SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, April 19, 2011

BENCHMARKING PPKI & KELAB GURU SMK TTJ KE SMK JELAI FELDA











Kembali semula ke SMK Jelai Felda, kali ini dengan membawa sebilangan guru dari PPKI dan Kelab Guru untuk program Benchmarking. Kedatangan pada kali ini dapat mengimbas kenangan semasa di sana dan bertemu dengan rakan lama dan bekas anak murid. Pemergian kami dengan 3 buah kenderaan dan sampai di sana sekitar jam 12.45 tengahari. Sempat bertemu dengan beberapa rakan guru dan pelajar terutama mentee di 3 UIA, Nur Fatihah, Khairunisa dan lain-lain. Kesempatan melawat PPKI SMK Jelai Felda terutama Kedai Roti dan Kek yang menjadi nostalgia kepada saya sendiri.

Banyak juga gambar-gambar yang dirakamkan untuk dibawa pulang ke TTJ dan diharapkan dalam tempoh beberapa bulan ini , sedikit sebanyak kita mampu menukar wajak SMK TTJ agar lebih ceria.

Makan tengahari seperti biasa dihidangkan dengan makanan istimewa di Jelai ini iaitu daging salai. Bekalan pulang berupa barangan makanan seperti muffin, roti dan kek dari Kedai Roti dan Kek SMK Jelai Felda menjadi kenangan buat kami semua.

Ucapan terima kasih tidak terhinga kepada pihak SMK Jelai Felda yang sudi menerima kehadiran kami walaupun dalam tempoh notis yang singkat. Terima kasih kepada Tuan pengetua, Encik Kamaruzzaman dan guru-guru PPKI di bawah bimbingan Pn. Saniah yang ternyata telah bersedia dengan cukup rapi untuk menyambut kedatangan kami. Persembahan pelajar PPKI sekolah ini ternyata mampu menjadi kenangan kepada kami untuk dibawa pulang.

Terima kasih juga khusus buat EncikNurHaslin yang mambantu mengambilkan gambar untuk dimuatkan di dalam blog ini. Beliau juga turut bersama rombongan berada di GC Nursery , Gemas membantu memilih bunga untuk pesanan sekolah walaupun di dalam hujan lebat dan terpaksa berkejar pula ke Serting untuk membawa pelajar Pameran ThinkQuest di sana.

InsyaAllah menjelang jumaat, pasti SMK TTJ kan berubah wajah dengan rimbunan byungaan yang indah. Diharapkan agar para pelajar akan bersyukur dengan perubahan ini dan bersama -sama pula menjaga keselamatan pokok-pokok ini demi persekitaran indah disekolah kita.

Terima kasih juga kepad aguru -guru dan staf yang mengikuti rombangan ini , walaupun terpaksa mengembara jauh (hingga tersesat) untuk sampai ke Jelai Ini dan seterusnya berhujan di Nursery untuk memilih bungan dan pasu.. Semoga ia membawa makna yang besar untuk kita memulakan perubahan yang hebat...

Monday, April 18, 2011

PEMBANGUNAN ICT DI SMK TMN TUANKU JAAFAR..

Antara perancangan pembangunan yang disasarkan di sekolah ini adalah pembangunan ICT. Walaupun dari segi infrastuktur sedia ada di sekolah ini amat kekurangan, namun kita percaya ia akan dapat dibangunkan dengan mudah dan cepat.

Buat masa ini usaha untuk mengWIFIkan sekolah sedang dilaksanakan. Kawasan sekitar blok pentadbiran dan Bilik Guru sudahpun di WIFI kan dan semua guru serta pelajar dapat mengakses internet melalui streamyx . Terima kasih diucapkan kepada Encik NurHaslin dan Encik Abu Darda , yang diimport kahas dari SMK Jelai felda untuk membantu membangunkan WIFI di sekolah ini.

