SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Tuesday, February 5, 2019
Menangani isu-Isu dalam Organisasi...menggunakan prinsip Pengadilan Bolasepak..
Beberapa minggu yang lalu, saya menerima rungutan daripada seorang guru berkaitan dengan tugasnya sebagai guru penyedia jadual relif , yang bertembung dengan tugas utamanya sebagai guru tingkatan. Beliau mengadu agak sukar untuk beliau melaksanakan dua tugas dalam satu masa iaitu menyediakan jadual relif dan terpaksa berada di tapak perhimpunan bagi mengambil kehadiran pelajar.
Saya ajukan permasalahan ini kepada beberapa Guru Kanan saya mengenai isu ini. Mereka menyatakan bahawa isu ini kecil kerana ada juga di kalangan penyedia jadual relif iru, terdiri daripada guru tingkatan juga dan mereka tidak pula membantah! lantas mereka mencadangkan agar perkara tersebut tidak perlu difikirkan atau diambil sebarang tindakan.
Di dalam pentadbiran organisasi yang mana kita berurusan dengan manusia, sebarang ketidakpuasan hati atau sebarang isu , hendaklah dilihat sebagai penting dan perlu ditangani agar isu tersebut tidak menjadi besar dan merebak kepada isu yang lain.
Dalam kes ini, ada pelbagai kemungkinan yang boleh kita lihat. Pertamanya, mungkin ada ketidakpuasan hati di kalangan orang lain, namun tak semua yang berani berterus terang dan meluahkan ketidakpuasan hati itu. Kadang-kala juga, kelompok ini lebih suka memendam rasa dan meluahkankannya kepada rakan-rakan mereka dan lama -kelamaan ia akan menjadi barah yang merebak dan mendorong timbul pula isu-isu lain. Orang yang berani mengadu secara terus terang juga perlu dilihat sebagai baik, kerana beliau menyedarkan akan kesilapan pentadbiran. Ia lebih baik daripada mereka yang hanya pandai bercakap di belakang-belakang...
Justeru itu, saya melihat ada asas dan kebenaran daripada tindakan guru ini menzahirkan permasalahannya. Ia juga selaras dengan dasar yang dilaksanakan iaitu, guru pembuat jadual relidf adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjadi guru tingkatan, ketua paniatia atau mereka yang memegang jawatan utama.
Di dalam teori dan perlaksanaan pengadilan bolasepak di padang, sebarang kejadian atau insiden yang boleh menjejaskan kelancaran permainan , hendaklah ditangani dengan segera. Kita tidak boleh membiarkan kesalahan itu terlepas begitu sahaja. Ia mesti ditangani segera. Jika di padang permaianan, wisel hendaklah ditiup dan permaianan diberhentikan atau pemain itu mesti dihukum. Terdapat istilah 'kill the game' , sebelum ia merebak , menimbulkan banyak ketidakpuasan hati atau pergaduhan.
Jadi, di dalam pentadbiran organisasi , setiap ketidakpuasan hati, setiap isu yang timbul , mesti ditangani segera dan jangan disimpan lama atau menunggu sehingga meletup atau menimbulkan fitnah atau sebarang perkara yang negatif dan memudaratkan organisasi.
Pihak pengurusan seharusnya berlapang dada dan menerima setiap aduan atau isu itu sebagai maklumat yang baik untuk meningkatkan kecekapan pentadiran dan poengurusan organisasi.

Sunday, January 27, 2019
HARI PENYAMPAIAN KHAS BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100.-24 JANUARI 2019

MAJLIS Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi SMK Seanawang telah selamat disempurnakan oleh Exco Belia Dan Sukan YB Tuan Haji Mohd Taufik Bin Abd. Ghani , bertempat di Dewan Seri Budiman dan di Kelas masing-masing.
Bantuan Awal Persekolahan ini telash masuk tahun yang ke 9 rasanya. Sambutan terhadap bantuan ini tetap sama seperti tahun -tahun sebelumnya. Cuma keghairahannya saja yang agak berkurangan.
Biasanya , ibubapa akan mula berpusu seawal jam 8 pagi, walaupun telah diberitahu bahawa serahan wang hanya akan dilakukan pada jam 11 pagi. Agaknya ibubapa sudah memahami prosedur dan gerakkerja yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah , sebelum wang tersebut dapat diserahkan kepada mereka.
