SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Friday, December 27, 2013
Penilaian PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan SMKTTJ -12 Disember 2013.
ALHAMDULILLAH...
sejak sekian lama menunggu dengan penuh debaran, akhirnya penilaian PIBG Cemerlang peringkat Kebangsaan sampai ke SMKTTJ .
Pada 12 Disember 2014, penilai daripada KPM telah hadir ke SMKTTJ untuk melihat perjalanan PIBG dan aktivitii berkaitan untuk memastikan sama ada SMKTTJ berjaya memasuki 16 pasukan terbaik untuk bertarung pula di peringkat akhir yang dianggarkan akan dilangsungkan pada bulan Januari 2014 yang akan datang ini.
kedatangan penilai dan pegawai daripada JPNS ( Puan Sanisah, Encik Abd. razak) dan PPD (Puan Khalida) disambut oleh kira-kira 50 orang ibubapa, AJK PIBG, AJK Sarana , Komuniti dan kolej swasta serta universiti yang menjadi rakan sarana kita selama ini. Antara yang sempat hadir pada pagi itu ialah Datin Khalijah Abd. hamid (NYDP PIBG), datin Mustakizah (Isteri YDP PIBG), Encik Mohd. Hafis (Pengarah Cosmopoint, Seremban) dan Encik Ridzwan ( MSU). Turut hadir adalah ahli komuniti daripada Mampan Corperation dan ahli masyarakat sekitar TTJ ini.
Bagi pihak sekolah, Selain pengetua, turut hadir ialah GPK Akademik, Ketua-Ketua Bidang, Puan Suzieliana (memangku GPK KOku), Krew lensa , guru ICT dan beberapa orang lagi. Encik Malik Rejab pula bertindak sebagai pembentang pada hari berkenaan.
dalam lawatan penilaian ini , antara tugas penilai adalah untuk melihat pematuhan instrumen penilai oleh sekolah calon dan aktiviti yang dilaksanakan di samping inovasi utama PIBG.
Alhamdulillah, segala perkara yang diperlukan telah disediakan dan ternyata SMKTTJ telah mematuhi segala keperluan untuk penilaian ini.
Bagi aspek innovasi pula , SMKTTJ memaparkan perlaksanaan dan aktiviti yang berkaitan dengan Sarana IBUbapa dan Sarana Sekolah yang selama ini memang telah menjadi salah satu kebitaraan sekolah ini.
Justeru itu, untuk program pada hari tersebut , semua gerak kerja telah dilakukan sebahagian besarnya oleh ibubapa sendiri.
Bermula dengan menyususn bahan-bahan dokumentasi seawal jam 7.00 pagi, mereka juga turut menyambut kehadiran penilai ini, menjadi juruacara, pembaca doa, menguruskan tempahan makanan, menguruskan lawatan ke kelas dan memberikan penerangan berkaitan keceriaan kkelas dan kesan pelaksanaan Sarana, menjawab soalan-soalan yang ditanyakan oleh penilai, menempah cenderamata, mengambil foto, menyampaikan cenederamata, buku program dan menguruskan semua perkara yang berkaitan
Alhamdulillah, ternyata para ibubapa dan ahli komuniti SMKTTJ inii, amat memahami akan pelaksanaan Sarana, visi , halatuju dan kesannya terhadap pelaksanaan Sarana ini.
Penilaian yang diadakan telah berjalan selama lebih daripada 4 jam (berakhir sekitar jam 12.30 hari) dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sessi bergambar. penyampaian cenderahati telah dilakukan oleh datin Khalijah dan datin Mustakhizah sendiri.
Pada akhir penilaian ini, objektif program ini iaitu selain daripada menilai pencapaian PIBG ia juga memberikan gambaran dan makna yang besar di dalam mempamerkan komitmen dan kerjasama yang erat antara sekolah dan ibubapa serta komuniti melalui program sarana ini. Ternyata ibubapa SMKTTJ amat hebat dan komited terhadap memastikan kecemerlangan sekolah dan Sarana dapat dikecapi.
Bagi para guru yang sempat hadir juga, adalah bukti komitmen hebat sebahagian guru yang mengorbankan masa cuti, tenaga dan wang ringgit demi untuk melihat kecemerlangan sekolah.
