SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, November 25, 2011

SMK TTJ BERUBAH WAJAH DENGAN LANSKAP BARU...

















PERSEKITARAN SEKOLAH yang cantik, ceria dan penuh berinformasi, penting di dalam merangsang minda dan minat pelajar untuk belajar. Persekitaran sekolah yang indah juga akan dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan melahirkan rasa bangga dan cintakan sekolah di kalangan pelajar. Lanskap yang indah dan persekitaran yang penuh bermaklumat, menjadi fokus sekolah ke arah sekolah cemerlang.

Keceriaan persekitaran di sekolah ini menekankan kepada beberapa perkara:

1. Kawasan berumput yang dipotong pendek.
2. Sampah-sarap terkawal dan sentiasa dibersihlkan
3. Kebersihan lantai
4. Lanskap taman dengan bunga-bunga dan kawasan tanaman pohon tertentu seperti Taman
Buluh
5. Pemasangan papan tanda kata-kata hikmat
6. Pemasangan banting dan banner
7. Kaki lima bangunan dihiasi bunga
8. Mengecat kawasan sekolah dengan warna baru yang lebih menarik.

Perubahan-perubahan persekitaran ini dilakukan bagi memberikan suasana dan pemikiran baru ke arah kecemerlangan. Warna bangunan sekolah dan bilik-bilik khas seperti Bilik Mesyuarat telah dicat dengan warna oren dan kuning yang cantik , bagi menambah seri dan menerapkan unsur lebih bersemangat berbanding warna kelabu sebelum ini. Pemilihan warna yang lebih segar dan terang ini dapat merangsang setiap warga sekolah agar sentiasa segar dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencipta kejayaan. Kerja-kerja mengecat ini semuanya dilakukan oleh guru dan murid melalui gotong royong.

Terdapat sebanyak 8 papan tanda besar bersaiz 9kaki x 4 kaki yang mengandungi visi, misi, motto dan sebagainya mampu memberikan imej baru yang hebat kepada wajah sekolah. Ini diikuti pula dengan 42 keping papan tanda kata-kata hikmat di sekitar dinding bangunan sekoalh, serta ratusan pula kata-kata hikmat yang dicetak dan di saluti plastik di setiap dinding banguan sekolah. Melalui kata-kata hikmat ini diharapkan para pelajar secara tidak langsung digalakkan agar membacanya dan persatuan atau panitia akan mengadakan kuiz berdasarkan kata-kata yang terdapat di papan-papan tanda ini.

Penggunaan banner dan banting juga digunakan bagi menggantikan penggunan 'mural' pada dinding yang memerlukan kepakaran untuk melukis dan menjimatkan. Selain itu dengan warna dan design yang cantik serta lebih 'hidup', mampu merangsang pelajar untuk menikmati kandungannya. InsyaAllah, menjelah tahun 2012ini, SMK TTJ akan mengalami perubahan suasana yang hebat!

Apa yang diharapkan daripada para pelajar adalah agar kita sama-sama menjaga keselamatan dan keindahan persekitaran sekolah ini. Perubahan sikap ini amat penting. Tanpanya, kita akan tetap dianggap sebagai sebuah sekolah yang sering diperlekehkan ! Kita mesti berani bangun mencabar sekolah-sekolah lain di dalam setiap aspek dan bidang. banggalah dengan sekolah kita dan lahirkan kebanggan itu dengan kita sama-sama menjaga keindahan sekolah kita ini...

SMK TTJ BERUBAH WAJAH DENGAN LANSKAP BARU...

















PERSEKITARAN SEKOLAH yang cantik, ceria dan penuh berinformasi, penting di dalam merangsang minda dan minat pelajar untuk belajar. Persekitaran sekolah yang indah juga akan dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan melahirkan rasa bangga dan cintakan sekolah di kalangan pelajar. Lanskap yang indah dan persekitaran yang penuh bermaklumat, menjadi fokus sekolah ke arah sekolah cemerlang.

Keceriaan persekitaran di sekolah ini menekankan kepadabeberapa perkara:

1. Kawasan berumput yang dipotong pendek.
2. Sampah-sarap terkawal dan sentiasa dibersihlkan
3. Kebersihan lantai
4. Lanskap taman dengan bunga-bunga dan kawasan tanaman pohon tertentu seperti Taman Buluh

TALENT I.D OLAHRAGA SMKTTJ BERSAMA ENCIK AZAM (MSN/SMK JELAI FELDA)







DALAM USAHA kita untuk mencapai kejayaan , terdapat banyak cara dan kaedah serta usaha yang boleh dilakukan. Melakukan usahasama atau kolaborasi bersama rakan sekolah lain juga adalah sesuatu yang boleh diaplikasikan. Justeru itu, jawatankuasa Pembangunan Olahraga SMK TTJ telah mengambil inisiatif dengan menjemput Encik Azam daripada MSN dan SMK Jelai Felda untuk membantu mengendalikan Talent I.D olahraga sekolah pada 8& 9 November 2011 yang lalu, di padang sekolah ini. beliau dibantu oleh seramai 5 orang atlet pelapis SMK Jelai Felda . Jawatankuasa Pembangunan Olahraga sekolah yang diketuai oleh Encik Shahrul , Cik Nurul Huda dan Aznorsazana telah membantu beliau mengendalikan program ini.