Sumbangan ini , memang sesuatu yang bernilai dan bermakna kepada semua yang mendapatnya. Sekurang-kurang beberapa perkara dapat diselesaikan oleh ibubapa terutamnya berkaitan sumbangan PIBG yang berjumlah RM120.00 di sekolah ini. Elok sangatlah kalau wang ini disalurkan terus untuk menjelaskan sumbangan ini. Ini kerana dikhuatiri jika dilambat-lambatkan, maka ada potensi pula ibu bapa terlupa untuk menjelaskannya.
Apapun, tahniahlah kepada mereka yang menerimanya. Sebanyak hampir RM98.000.00 wang tunai telah diserahkan kepada ibubapa yang layak.
bagi mereka yang tidak dapat, janganlah pula ini menjadi alasan untuk tidak memberikan sokongan kepada anak-anak untuk belajar. Tanggungjawab memberikan didikan dan menyediakan segala kemudahan pembelajaran adalah menjadi tanggungjawab utama ibubapa. Sesukar manapun, perkara ini mestilah diutamakan dan didahulukan.
Bagi pihak sekolah , kami merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Hj. Taufik yang sudi menyempurnakan majlis ini dan memberikan sokongan yang kuat kepada sekolah. Walaupun sibuk dan kerap datang, namun beliau tidak pernah menolak jemputan jika berkelapangan.

Tuesday, October 23, 2018
TIPS PENGURUSAN SEKOLAH BERASASKAN PENGADILAN BOLA SEPAK
Saya akan berkongsikan beberapa tips penguruusan sekolah berdasarkan kepengadilan bola sepak . Saya mengandaikan menguruskan sebuah organisasi atau sekolah sama seperti kita menguruskan dan mengadili perlawanan bola sepak . Perbincangan ini akan berasaskan kepada beberapa prinsip dan tatacra seseorang pengadil mengendalikan perlawanan bola sepak.
TIPS 1: HUKUM PEMAIN APABILA KITA JELAS MELIHAT KESALAHAN YANG DILAKUKAN.
DI dalam perlawanan bola sepak , pengadil hanya akan meniupkan wisel untuk menandakan sesuatu kesalahan telah dilakukan hanya apabila dia jelas apa kesalahannya, siapa pelakunya dan kepada siapa dilakukan.Jika kita tidak jelas, kita tidak boleh menghukum pemain tersebut. Ada ketikanya, pemain lain akan menyampaikan maklumat tersebut sedangkan kita tidak melihatnya. Sesaorang pengadil hendaklah mengambil maklum maklumat tersebut dan perhatikan pemain yang dimaksudkan melakukan kesalahan tersebut dan apabila benar-benar didapati dia melakukannya sekali lagi, maka kita akan hukum dengan hukuman yang setimpal sebagai kesalahan yang berulang. Selalunya kesalahan sebegini akan dihukum dengan kad kuning.
Di dalam pentadbiran organasasi juga akan berlaku perkara yang sama. Kita tidak boleh menghukum perkara yang kita tiada bukti jelas atau sekadar mendengar maklumat daripada orang lain. Kadang-kala maklumat seperti ini berkemungkinan bersifat tidak tepat atau fitnah semata-mata. Justeru itu, kita tidak boleh terburu-buru mengambil tindakan. Sebaliknya, siasat dengan rapi kecuali jika kesalahan itu berlaku secara terang-terangan atau di depan mata. Hukumlah kesalahan ini dengan hukuman yang setimpal terutamanya jika kesalahan itu berat dan menjejaskan organisasi.Ketika mengambil tindakan, mungkin kita boleh memberitahunya bahawa kita mengambil tindakan bukan bersifat emosi tetapi berdasarkan bukti sahih yang kita ada. Secara tidak langsung , tindakan kita ini akan diterima oleh pelaku kesalahan.
Amatlah bahaya dan berisiko jika kita bertindak hanya berdasarkan cakap-cakap dan bukan berasaskan bukti yang kukuh. Keadaan ini jika terjadi, sudah pastilah akan menimbulkan rasa kurang senang dan ketidakharmonian di dalam organiasasi.