Apa yang penting ialah kerjasama dan komitmen ini perlu diteruskan. InsayAllah, berkat kerjasama dan keyakinan ini , pastinya akan membuahkan kejayaan yang hebat.

Thursday, December 12, 2013
Sarana di Kolej Vokasional Pertanian Lela Maharaja, Rembau- 18 .10. 2013
TAKLIMAT
SARANA buat julung kalinya telah diadakan di Kolej Vokasional Pertanian
Rembau, yang diadakan di Bilik Mesyuarat kolej berkenaan kepada semua
guru dan pengurusan kolej.
Saya dimaklumkan bahawa ini adalah kali pertama pendedahan diberikan kepada para guru dan pengurusan kolej .
Alhamdulillah, semua guru dan pengurusan termasuk Tuan Pengarah Kolej telah bersama di dalam sessi taklimat berkenaan dan telah memberikan respon yang amat hebat berkaitan Sarana ini.
Walaupun masih belum memulakan Sarana , namun mereka telah pun merancang program keceriaan asrama buat sekolah mereka. Walaupun menurut Tuan pengarah, perlaksanaan Sarana mungkin agak sukar kerana penjaga yang kebanyakannya terdiri daripada orang luar Negeri Sembilan, namun, ia masih boleh dilakukan dengan komitmen dan kesedaran yang tinggi di kalangan ibubapa.

Saya mencadangkan agar ia dilaksanakan segera bagi mengikuti momentum
yang timbul setelah selesai taklimat dan para penjaga hendaklah di bawa
masuk ke kawasan sekolah hatta hingga ke bilik-bilik asrama ini
supaya mereka dapat menghayati dan mengalami sendiri pengalaman hidup di
asrama ini agar mereka lebih memahami hakikat sebenar sebelum mereka
memulakan Sarana.
Dalam perbualan saya dengan Tuan Pengarah kolej, beliau bercadang untuk memulakan Sarana dengan program keceriaan bilik-bilik asrama. Pada pendapat saya , ini adalah suatu permulaan yang baik bagi melaksanakan Sarana di kolej berkenaan.
Masalah sokongan dan komitmen ibubapa yang jauh sudah pasti boleh ditangani dengan mencari jalan yang sebaik mungkin untuk mendapatkan kerjasama daripada semua ibubapa. Mungkin ia boleh juga dilaksanakan di dalam aspek lain terutamanya yang berkaitan dengan akademik dan program peningkatan sahsia serta sukan pelajar.
Berdasarkan semanagat yang ditunjukkan , InsyaAllah mereka akan tetap berjaya.
TAKLIMAT SARANA DI SMK JELAI FELDA -23 OKT 2013- SELASA
ALHAMDULILLAH....Akhirnya saya datang kembali ke SMK Jelai Felda untuk menyampaikan taklimat berkaitan Sarana.
Memang apabila dipinta oleh sekolah berkenaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan,saya amat sukar untuk menolak dan menjadi tanggungjawab saya untuk hadir.
Ia juga mengembalikan kenangan semasa berkhidmat di sana dan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi perkembangan sekolah berkenaan khususnya berkaitan program akademik yang semakin hebat di sana , di bawah pengurusan tuan Pengetua Hjh. Maizun. Setiap kali saya sampai ke sekolah ini , akan ada perkembangan terbaru dan kecemerlangan yang ditonjolkan.
Walaupun kehadiran guru dan ibubapa yang tidak begitu ramai ( guru ke mesyuarat dan berkaitan pbs), namun saya yakin sekolah ini akan berjaya memandangkan komitmen mereka yang hadir dan semangat gurunya yang hebat.
Sebenarnya , Sarana di sekolah ini telah berjalan lama sebelum wujudnya Sarana ini. Sudah menjadi budaya di sekolah ini dan masyarakatnya bekerjasama di dalam menjayakan program sekolah. Sebagai contoh, setiap tahun program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Kecemerlangan SPM & PMR akan dilakukan bersama masjid di gugusan Jelai ini. Setiap tahun , masjid ini akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah dan mereka akan menguruskan segala urusan berkaitan penyediaan makanan, hidangan dan persediaan masjid untuk program berkenaan. Ini sudah menjadi tradisi mereka sejak sekian lama.
