SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, June 27, 2011

BENGKEL THINKQUEST PPD TAMPIN...









SEMPENA dengan bengkel ThinkQuest Peringkat PPD Tampin yang diadakan di SMK Jelai Felda pada hari ini, 27 JUN 2011, SMK Taman Tuanku Jaafar telah turut sama menyertainya dengan menghantar seramai 8 orang pelajar tingkatan 4 bersama dengan seorang guru iaitu Encik B. Morgan untuk menghadirinya. Bengkel pada hari ini telah diasmikan oleh Pn. Siti Noredah Ujang, Timbalan PPD Tampin. Bengkel ini turut disertai oleh semua sekolah menengah di PPD Tampin dan beberapa buah sekolah rendah yang telah mendaftar di dalam TinkQuest. Bengkel dijalankan oleh Encik NoorHaslin Mokmin, Jurulatih Utama ThinkQuest dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar ThinkQuest dari SMK Jelai felda.

Bagi SMK Taman Tuanku Jaafar, kita mengambil inisiatif untuk menghantar terus pelajar kita untuk belajar di SMK Jelai Felda selama 5 hari bermula pada hari ini sehingga hari jumaat nanti, Tujuan penghantaran pelajar ini adalah untuk mereka mendapatkan pengetahuan dan pengelaman secara langsung, tepat dan cepat daripada rakan-rakan mereka di SMK Jelai Felda yang telah jauh berkemahiran tinggi. Diharapkan melalui cara ini , pelajar kita ini akan lebih cepat faham dan dapat memberikan fokus dan perhatian khusus untuk melaksanakan tugasan ini.

Para pelajar ini akan tinggal dan belajar bersama-sama pelajar SMK Jelai Felda. Pada waktu pagi mereka akan belajar seperti biasa bersama pelajar-pelajar lain dan pada sebelah petang dan malam mereka akan belajar serta menyediakan projek untuk ThinkQuest dan Project Base Learning mereka. Diharapkan sekembalinya mereka ke sekolah nanti , mereka akan menjadi kelompok pertama pembimbing program ThinkQuest di sekolah kita dan bertanggungjawab menyebarkan pengetahuan dan pengalaman serta melatih barisan pelapis baru di dalam thinkQuest dan PBL. Upucara penyerahan pelajar-pelajar ini telah dilakukan oleh Tuan Pengetaua SMK Taman Tuanku Jaafar kepada Pengetua SMK Jelai Felda. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMK JelaiFelda, khususnya Tuan pengetua, Encik Kamaruzaaman yang telah sudi meerima pelajar-pelajar kita serta turut memberikan kerjasama sama guru-guru untuk memerhatikan pelajar kita semasa di sana. Terima kasih juga terutamanya kepada EncikNoorHaslin dan isteri yang sanggup bersusah payah menjayakan projek ini di samping kesudiaan Pn. Zarina untuk bermalam bersama pelajar-pelajar perempuan kita di sekolah. Turut diucapkan terima kasih kepada pelajar ThinkQuest SMK Jelai Felda yang sudi menerima, menemani dan bermalam bersamapelajar kita pada sepanjang 5 hari mereka berada di sana. Semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan dan kita akan maju bersama di dalam dunia ICT khususnya di dalam projek ThinkQuest dan PBL ini. Sekalung tahniah juga kepada Pengetua SMK Dato Abdullah, Mejar Tahir yang sudi memberikan perkhidmatan van sekolah beliau untuk membawa pelajar kita ke Jelai felda dan mengambil mereka balik pada 31 Jun nanti..

Terima kasih juga kepad PKG Tampin, Gemas dan Gemenceh yang sudi membantu di dalam projek ini. Bagi pelajar kita ini, kita telah meletakkan sasaran mendapat kedudukan tempat ketiga sekurang-kurangnya pada tahun 2012. Insya Allah, kita pasti berjaya jika kita punyai keinginan di samping usaha yang hebat...

Saturday, June 25, 2011

SEKITAR SUKAN SEKOLAH KALI KE 11, 2011











aLHAMDULILLAH..AKHIRNYA SUKAN sekolah SMK Taman Tuanku Jaafar telah selamat disempurnakan pada hari Jumaat 24 Jun 2011 yang lalu dengan jayanya. Persmian penutup telah dilakukan oleh Tuan Timbalan PPD Seremban, Puan Maznah Abu Bakar. Tururt hadir adalah YDP PIBG Encik Abd. Hamid Yaakob.

Sukan sekolah telah berjalan dengan lancar dan para atlet sekolah ini telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi dengan memberikan saingan yang cukup hebat di dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Acara yang turut menjadi tumpuan ialah acara senamrobik dan perbarisan. Rumah sukan Laksamana (Hijau) telah muncul Juara dengan mendapat 22 Emas meninggalkan pesaing terdekat dengan 8 Emas. Syabas! Ternyata yang paling gembira adalah Guru Penasihatnya Pn. lee yang turut sama menaiki podium dan menjulang piala pusingan johan antara rumah.