TIPS 2: DI DALAM PADANG PERMAINAN STATUS SEMUA PEMAIN ADALAH SAMA.
Di dalam padang permainan, status semua pemain, adalah sama iaitu PEMAIN. Tidak kira siapa dan apa status dan kedudukan serta pangkatnya, ia dianggap sebagai pemain , sama seperti pemain-pemain yang lain. Layanan tetap akan diberikan sama dan boleh dihukum mengikut undang-undang yang sama. Pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat , ditinggalkan di"tepi padang".
Di dalam organisasi juga kita mesti melayan staf kita secara adil dan saksama. Tidak perlu ada 'orang bos' atau 'orang kuat bos' atau sebagainya yang kebal hukum. Prinsip 'kerja is kerja dan 'kawan is kawan', harus dipraktikkan. Jika semasa bekerja, kita hendaklahlah menguatkuasakan peraturan kerja dan semasa di luar waktu kerja , kita bolehlah melayan mereka sebagai kawan. Dalam erti kata lain, jangan campuradukkan kerja dan hubungana baik kita sebagai kawan atau keluarga. Jika ini dapat dipraktikkan , maka kita akan menjadi peminpin organisasi yang adil. Tidak ada budaya pilih kasih dan sebagainya.
Prinsip kerja sebegini juga akan memudahkan kita sebagai pentadbir untuk menjalankan tugas dengan lancar. Kita tidak akan mudah terpengaruh dengan status atau hubungan yang ada sehingga akhirnya akan menjadi penggalak kepada salahlaku dan ketidakcekapan bekerja. Kita akan berasa bebas dan yakin dengan tindakan kita.
-bersambung-

Friday, October 13, 2017
BULI - GEJALA TIDAK BERKESUDAHAN..DI MANA SILAPNYA
Baru-baru ini negara, khususnya pihak kementerian pendidikan Malaysia heboh dengan penularan kes buli di dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar yang terlibat juga, sudah tidak hanya melibatkan pelajar lelaki, malah kebelakangan ini ramai pula yang meibatkan pelajar perempuan.
Ramai jugalah yang bertanya, kenapa kes buli ini semakin menjadi-jadi? Malah yang lebih parah, apabila kini melibatkan pula kehilangan nyawa.
Kalau kita perhatikan kes buli ini biasanya bermula dengan perkara yang kecil dan ringan dahulu. Ia mungkin bermula dengan apabila seorang pelajar yang lebih senior , mengarahkan seorang pelajar yang lebih muda untuk membelikan makanannya di kantin pada masa rehat . Kejadian ini akan diulang pada beberapa hari berikutnya. Seterusnya ia akan meningkat ke satu tahap lagi seperti, memaksa pelajar junior ini membasuh pakaian, mengemaskan katil (jika di asrama) dan seterusnya memeras ugut wang dan sebagainya.
Seterusnya, akan timbul pula isu kekerasan fizikal seperti memukul dan sebagainya. Kerapkali juga buli ini dilakukan secara berkumpulan.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan perbuatan buli ini berlarutan dan tidak dibendung sejak awal-awal. Antaranya ialah:
1. Tanggapan perbuatan buli ini sebagai suatu perkara yang biasa di kalangan para pelajar , khususnya di asrama. Selalunya kita akan dengan kata-kata seperti, "budak-budak...macam tu lah".
Tanggapan sebegini biasanya diucapkan oleh sebahagian ibu bapa yang anak-anak mereka telibat di dalam kes buli ini diperingkat awalnya. Terutama di kalangan penjaga yang anak mereka sendiri melakukan perbuatan tersebut. Justeru itu, perbuatan buli ini seringkali dianggap remeh.
2. Tindakan pihak sekolah terhadap kes buli ini pada peringkat awal yang lambat. Hanya setelah buli ini menjadi parah atau telah melibatkan kecederaan dan kes polis , barulah sebahagian sekolah mahu bertindak. Sesetengah guru dan pihak sekolah juga bersikap dan beranggapan sama seperti sikap ibu bapa di atas. Apabila peringkat awalnya, tiada tindakan diambil maka mereka akan terus seronok melakukannya kerana yakin mereka tidak akan diambil tindakan.
