SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, April 9, 2010

MERANGKA PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA DAN PERIMU...















Seperti yang dijanjikan pada hari ini perbincangan untuk merangka program bersama 2 buah NGO peringkat Kebangsaan iaitu Muslim Aid Malaysia dan Persatuan Pencinta Muzik Malaysia (PERIMU), telah diadakan di bilik pengetua. Kedua-dua wakil NGO berkenaan iaitu Encik Muhammad KamarulAzizi (Muslim Aid) dan Encik Yusri (Perimu) telah mencadangkan beberap progaram usahasama( kolaberasi) dengan SMK Jelai Felda.

Melalui perbincangan berkenaan, saya mempelawa pihak Muslim Aid untuk turut sama dalam program 'Imarah Masjid Melalui ICT', yang akan turut melibatkan Majlis Agama Islam N. Sembilan, Jabatan Agama Islam N. Sembilan, Pengurusan Felda Wilayah dan SMK Jelai Felda serta 4 buah masjid di gugusan Jelai Felda ini. Pihak beliau bersetuju dan akan memantau perjalanan program dai segi penyediaan Blog masjid, mencari bahan yang sesuai dan melatih pembantu atau Ajk ICT masjid (yang akan dilaksakan,

P_ihak Muslim Aid juga menawarkan kita untuk menjalin kerjasama dengan Muslim Aid dalam program pelarian di bawah UNHCR. Jika berhasil, SMK Jelai Felda akan menjadi sekolah angkat bagi program ini dengan dana disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNHCR! Hebat!

Untuk latihan pembinaan blog masjid, ia telah berlangsung pada jam 3,00 peatang tadi. beberapa orang pelajar telah diagih-agihkan untuk menjadi AJL ICT masjid , yang akan berperanan untuk mengendalikan blog, menyediakan bahan-bahan dn melatih AJK masjid dalam ICT.

Sasaran program ini adalah sehingga Jun, yang mana perlancaran program ini akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak sempena lawatannya ke Jelai 4 , dalam program penyerahan Geran kepada peneroka Felda Jelai 4.

Bagi Perimu pula, kita telah merancang penubuhan Kelab baru iaitu Kelab Rekriasi dan Kesenian bagi menampung bakat seni yang ada di sekoalh ini. Peruntukan juga akan disediakan oleh Perimu.

Sesungguhnya, terima kasih di atas bantuan dan sokongan kedua-dua wakil NGO ini yang tidak jemu-jemu membantu pihak sekolah. bagi sekolah ini adalah satu peluang untuk kita mencipta nama dan membuktikan kehebatan kita untuk menyumbang ke peringkat antarabangsa! Tidak banyak sekolah yang mendapat peluang untuk mengadakan kolaberasi dengan NGO Kebangsaan ini dan apatah lagi dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!

Wednesday, April 7, 2010

OLAHRAGA MSSDT-SMK JELAI FELDA TETAP UNGGUL...
















Semalam, berakhirlah Kejohanan olahraga MSSDT 2010, yang berlangsung di SMK Dato Taha , Gemenceh. Sekali lagi SMK Jelai Felda tetap unggul , mengekalkan kejuaraan dengan pungutan 26 emas, 19 perak dan 11 gangga. pencabar terdekat adalah SMK Tunku Besar , Tampin dengan 18 emas. Kejayaan ini adalah suatu yang amat membanggakan. Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan olahraga sekolah yang telah berjaya membimbing atlet kita seteruanya menjadi juara. Diharapkan , semua yang terlibat akan terus berlatih untuk mengahadapi kejohanan olahraga MSSNS pada 20 April nanti. Saya yakin atlet kita akan tetap bersinar dan seterusnya terpilih mewakili negeri ke MSSM.

Dalam kegembiraan menghadapi kejayaan ini , diharapkan pihak Jawatankuasa pembangunan Olahraga Sekolah perlu memikirkan secara serius untuk memastikan kejayaan kita pada tahun hadapan.