Seramai lebih daripada 80 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1 dan 2 telah menyertai talent ID ini. Program ini adalah sebagai persiapan skuad olahraga sekolah dalam menghadapi kejohanan olahraga peringkat daerah dan negeri pada tahun 2012 nanti.

Sepanjang 2 hari ujian berjalan, ramai bakat -bakat olahraga yang dapat dikesan oleh Encik Azam. Ternyata ramai bakat-bakat acara larian khususnya 'short distance runner' yang berbakat dapat dikesan di sekolah ini. ternyata, jika digilap dengan baik, pastinya pada tahun hadapan kita akan mampu mencabar sekolah-sekolah lain di daerah ini dengan lebih baik lagi.

Pihak sekolah melalui Tuan Pengetua juga telah bersetuju untuk melantik Encik Azam sebagai Penasihat Teknikal Skuad Olahraga SMKTTJ dan berharap beliau akan dapat membantu membangunkan olahraga sekolah ini.

Bagi para guru dan pelajar, rebutlah peluang ini. Ini kerana Encik Azam merupakan seorang jurulatih olahraga yang hebat dan berpengalaman luas serta telah terbukti berjaya melahirkan ramai atlit hebat di SMK Jelai Felda. Salah seorang anak didik beliau, Mohd. Firdaus Mazelan, peserta larian 400 meter lompat pagar baru sahaja mewakili Malaysia di Sukan SEA 2011 di Jakarta. Melalui bimbingannya, SMK Jelai Felda telah menguasai kejuaraan MSSD Tampin pada setiap hampir sejak tahun 90an dahulu lagi!

Bagi Jawatankuasa Pembangunan Olahraga , diharapkan akan dapat merancang program yang teliti bagi kita mencipta kejayaan.

Bagi para atlet, berikanlah komitmen dan semangat anda untuk menciptasejarah kegemilangan olahraga sekolah kita. Kita mampu mencipta kejutan !

Tuesday, November 22, 2011

.RM120 Ribu diangihkan dalam masa 1 Jam...






RM120.000.00 dalamtempoh 1 jam!

Menakjubkan! Namun itulah realitinya,apabila wang sumbangan untuk bantuan persekolahan bagi sessi persekolahan tahun 2012 berjaya diagihkan dalam tempoh 1 jam sahaja iaitu bermula pada jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari pada 18 November 2011 yang lalu. Ini juga bermakna hampir 1400 orang penjaga dan ibubapa bagi pelajar SMKTTJ hadir ke sekolah di dalam program yang diadakan di sekolah! Ini juga adalah satu REKOD bagi bilangan penjaga yang hadir ke sekolah,,,

Sebelum ini , rekod teramainya ialah pada majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan pada 11.11.11 yang lalu, apabila hampir 500 orang ibu bapahadir ke sekolah!

SMKTTJ banjir demgam kehadiran para ibubapa seawal jam 8 pagi, walaupun surat pemberitahuan yang diedarkan sebelumnya memaklumkan bahawa pengagihan wang akanhanya dapat dilaksanakan selepas jam 10.30 pagi. Pengagihan wang ini pada dijadualkan akan disempurnakan oleh YB Senator Dato Mohd. Najeeb Bin Abdullah pada jam 10.30 pagi. Namun disebabkan YBmempunyaiprogram yang ketat, beliau hanya dapat hadir ke sekolah pada jam 10.55 pagi. Keadaan laluan ke sekolah yang sesak dengan kenderaan ibu bapa juga telah memaksa YB memberhentikan kenderaan jauh daripada pintu pagar sekolah dan terpaksa berjalan kaki memasuki kawasan sekolah. Tuan Pengetua yang menyambut kedatangan beliau di piontu pagar,terus membawa Yb ke pentas di ruang legar sekolah untuk majlis penyempurnaan agihan wang berkenaan. YB yang pada awalnya dijadualkan akan menyampaikan ucapan, telah membatalkannya disebabkan suasana riuh rendah ibu bapa dan pelajar yang sangat terja untuk menerima wang dan tidak akan memberikan fokus kepada ucapan YB. Pengetua, kemudianya telah membuat pengumuman pengagihan wag dimulakan pada jam 11 pagi.