3. Tindakan dan hukuman yang ada di sekolah ternyata tidak menakutkan atau seringkali diperlekehkan oleh pelajar. Tindakan paling berat adalah buang sekolah. Namun, tindakan buang sekolah kini bukanlah seperti tahun-tahun 60an atau 70an dahulu, yang mana pelajar yang dibuang pasti tidak akan dapat bersekolah semula atau terpaksa berpindah ke sekolah lain atau digugurkan daripada asrama. Kini, pelajar yang dibuang sekolah dibenarkan merayu. Rayuan mereka pasti diterima dan mereka akan kembali semula ke sekolah asal. Jika mereka bernasib baik, rayuan mereka akan diterima selang sehari mereka dibuang dan mereka akan kembali semula ke sekolah dengan senyuman yang lebar.
Pelajar juga tahu, sebagai remaja yang masih bersekolah, mereka tidak akan didakwa atau dihukum sepertimana orang dewasa.
4. Ada juga sesetengah sekolah yang sengaja menyembunyikan perbuatan dan salahlaku buli ini hanya semata-mata untuk menjaga nama baik sekolah. Apabila ada kes-kes sebegini berlaku dan direkodkan, maka sesetengah sekolah bimbang sekolah mereka akan dicop sebagai sekolah bermasalah. Melebelkan sesebuah sekolah hanya berdasarkan rekod tindakan disiplin, sebagai sekolah yang bermasalah, ternyata suatu kesilapan. Seharusnya, pihak-pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, turun padang dan lihat realiti yang berlaku di sekolah-sekolah berkenaan. Banyaknya kes-kes disiplin dicatatkan serta tindakan yang diambil, kadangkala harus dilihat sebagai tanda efisiennya sekolah berkenaan di dalam membenteras masalah disiplin.
Ada pendapat yang mengatakan," jika rumah kita dilanda banjir, maka kita haruslah membuang segala sampah sarap dan kotoran yang ada sebelum kita boleh mendiami semula rumah berkenaan dengan selesa dan selamat. Setelah semuanya bersih barulah kita boleh mula memeikirkan bagaimana untuk mencantikkan semula rumah berkenaan".
Analogi ini bermaksud, untuk menjadikan sesebuah sekolah itu baik, selamat dan selesa bagi seluruh warganya belajar dan mengajar, unsur-unsur negatif di dalam sekolah berkenaan perlulah dibenteras dan dihapuskan. Setelah segala anasir negeatif ini dapat diatasi, maka barulah pihak pentadbir sekolah mudah merancang aktiviti-aktiviti membawa kecemerlangan di sekolah berkenaan.
5. Ramai juga di kalangan ahli pendidik dan orang ramai yang lebih menaruh simpati kepada pelaku kesalahan dan bukannya kepada mangsa. Kadangkala kita terlalu simpati kepada pelaku apabila diambil tindakan dengan alasan akan menjejaskan pelajaran mereka atau menjejaskan emosi mereka. Pada saya ini adalah kesilapan besar kita di dalam mendidik generasi kita. Kita tidak menyuntik aspek nilai patuh pada perintah, patuh pada undang-undang dan berdisiplin. Justeru itu, mereka akan sentiasa berasa selamat dan mendapat pembelaan.

Friday, July 21, 2017
MAJLIS TAUTAN KASIH AIDIL FITRI SEMSE 2017
aLHAMDULILLAH.....
Majlis Tautan Kasih Aidil Fitri SEMSE 2017 dapat dilaksanakan dengan cemerlang pada 7 Julai 2017 , Jumaat , yang lalu. Program pada kali ini merupakan program sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali pertama saya di SMK Senawang ini. Ia juga diadalan di dalam format yang lain daripada sebelum ini , iaitu diadakan secara terbuka, dengan jemputan kepada komuniti dan pihak sekolah menjadi hosnya
Majlis yang diadakan di Dewan Seri Budiman ini juga adalah yang pertama kali , berbanding pada tahun-tahun sebelum ini, apabila majlis dilakukan di kelas masing-masing.