Isunya pada tahun ini ialah kita ketiada pelapis untuk lelai kelas 2, dan perempuan kelas 2. Akibatnya kita hanya bergantung kepada pelajar tingkatan 1 dan 4. Umpamanya, bagi lelaki kelas 2, kebanyakan peserta adalah disertai oelh pelajar tingkatan 1. Pelajar ini yang kurang matang terpaksa berlawan dengan pelajar tingkatan 2 dan 3 daripada sekolah-dsekolah lain. Ada juga pelajar yang terpilih menarik diri pada saat akhir. untuk tahun hadapan, kita akan berhadapan dengan masalah atlet kelas 2, kerana kekurangan pelapis.

Pihak sekolah telah berusaha sedya upaya untuk menarik minat pelajar menyertai sukan olahraga yang menjadi satu daripada 'watak' sekolah. Rancangan untuk mengadakan kelas tuisyen, kelas persediaan pada waktu malam, skim insentif olahraga dan akademik, kemudahan, peralatan dan insentif lain telah diadakan. Namun, masih ada pelajar yang kurang berminat. Sebaliknya ramai yang tidak mahu berjuang untuk mencatat kecemerlangan dalam olaahraga. Alasan yang biasa diberikan adalah penat dan tidak dapat belajar! Ibu bapa juga ada yang tidak berminat menggalakkaan anak-anak bergiat aktif di dalam sukan olahraga ini. Alasan yang diberikan adalah sama!

Saya memohon jasa baik ibu bapa supaya memberikan sokongan terhadap program sekolah ini. Sukan olahraga adalah satu aktiviti yang telah mengangkat martabat SMK Jelai Felda ke pelusuk negara. Anak-anak Jelai ini telah bertanding dengan peserta luar negara di Stadium Bukit Jalil pada tahun lepas dalam Mini Olimpik! Kita telah melahir atlit yang bertaraf kebangsaan. Olahraga juga telah menutup segala cerita negatif berlaitan Jelai Felda! Ramai atlet negara yang hidup mewah sekarang ini! Ibu bapa harus sedar juga, peluang pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum untuk melanjutkan pelajaran juga telah terbuka luas! Ibu bapa harus berubah fikiran dengan melihat kejayaan bukan hanya dalam pelajaran. Kejayaan dalam hidup adalah begitu luas. Satu perkara yang saya pasti , atlet olahraga ini adalah terdiri daripada pelajar yang amat berdisiplin, hormat guru, mempunyai kematangan dan mampu menjadi pemimpin!

Semalam juga , saya sempat berbincang dengan jurulatih, Encik Azam, tentang langkah-langkah untuk mengatasi amaslah tadi. Beberapa insentif lain akan dicadangkan. Namun, apa yang paling penting adalah kesedaran para pelajar, bahawa:
1) Kejayaan dalam hidup bukan hanya bermaksud kerjayaan di dalam pelajaran. Kejayaan menjadi manusia yang baik dan berguna adalah lebih utama.
2) Ramai atlet sekarang yang berpelajaran tinggi, tubuh yang sihat menjadikan otak yang cerdas! Kelemahan hanyalah berpunca daripada kelemahan perancangan kita. Bukan kerana sukan itu!
3) Kemampuan kita menyumbang bakti adalah amat utama. Selain menaikkan imej diri, ia juga membentuk disiplin diri yang amat berguna pada masa hadapan.
4) Kehebatan yang dimiliki oleh para atlet, adalah suatu yang unik. Tidak semua orang mampu melakukannya. Ini boleh menjadi motivasi dalaman yang hebat!
5) Sukan juga memberi peluang untuk kita melihat dunia luar dengan cara yang mudah dan murah. Semakin hebat dan tinggi pencapain kita, semakin jaauhlah dunia yang akan kita terokai!