Ternyata melalui sukan ini dapat kita kenalpasti beberapa atlet yang berpotensi maju ke tahap lebih tinggi jika mendapat bimbingan dan latihan yang secukupnya serta diberikan insentif kejayaan yang pastinya dapat menarik minat mereka untuk aktif di dalam bidang olahraga.

Beberapa penambahbaikan juga diharapkan akan dapat dilakukan pada tahun hadapan bagi meningkatkan mutu pengelolaan sukan ini .

Wednesday, June 22, 2011

PERKONGSIAN PENGALAMAN PEMBANGUNAN ICT DI PKG JOHOL











ALHAMDULILLAH...Dapat jugalah saya berkongsi pengalaman berkaitan pembangunan ICT di sekolah bersama para guru besar dan pengetua PKG Johol. Hampir seramai 20 orang terlibat di dalam program ini yang diadakan di PKG Johol pada 21 Jun 2011. Turut hadir adalah Encik Mohd. Azalan , Penolong Pengarah BTPNS, Encik NoorHaslin dari SMK Jelai Felda dan pegawai PKG Johol.

Dalam perjumpaan ini saya sempat menceritakan pengalaman membangunan ICT bermula sejak di SMK Dato Sedia Raja , Rembau membawalah ke Jelai Felda dan kini di SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Apa yang dapat saya jelaskan ialah , untuk membangunan ICT ini pertama perlulah digerakkan oleh pemimpin sekolah terlebih dahulu. Pemimpin sekolah haruslah memulakan daripada diri mereka dahaulu. Antaranya ialah:

1. Mereka perlu mempunyai kesedaran akan kepentingan ICT di dalam dunia pendidikan kini dan apa yang mampu dilakukan oleh ICT dalam menyediakan pelajar kita ke pasaran terbuka.

2. Pengetua dan guru besar perlu mempunyai minat, menunjukkan minat berkenaan dan membantu guru-guru di dalam melaksanakan pembestarian pendidikan di sekolah. Pengetua dan guru besar mestilah memulakan dengan diri mereka sendiri mengunakan ICT di dalam P & P mereka dan menjadi contoh ikutan kepada guru-guru lain. Jika pemimpin sekolah mampu melakukannya, maka tidak mustahil pula bagi guru mengamalkannya. Bercakap tentang minat, pemimpin sekolah mesti mempunyai kemahiran asas atau terlibat sama di dalam dunia ICT. Pengetua harus menggunakan laptop sendiri, ada blog, facebook, e-mail , skype atau sebagainya.

3. Pemimpin sekolah perlulah mendapatkan kerjasama dan membentuk pasukan di dalam melaksanakan ICT di sekolah walaupun bermula dengan 2 atau 3 orang guru yang mempunyai minat dan komitmen yang total. Untuk membuat perubahan , kita tidak perlu menunggu sehingga semua orang bersedia , tetapi hendaklah bermula walaupun dengan jumlah yang kecil. Bilangan yang kecil ini sebenarnya jika disokong kuat oleh pemimpin sekolah , ia akan merubahan keseluruhan anggota atau warga sekolah tersebut.

4. Pemimpin sekolah juga perlulah memberikan sokongan kuat terutama dari segi kewangan dan penguatkuasaan dan pematuhan dasar berkaitan ICT. Melalui sokongan kuat dan padu ini bukan hanya akan menguatkan lagi motivasi kumpulan kecil ini , malah ia akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses perubahan yang dilakukan. Sediakan peruntukan khas untuk pembangunan ICT. Gunakan segala sumber kewangan yang ada dan bantuan PIBG atau masyarakat melalu program kolaborasi untuk menjayakan program ini.

5. Pemimpin sekolah juga perlu mewujudkan suasana atau persekitaran ICT di samping peratauran dan dasar-dasar khusus berkaitan ICT agar dapat merangsang warga sekolah ke arah pembudayaan ICT. Penyediaan logo, uniform berkaitan ICT seperti PBL , ThinkQuest, Krew Lensa, Kelab Siber, sudut Cyber, zon WIFI dan sebagainya amat berkesan ke arah itu. Aapabila persekitarannya sudah terarah kepada ICT, seluruh warga sekolah akan mudah menghayatinya..


Dalam hal ini saya bersyukur mendapat pasukan yang terbaik semasa berada di SMK Jelai Felda di bawah Encik NoorHaslin Mokmin , Ketua Bidang Teknik dan Vokasyional serta grup guru ICT dan seluruh rakan di sana yang memberikan sokongan ke arah menjayakan pembangunan ICT di situ, Di SMK Taman Tuanku Jaafar, kami sedang memulakannya dan insaAllah, kita mampu melakukannya.

