SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, December 12, 2013

Sarana di Kolej Vokasional Pertanian Lela Maharaja, Rembau- 18 .10. 2013


TAKLIMAT SARANA buat julung kalinya telah diadakan di Kolej Vokasional Pertanian Rembau, yang diadakan di Bilik Mesyuarat kolej berkenaan kepada semua guru dan pengurusan kolej.

Saya dimaklumkan bahawa ini adalah kali pertama pendedahan diberikan kepada para guru dan pengurusan kolej .

Alhamdulillah, semua guru dan pengurusan termasuk Tuan Pengarah Kolej telah bersama di dalam sessi taklimat berkenaan dan telah memberikan respon yang amat hebat berkaitan Sarana ini.

Walaupun masih belum memulakan Sarana , namun mereka telah pun merancang program keceriaan asrama buat sekolah mereka. Walaupun menurut Tuan pengarah, perlaksanaan Sarana mungkin agak sukar kerana penjaga yang kebanyakannya terdiri daripada orang luar Negeri Sembilan, namun, ia masih boleh dilakukan dengan komitmen dan kesedaran yang tinggi di kalangan ibubapa.

 
 
Saya mencadangkan agar ia dilaksanakan segera bagi mengikuti momentum yang timbul setelah selesai taklimat dan para penjaga hendaklah di bawa masuk ke kawasan sekolah hatta hingga ke bilik-bilik asrama ini supaya mereka dapat menghayati dan mengalami sendiri pengalaman hidup di asrama ini agar mereka lebih memahami hakikat sebenar sebelum mereka memulakan Sarana.
 
 
 
Dalam perbualan saya dengan Tuan Pengarah kolej, beliau bercadang untuk memulakan Sarana dengan program keceriaan bilik-bilik asrama. Pada pendapat saya , ini adalah suatu permulaan yang baik bagi melaksanakan Sarana di kolej berkenaan.
 
Masalah sokongan dan komitmen ibubapa yang jauh sudah pasti boleh ditangani dengan mencari jalan yang sebaik mungkin untuk mendapatkan kerjasama daripada semua ibubapa. Mungkin ia boleh juga dilaksanakan di dalam aspek lain terutamanya yang berkaitan dengan akademik dan program peningkatan sahsia serta sukan pelajar.


Berdasarkan semanagat yang ditunjukkan , InsyaAllah mereka akan tetap berjaya.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...