SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, December 12, 2013

TAKLIMAT SARANA DI SMK JELAI FELDA -23 OKT 2013- SELASA




ALHAMDULILLAH....Akhirnya saya datang kembali ke SMK Jelai Felda untuk menyampaikan taklimat berkaitan Sarana.

Memang apabila dipinta oleh sekolah berkenaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan,saya amat sukar untuk menolak dan menjadi tanggungjawab saya untuk hadir.

Ia juga mengembalikan kenangan semasa berkhidmat di sana dan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi perkembangan sekolah berkenaan khususnya berkaitan program akademik yang semakin hebat di sana , di bawah pengurusan tuan Pengetua Hjh. Maizun. Setiap kali saya sampai ke sekolah ini , akan ada perkembangan terbaru dan kecemerlangan yang ditonjolkan.

Walaupun kehadiran guru dan ibubapa yang tidak begitu ramai ( guru ke mesyuarat dan berkaitan pbs), namun saya yakin sekolah ini akan berjaya memandangkan komitmen mereka yang hadir dan semangat gurunya yang hebat.

Sebenarnya , Sarana di sekolah ini telah berjalan lama sebelum wujudnya Sarana ini. Sudah menjadi budaya di sekolah ini dan masyarakatnya bekerjasama di dalam menjayakan program sekolah. Sebagai contoh, setiap tahun program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Kecemerlangan SPM & PMR akan dilakukan bersama masjid di gugusan Jelai ini. Setiap tahun , masjid ini akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah dan mereka akan menguruskan segala urusan berkaitan penyediaan makanan, hidangan dan persediaan masjid untuk program berkenaan. Ini sudah menjadi tradisi mereka sejak sekian lama.

Semasa saya berada di sana, sekolah dan masjid serta komuniti juga telah berjaya menjayakan pelbagai program seperti Program Imarah Masjid Melalui ICT, Jom Konvoi Ke Masjid, Qiammulail, kumpulan baca Yasin dan solat jenazah di kalangan pelajar (BADAR) dan pelbagai lagi. Justeru itu, untuk mereka berjaya menjayakan Sarana ini, bukanlah sesuatu yang sukar. Ini ditambah lagi dengan komitmen guru dan staf serta pekerja dan masyarakat sekolah ini yang sentiasa hebat dan pro-aktif.

InsyaAllah, saya yakin dalam sedikit masa lagi mereka akan melonjak hebat di dalam perlaksanaan Sarana ini.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...