YB Dato Mohd. Najeeb kemudiannya dipelawa oleh Tuan Pengetua untuk ke kaunter/meja kelas tertentu dan membuat penyerahan wang kepada ibu bapa setelah segala butiran disemak oleh guru tingkatan. Pada kesempatan itu juga , beliau sempat bersamah mesra bersama-sama ibu bapa pelajar yang enerima wang berkenaan. Sekitar jam 11.30 pagi, YB memohon izin untuk pulang untuk urusan lain. Bagi pihak seluruh warga sekoalh, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato yangsudi menjayakan program kita.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan staf yang terlibat di dalam program ini. Kecekapan para guru tingkatan di dalam mengagihkan wang berkenaan membolehkan kita menyelesaikan bayaran dalam tempoh masa yang begitu cepat.

Bagi para ibu bapa dan para pelajar yang menerima wang bantuan inidiharapkan agar dapat menggunakan wang ini untuk persiapan pembelajaran pada sessi 2012 nanti.Kita berharap agar tidak akan timbul sebarang masalah khususnya di dalam soal pakaian lengkap dan peralatan perlu bagi setiap pelajar. Kita harappada tahun hadapan kita akan dapat membentuk imej baru yang lebih cemerlang kepada para pelajar kita. Di samping oitu, jangan lupa juga kepada para pelajar yang masih berhutang kepada PIBG dan sekolah agar dapat menjelaskanya. Hutang Tetap Hutang!

Saturday, November 19, 2011

Selamat Bercuti .....

18 November 2011 memang merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah. bagi pelajar dan guru-guru , tarikh ini adalah tarik akhir persekolahan. lebih istimewa bagi semua pelajar ialah pada tarikh ini juga mereka menerima wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diedarkan bermula jam 10.30 pagi.

Bagi pelajar tingkatan 5 yang menghadapi peperiksaan SPM, mungkin ia tidak memberikan apa-apa makna dengan kehadiran tarikh ini. Namun ia menandakan perjalanan untuk menamatkan pengajian di sekolah ini semakin hampir dan selepas ini mereka akan bergelar ' bekas pelajar'. Semoga mereka akan keluar dari sekolah ini dengan meninggalkan kenangan kecemerlangan yang dapat dijadikan ingatan dan dicontohi oleh adik-adik yang masih bersekolah di sini.

Bagi pelajar KRK (Kelas Rancangan Khas), ada aktiviti yang dibekalkan untuk dilaksanakan semasa cuti nanti. Diharapkan agar mereka akan dapat mematuhi program berkenaan dan melaksanakannya dengan baik. Bagi ibu bapa,ambillah peluang untuk bersama-sama anak-anak dan memantau perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak..

Cuti panjang ini juga mungkin tidak begitu bermakna bagi sebahagian guru yang terpaksa bertugas mengawasi peperiksaan SPMsehingga 16 Disember nanti. Selepas itu pula , mereka akan berhadapan pula dengan mesyuarat dan membuat persiapan untuk tahun 2012 nanti. Tinggallah baki cuti kira-kira 2 minggu sahaja. Diharapkan agar mereka dapat menikmati cuti yang ada ini dengan penuh gembira bersama keluarga.

Hakikat cuti sekolah pada masa kini bukanlahseperti yang sering ditanggap oleh sebahagian masyarakat. Kalau dulu, masa cuti adalah panjang , hampir 2 bulan. Namun sekarang ini cuti akhhir tahun ini sudah menjadi semakin pendek. apalagi jika dikira dengan peperiksaan SPM yang dijangkakan hanya berakhir pada 16 Disember 2011. Ini bermakna guru berkenaan hanya ada 2 minggu sahaja waktu cutinya. Kalau guru berkenaan menjadi pemeriksa kertas SPM, masa menanda kertas akan berlarutan sehingga tarikh buka sekolah.

Bagi sebahagian guru pula, musim cuti sekolah ini adalah masa untuk merancang aktiviti pada tahun berikutnya. Mengemaskini urusan sekolah semata-mata untuk memastikan agar pelajar yang memulakan sessi persekolah nanti akan berasa selesa. Begitulah makna cuti pada sebahagian guru!...

Bagi SMKTTJ, memang musim cuti ini memeberi peluang untuk kita merancang, menyusun semula dan mengemaskinikan kerja-kerja yang tidak siap pada tahun ini untuk disiapkan dan melaksanakan aktiviti semasa dan perancangan untuk tahun 2012. InsyaAllah, apabila sessi persekolahan 2012 nanti dibuka, akan ada sesuatu yang baru wujud di sekolah ini...Tunggukan perubahan-perubahan dan innovasi tersebut...

SELAMAT BERCUTI BUAT GURU-GURU DAN ANAK DIDIK SMKTTJ.