Kepada para ibu bapa, berikan kepercayaan dan keyakinan kepada anak-anak untuk bergiat aktif dalam sukan. Pelajar yang aktif ini akan dapat mengelakkan mereka daripada terjebak di dalm aktiviti yang tidak sihat.

Tahniah kepada Aida yang terpilih sebagai atlet wanita terbaik keseluruhan.

Semoga , kita akan terus kekalkan kejuaraan ini demi maruah dan nama henat kita!
Tahniah dan Syabas!

Friday, April 2, 2010

BANGKU REHAT, PONDOK ILMU, TAKWIM SEKOLAH DAN MURAL...













Pelbagai usaha untuk menceriakan kawasan sekolah di samping menyediakan kemudahan pembelajaran pelajar telah dilaksanakan. Semuanya ini adalah sebagai satu usahan untuk menjadikan kawasan sekolah yang kondusif, tenang, selesa dan indah sebagai tempat para pelajar mengikuti pembelajaran.

Sebanyak 12 set meja batu dan bangku telah dibeli oleh pihak sekolah untuk kemudahan pelajar berehat di samping mengadakan perbincangan sesama rakan serta mengulangkaji mata pelajaran pada waktu terluang atau pada waktu petang.

Pondok ilmu dan pondok rehat yang indah juga disediakan berhampiran dengan blok PPKI. Ia merupakan satu lanskap baru di sekolah ini yang memberikan gambaran menarik terhadap usaha meningkatkan tahap kemudahan pelajar di sekolah ini. Pondok ini diusahakan bersama oleh PPKI dan panitia Lanskap. Tahniah! Pengunjung pasti akan tertarik dan terpegun dengan keindahan seni taman di sekitaran pondok ini.

Panitia Bahasa Inggeris juga telah menghias dinding tepi kantin sebagai sudut Bahasa Inggeris. Encik Izwan dengan 'gengnya' sering kelihatan di sudut berkenaan , menyiapkan kerja-kerja melukis pada setiap petang, Ternyata banyak bakat seni lukis di kalangan warga sekolah.

Di sebelahnya pula, terdapat mural yang diusahakan oleh Encik Jeeva dan rakannya. Pihak sekoalh mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi orang pertama yang pro-aktif dalam menyahut seruan saya untuk menjadi setiap sudut sekolah ini sebagai berinformasi, sesuai dengan kedudukan sekolah sebagai' learning organization'.

Takwim sekolah juga telah dipamerkan melalui banner besar di tapak perhimpunan. Diharapkan dengan adanya maklumat mengenai takwim ini, setiap warga sekolah akan peka dengan perkara dan aktiviti yang sepatutnya berlaku, sedang dan akan berlaku di sekolah ini. Setiap warga seharusnya menjadikan diri sentiasa bermaklumat.

Apa yang diharapkan kepada semua pelajar adalah agar mereka terus menghargai harta sekolah dan menghargai usaha meningkatkan kemudahan di sekolah ini, menjaganya dengan baik dan berasa bangga menjadi warga sekolah yang hebat ini.

Kepada semua guru, teruskan menjadi warga yang pro-aktif, sentiasa melihat ke depat, berani bercita-cita besar 'DARE TO DREAM'. Hanya dengan berfikiran positif akan menjadikan kita kreatif seterusnya berani melakukan innovasi.

kita pasti boleh berjaya kerana 'KITA MEMANG HEBAT'...

TANDA PENGHARGAAN KEPADA YANG TERBILANG...




Satu lagi usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menghargai jasa dan sumbangan semua warga sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang ialah dengan mengadakan kain rentang besar di dinding koperasi sekolah di Blok B, Ia juga sebagai suatu motivasi kepada warga sekolah yang lain agar terus berlumba-lumba mencipta kecemerlangan.