Semasa saya berada di sana, sekolah dan masjid serta komuniti juga telah berjaya menjayakan pelbagai program seperti Program Imarah Masjid Melalui ICT, Jom Konvoi Ke Masjid, Qiammulail, kumpulan baca Yasin dan solat jenazah di kalangan pelajar (BADAR) dan pelbagai lagi. Justeru itu, untuk mereka berjaya menjayakan Sarana ini, bukanlah sesuatu yang sukar. Ini ditambah lagi dengan komitmen guru dan staf serta pekerja dan masyarakat sekolah ini yang sentiasa hebat dan pro-aktif.
InsyaAllah, saya yakin dalam sedikit masa lagi mereka akan melonjak hebat di dalam perlaksanaan Sarana ini.

Taklimat sarana di SMK Mambau--30 Oktober 2013
Alhamdulillah...akhirnya terrtunai jugalah hajat guru-guru di SMK Mambau dan nbiat saya untuk bersama mereka di dalam sessi penerangan mengenai program Sarana ibu bapa dan sarana sekolah.
Walaupun , sepatutnya saya berada di dalam satu majlis lain di Port Dickson, namun disebabkan pertemuan ini telah diaturkan terlebih awal, maka saya tidak dapat menolak permintaan mereka. Apatah lagi , kali ini saya berpeluang kembali ke sekolah yang pernah saya berkhidmat sebagai GPK Hem pada tahun 1998 dahulu.
Ternyata sekolah ini telah berubah jauh semenjak saya meninggalkannya pada tahun 1999 yang lalu. Tambahan dengan persekitaran yang baru, bangunan baru, kelas khas yang diwujudkan dan cat yang baru serta kemudahan yang hebat, sekolah ini telah mula mengukir nama yang hebat.
Saya rasa bertuah berkongsi tajuk Sarana dengan mereka dan ternyata mereka amat tertarik dan gembira dengan sessi penerangan tersebut. Dalam suasana petang Rabu , hujan yang lebat , sessi ini berjalan dengan penuh ceria dan mereka amat tertarik dengan paparan yang diberikan terutamanya berkaitan dengan perlaksanaan Program Sarana di SMKTTJ.
Sekolah ini adalah di antara sekolah yang menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap perlaksanaan Sarana. Sebelum ini , mereka telah menghantar hampir 90 orang peserta yang terdiri daripada PIBG, guru dan pelajar untuk melawat SMKTTJ dan mendengar penerangan daripada penjaga SMKTTJ sendiri mengenai Sarana.
Hebat dan bersemangat sungguh guru-guru SMK Mambau untuk mendengar taklimat tentang Sarana ini. Walaupun ini merupakan kali ke 3 taklimat dan lawatan benchmark telah diadakan, namun mereka tetap bersemangat untuk mendengarnya.
Suatu yang menariknya, saya sempat berjumpa dengan beberapa rakan guru semasa saya menjadi GPK hem di sekolah ini pada 1998 dahulu. Mereka masih enmgenali saya dan saya masih mengecam muka mereka. Sempat saya rakamkan wajah mereka satu persatu
Guru-guru ini amat sporting dan memang sesuatu yang paling membahagiakan apabila dapat berkongsi pengalaman dengan mereka semua.
Semoga sekolah ini akan terus cemerlang. Banyak sungguh perubahan fizikal yang berlaku di sekolah ini berbanding pada tahun 1998 dahulu. Tahniah, SMK Mambau!

Friday, December 6, 2013
SUCI SEKEPING HATI- PN. ZURINA ZAINUDDIN
SUCI SEKEPING HATI
sekeping hati
dibawa berlari.
jauh melalui jalanan sepi
jalan kebenaran indah terbentang
di depan matumu wahai pejuang
tapi jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi
ada ujian yang datang melanda
ada perangkap menunggu mangsa
akan kuatkah
kaki yang melangkah
bila disapa duri yang menanti
akan kaburkah
mata yang meratap
pada debu
yang pastinya hinggap
mengharap senang dalam berjuang
bagai merindu rembulan
di tengah siang
jalannya
tak seindah sentuhan mata
pangkalnya jauh
hujungnya belum tiba
Sajak cipta Puan Zurina Zainuddin -Bendahari Sarana SMKTTJ. Seorang ibu yang sangat aktif dan perihatin terhadap segala usaha-usaha sekolah. Terima kasih dan syabas!
sajak ini saya paparkan sebagai tanda terima kasih terhadap keperihatinan beliau dan para ibubapa Sarana yang memahami perasaan saya ketika dilanda musibah baru-baru ini. Sokongan moral yang diberikan menjadikan saya yakin bahawa segala usaha kebaikan yang dilakukan di sekolah ini sentiasa mendapat sokongan dan kefahaman yang kuat oleh semua ibubapa.
