SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, November 12, 2011

MAJLIS HARI KUALITI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKTTJ- BERSAMA YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN..11.11.11



























Alhamdulillah, hari yang dinanti dengan debar, akhirnya tiba. 11 November 2011, tarikh yang dipilih oleh YAB Dato Hj. Mohammad Bin Hj. Hasan untuk hadir ke Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan SMK Taman Tuanku Jaafar, benar-benar meninggalkan kenangan termanis, dengan kehadiran beliau, tepat jam 9.30 pagi.

Ketibaan beliau turut disambut oleh YB Mufti Kerjaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Dato Mohd. Yusof Ahmad, YB ZaifulBahri, Puan Hjh. Kalsom, Tim Pengarah Pelajaran JPNS, Tuan mohd. Sah, PPD Seremban, serta tetamu lain yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di N. Sembilan, Pengetua, Guru Besar, pemimpin masyarakat, dan lain-lain.

YAB Menteri Besar kemudiaannya telah memeriksa perbarisan kadet sekolah dan seterusnya diiringi dengan kompang sebelum menuju ke ruang legar sekolah untuk majlis perasmiaan.

Terasa begitu gembira di hati melihatkan sambutan yang begitu hebat dengan kehadiran begitu ramai tetamu jemputan dan ibui bapa serta pemimpin masyarakat dan ibu bapa. Walaupun , ruang legar sekolah tidak begitu selesa , namun alhamdulillah dengan usaha gigih semua, kita mampu mengadakan majlis ini dengan gilang gemilang. majlis berjalan dengan begitu lancar dan hebat!

Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan SMKTTJ ini adalah acara yang berlainan dengan program yang diadakan sebelum ini. Pada hari ini , kita meraikan semua pelajar , guru dan komuniti yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada kecemerlangan sekolah. Sebanyak 4 kategori disediakan iaitu:

1. Anugerah Tertinggi Kualiti,
2. Anugerah Kecemerlangan Kurikulum
3. Anugerah KecemerlanganSahsiah
4. Anugerah KecemerlanganKo-Kurikulum

Majlis ini juga adalah sesuatu yang istimewa berbanding kebiasaan. Kita bukan hanya meraikan kejayaan pelajar tetapi ang lebih istimewa ialah meraikan guru-guru, staf dan komuniti yang turut memainkan peranan penting di dalam kecemerlangan sekolah. Kelompok ini sering kali dilupakan di dalam majlis sebegini. ini kerana ada tanggapan bahawa apabila menyebut kejayaan sekolah , ia hanya melibatkan kejayaan pelajar. tetapi, realitinya, kejayaan tersebut adalah hasil titik peluh golongan ini ,khususnya para guru! Sekurang-kurangnya juga, lebih ramai guru dapat kita berikan anugerah di samping APC yang sedikit bilangannya bagi sesebuah sekolah.

Pada majlis ini juga rahmat yang besar kita dapati iaitu kesudian YAB Menteri Besar menyumbangkan wang sebanyak RM25.000.00 untuk pembangunan pengurusan sekolah dan kesudian YAB menaiktaraf jalan sedia ada ke jalan utama Seremban-Tampin berhampiran dengan SK TTJ 2.

majlis pada hari ini juga mencatat sejarah istimewa apabila kita menjadi sekolah pertama di Negeri Sembilan yang menggunakan 'Interactive Board' di dalam memaparkan wajah pemenang dan gimik serta montaj menggantikan skrin biasa. Keistimewaan Interactive Board ini ialah, operasinya hanya menggunakan sentuhan tangan, tanpa perlu menekan di laptop! Ini merupakan teknologi baru yang belum dikenali ramai.

Sesudah majlis, YAB sempat beramah mesra bersama pelajar dan para guru. Ternyata sambutan yang diberikan terhadap YAB amat meriah dan ramai pelajar dan guru yang berebut-rebut untuk bergambar bersama YAB. Sikap YAB yang mesra dan sporting , ternyata amat disenangi semua! bagi pihak sekolah, kita ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya YAB Menteri Besar yang sudi hadir.

Kepada guru-guru dan warga pelajar, tahniah diucapkan. Kejayaan kita melaksanakan majlis ini dengan cemerlang adalah kejayaan kita semua. ternya , semua pihak berpuashati dan menyatakan kekaguman terhadap kelancaran majlis kita. ini semua adalah berkat kerjasama kita dan komitmen terhadap tugas yang diberikan.ia juga merupakan satu benchmark kejayaan yang perlu dikekalkan. Namun apa yang lebih penting ialah, ia membuktikan bahawa kita punyai kekuatan dan kehebatan yang boleh diterapkan di dalam setiap aspek lain. Maknanya, kita boleh buktikan , kita mampu mencipta kejayaan hebat, jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan berikan komitmen dan kerjasama yang padu. moga-moga momentum kejayaan ini akan kekal dan melonjak untuk kejayaan pada masa akan datang!.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...