Saya melihat sekolah ini punyai kekuatan untuk maju di dalam bidang ICT. dengan adanya mata pelajaran ICTL dan TMk , sebenarnya kita sudah punyai asas yang kuat ke arah itu. Rata-rata pelajar kita juga adalah terdiri daripada pelajar yang celik IT dan mempunyai kemudahan mengakses internet di rumah masing-masing. Kekuatan ini lah sebenarnya yang ingin kita satukan dengan kepakaran yang ada pada guru untuk kita bangunkan ICT dengan mudah.

Sebagai usaha permulaan kita merancang untuk membina semuala web sekolah dan mengadakan latihan pembinaan blog kepada para pelajar dan guru. Sasaran kita ialah agar semua panitia, unit-unit di bawah HEM dan Ko-Kurikulum juga mempunyai blog masing-masing. Kita ke arah mewujudkan e-document yang pastinya akan memudahkan urusan pendokumentasiaan maklumat di sekolah. Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai kursus ini , silalah mendaftar diri kepada guru-guru ICT di sekolah kita pada kadar segera! Latihan bakal diadakan pada bulan MEI ini .

Dalam usaha ke arah ICT juga, kita berharap agar semua guru mempunyai laptop peribadi untuk kegunaan kita di dalam kerja-kerja di sekolah terutama dalam melaksanakan P & P Bestari nanti. Para guru tidak harus berfikiran untuk terus bergantung kepada laptop dan peralatan ICT sekolah untuk melaksanakan P & P berasaskan ICT tersebut. Dengan hampir semua pelajar mahir di dalam ICT dan mempunyai laptop masing-masing. adalah agak ketinggalan jika para guru masih tidak mempunyai laptop peribadi . Kita harus sentiasa berfikiran positif dan ke depan di dalam menuju kecemerlangan.

Visi kita adalah untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah kita yang utama!...Saya yakin kita akan mampu mencipta kejutan dengan menghasilkan kejayaan yang cemerlang

BOLASEPAK WANITA SMK TTJ - TERUS CEMERLANG DAN HEBAT...





setelah meninjau perkhemahan di Bukit Putus, saya terus pula meninjau penglibatan pasukan bolasepak wanita kita di SMK Bukit Kepayang.

Ternyata, pasukan kita memang Hebat! Ketika kehadiran saya ke sana , saya dimaklumkan bahawa pasukan kita sudah menewaskan 3 buah pasukan lain dan mendahului pasukan KLIA 2-0 ketika saya meninggalkan mereka. Tahniah dan syabas!

Tahniah juga kepada Cikgu Farah dan Puan Helmy yang turut serta berada di padang memimpin pelajar kita.

pasukan sekolah ini mampu pergi lebih jauh dengan bimbingan yang teliti. Dengan sedikit latihan fizikal untuk memantapkan kekuatan , mereka pasti akan pergi lebih jauh lagi. Sempat juga berbual dengan jurulatih dan berbincang beberapa perkara bagaimana untuk meningkatkan lagi pencapaian pasukan. Antara perkara yang dirancangkan adalah:

1. Untuk menjadikan bolasepak wanita ini sebagai salah satu watak sekolah
2. Menyediakan pelapis pasukan
3. Mengadakan 'talent ID' untuk mencungkil bakat-bakat baru
4. mewujudkan kelas khas bagi pasukan bolasepak wanita ini
5. Menjenamakan semula pasukan dengan memberikan imej dan promosi terhadap pasukan.
6. Mmembawa jurulatih fizikal untuk latihan kekuatan
7. Menyediakan vitamin untuk kekuatan pasukan.

Perbincangan akan diadakan dengan team pengurusan pasukan bagi kita bangunkan pasukan ini. Namun apa yang lebih penting ialah, pemain harus sentiasa berlatih sendiri baik dari segi kemahiran dan fizikal bagi memantapkan lagi mutu permainan.Di samping itu, aspek pemakanan juga harus diutamakan oleh setiap pemain.

Saya difahamkan juga , pada 24 April ini akan diadakan pertandingan untuk memilih pasukan ke Piala Gothia di Sweden. Kita doakan agar pasukan kita akan berjaya dan para pelajar mendapat peluang melihat negara luar - SWEDEN.