Saturday, November 12, 2011

MAJLIS HARI KUALITI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKTTJ- BERSAMA YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN..11.11.11



























Alhamdulillah, hari yang dinanti dengan debar, akhirnya tiba. 11 November 2011, tarikh yang dipilih oleh YAB Dato Hj. Mohammad Bin Hj. Hasan untuk hadir ke Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan SMK Taman Tuanku Jaafar, benar-benar meninggalkan kenangan termanis, dengan kehadiran beliau, tepat jam 9.30 pagi.

Ketibaan beliau turut disambut oleh YB Mufti Kerjaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Dato Mohd. Yusof Ahmad, YB ZaifulBahri, Puan Hjh. Kalsom, Tim Pengarah Pelajaran JPNS, Tuan mohd. Sah, PPD Seremban, serta tetamu lain yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di N. Sembilan, Pengetua, Guru Besar, pemimpin masyarakat, dan lain-lain.

YAB Menteri Besar kemudiaannya telah memeriksa perbarisan kadet sekolah dan seterusnya diiringi dengan kompang sebelum menuju ke ruang legar sekolah untuk majlis perasmiaan.

Terasa begitu gembira di hati melihatkan sambutan yang begitu hebat dengan kehadiran begitu ramai tetamu jemputan dan ibui bapa serta pemimpin masyarakat dan ibu bapa. Walaupun , ruang legar sekolah tidak begitu selesa , namun alhamdulillah dengan usaha gigih semua, kita mampu mengadakan majlis ini dengan gilang gemilang. majlis berjalan dengan begitu lancar dan hebat!

Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan SMKTTJ ini adalah acara yang berlainan dengan program yang diadakan sebelum ini. Pada hari ini , kita meraikan semua pelajar , guru dan komuniti yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada kecemerlangan sekolah. Sebanyak 4 kategori disediakan iaitu:

1. Anugerah Tertinggi Kualiti,
2. Anugerah Kecemerlangan Kurikulum
3. Anugerah KecemerlanganSahsiah
4. Anugerah KecemerlanganKo-Kurikulum

Majlis ini juga adalah sesuatu yang istimewa berbanding kebiasaan. Kita bukan hanya meraikan kejayaan pelajar tetapi ang lebih istimewa ialah meraikan guru-guru, staf dan komuniti yang turut memainkan peranan penting di dalam kecemerlangan sekolah. Kelompok ini sering kali dilupakan di dalam majlis sebegini. ini kerana ada tanggapan bahawa apabila menyebut kejayaan sekolah , ia hanya melibatkan kejayaan pelajar. tetapi, realitinya, kejayaan tersebut adalah hasil titik peluh golongan ini ,khususnya para guru! Sekurang-kurangnya juga, lebih ramai guru dapat kita berikan anugerah di samping APC yang sedikit bilangannya bagi sesebuah sekolah.

Pada majlis ini juga rahmat yang besar kita dapati iaitu kesudian YAB Menteri Besar menyumbangkan wang sebanyak RM25.000.00 untuk pembangunan pengurusan sekolah dan kesudian YAB menaiktaraf jalan sedia ada ke jalan utama Seremban-Tampin berhampiran dengan SK TTJ 2.

majlis pada hari ini juga mencatat sejarah istimewa apabila kita menjadi sekolah pertama di Negeri Sembilan yang menggunakan 'Interactive Board' di dalam memaparkan wajah pemenang dan gimik serta montaj menggantikan skrin biasa. Keistimewaan Interactive Board ini ialah, operasinya hanya menggunakan sentuhan tangan, tanpa perlu menekan di laptop! Ini merupakan teknologi baru yang belum dikenali ramai.

Sesudah majlis, YAB sempat beramah mesra bersama pelajar dan para guru. Ternyata sambutan yang diberikan terhadap YAB amat meriah dan ramai pelajar dan guru yang berebut-rebut untuk bergambar bersama YAB. Sikap YAB yang mesra dan sporting , ternyata amat disenangi semua! bagi pihak sekolah, kita ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya YAB Menteri Besar yang sudi hadir.

Kepada guru-guru dan warga pelajar, tahniah diucapkan. Kejayaan kita melaksanakan majlis ini dengan cemerlang adalah kejayaan kita semua. ternya , semua pihak berpuashati dan menyatakan kekaguman terhadap kelancaran majlis kita. ini semua adalah berkat kerjasama kita dan komitmen terhadap tugas yang diberikan.ia juga merupakan satu benchmark kejayaan yang perlu dikekalkan. Namun apa yang lebih penting ialah, ia membuktikan bahawa kita punyai kekuatan dan kehebatan yang boleh diterapkan di dalam setiap aspek lain. Maknanya, kita boleh buktikan , kita mampu mencipta kejayaan hebat, jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan berikan komitmen dan kerjasama yang padu. moga-moga momentum kejayaan ini akan kekal dan melonjak untuk kejayaan pada masa akan datang!.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...