SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, June 25, 2011

SEKITAR SUKAN SEKOLAH KALI KE 11, 2011











aLHAMDULILLAH..AKHIRNYA SUKAN sekolah SMK Taman Tuanku Jaafar telah selamat disempurnakan pada hari Jumaat 24 Jun 2011 yang lalu dengan jayanya. Persmian penutup telah dilakukan oleh Tuan Timbalan PPD Seremban, Puan Maznah Abu Bakar. Tururt hadir adalah YDP PIBG Encik Abd. Hamid Yaakob.

Sukan sekolah telah berjalan dengan lancar dan para atlet sekolah ini telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi dengan memberikan saingan yang cukup hebat di dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Acara yang turut menjadi tumpuan ialah acara senamrobik dan perbarisan. Rumah sukan Laksamana (Hijau) telah muncul Juara dengan mendapat 22 Emas meninggalkan pesaing terdekat dengan 8 Emas. Syabas! Ternyata yang paling gembira adalah Guru Penasihatnya Pn. lee yang turut sama menaiki podium dan menjulang piala pusingan johan antara rumah.

Ternyata melalui sukan ini dapat kita kenalpasti beberapa atlet yang berpotensi maju ke tahap lebih tinggi jika mendapat bimbingan dan latihan yang secukupnya serta diberikan insentif kejayaan yang pastinya dapat menarik minat mereka untuk aktif di dalam bidang olahraga.

Beberapa penambahbaikan juga diharapkan akan dapat dilakukan pada tahun hadapan bagi meningkatkan mutu pengelolaan sukan ini .

Wednesday, June 22, 2011

PERKONGSIAN PENGALAMAN PEMBANGUNAN ICT DI PKG JOHOL











ALHAMDULILLAH...Dapat jugalah saya berkongsi pengalaman berkaitan pembangunan ICT di sekolah bersama para guru besar dan pengetua PKG Johol. Hampir seramai 20 orang terlibat di dalam program ini yang diadakan di PKG Johol pada 21 Jun 2011. Turut hadir adalah Encik Mohd. Azalan , Penolong Pengarah BTPNS, Encik NoorHaslin dari SMK Jelai Felda dan pegawai PKG Johol.

Dalam perjumpaan ini saya sempat menceritakan pengalaman membangunan ICT bermula sejak di SMK Dato Sedia Raja , Rembau membawalah ke Jelai Felda dan kini di SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Apa yang dapat saya jelaskan ialah , untuk membangunan ICT ini pertama perlulah digerakkan oleh pemimpin sekolah terlebih dahulu. Pemimpin sekolah haruslah memulakan daripada diri mereka dahaulu. Antaranya ialah:

1. Mereka perlu mempunyai kesedaran akan kepentingan ICT di dalam dunia pendidikan kini dan apa yang mampu dilakukan oleh ICT dalam menyediakan pelajar kita ke pasaran terbuka.

2. Pengetua dan guru besar perlu mempunyai minat, menunjukkan minat berkenaan dan membantu guru-guru di dalam melaksanakan pembestarian pendidikan di sekolah. Pengetua dan guru besar mestilah memulakan dengan diri mereka sendiri mengunakan ICT di dalam P & P mereka dan menjadi contoh ikutan kepada guru-guru lain. Jika pemimpin sekolah mampu melakukannya, maka tidak mustahil pula bagi guru mengamalkannya. Bercakap tentang minat, pemimpin sekolah mesti mempunyai kemahiran asas atau terlibat sama di dalam dunia ICT. Pengetua harus menggunakan laptop sendiri, ada blog, facebook, e-mail , skype atau sebagainya.

3. Pemimpin sekolah perlulah mendapatkan kerjasama dan membentuk pasukan di dalam melaksanakan ICT di sekolah walaupun bermula dengan 2 atau 3 orang guru yang mempunyai minat dan komitmen yang total. Untuk membuat perubahan , kita tidak perlu menunggu sehingga semua orang bersedia , tetapi hendaklah bermula walaupun dengan jumlah yang kecil. Bilangan yang kecil ini sebenarnya jika disokong kuat oleh pemimpin sekolah , ia akan merubahan keseluruhan anggota atau warga sekolah tersebut.