Seramai lebih daripada 1000 orang yang terdiri daripada para pelajar, guru , ibubapa dan para jemputan telah hadir memeriahkan majlis ini. Turut hadir ialah YB Tuan Ghazali Bin Wahid, ADUN Paroi yang telah merasmikan majlis dan turut menyumbang bantuan sebanyak RM2000.00
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara seluruh warga sekolah, ibubapa, guru-guru, komuniti dan para pelajar agar ikatan mesra sempena hari raya aidil fitri ini dapat diperkukuhkan lagi dan seterusnya akan membantu mewujudkan hubungan baik di antara seluruh warga sekolah dan komuniti.
Majlis ini juga menjadi suatu proses pembelajaran luar bilik darjah yang sangat berkesan di dalam menerapkan nilai kasih sayang, kerjasama, hormat -menghormati serta bertolak ansur serta sikap suka menyumbang ke arah kejayaan program sekolah .
Suasana riang, ceria dan penuh mesra jelas terbayang pada wajah seluruh warga sekolah . Kemesraan guru-guru dan pelajar memberikan gambaran akan kejayaan yang bakal terlahir di SMK Senawang ini dan seterusnya akan membantu memudahkan kita mencipta kecemerlangan.
Makanan dan minuman untuk majlis ini adalah hasil sumbangan para guru dan staf, para pelajar dan ibubapa. Pelbagai hidangan yang enak seperti , ketupan, lemang, nasi himpit, kueh muih, laksa, buah-buahan , rendang dan pelbagai lagi, menaikkan selera seluruh warga sekolah dan tetamu.
Alhamdulillah, para hadirin bukan sahaja dapat menikmati makanan hingga kenyang, malah dapat pula dijadikan bekal untuk dibawa pulang.
Program pada hari ini juga adalah dijadikan landasan awal untuk menarik anggota komuniti daripada pelbagai peringkat untuk bersama-sama di dalam program sekolah. melalui program ini juga hubungan dapat dijalinkan, apatah lagi, sekolah ini belum dapat melaksanakan Sarananya dengan cemerlang.
Antara tetamu yang sempat hadir pada hari berkenaan adalah En. Mohd. Hafis Shukor, Pengarah Cosmopoint Seremban, Encik Aidi Kahari daripada Kibbing Industries, n Taman Tuanku Jaafar, Encik Aidil, En. Zahari Effendi , Puan Zurina Zainuddin, wakil Che Ta & Co dan beberapa yang lain.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah yang menyumbang makanan dan tenaga serta idea , sehingga menjadikan majlis ini berjaya dengan cemerlang.

Terima kasih khas kepada para guru yang sangat perihatin dan bermurah hati di dalam menyumbang makanan dan membuat persiapan tempat jamuan dan hiasan.
Terima kasih juga kepada YB Tuan Ghazali yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan di dalam menjayakan program-program sekolah ini sejak saya berada di sekolah lama sebelum ini. Sikapnya yang perihatin terhadapat program sekolah menjadikannya seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan sentiasa rapat dengan masyarakat.

Semoga majlis ini akan menjadi semakin meriah dan berjaya dengan hebat pada tahun hadapan.
Majlis Tautan Kasih Aidil Fitri SEMSE 2017 dapat dilaksanakan dengan cemerlang pada 7 Julai 2017 , Jumaat , yang lalu. Program pada kali ini merupakan program sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali pertama saya di SMK Senawang ini. Ia juga diadalan di dalam format yang lain daripada sebelum ini , iaitu diadakan secara terbuka, dengan jemputan kepada komuniti dan pihak sekolah menjadi hosnya
Majlis yang diadakan di Dewan Seri Budiman ini juga adalah yang pertama kali , berbanding pada tahun-tahun sebelum ini, apabila majlis dilakukan di kelas masing-masing.
Seramai lebih daripada 1000 orang yang terdiri daripada para pelajar, guru , ibubapa dan para jemputan telah hadir memeriahkan majlis ini. Turut hadir ialah YB Tuan Ghazali Bin Wahid, ADUN Paroi yang telah merasmikan majlis dan turut menyumbang bantuan sebanyak RM2000.00
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara seluruh warga sekolah, ibubapa, guru-guru, komuniti dan para pelajar agar ikatan mesra sempena hari raya aidil fitri ini dapat diperkukuhkan lagi dan seterusnya akan membantu mewujudkan hubungan baik di antara seluruh warga sekolah dan komuniti.Majlis ini juga menjadi suatu proses pembelajaran luar bilik darjah yang sangat berkesan di dalam menerapkan nilai kasih sayang, kerjasama, hormat -menghormati serta bertolak ansur serta sikap suka menyumbang ke arah kejayaan program sekolah .
