SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, April 2, 2010

BANGKU REHAT, PONDOK ILMU, TAKWIM SEKOLAH DAN MURAL...













Pelbagai usaha untuk menceriakan kawasan sekolah di samping menyediakan kemudahan pembelajaran pelajar telah dilaksanakan. Semuanya ini adalah sebagai satu usahan untuk menjadikan kawasan sekolah yang kondusif, tenang, selesa dan indah sebagai tempat para pelajar mengikuti pembelajaran.

Sebanyak 12 set meja batu dan bangku telah dibeli oleh pihak sekolah untuk kemudahan pelajar berehat di samping mengadakan perbincangan sesama rakan serta mengulangkaji mata pelajaran pada waktu terluang atau pada waktu petang.

Pondok ilmu dan pondok rehat yang indah juga disediakan berhampiran dengan blok PPKI. Ia merupakan satu lanskap baru di sekolah ini yang memberikan gambaran menarik terhadap usaha meningkatkan tahap kemudahan pelajar di sekolah ini. Pondok ini diusahakan bersama oleh PPKI dan panitia Lanskap. Tahniah! Pengunjung pasti akan tertarik dan terpegun dengan keindahan seni taman di sekitaran pondok ini.

Panitia Bahasa Inggeris juga telah menghias dinding tepi kantin sebagai sudut Bahasa Inggeris. Encik Izwan dengan 'gengnya' sering kelihatan di sudut berkenaan , menyiapkan kerja-kerja melukis pada setiap petang, Ternyata banyak bakat seni lukis di kalangan warga sekolah.

Di sebelahnya pula, terdapat mural yang diusahakan oleh Encik Jeeva dan rakannya. Pihak sekoalh mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi orang pertama yang pro-aktif dalam menyahut seruan saya untuk menjadi setiap sudut sekolah ini sebagai berinformasi, sesuai dengan kedudukan sekolah sebagai' learning organization'.

Takwim sekolah juga telah dipamerkan melalui banner besar di tapak perhimpunan. Diharapkan dengan adanya maklumat mengenai takwim ini, setiap warga sekolah akan peka dengan perkara dan aktiviti yang sepatutnya berlaku, sedang dan akan berlaku di sekolah ini. Setiap warga seharusnya menjadikan diri sentiasa bermaklumat.

Apa yang diharapkan kepada semua pelajar adalah agar mereka terus menghargai harta sekolah dan menghargai usaha meningkatkan kemudahan di sekolah ini, menjaganya dengan baik dan berasa bangga menjadi warga sekolah yang hebat ini.

Kepada semua guru, teruskan menjadi warga yang pro-aktif, sentiasa melihat ke depat, berani bercita-cita besar 'DARE TO DREAM'. Hanya dengan berfikiran positif akan menjadikan kita kreatif seterusnya berani melakukan innovasi.

kita pasti boleh berjaya kerana 'KITA MEMANG HEBAT'...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...