"Wajah -wajah Kecemerlangan" ini adalah terdiri daripada para pelajar dan guru serta staf sekolah yang telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang dan pertandingan. Wajah-wajah ini akan terus dipamerkan pada sepanjang tahun 2010 ini. Setiap warga sekolah digalakkan terus mencipta kejayaan dan berusaha memastikan agar wajah mereka ada dipaparkan di sudut berkenaan pada tahun-tahun seterusnya. Diharapkan usaha ini akan menjadi pembakar semangat bagi warga sekolah untuk terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan.

MELAWAT PENGETUA BARU SMK PASIR BESAR...


Pagi tadi, saya sempat bersama Encik Kamaruzzaman , Pengetua SMK Bukit Jalor, mengadakan lawatan atau ziarah teman sekerja di SMK Pasir Besar iaitu Tn, Hj. Ramli Ibrahim, yang baru dinaikkan pangkat sebagai pengetua di situ.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda hormat dan untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan dan sebagai pemberi semangat untuk beliau bertugas di jawatan yang baru. Sempatlah juga kami berbincang tentang hal-hal berkaitan pentadbiran, bertukar pandangan dan berkongsi buah fikiran untuk memajukan sekolah masing-masing. Di sampin itu beberapa perancangan juga diatur untuk mengadakan program bersama ketiga-tiga buah sekolah berkenaan.

Walaupun baru, Tn. Hj.Ramli ini adalah seorang yang banyak pengalaman dan pernah memangku jawatan pengetua beberapa lama. Beliau juga telah membuktikan kehebatannya dalam mengangkat pencapaian akademik di sekolah lama beliau iaitu di SMK Bukit Rokan. Walaupun beliau memaklumkan akan bersara dalam tempoh 2 tahun lagi, kami yakin beliau mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Sebagai rakan, saya mengucapkan , 'SELAMAT BERTUGAS DENGAN CEMERLANG'.

KEM IBADAH- Anjuran bersama SMK Jelai Felda dan MAINS











Hari ini berlangsungnya Program Kem Ibadah , Anjuran Bersama SMK Jelai Felda (Panitia Paendidikan Islam) dengnan MAINS dan Persatuan Pelajar Timur Tengah di sekolah ini , sehingga hari ahad nanti. Seramai 70 orang peserta dengan 12 orang fasilatator terlibat dalam program ini. Di samping itu , beberapa orang guru turut terlibat sebagai AJK program. Program diadakan di surau Al-Hidayah SMK Jelai Felda, yang semakin canggih dengan aircon dan ruang ICT dan PA Systemnya.

Sasaran pelajar adalah kepada golongan pelajar daripada kumpulan pelajar Harapan yang terdiri daripada pelajar UKM, USM, UTM. Tujuan program ini adalah sebagai pengukuhan ibadah mereka terutamanya solat. Ibadah solat dilihat mempunyai pengaruh dan kesan yang besar terhadap pembentukan peribadi dan kemajuan pelajaran mereka. Solat mendekatkan hubungan antara makluk dan penciptanya dan secara tidak langsung akan memudahkan segala urusan dan doa dimakbulkan. Apatah lagi dalam usaha setiap pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR. Selain usaha gigih mengulangkaji pelajaran, doa juga menjadi penentu kejayaan pelajar. Allah akan memudahkan urusan umatnya , jika umatnya membantu ke jalan Allah.

Para pelajar juga didedahkan dengan latihan mengenal diri, iaitu mengenal diri sebagai makhluk Allah dan peranan yang patut dilaksanakan.

Diharapkan melalui program ini , sahsiah sebahagian pelajar ini akan dapat dibentuk dan seterusnya dapat menjadi pelajar yang berdisiplin. Hanya disiplin yang tinggi dapat menjamin kejayaan diri.

Saya sempat bersama sehingga jam 8.30 malam tadi ,dan melihat pelajar-pelajar bersemangat untuk mengikuti program ini.

Terima kasih dan syabas kepada semua AJK program, para guru dan MAINS yang telah membantu menjayakan program ini. Ini merupakan satu lagi contoh koloberasi antara sekolah dan agensi luar demi membantu melahirkan pelajar cemerlang di sekolah ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...