Suasana riang, ceria dan penuh mesra jelas terbayang pada wajah seluruh warga sekolah . Kemesraan guru-guru dan pelajar memberikan gambaran akan kejayaan yang bakal terlahir di SMK Senawang ini dan seterusnya akan membantu memudahkan kita mencipta kecemerlangan.
Makanan dan minuman untuk majlis ini adalah hasil sumbangan para guru dan staf, para pelajar dan ibubapa. Pelbagai hidangan yang enak seperti , ketupan, lemang, nasi himpit, kueh muih, laksa, buah-buahan , rendang dan pelbagai lagi, menaikkan selera seluruh warga sekolah dan tetamu.Alhamdulillah, para hadirin bukan sahaja dapat menikmati makanan hingga kenyang, malah dapat pula dijadikan bekal untuk dibawa pulang.
Program pada hari ini juga adalah dijadikan landasan awal untuk menarik anggota komuniti daripada pelbagai peringkat untuk bersama-sama di dalam program sekolah. melalui program ini juga hubungan dapat dijalinkan, apatah lagi, sekolah ini belum dapat melaksanakan Sarananya dengan cemerlang.
Antara tetamu yang sempat hadir pada hari berkenaan adalah En. Mohd. Hafis Shukor, Pengarah Cosmopoint Seremban, Encik Aidi Kahari daripada Kibbing Industries, n Taman Tuanku Jaafar, Encik Aidil, En. Zahari Effendi , Puan Zurina Zainuddin, wakil Che Ta & Co dan beberapa yang lain.Terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah yang menyumbang makanan dan tenaga serta idea , sehingga menjadikan majlis ini berjaya dengan cemerlang.

Terima kasih khas kepada para guru yang sangat perihatin dan bermurah hati di dalam menyumbang makanan dan membuat persiapan tempat jamuan dan hiasan.
Terima kasih juga kepada YB Tuan Ghazali yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan di dalam menjayakan program-program sekolah ini sejak saya berada di sekolah lama sebelum ini. Sikapnya yang perihatin terhadapat program sekolah menjadikannya seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan sentiasa rapat dengan masyarakat.

Semoga majlis ini akan menjadi semakin meriah dan berjaya dengan hebat pada tahun hadapan.
Saturday, April 8, 2017
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH ‘PROJEK BAMBOO PARK’ DENGAN KERJASAMA PIBG SMKSE DAN KOMUNITI
Projek Bamboo Park ini adalah salah satu projek di dalam Jawatankuasa Keceriaan sekolah di dalam usaha pembinaan imej atau penjenamaan semula SMK Senawang ke arah kecemerlangan .
Bagi mengangkat semula nama sekolah ini, saya melihat perlunya satu usaha bukan sahaja untuk menceriakan dan mewujudkan suasana ceria dan cantik, namun ia juga sebagai satu usaha mewujudkan kelainan atau keunikan di sekolah ini. Seterusnya semoga usaha ini juga akan mewujudkan watak sekolah darada aspek keceriaan.
Bamboo Park ini adalah suatu idea yang saya jumpa semasa lawatan di Korea Selatan pada tahun 2011 yang lalu. Namun, mungkin agak berbeza sedikit kerana spesis buluhnya yang besar dan tinggi.
INSYAALLAH, dengan kewujudan Bamboo Park ini nanti ia akan menjadi satu mercu tanda dan keunikan yang luasbiasa di sekolah ini. Ditambah lagi dengan sumbangan setiap warga sekolah dan komuniti, ia juga akan menjadi bukti terhadap komitmen dan kerjasama jitu bersama ke arah kecemerlangan .
