar dan guru menuntut ilmu di SMK Jelai Felda pada minggu kedua Jun 2011 ini bagi membolehkan kita bersama-sama dengan mereka bersaing ke peringkat tertinggi...

Program 1 Guru 1 laptop juga telah dilancarkan dan telah mencapai tahap 90 %. Usaha meningkatkan kemudahan LCD, laptop dan komputer juga sedang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Potensi di sekolah ini amat hebat. Ayuh..seluruh warga SMK TTJ...kita gegarkan negeri ini dengan kehebatan ICT kita...!

Terima kasih sekali lagi buat semua warga SMK jelai Felda...buat guru-guru..pelajar...PIBG dan masyarakat Felda Jelai yang benar-benar menyakini bahawa ICT mampu merubah imej dan wajah warganya di Felda in...i

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...