SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, April 13, 2011





Ini adalah program pertama sebagai pengetua di SMK Taman Tuanku Jaafar. Program Seminar PRS yang diadakan di Informatik Akademik , Seremban pada 2 April 2011 dihadiri juga oleh YDP PIBG, GPK 1 dan GPK Hem serta beberapa orang guru kaunseling yang dirasmikan oleh YB Dato Yeow.

Pertama kali bertemu dengan para pelajar yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengawas, saya melihat tahap disiplin dan tingkahlaku yang baik dipamerkan oleh mereka. Syabas!

Di situ juga saya sempat bertemu dengan 2 orang bekas pelajar SMK Jelai Felda yang sedang menuntut di akademi berkenaan. Soalan yang ditanya;

"cikgu dah pindah ya!"
'Mana kamu tau", tanya saya
"kami baca melalui facebook!"

Dalam hati saya berkata, ..begitulah kuatnya kuasa ICT...

Pada hari itu juga disebabkan kelewatan YB Yeow datang (kerana ada kebakaran di Temiang), saya hanya sempat datang ke jemputan Ustaz Rizal (pernikahan adiknya )di Gemencheh pada jam 4.30 petang...

Monday, April 4, 2011

SAMBUTAN PENGETUA BARU DI SMK TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN






Pada hari ini , rasmilah saya memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah baru saya , SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Alhamdulillah, terasa genbira dengan sambutan yang diberikan oleh pihak sekoalh erhadap kehadiran saya, Saya juga berkesempatan berucap kepada para pelajar dan merasmikan perlantikan pengawas PSS baru bagii sessi 2011-2012.

Saya terharu juga apabila dibacakan biodata saya dan dihadiahkan dengan sesalinan baju batik rasmi sekolah oleh pihak Kelab Guru. Rata-rata , saya terasa akan penerimaan kehadiran saya di sekolah ini dan saya harap penerimaan ini akan berterusan di dalam kita menjalankan tugas dan amanah kita dalam usaha meningkatkan kecemerlangan. Saya juga merupakan pengetua lelaki pertama di sekolah ini setelah semua pengetua sebelumnya adalah wanita. Saya berharap smua akan dapat menerima dan bekerjasama dengan saya untuk ke arah pencapaian matlamat kejayaan bersama.

Saya juga berasa tidak terlalu kesunyian dan terasing apabila berada di sekoalh baru ini, apabila dapat bertemu dengan beberapa rakan lama, bekas staf semasa di SMK Dato Sedia Raja dan di Seri Pagi, bekas anak murid dan kenalan-kenalan semasa berjoging dan jiran setaman.

memang banyak yang perlu dilakukan di sini. Namun , insyaallah berkat usaha kita bersama , saya yakin kita boelh melakukan perubahan dan lonjakkan ke arah kecemerlangan .

MELAPOR DIRI KE TUAN PPD SEREMBAN


Pada 28 Mac 2011 yang lalu, termaktublah di dalam sejarah perkhidmatan dan kenyataan yang saya telah berpindah ke SMK Taman Tuanku Jaafar , Seremban berpindah dari SMK Jelai Felda.

Pada hari ini , saya telah melapor diri kepada Tuan PPD Seremban, Tuan Hj. Musa Bin Abdullah di PPD Seremban.

TERIMA KASIH BUAT WARGA SMK JELAI FELDA





Terharu sungguh apabila melihatkan sambutan terhadap Majlis Perpisahan buat saya yang telah dilakukan oleh SMK Jelai Felda. Selain sempat bertemu muka dan bersalaman dengan semua pelajar di sekolah ini, saya juga telah diberikan penghormatan sejak bermula dengan ketibaan saya diperkarangan Dewan Bestari apabila disambut dengan paluan kompang dan diberikan penghormatan untuk pemeriksaan perbarisan pasukan kadet Polis sekolah.

Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG, Encik Zakaria Umar dan Pegawai KGSK PPD Tampin, Encik HairolNizam Maarof , yang juga merupakan bekas anak murid saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Hairol. Walaupun, bercuti pada hari berkenaan , namun beliau tetap hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada saya sebagai pengetua di daerah Tampin.

Saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Begitu banyak hadiah yang saya terima daripada pelbagai pihak, PIBG, Guru, staf, pekerja dan para pelajar. Semua ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat saya.

Sepanjang bersalaman dan bertemu mata menberima ucapan terima kasih dan selamat berjaya daripada para pelajar ,saya cuba untuk menahan diri untuk tidak mengeluarkan air mata. Walaupun saya dapati ramai pelajar yang menangisi pemergian saya dari sekolah ini. Namun, ternyata saya gagal akhirnya apabila rakan-rakan guru lelaki memeluk dan mengucapkan kata-kata terima kasih dan permohonan maaf daripada saya.

Peranan sedih saya ternyata berlarutan apabila berhadapan dengan anak-anak didik yang menjadi mentee saya di tingkatan 3 UIA, Hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar ini ternyata meninggalkan kesanyang amat mendalam. Ada antara pelajar ini yang memanggil saya ayahanda, Saya doakan agar mereka terus cemerlang, khususnya buat NorFatihan, Norazura dan rakan-rakan di kelas 3 UIA. Saya masih terus mendoakan anak-anak di SMK Jelai Felda khususnya bekas mentee saya di dalam setiap solat saya.