Saya berjanji akan berusaha memartabatkan SMKTTJ semoga seluruh warga sekolah dan masyarakat terutama ibubapa di sekolah ini akan sentiasa berasa gembira dan yakin akan kejayaan anak-anak mereka pada sepanjang tempoh pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini. Semoga semuanya akan berasa bangga berada di sekolah ini dan bersama-sama mencipta kejayaan.
Terima kasih dari setulus hati saya...

TANGGUNGJAWAB DIPIKUL OLEH IBU-IBU SARANA....
KEHEBATAN IBU-IBU SARANA SMKTTJ...walaupun semasa cuti dan peperiksaan sedang berjalan..mereka sentiasa memberikan sokongan dan komitmen yang hebat...
Gambar ini diambil pada sebelah pagi sebelum ketibaan rombongan pelawat daripada SMK Bekenu, Miri , Sarawak.
Seperti yang telah dimaklumkan, mereka segera datang ke sekolah dan terus melakukan kerja -kerja menyediakan fail-fail dan bahan dokumentasi serta menyusunnya di atas meja di Bilik Konfrensi. Kerja-kerja ini yang 100% dilakukan oleh mereka tanpa kekok dan janggal...
Melihat kegigihan mereka ini , saya sentiasa bersyukur dan terasa sayu...
Pemandangan seperti ini memang sesuatu yang ganjil dan tidak pernah saya alami sepanjang hampir 30 tahun berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah...
Saya syukur kerana segala yang disampaikan, segala hasrat dan luahan rasa saya untuk mendapatkan kefahaman ibubapa di sekolah ini diserap dan benar-benar dihayati dan dipraktikkan oleh mereka semua. Memang sesuatu yang sukar sebelum ini.
Saya juga bersyukur kerana dengan penglibatan mereka ini, dapat menghapuskan tanggapan negatif setengah-setengah pihak bahawa ibubapa di sini tidak mahu menyokong dan membantu sekolah. memang diakui sebelum ini , begitulah sikap sebilangan mereka.
Namun dengan program Sarana dan
penglibatan hebat mereka ini, terbukti, jika kena caranya dan ada pula
komitmen dan usaha gigih daripada semua pihak di sekolah dan sokokngan
PIBG, segalanya dapat di atasi...
Respon yang diberikan oleh mereka ini juga amat hebat...itu yang membuatkan saya kagum dan sentiasa hormat akan sikap mereka ini.
Saya hanya berdoa agar mereka ini terus idstiqamah di dalam mengerjakan amal kebajikan ini dan sentiasa kuat dan tabah di dalam menghadapi apa jua cabaran dan cemuhan dan kata-kata negatif sebahagian masyarakat dan manusia-manusia yang sentiasa cemburu melihat orang yang ingin berbuat kebajikan.
Memang bukan suatu yang mudah untuk dilakukan. tanpa komitmen dan rasa tanggungjawab, amat sukar untuk mereka menghulurkan bantuan sebegini rupa. Ramai orang yang punyai kelapangan dan tenaga serta wang ringgit, namun jika tidak terdetik di dalam hgatinya untuk membantu, sudah pasti mereka tidak akan membantunya. Namun, inilah yang dibuktikan oleh ibu-ibu ini yang membuatkan saya kagum dan sentiasa menyanjung mereka.
Mereka sentiasa cepan memberi respon terhadap segala perkara dan perkembangan berkaitan aktiviti sekolah. Sebarang tugas yang diberikan, tidak pernah mereka mengelak dan menolak. Malah mereka sentiasa pro-aktif.
Sebagai contoh, apabila dimaklumkan bahawa panel penilai PIBG Cemerlang akan datang pada 12 Disember 2013 ini, mereka terus menghubungi rakan-rakan mereka , menempah makanan, menyusun program dan meng'updated' segala maklumat dengan cepat. TAHNIAH & SYABAS!