4. Pemimpin sekolah juga perlulah memberikan sokongan kuat terutama dari segi kewangan dan penguatkuasaan dan pematuhan dasar berkaitan ICT. Melalui sokongan kuat dan padu ini bukan hanya akan menguatkan lagi motivasi kumpulan kecil ini , malah ia akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses perubahan yang dilakukan. Sediakan peruntukan khas untuk pembangunan ICT. Gunakan segala sumber kewangan yang ada dan bantuan PIBG atau masyarakat melalu program kolaborasi untuk menjayakan program ini.

5. Pemimpin sekolah juga perlu mewujudkan suasana atau persekitaran ICT di samping peratauran dan dasar-dasar khusus berkaitan ICT agar dapat merangsang warga sekolah ke arah pembudayaan ICT. Penyediaan logo, uniform berkaitan ICT seperti PBL , ThinkQuest, Krew Lensa, Kelab Siber, sudut Cyber, zon WIFI dan sebagainya amat berkesan ke arah itu. Aapabila persekitarannya sudah terarah kepada ICT, seluruh warga sekolah akan mudah menghayatinya..


Dalam hal ini saya bersyukur mendapat pasukan yang terbaik semasa berada di SMK Jelai Felda di bawah Encik NoorHaslin Mokmin , Ketua Bidang Teknik dan Vokasyional serta grup guru ICT dan seluruh rakan di sana yang memberikan sokongan ke arah menjayakan pembangunan ICT di situ, Di SMK Taman Tuanku Jaafar, kami sedang memulakannya dan insaAllah, kita mampu melakukannya.

Memang diakui , bukan semua sekolah atau pemimpin sekolah yang berminat di dalam ICT. Berdasarkan pengalaman, ramai pemimpin sekolah beranggapan ICT ini tidak mampu memberikan kesan yang besar di dalam peningkatan ilmu pelajar. Malah ada juga yang menganggap sebagai membebankan atau menyusahkan. Namun, kita harus sedar , anak didik kita kini lahir di dalam dunia ICT yang serba canggih. Janganlah kita cuba menafikan hak mereka dengan tidak memberi peluang kepada mereka untuk meroka keajaiban dunia ICT ini. Bagi kita mungkin kurang berguna, tetapi bagi anak=anak pelajar kita ini, itulah dunia mereka yang akan mereka hadapi nanti.

Seperkara lagi yang sempat saya tekankan ialah, kita harus mengambil peluang kecanggihan dan kepantasan ICT di dalam berkomunikasi ini sebagai peluang kita mendekatkan diri kita dengan warga sekolah. Menerusi blog, e-mail, facebook , skype dan sebagainya , kita mampu berkomunikasi, bertukar pandangan dan paling penting mengetahui masalah yang berlaku di bawah melalui respon pelajar dan guru di dalam media ICT ini. Saya kerapkali berhubung dengan pelajar melalui blog saya berkaitan masalah mereka . Sekurang-kurangnya kita mampu memberikan respon segera kepada masalah yang timbul dan ini pastinya akan melegakan orang bawahan kita..

Banyak kemudahan yang mampu digarap melalui ICT..terpulanglah kepada cara mana kita melihatnya dan dari sudut mana kita menelitinya...

Sunday, June 19, 2011

LDP-BENGKEL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)- 18 JUN 2011











TERIMA KASIH DAN SYABAS buat semua guru khususnya di bawah unit akademik dibawah pimpinan Encik Akashah yang telah berjaya menganjurkan bengkel berkaitan pada 18 Jun 2011 , hari Sabtu yang lalu. Syabas juga diucapkan khas kepada fasilitator pada hari itu iaitu Pn, Noraishah Shafie, Pn. Asyirah Zakaria, Pn. Rohayu Mustafa, Pn. Shara'yah Mansor dan Pn. Yati Syuhaida Yazid.

