SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, June 4, 2011

SYABAS! LENSA SMK TTJ














TIDAK TERLAMBAT rasanya untuk saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab LENSA SMKTTJ di atas kejayaan penubuhannya dan aktiviti penggambaran yang telah dilakukan selama ini. Tahniah kepada semua guru penasihat LENSA yang diketuai oleh Puan Sabariah dan guru lain, Pn. Yusfarina dan Pn. Nur Azian Abdul Hani.

Penubuhan kelab ini adalah sebagai salah satu elemen penting di dalam perancangan strategik pembangunan ICT SMK TTJ ini. Peranan utama LENSA selain merakam gambar-gambar untuk tujuan dokumentasi dan arkib , ia juga adalah untuk menyediakan bahan bergambar bagi memenuhi keperluan blog yang semakin banyak di sekolah ini. Dalam hal ini LENSA akan berperanan merakamkab gambar dan bahan gambar ini boleh digunakan oleh semua warga sekolah untuk dimuatkan di dalam blog masing-masing.

Saya melihat kemajuan yang hebat dilakukan oleh LENSA. Bermula dengan tiada satu pun kamera sekolah yang canggih, kita telah membelinya untuk memulakan aktiviti LENSA. Namun apa yang mengkagumkan saya ialah minat yang ditunjukkan oleh guru-guru daan pelajar , apabila mereka masing-masing menggunakan kamera mereka sendiri untuk melaksanakan tugas mereka di dalam setiap aktiviti msekolah. Syabas! Semangat beginilah sebenarnya yang kita hendak. Dalam mencipta kejayaan , kita harus bermula dengan sikap positif dan semangat mahu berjaya. Soal remeh seperti ketiadaan alat adalah halangan ke arah kemajuan dan kejayaan. Kadang-kadang kita harus kreatif dan berkorban. Kekaguman terhadap sikap proaktif guru dan krew LENSA ternyata mendapat pujian Encik Kamaruzaman , timbalan Penolong Pengarah BTPN daan Encik Nur Haslin, JU ICT dari SMK Jelai Felda dan rakan -rakan PKG Ampangan dan BTPN , yang kagum dengan jumlah kamera dan krew yang mengambil gambar semasa perasmian penutup Kursus Pembinaan dan Pemurnian Blog tempohari. Blog LENSA juga merupakan antara blog yang paling aktif di SMK TTJ sekarang ini.

Aktiviti seterusnya LENSA adalah untuk menerbitkan Jurnal bersama PSS SMK TTJ , album sekolah dan Kursus Fotografi dengan kerjasama Kolej Komuniti Jelebu pada 25 JUN 2011 nanti.
SYABAS LENSA ! ...Teruskan kecemerlangan ini dan kita yakin kita akan mencipta kejutan di Negeri Sembilan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...