SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, November 19, 2011

Selamat Bercuti .....

18 November 2011 memang merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah. bagi pelajar dan guru-guru , tarikh ini adalah tarik akhir persekolahan. lebih istimewa bagi semua pelajar ialah pada tarikh ini juga mereka menerima wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diedarkan bermula jam 10.30 pagi.

Bagi pelajar tingkatan 5 yang menghadapi peperiksaan SPM, mungkin ia tidak memberikan apa-apa makna dengan kehadiran tarikh ini. Namun ia menandakan perjalanan untuk menamatkan pengajian di sekolah ini semakin hampir dan selepas ini mereka akan bergelar ' bekas pelajar'. Semoga mereka akan keluar dari sekolah ini dengan meninggalkan kenangan kecemerlangan yang dapat dijadikan ingatan dan dicontohi oleh adik-adik yang masih bersekolah di sini.

Bagi pelajar KRK (Kelas Rancangan Khas), ada aktiviti yang dibekalkan untuk dilaksanakan semasa cuti nanti. Diharapkan agar mereka akan dapat mematuhi program berkenaan dan melaksanakannya dengan baik. Bagi ibu bapa,ambillah peluang untuk bersama-sama anak-anak dan memantau perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak..

Cuti panjang ini juga mungkin tidak begitu bermakna bagi sebahagian guru yang terpaksa bertugas mengawasi peperiksaan SPMsehingga 16 Disember nanti. Selepas itu pula , mereka akan berhadapan pula dengan mesyuarat dan membuat persiapan untuk tahun 2012 nanti. Tinggallah baki cuti kira-kira 2 minggu sahaja. Diharapkan agar mereka dapat menikmati cuti yang ada ini dengan penuh gembira bersama keluarga.

Hakikat cuti sekolah pada masa kini bukanlahseperti yang sering ditanggap oleh sebahagian masyarakat. Kalau dulu, masa cuti adalah panjang , hampir 2 bulan. Namun sekarang ini cuti akhhir tahun ini sudah menjadi semakin pendek. apalagi jika dikira dengan peperiksaan SPM yang dijangkakan hanya berakhir pada 16 Disember 2011. Ini bermakna guru berkenaan hanya ada 2 minggu sahaja waktu cutinya. Kalau guru berkenaan menjadi pemeriksa kertas SPM, masa menanda kertas akan berlarutan sehingga tarikh buka sekolah.

Bagi sebahagian guru pula, musim cuti sekolah ini adalah masa untuk merancang aktiviti pada tahun berikutnya. Mengemaskini urusan sekolah semata-mata untuk memastikan agar pelajar yang memulakan sessi persekolah nanti akan berasa selesa. Begitulah makna cuti pada sebahagian guru!...

Bagi SMKTTJ, memang musim cuti ini memeberi peluang untuk kita merancang, menyusun semula dan mengemaskinikan kerja-kerja yang tidak siap pada tahun ini untuk disiapkan dan melaksanakan aktiviti semasa dan perancangan untuk tahun 2012. InsyaAllah, apabila sessi persekolahan 2012 nanti dibuka, akan ada sesuatu yang baru wujud di sekolah ini...Tunggukan perubahan-perubahan dan innovasi tersebut...

SELAMAT BERCUTI BUAT GURU-GURU DAN ANAK DIDIK SMKTTJ.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...