Memang diakui , bukan semua sekolah atau pemimpin sekolah yang berminat di dalam ICT. Berdasarkan pengalaman, ramai pemimpin sekolah beranggapan ICT ini tidak mampu memberikan kesan yang besar di dalam peningkatan ilmu pelajar. Malah ada juga yang menganggap sebagai membebankan atau menyusahkan. Namun, kita harus sedar , anak didik kita kini lahir di dalam dunia ICT yang serba canggih. Janganlah kita cuba menafikan hak mereka dengan tidak memberi peluang kepada mereka untuk meroka keajaiban dunia ICT ini. Bagi kita mungkin kurang berguna, tetapi bagi anak=anak pelajar kita ini, itulah dunia mereka yang akan mereka hadapi nanti.

Seperkara lagi yang sempat saya tekankan ialah, kita harus mengambil peluang kecanggihan dan kepantasan ICT di dalam berkomunikasi ini sebagai peluang kita mendekatkan diri kita dengan warga sekolah. Menerusi blog, e-mail, facebook , skype dan sebagainya , kita mampu berkomunikasi, bertukar pandangan dan paling penting mengetahui masalah yang berlaku di bawah melalui respon pelajar dan guru di dalam media ICT ini. Saya kerapkali berhubung dengan pelajar melalui blog saya berkaitan masalah mereka . Sekurang-kurangnya kita mampu memberikan respon segera kepada masalah yang timbul dan ini pastinya akan melegakan orang bawahan kita..

Banyak kemudahan yang mampu digarap melalui ICT..terpulanglah kepada cara mana kita melihatnya dan dari sudut mana kita menelitinya...

Sunday, June 19, 2011

LDP-BENGKEL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)- 18 JUN 2011











TERIMA KASIH DAN SYABAS buat semua guru khususnya di bawah unit akademik dibawah pimpinan Encik Akashah yang telah berjaya menganjurkan bengkel berkaitan pada 18 Jun 2011 , hari Sabtu yang lalu. Syabas juga diucapkan khas kepada fasilitator pada hari itu iaitu Pn, Noraishah Shafie, Pn. Asyirah Zakaria, Pn. Rohayu Mustafa, Pn. Shara'yah Mansor dan Pn. Yati Syuhaida Yazid.

Dengan taklimat yang diberikan , bermakna penggunaan ISIS akan ditamatkan. Ini memeandangkan sisem baru ini akan menggunakan kaedah dalam talian atau online. Dengan penggunaan sistem ini juga akan lebih memberikan kemudahan kepada semua guru di dalam pengisisan markah , kerana ia boleh dilakukan melalui sistem dalam talian / online. Ini sudah pasti akan dapat memberi manfaat besar di dalam usaha kita untuk memberikan perhatian dan fokus kepada pembangunan ICT di sekolah ini.

Sekalung tahniah juga kepada para guru yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir ke bengkel ini walaupun menerima perkhabaran di dalam tempoh masa yang singkat iaitu sehari sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa kita boleh berubah ke arah kemajuan ikan kita sedar dan mahu melakukannya! Suatu yang menarik juga ialah ramai di kalangan para guru ini yang membawa laptop sendiri. Ini secara tidak langsung telah menjayakan Program I Guru 1 laptop yang diwar-warkan oleh Pengetua.

TAHNIAH BUAT PRIYA...MENJULANG NAMA SMKTTJ SEHINGGA KE USA..













TAHNIAH DAN SYABAS !!! BOLA SEPAK REMAJA PEREMPUAN TERUS CEMERLANG..
Buat julung kalinya, seorang pelajar dari SMKTTJ telah terpilih untuk mewakili MALAYSIA ke Program Pertukaran Pemain Bola Sepak Malaysia – USA pada 31hb Mei 2011 sehingga 16hb Jun 2011bertempat di New York, Amerika Syarikat. Beliau adalah pemain 'last man' dalam pasukan bola sepak remaja perempuan yang cukup disegani dan digeruni oleh pasukan lawan iaitu PRIYA A/P MARAPPAN.


Program pertukaran ini merupakan program kerjasama di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia dengan U.S Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs. Ia bermula dengan menganjurkan klinik bola sepak wanita di Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah bermula pada tahun 2009. Program ini diikendalikan oleh 4 orang jurulatih berpengalaman dari US dan berfokus untuk pembangunan bola sepak peringkat akar umbi remaja perempuan berumur 12 – 17 tahun.


Program pertukaran terbahagi kepada 2 komponen iaitu komponen pertama KLINIK BOLA SEPAK yang telah berlangsung pada tahun 2009. Komponen kedua ialah LAWATAN KE USA bagi pelajar-pelajar yang terbaik yang dipilih semasa klinik bola sepak berlangsung. Kos lawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak US Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs


Krew Lensa cukup bertuah kerana diberi keizinan untuk memaparkan foto-foto milik peribadi beliau dan video aktiviti beliau kepada seluruh warga SMKTTJ. Semoga kejayaan beliau terpilih beraksi sehingga ke peringkat antarabangsa akan menyuntik semangat pelajar-pelajar yang lain agar terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian ke peringkat yang tertinggi.


Untuk menonton video :

http://www.facebook.com/profile.php?id=1608476611#!/video/video.php?v=964842251387
(dipetik dari blog LENSA)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...