Dengan taklimat yang diberikan , bermakna penggunaan ISIS akan ditamatkan. Ini memeandangkan sisem baru ini akan menggunakan kaedah dalam talian atau online. Dengan penggunaan sistem ini juga akan lebih memberikan kemudahan kepada semua guru di dalam pengisisan markah , kerana ia boleh dilakukan melalui sistem dalam talian / online. Ini sudah pasti akan dapat memberi manfaat besar di dalam usaha kita untuk memberikan perhatian dan fokus kepada pembangunan ICT di sekolah ini.

Sekalung tahniah juga kepada para guru yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir ke bengkel ini walaupun menerima perkhabaran di dalam tempoh masa yang singkat iaitu sehari sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa kita boleh berubah ke arah kemajuan ikan kita sedar dan mahu melakukannya! Suatu yang menarik juga ialah ramai di kalangan para guru ini yang membawa laptop sendiri. Ini secara tidak langsung telah menjayakan Program I Guru 1 laptop yang diwar-warkan oleh Pengetua.

TAHNIAH BUAT PRIYA...MENJULANG NAMA SMKTTJ SEHINGGA KE USA..













TAHNIAH DAN SYABAS !!! BOLA SEPAK REMAJA PEREMPUAN TERUS CEMERLANG..
Buat julung kalinya, seorang pelajar dari SMKTTJ telah terpilih untuk mewakili MALAYSIA ke Program Pertukaran Pemain Bola Sepak Malaysia – USA pada 31hb Mei 2011 sehingga 16hb Jun 2011bertempat di New York, Amerika Syarikat. Beliau adalah pemain 'last man' dalam pasukan bola sepak remaja perempuan yang cukup disegani dan digeruni oleh pasukan lawan iaitu PRIYA A/P MARAPPAN.


Program pertukaran ini merupakan program kerjasama di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia dengan U.S Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs. Ia bermula dengan menganjurkan klinik bola sepak wanita di Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah bermula pada tahun 2009. Program ini diikendalikan oleh 4 orang jurulatih berpengalaman dari US dan berfokus untuk pembangunan bola sepak peringkat akar umbi remaja perempuan berumur 12 – 17 tahun.


Program pertukaran terbahagi kepada 2 komponen iaitu komponen pertama KLINIK BOLA SEPAK yang telah berlangsung pada tahun 2009. Komponen kedua ialah LAWATAN KE USA bagi pelajar-pelajar yang terbaik yang dipilih semasa klinik bola sepak berlangsung. Kos lawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak US Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs


Krew Lensa cukup bertuah kerana diberi keizinan untuk memaparkan foto-foto milik peribadi beliau dan video aktiviti beliau kepada seluruh warga SMKTTJ. Semoga kejayaan beliau terpilih beraksi sehingga ke peringkat antarabangsa akan menyuntik semangat pelajar-pelajar yang lain agar terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian ke peringkat yang tertinggi.


Untuk menonton video :

http://www.facebook.com/profile.php?id=1608476611#!/video/video.php?v=964842251387
(dipetik dari blog LENSA)

Friday, June 17, 2011

BENCHMARKING DI SMK JELAI FELDA











UCAPAN terima kasih kepada pengurusan dan warga SMK Jelai Felda yang telah sudi menerima kunjungan kami ke sekolah ini. Lawatan ini adalah sebahagian daripada siri lawatan benchmarking SMK Taman Tuanku Jaafar ke 10 buah sekolah di 5 daerah di negeri Sembilan ini.

Sambutan yang diberikan amat mesra dan meriah. Ahli rombongan terdiri daripada 10 orang guru iaitu: Encik Alias, Encik Hafis, Pn. Normala Kasim, Pn. Normala Kasdanon, Pn. NorAzian, Pn. Jara'ayah, Pn, Rosnah, Cik Khalijah, Pn. Khursiah.

Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dengan warga Jelai Felda berkaitan program-program pembangunan akademik, sahsiah, kerohaniaan kaunseling, Pusat Sumber Sekolah, ICT dan pelbagai aspek lain. Ternyata banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat diperolehi semasa berada di sana. InsyaAllah segala dapatan daripada lawatan ini akan dikongsikan dengan semua warga SMK TTj dan tindakan implimentasi disekolah ini akan dilaksanakan pada kadar segera. Semoga sekolah kita juga akan mencapai kejayaan yang hebat sepertimana SMK Jelai Felda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...