SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, May 7, 2011

SMK TTJ berubah Wajah...






Ucapan tahiniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua pelajar dan guru serta pekerja sekolah yang menjayakan program gotong royong menceriakan kawasan sekolah kita. Perubahan wajah dan lanskap sekolah terutamanya di ruang legar utama, ruang legar umum dan Dataran Cendiakawan melibatkan penyusunan dan penanaman bunga di sekitar kawasan tersebut. Apa yang diharapkan agar setiap warga akan dapat menjaga keindahan sekolah kita dan memastikan agar imej baru sekolah kita ini akan mampu mengangkat martabat kita sebagai warga sekolah.

Di sekitar ruang legar utama juga telah dicat dengan warna baru yang lebih ceria agar dapat memberikan suasana baru kepada semua warga dan pengunjung. Ruang ini penting kerana ia menjadi muka utama sekolah kita dan secara tidak langsung menggambarkan imej kita pada mata pengunjung dan pelawat. Walaupun sebahagian kerja-kerja masih belum siap sepenuhnya , kita yakin , dengan semangat yang tinggi , yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah pada pagi tadi, kita akan mampu menyiapkannya.

Salah satu mercu utama di ruang legar utama ialah sudut kecemerlangan sekolah yang akan memaparkan segala kejayaan dan kehebatan sekolah di dalam pelbagai aktiviti di peringkat negeri dan kebangsaan serta antarabangsa.

Di ruang ini juga akan memaparkan wajah-wajah bekas pengetua dan bekas YDP PIBG, sebagai suatu galeri kenangan bagi tokoh-tokoh ini.


Bagi program seterusnya, insyaAllah, kita akan melaksanakan Program Gotong Royong Perdana peringkat sekolah pada 2 Julai 2011 nanti.

Terima kasih khususnya kepada Encik kalaiselvam yang mengetuai projek mengecat ruang legar ini dan rakan-rakan guru dan pelajar yang bersemangat jitu dalam melaksankan tugas dengan penuh dedikasi.

PROGRAM 5 DALAM 1 DI SMK TTJ






Hari ini adalah minggu kelima, setiap sabtu , warga sekolah ini berada di sekolah. Pada hari ini 7 Mei 2011, pihak sekolah telah menyusun beberapa program khas bagi mengisi hari ganti pada minggu ini. Antara program yang dijalankan pada hari ini adalah:

1. Senamrobik
2. Gotong Royong menanam pokok di sekitar sekolah
3. Mengecat ruang legar sekolah
4. Kursus Ibadah haji bagi pelajar tingkatan 5
5. Membersihkan bilik darjah

Program ini telah disusun rapi dengan melibatkan seluruh warga sekolah, termasuk pelajar sessi pagi dan petang. Setiap proogram diketuai oleh seorang guru dan para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang akan mengikuti program tertentu.

Program pagi ini dimulakan dengan senamrobik di Dataran cendiakawan dan kemudiaan disambung pula bagi kursus khas senamrobik di dalam Bilik Utiliti. Selepas itu barulah program-program lain dijalankan di beberapa lokasi yang ditetapkan.

Kursus Ibadah Haji dilakukan di lokasi utama iaitu di surau sekolah dan kemudiaan bergerak ke padang sekolah untuk aktiviti tawaf .pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Tabing haji dan fasilitator di atas kerjasama menjayakan program ini. Rata-rata pelajar dan guru yang menyertai aktiviti ini amat tertarik dan bersemangat mengikutinya walaupun di dalam cuaca yang panas.

Bagi aktiviti gotong royong keceriaan sekolah pula melibatkan penyusanan , penanaman bunga dan mengecat ruang legar utama sekolah. Semoga dengan persekitaran baru yang lebih ceria dan indah akan mampu meniupkan semangat gigih bagi kita semua mencipta kejayaan lebih tinggi..

Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program pada pagi ini. Apa yang nyata, kita mampu berubah ke arah kecemerlangan jika kita mahu. Kerjasama dan komitmen yang tinggi adalah kunci utama ke arah itu...Teruskan kecemerlangan dan buktikan kita mampu mencipta kejutan dan kecemerlangan..