Penghormatan pihak sekoalh di bawah Tn, hj. Kasim Samad , GPK akademik, menanamakan sebuah taman utama di sekoalh ini di atas nama saya juga , menjadi satu penghormatan kepada saya. Pastinya ini akan menjadi tanda kenangan dan ikatan abadi antara saya dan sekolah. Sesungguhnya SMK Jelai Felda banyak memberikan kenangan dan kegembiraan di hati saya berbanding sebelumnya.

Akhirnya, saya ucapakan terima kasih dan selamat menuju kecemerlangan yang lebih hebat kepada semua warga SMK Jelai Felda. Kepada semua pelajar khususnya bekas mentee saya, saya doakan agar semuanya terus berusaha dengan gigih agar dapat mencatat kejayaan lebih cemerlang lagi.. SESUNGGUHNYA..ANDA SEMUA MEMANG HEBAT!

' TERIMA KASIH..SMK JELAI FELDA...

Wednesday, March 30, 2011

PENILAIAN PERTANDINGAN AGRO-UTUSAN -PPKI SMK JELAI FELDA MEWAKILI SEKOLAH KITA..











Hari ini berlangsung satu lagi penilaian peringkat Kebangsaan di SMK Jelai Felda apabila PPKI sekolah kita terpilih di dalam saringan akhir di peringkat kebangsaan. Projek yang disandarkan oleh PPKI SMK Jelai Felda adalah Projek Ternakan Ikan Keli yang 100% diusahakan dan dijalankan oleh para pelajar PPKI di samping guru-guru dan kakitangan PPKI sekolah.

Dalam penilaian ini , para pelajar pendidikan khas kita telah membentangkan perlaksanaan projek dan aktiviti yang dilakukan berkaitan dengan projek tersebut. Di samping itu , para pelajar juga dinilai berdasarkan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh penilai berkaiatan aspen pemeliharaan dan penjagaan ikan berkenaan. Ternyata pelajar PPKI kita mampu menjawab soalan-soalan berkenaan . Ini menunjukkan bahawa para pelajar PPKI kita setanding dengan pelajar-pelajar arus perdana, malahan mereka telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi di dalam melaksanakan projek ini.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada PPKI sekolah ini khususnya kepada para pelajar dan guru serta kakitangan yang telah memberikan komitmen yang cukup tinggi. Sama-samalah kita doakan agar kita berolah kejayaan..

UPDATE BLOG PANITIA -PERSIAPAN PENILAIAN ANUGERAH KEPIMPINAN ICT PERINGKAT KEBANGSAAN






Agenda utama Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan ICT SMK Jelai Felda pada 28 Mac 2011 yang lalu ialah aktiviti mengemaskini semua blog panitia dan unit-unit yang ada di sekolah ini . Mesyuarat berjaya mencapai matlamatnya apabila semua panitia dan unit-unit telah mengemaskini blog masing-masing sehingga ke hari berkenaan. Pihak sekolah khususnya Jawatankuasa ICT mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru penasihat dan juga para pelajar yang berperanan sebagai admin bagi setiap blog berkenaan. Aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada persiapan sekolah menghadapi Penilaian Anugerah Kepimpinan ICT Peringkat Kebangsaan di mana Tuan Pengetua SMK Jelai Felda merupakan calon mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan tersebut sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Ucapan tahniah dan syabas juga khusus kepada penyelaras ICT sekolah Cikgu NorHaslin dan Penyelaras Bestari serta guru-guru lain dan pelajar daripada unit Briged Siber yang bertungkus lumus membuat persiapan sehingga jam 2 pagi!

Bagi blog, ternyata pihak panitia sudah boleh menyediakan blog yang menarik. Pembinaan blog ini pentik utama yang di dalam menjadi ICT di sekolah sebagai watak utama sekolah. Kita sedang menuju ke arah e-dokumentasi/ dokumentasi elektronik. Sudah pasti dengan pendokumentasian secara elektronik ini bukan sahaja kita dapat mengurangkan penggunaan ruang penyimpanan, masalah kesukaran mendapatkan maklumat secara pantas, malah ia dapat diakses secra maya di mana-mana. Sudah pasti ini akan dapat mengurangkan kos yang besar. Cuma saya mencadangkan agar kita menuju ke peringkat antarabangsa dengan menyediakan blog-blog di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau pelbagai bangsa agar ia dapat diakses di peringkat antarabangsa. Melalui usaha ini kita berharap, kita akan dapat berhubung dengan komuniti luar negara dan menjalin hubungan kerjasama atau kolaborasi antara sekolah dan agensi luar negara. Blog ini juga perlu di perkeaskan lagi dengan memastikan pelayar siber mampu membuat proses download bahan daripada blog berkenaan dan bukan sekadar membaca sahaj. Ini merupakan sebahagian daripada inovasi yang kita boleh lakukan dalam usaha melonjakkan ICT di sekolah ini.

Monday, March 28, 2011

SEKITAR SUASANA PADA HARI PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2010









HARI PENYERAHAN keputusan peperiksaan ini membawa pelbagai cerita dan suasana.. Pelbagai rasa dan pelbagai bentuk wajah yang diperlihatkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...