Saya juga difahamkan, ada pihak yang berjanji untuk mengambil beberapa pemain untuk mengikuti rombongan ke USA... jika ini terjadi..Tahniah kepada mereka yang bakal terpilih...Tingkatkan kemampuan kita agar kita mampu mengalahkan orang lain..

keputusan penuh bola sepak perempuan 17/4/11 - SMKTTJ vs SMK Bkt Kepayang ( 2-0 ), SMKTTJ vs Majlis Peguam Malaysia ( 2-1 ), SMKTTJ vs SMK KLIA ( 1-0 ), SMKTTJ vs SMK Seremban 2 ( 8-0 ) Tahniah !!

TAHNIAH DAN SYABAS!

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN PANDU PUTERI ..DI BUKIT PUTUS..






Kesempatan meninjau sebentar aktiviti perkhemahan pengakap danpandu puteri di Bukit Putus pada hari sabtu yang lalu memperlihatkan kesungguhan guru dan pelajar di dalam menjayakannya.

Rata-rata para pelajar sangat berminat untuk menyertai aktiviti ini. Ternyata hasil daripada pertanyaan kepada beberapa orang pelajar yang terlibat , menyatakan keseronokan mereka dapat menjalankan aktiviti berkenaan.

Satu perkara yang menarik adalah , perkhemahan ini diadakan di atas permintaan para pelajar sendiri. Malahan kertas kerjanya juga disediakan oleh pelajar berkenaan. Semangat beginilah yang seharusnya ada pada semua warga sekolah. Setiap orang perlu ada komitmen tinggi di dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Setiap orang harus bertindak segera mencipta kejayaan dan merancang serta melaksanakan aktiviti setiap unit tanpa menunggu arahan.

Usaha dan kesungguhan pelajar ni harus mendapat sokongan daripada semua guru dan pengurusan sekolah. Guru dan pengurusan sekolah perlu seiring dengan kesungguhan pelajar di dalam melaksanakan aktiviti demi kebaikan sekolah. Sokongan guru penting bagi membentuk ketrampilan diri para pelajar kita.

Tahniah kepada Pn. Janariah dan guru yang bertungkus lumus membantu pelajar kita ini dengan mengorbankan masa dan kesenangan diri pada hujung minggu. Kepada para pelajar, Tahniah dan teruskan kecemerlangan ini pada masa-masa akan datang...

KUNJUNGAN 'DOKTOR KECIL' SK TMN TUANKU JAAFAR 2






Terujua sungguh apabila menerima kunjungan daripada tetamu kecil dari program 'Doktor Kecil" dari SK Taman Tuanku Jaafar 2.

Anak-anak comel ini membawa mesej menjaga kesihatan melalui mencuci tangan dengan bersih sambil membawa beberapa peralatan seperti sabun dan brosur dan poster berkaitan.

Apa yang menariknya ialah, program ini merupakan usaha menanamkan minat pelajar ke arah kerjaya doktor yang selalunya menjadi pilihan pelajar dan ia merupakan suatu projek komuniti di dalam usaha sekolah berkenaan menyebarkan pengetahuan mereka untuk dikongsikan bersama dengan masyarakat sekitar. Ini adalah suatu program yang amat bagus dan tahniah kepada guru penasihat yang menganjurkan aktiviti ini.

Bagi kita di SMK Tmn Tuanku Jaafar, kita juga harus mengikuti jejak sekolah ini di dalam memberi sumbangan kepada masyarakat mengikut kepakaran yang kita miliki. Ini sesuai dengan konsep kemenjadian murid. Murid tidak seharusnya hebat di dalam kawasan sekolah sahaja, tetapi haruslah mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Hasil didikan dan ilmu yang diperolehi harus dikongsikan dengan masyarakat. Ia juga akan dapat membuktikan sejauhmana ilmu yang dimiliki dapat dijelmakan kepada aktiviti yang dapat membantu masyarakat.

SMK Tmn Tuanku Jaafar harus melihat apakah aspek kepakaran yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat. Salah satu yang dapat saya lihat ialah melalui MPV solekan dan dandanan dan ICT.