Sunday, May 1, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN TAKLIMAT PIALA GOTHIA SWEDEN







Bertempat di Bilik KONFRENSI SMK Taman Tuanku Jaafar, satu pertemuan di antara ibu bapa dan penjaga pemain bola sepak perempuan dengan Penaja perlawanan bola sepak perempuan iaitu Syarikat SKF, Nilai. Pihak syarikat SKF diwakili oleh Pengarah Urusan iaitu Encik Larsberglie dan Encik Amin selaku pegawai sumber manusia SKF.

Perjumpaan tersebut juga dihadiri oleh Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Encik Omar b Ahmad, Penolong Kanan Ko-kurikulum Puan Hajah Zainab bt Mohd Nasir, Tengku Elie selaku penaung Persatuan Bolasepak Perempuan Negeri Sembilan, Puan Moganambal dan Puan Yusrina Hanim iaitu pengurus pasukan dan jurulatih pasukan bolasepak perempuan sekolah.

Pasukan bolasepak akan berlepas ke Sweden pada bulan Julai untuk menyertai kejohanan bolasepak perempuan junior dunia. Sebanyak 180 buah Negara dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang akan berlangsung dalam musim panas. Tahniah buat pasukan bolasepak perempuan sekolah yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat SKF iaitu tiket pergi dan balik, penginapan 11 hari 10 malam dan 2 pasang jersi kepada semua pemain.

Pada pertemuan itu juga, Encik Larsberglie, CEO SKF Malaysia , telah sudi menyampaikan hadiah kemenangan pertandingan Piala Gothia peringkat negeri Sembilan kepada semua pemain.

Apa yang diharapkan agar semua pemain akan dapat meningkatkan lagi latihan untuk persiapan ke Sweden supaya pasukan kita mampu memberikan saingan kepada pasukan lain di pertandingan itu nanti.

Kita juga berharap agar pihak SKF akan terus memilih pasukan Bolasepak Wanita sebagai wakil ke pertandingan tersebut pada tahun hadapan. Untuk itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk menjadikan bolasepak wanita ini sebagai watak sekolah dengan merancang Projek Pembangunan Bolasepak wanita peringkat sekolah. Kiata berharp akan dapat melaksanakannya pada tahun ini . Anatara perancangan itu adalah:

1. Pencarian bakat baru kepada pelajar tahun 5 dan 6 di sekolah rendah
2. Mewujudkan kelas bolasepak wanita di sekolah ini.
3. Mewujudkan skim Insentif Kecemerlangan Bolasepak sekolah
4. Merancang perlawanan persahatan lebih kerap dengan pasukan yang hebat di negara
ini atau di luar negara.
5. Menyediakan skim pemakanan vitamin kepada pemain
6. Kelas tusyen khas bagi pemain.

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan pelapis bagi pemain sedia ada agar pasukan kita terus gah tanpa dapat digugat oleh sekolah lain.

Perbincangan awal telahpun dilaksanakan bersama Yang Mulia Tengku Ellie, naib Presiden Persatuan Bolasepak Wanita Malaysia. Pada dasarnya beliau amat tertarik dan bersedia membantu ke arah itu.

Diharapkan , warga sekolah akan menyahut cabaran ini.

PROGRAM RAUDATUL SAKINAH PELAJAR PEREMPUAN ISLAM






TAHNIAH kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan program tazkirah khas untuk pelajar perempuan islam di sekolah ini. Program ini adalah bertujuan untuk mengisi masa semasa Solat Jumaat dengan memberikan bimbingan berkaitan soal akhlak dan fardhu ain kepada pelajar perempuan islam.

Program ini berjalan pada setiap minggu dengan diselang-selikan tingkatan yang terlibat disebabkan kekurangan tempat dan ruang di suarau sekolah. Pengendalian program dilaksanakan oleh guru-guru agama perempuan di sekolah ini .

Apa yang diharapkan , agar pelajar kita terus mempunyai kekuatan untuk berakhlak mulia di samping terus mengamalkan ibadah dengan betul dabn berterusan.

Bagi, tahun ini , kita juga telah menasihatkan agar semua pelajar islam memberikan pehatian kepada penjagaan aurat ketika berada di sekolah. Sebagai langkat awal , pelajar dinasihatkan agar sentiasa memakai baju berlengan panjang atau memakai 'inner'. Perancangan pada tahun hadapan adalah , agar koperasi terus menempah baju berlengan panjang untuk kegunaan pelajar perempuan .

bagi pelajar lelaki pula pemakaian seluar sukan panjang juga adalah digalakkan , agar tidak menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan semua warga sekoalh.

