SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, December 6, 2013

GOTONG ROYONG TAHUNAN-PENGURUSAN, STAF DAN PEKERJA SWASTA...2013..












 SETIAP TAHUN sudah menjadi tradisi bagi warga staf pejabat, makmal, pekerja swasta dan pengurusan sekolah termasuk pengetua dan GPK akan mengadakan aktiviti gotong royong. 

Kalau pada tahun 2013 dahulu, aktivitinya ialah mengecat bangunan utama sekolah yang pada asalnya berwarna biru balai polis kepada warna oren dan merah hati.

Pada tahun ini pula aktiviti utamanya ialah menyiapkan lanskap seni taman di bahagian hadapan kantin, menebang pokok besar yang akarnya sudah mengancam gelanggang serbaguna  serta menanam pokok buluh dan membaja padang sekolah.
 

Taman Bunga di kawasan sekitar kantin sekolah ini telah disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Kerja-kerja menyediakan taman ini tertangguh disebabkan peperiksaan SPM yang sedang berjalan. Ini terutamanya melibatkan kerja-kerja kayu (menyiapkan pagar disekeliling taman yang dilakukan oleh Tuan Pengetua ), akan terganggu disebabkan penggunaan mesin memotong kayu yang kuat bunyinya. 

Namun, kerja-kerja ini akhirnya berjaya disiapkan walaupun terpaksa menunggu sehingga peperiksaan tamat, untuk menyambung semula kerja-kerja tersebut. Walaupun kerja-kerja ini dilakukan sehingga lewat petang, namun, rasa puas  kerana tugasan  ini dapat dilaksanakan.

Penglibatan semua yang terlibat amat mengkagumkan. Gotong royong ini dikepalai oleh Puan Hjh. Fuaadah, Ketua Kerani sekolah.  Masing-masing diangihkan dengan kerja-kerja tertentu. Bagi Tuan Pengetua sendiri tugasan yang diperuntukkan ialah menyiapkan kerja-kerja kayu untuk menyediakan pagar disekeliling taman ini. Bagi Encik Kalaiselvam (GPK KOKU), tugasan yang diberikan adalah untuk menebang pokok dan menanam buluh disekeliling gelanggang serbaguna..

Saya rasa amat terharu dengan penglibatan semua yang terlibat dan  telah  memberikan kerjasama yang cukup baik. Alhamdulillah berkat usaha dan kegigihan yang ditunjukan oleh semua, Taman ini selamat siap dibina sepenuhnya pada hari Rabu 28 November 2013.

Bagi menyerikan lagi taman ini 2 set bangku dan kerusi batu telah ditempah untuk kemudahan pelajar berehat dan menelaah pelajaran pada masa-masa lapang. Diharapkan agar semua warga sekolah akan menjaga taman dan segala harta sekolah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan sayang sebagai tanda penghargaan kepada segala penat lelah dan usaha gigih mereka semua ini.


Ucapan tahniah buat semua. Ini adalah satu bukti bahawa jika ada kemahuaan dan komitmen serta perasaan untuk melihat sekolah ini maju dan menarik , semuanya akan mudah dicapai. Walaupun , nampak mudah , tetapi kerja yang mudah bagaimana baik pun, tidak akan menampakkan mutu dan kualiti yang tinggi, jika ia dilakukan tidak dengan komitmen dan perasaan tanggungjawab yang tinggi. Kerja yang dilakukan secara sukarela dan di atas kerelaan dan kecintaan terhadap sekolah ini, pasti terlihat jelas perbezaan kualitinya berbanding kerja yang dibuat secara terpaksa atau tidak ikhlas.






Semoga segala usaha ini  , akan menjadi suatu sumbangan bermakna semasa kita berkhidmat di sekolah ini yang akan menjadi kenangan indah apabila kita meninggalkan sekolah ini nanti. Ia juga sebagai amal jariah yang hebat demi kemudahan para pelajar dan seluruh warga sekolah ini.


Tahniah buat semua. ANDA MEMANG HEBAT...






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...