Usaha harus dilakukan oleh guru dan pelajar untuk kita perlihatkan kemahiran kita kepada masyarakat. Berfikirlah secara kreatif . Perkara ini termasuk di dalam 14 perkara berkaitan dengan fokus kecemerlangan sekolah yang telah saya nyatakan terdahulu.Ia juga berkaitan dengan promosi kecemerlangan sekolah. Kita harus promosikan sekolah melalui kaedah ini agar kita mampu bersaing sengan sekolah-sekolah lain di Seremban dan Negeri Sembilan ini.

Wednesday, April 13, 2011

MERASMIKAN PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK...






Suatu yang istimewa terhadap budaya di sekolah ini adalah upucara perasmian program di adakan dengan aturcara dan sambutan yang hebat... Perasmian Pameran Sains dan Matematik dilakukan dengan pukulan kompang diiringi buanga manggar serta pemotongan riben di pintu masuk bilik matematik... Hebat!

Tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa sambutan minggu sains dan matematik di bawah bimbingan Ketua Bidang Sains dan Matemati serta Ketua Panitianya yang mampu mengadakan pameran yang hebat. Terlihat kesungguhan dan komitmen setiap pelajar dan guru di dalam menjayakan minggu sains dan matematik ini. Saya yakin, dengan semangat seperti ini , kita mampu mencipta kejayaan yang lebih besar di dalam usaha kita membina imej baru sekolah.

Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di pameran ini. Sempat jugalah mencuba beberapa aktiviti yang diadakan seperti meneka kacang , mengeluarkan ikatan besi dan membuat bunga lily...Namun inilah aktiviti yang paling sukar bagi saya...memang tangan lelaki agak keras dan kasar dalam nak menghasilkan bunga yang kemas...namun berjaya jugalah akhirnya walaupun tak sempurna...

Dalam kesempatan itu, saya sempat mencadangkan kepada jawatankuasa pameran agar banyak menggunakan aplikasi ICT di dalam pameran ini. Ini memandangkan banyaknya web dan blog berkaitan sains dan matematik yang terdapat di dlam talian internet. InsyaAllah dengan pemasang WIFI (InsyaAllah dalam pada hari sabtu nanti) usaha ke arah ICT akan lebih menjadi keutamaan di dalam setiap aktiviti kita.

Kepada pelajar lain, saya harap semuanya akan dapat mengunjungi pameran ini kerana banyaknya ilmu yang bakal diperolehi semasa anda mengunjunginya...

Tahniah..dan teruskan usaha cemerlang anda...

TAHNIAH ..PASUKAN BOLA BALING SMK TTJ NAIB JUARA PPD SEREMBAN...






TAHNIAH DAN SYABAS!

Suatu pencapaian yang amat membanggakan bauat pasukan Bola Baling kita. Walaupun kalah 3-2 di dalam pertandingan akhir , namun semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh setiap pemain itulah yang menjadi kebanggaan.

Pastinya setiap pemain dan guru pembimbing merasa sedikit hampa, namun, kita tetap boleh berbangga kerana mampu mengatasi beberapa sekolah lain yang ternama. masih ada peluang buat pasukan untuk terus maju pada masa akan datang, kerana sebahagian pemain masih di tingkatan 3 dan 4. Pastinya sasaran pada tahun hadapan adalah untuk menjadi juara!

Terima kasih buat semua pemain dan guru-guru yang telah berkorban masa dan tenaga menjulang nama sekolah. Dalam usaha menjadi sekolah yang hebat, kita seharusnyalah mencipta seberapa banyak kejayaan yang besar dalam tempoh masa yang singkat dan sentiasa mencipta kejutan kepada pihak lawan!

Suatu kekaguman terhadap semangat mereka ialah, kemampuan menggunakan jersey mereka sendiri untuk perlawanan akhir ini! Tahniah!...Ini menunjukkan semangat dan komitmen tinggi pada setiap pemain...begitulah semangat yang sepatutnya ada pada kita semua..."Untuk menjadi orang cemerlang dan hebat, kita harus lakukan sesuatu yang luarbiasa!..Natijahnya tentu juga luarbiasa !..Tahniah...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...