Tiada apa yang dapat saya lakukan dan balas budi baik mereka , hanya lah mendoakan kesejahteraan, keberkatan , kemurahan rezeki, kesihatan dan kebahagian mereka di dunia dan akhirat...Moga-moga segala usaha mereka ini menjadi ibadah dan dibalas dengan pahala oleh Allah swt...

GOTONG ROYONG TAHUNAN-PENGURUSAN, STAF DAN PEKERJA SWASTA...2013..
SETIAP TAHUN sudah menjadi tradisi bagi warga staf pejabat, makmal, pekerja swasta dan pengurusan sekolah termasuk pengetua dan GPK akan mengadakan aktiviti gotong royong.
Kalau pada tahun 2013 dahulu, aktivitinya ialah mengecat bangunan utama sekolah yang pada asalnya berwarna biru balai polis kepada warna oren dan merah hati.
Pada tahun ini pula aktiviti utamanya ialah menyiapkan lanskap seni taman di bahagian hadapan kantin, menebang pokok besar yang akarnya sudah mengancam gelanggang serbaguna serta menanam pokok buluh dan membaja padang sekolah.
Taman Bunga di kawasan sekitar kantin sekolah ini telah disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Kerja-kerja menyediakan taman ini tertangguh disebabkan peperiksaan SPM yang sedang berjalan. Ini terutamanya melibatkan kerja-kerja kayu (menyiapkan pagar disekeliling taman yang dilakukan oleh Tuan Pengetua ), akan terganggu disebabkan penggunaan mesin memotong kayu yang kuat bunyinya.
Namun, kerja-kerja ini akhirnya berjaya disiapkan walaupun terpaksa menunggu sehingga peperiksaan tamat, untuk menyambung semula kerja-kerja tersebut. Walaupun kerja-kerja ini dilakukan sehingga lewat petang, namun, rasa puas kerana tugasan ini dapat dilaksanakan.
Penglibatan semua yang terlibat amat mengkagumkan. Gotong royong ini dikepalai oleh Puan Hjh. Fuaadah, Ketua Kerani sekolah. Masing-masing diangihkan dengan kerja-kerja tertentu. Bagi Tuan Pengetua sendiri tugasan yang diperuntukkan ialah menyiapkan kerja-kerja kayu untuk menyediakan pagar disekeliling taman ini. Bagi Encik Kalaiselvam (GPK KOKU), tugasan yang diberikan adalah untuk menebang pokok dan menanam buluh disekeliling gelanggang serbaguna..
Saya rasa amat terharu dengan penglibatan semua yang terlibat dan telah memberikan kerjasama yang cukup baik. Alhamdulillah berkat usaha dan kegigihan yang ditunjukan oleh semua, Taman ini selamat siap dibina sepenuhnya pada hari Rabu 28 November 2013.
Bagi menyerikan lagi taman ini 2 set bangku dan kerusi batu telah ditempah untuk kemudahan pelajar berehat dan menelaah pelajaran pada masa-masa lapang. Diharapkan agar semua warga sekolah akan menjaga taman dan segala harta sekolah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan sayang sebagai tanda penghargaan kepada segala penat lelah dan usaha gigih mereka semua ini.
Ucapan tahniah buat semua. Ini adalah satu bukti bahawa jika ada kemahuaan dan komitmen serta perasaan untuk melihat sekolah ini maju dan menarik , semuanya akan mudah dicapai. Walaupun , nampak mudah , tetapi kerja yang mudah bagaimana baik pun, tidak akan menampakkan mutu dan kualiti yang tinggi, jika ia dilakukan tidak dengan komitmen dan perasaan tanggungjawab yang tinggi. Kerja yang dilakukan secara sukarela dan di atas kerelaan dan kecintaan terhadap sekolah ini, pasti terlihat jelas perbezaan kualitinya berbanding kerja yang dibuat secara terpaksa atau tidak ikhlas.
Semoga segala usaha ini , akan menjadi suatu sumbangan bermakna semasa kita berkhidmat di sekolah ini yang akan menjadi kenangan indah apabila kita meninggalkan sekolah ini nanti. Ia juga sebagai amal jariah yang hebat demi kemudahan para pelajar dan seluruh warga sekolah ini.
Tahniah buat semua. ANDA MEMANG HEBAT...
Subscribe to:
Posts (Atom)