SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, May 7, 2011

SMK TTJ berubah Wajah...






Ucapan tahiniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua pelajar dan guru serta pekerja sekolah yang menjayakan program gotong royong menceriakan kawasan sekolah kita. Perubahan wajah dan lanskap sekolah terutamanya di ruang legar utama, ruang legar umum dan Dataran Cendiakawan melibatkan penyusunan dan penanaman bunga di sekitar kawasan tersebut. Apa yang diharapkan agar setiap warga akan dapat menjaga keindahan sekolah kita dan memastikan agar imej baru sekolah kita ini akan mampu mengangkat martabat kita sebagai warga sekolah.

Di sekitar ruang legar utama juga telah dicat dengan warna baru yang lebih ceria agar dapat memberikan suasana baru kepada semua warga dan pengunjung. Ruang ini penting kerana ia menjadi muka utama sekolah kita dan secara tidak langsung menggambarkan imej kita pada mata pengunjung dan pelawat. Walaupun sebahagian kerja-kerja masih belum siap sepenuhnya , kita yakin , dengan semangat yang tinggi , yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah pada pagi tadi, kita akan mampu menyiapkannya.

Salah satu mercu utama di ruang legar utama ialah sudut kecemerlangan sekolah yang akan memaparkan segala kejayaan dan kehebatan sekolah di dalam pelbagai aktiviti di peringkat negeri dan kebangsaan serta antarabangsa.

Di ruang ini juga akan memaparkan wajah-wajah bekas pengetua dan bekas YDP PIBG, sebagai suatu galeri kenangan bagi tokoh-tokoh ini.


Bagi program seterusnya, insyaAllah, kita akan melaksanakan Program Gotong Royong Perdana peringkat sekolah pada 2 Julai 2011 nanti.

Terima kasih khususnya kepada Encik kalaiselvam yang mengetuai projek mengecat ruang legar ini dan rakan-rakan guru dan pelajar yang bersemangat jitu dalam melaksankan tugas dengan penuh dedikasi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...