Moga-moga segala usaha ini akan mendapat keberkatan illahi dan kita akan sentiasa di bawah jagaanNya.

PROGRAM BINA INSAN PELAJAR BUKAN ISLAM SMK TTJ




DALAM USAHA menjadikan sekolah sebagai tempat menunutut ilmu yang selamat, kondusif dan sentiasa dalam lingkungan moral dan akhlak yang baik, segala usaha yang baik haruslah diberikan keutamaan. Justeru itu, di samping pelajar islam menjalani program kerohanian dengan membaca yasin, solat Taubat dan solat Hajat, pelajar bukan islam juga mempunyai program Binan Insannya sendiri. Namun matlamatnya adalah untuk memupuk budaya sihat , berakhlak dan menjadi insan yang berguna kepada semua warga sekolah.

Program ini dilaksanakan oleh pihak kaunseling sekolah di bawah bimbingan encik Param dan guru-guru india yang lain. Aspek moral dan budi pekerti mulia adalah tunjang utama program ini.

Apa yang diharapkan adalah supaya program ini akan dapat membantu setiap warga sekolah menjadi warga yang cintakan keamananan dan kesejahteraan dan menjadikan kawsan sekolah kita sebagai kawasan yang selesa.

Tahniah kepada semua!

TERIMA KASIH PASUKAN BOMBA SENAWANG...






TERIMA KASIH...itulah ungkapan yang dapat diucapkan kepada pasukan Bomba Senawang yang amat bermurah hati membantu usaha membersihkan kawasan tapak Dataran Cendiakawan untuk tujuan mengadakan program Kerohanian sekolah. Bermula pada minggu 24 April 2011 yang lalu, program kerohanian setiap jumaat diputuskan untuk dilaksanakan di Dataran ini yang meliputi program Baca yasin, solat Taubat dan solat hajat bagi semua pelajar islam . Moga-moga usaha tuan-tuan akan dibalas dengan keberkatan dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

Apa yang diharapkan kepada semua pelajar, jagalah kebersihan dataran ini dan kawasan sekolah yang lain. Ia adalah gambaran/ imej dan sikap kita dalam menjadi warga sekolah yang terdidik dan berakhlak mulia. Bangsa yang sentiasa menjaga kebersihan, adalah bangsa yang terdidik dan maju.

PROGRAM KEROHANIAN SETIAP JUMAAT












Alhamdulillah...seperti yang dirancangkan, program kerohanian di SMK TTJ memasuki fasa kedua dengan perlaksanaan pengisisan program yang antara lainnya ialah, bacaan yasin , solat taubat dan solat hajat pada setiap minggu. Bagi minggu ini, perlaksanaannya dilakukan di Dataran Cendiakawan SMK TTJ dengan melibatkan semua pelajar islam sekolah ini. Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Nizam dan bermula sekitar jam 7. 20 pagi.

Acara minggu ini adalah penambahbaikkan daripada program terdahulu iaitu dengan melibatkan semua pelajar dan guru-guru Islam berbanding dengan sebelumnya yang hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 5 yang diadakan di surau sekolah.

Apa yang diharapkan melalui program ini ialah, supaya kita terus memohon keberkatan dan kekuatan di dalam menjalankan segala tugas dan dalam menghadapi peperiksaan dan pelajaran seharian. Ia juga adalah merupakan satu galakan kepada setiap pelajar Muslim agar terus memantapkan akhlak dan roh islamiah dalam menjadi insan mulia. Kekuatan doa melalui bacaan yasin dan solat hajat diharapkan akan menambahkan kekuatan jiwa untuk terus berdoa dan bergantung harap kepada Allah dalam usaha kita mencapai kecemerlangan.

Melalui program ini juga diharapkan akan dapat mendidik para pelajar dengan sikap saling hormat menghormati dan menjalinkan ukhwan sesama islam melalui bersalaman dan salang bermaafan pada setiap kali penghujung program tersebut. Diharapkan juga hubungan ikrab dan tulus antara pelajar dan pelajar serta antara guru dan pelajar akan dapat mewujudkan suasana harmoni di sekolah ini. Ini selaras dengan Program Salam yang dilancarkan oleh pihak sekolah sebelum ini.

Pihak sekolah turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba Senawang yang telah membantu membersihkan kawasan dataran sehari seblum berlangsungnya program ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...