1.0
PENGENALAN
“Persekitaran
akan membentuk budaya”. Kata-kata ini merujuk kepada pembentukan
persekitaran yang selesa di dalam semua aspek , yang boleh mewujudkan suasana
dan keinginan warganya untuk menimba ilmu . “Budaya” pula adalah merujuk kepada
budaya ilmu yang terhasil daripada kesedaran dan keinginan dalaman yang akan
melahirkan warga sekolah yang berakhlak, berilmu dan mempunyai sifat terpuji. Persekitaran
ini terdiri daripada persekitaran fizikal sekolah, persekitaran pelajar dan
semua warga sekolah disiplin, budaya ilmu, etika dan sebagainya. Hanya melalui
persekitaran yang lengkap, selesa, ceria
serta mampu merangsang minat menimba ilmu sahajalah yang akan mampu
mendorong warga sekolah belajar dan menyerap ilmu dengan mudah.
Di antara
perkara di atas, persekitaran fizikal
terutamanya pewujudan taman dan pohonan serta seni taman yang cantik dan indah , akan melahirkan suasana selesa yang amat sesuai bagi para pelajar
menimba ilmu.
Justeru itu,
pihak sekolah berhasrat untuk mewujudkan PROJEK
TAMAN BULUH/ BAMBOO PARK di sekolah ini .
2.0
RASIONAL
Projek TAMAN BULUH/ BAMBOO PARK ini diwujudkan
adalah berdasarkan beberapa factor:
2.1 Buloh
ini adalah pohonan yang tahan lasak dan boleh hidup lama dengan penjagaan yang
minima.
2.2 Daunan
buluh yang jatuh ke tanah akan dapat menahan tumbuhan liar seperti lalang dan
rumput daripada tumbuh membiak. Hal ini akan dapat menjimatkan kos pengurusan
rumput serta lalang yang tinggi.
2.3 Daunan
buluh yang halus akan menghasilkan
desiran bunyi yang indah dan lembut apabila ditup angin. Hal ini akan mewujudkan
suasana yang nyaman dan sesuai untuk pembelajarn para pelajar sekolah ini.
2.4 Penanaman
buluh ini juga boleh menghasilkan pendapatan daripada rebung yang boleh dijual
bagi mengisi tabung sekolah.
2.5 Pohonan
buluh yang dijaga dengan baik, boleh menjadi tempat teduhan kepada warga sekolah yang menjadi
kawasan rehat santai bagi semua warga sekolah.
2.6 Ia
mampu menghalang berlakunya runtuhan pada tebing yang ada di sekolah ini
teritamanya ketika musim hujan.
2.7 Ia
boleh menjadi satu identiti dan imej
baru bagi sekolah ini yang unik berbanding sekolah lain.
2.8 Sebagai
satu inisiatif menanamkan sikap cintakan Alam Sekitar dan penglestarian sekolah
2.9 Ia
menjadi mercu tanda kerjasama sekolah dan rakan Sarana di dalam membantu
memajukan sekolah ini.
3.0
STRATEGI
PERLAKSANAAN
Perlaksanaan
PROJEK BAMBOO PARK ini adalah seperti berikut:
3.1 Projek
ini akan dilaksanakan dengan kerjasama dan bantuan tajaan daripada Syarikat TOTO MALAYSIA (Sdn Bhd).
3.2 Keluasan
kawasan Bamboo Park ini adalah sekitar 2 ekar , meliputi seluruh kawasan lapang
di kawasan sekolah ini dan kawasan tebing .
3.3 Keseluruhan
pokok buluh yang diperlukan adalah sekitar 200 batang buluh .
3.4 Jenis
pokok buluh yang dicadangkan untuk ditanam adalah jenis buluh hiasan yang
mempunyai batang yang lurus dan dahan yang tinggi.
3.5 Kerja-kerja
menanam akan dilakukan secara gotong royong yang melibatkan semua warga
sekolah, ibubapa dan Komuniti Sarana SMK Senawang.
3.6 Pengurusan
dan penjagaan pokok akan diuruskan oleh pekerja pembersihan swasta sekolah, dan
warga sekolah serta komuniti Sarana SMK Senawang.
3.7
Jadual
Perlaksanaan Projek ini adalah:
|
Bil
|
Perkara
|
Tarikh
|
|
1.
|
Menyediakan kertaskerja
|
1 Mac 2017
|
|
2.
|
Mendapatkan sumbangan /dana membeli pokok buluh
|
10 Mac 2017
|
|
3.
|
Membeli pokok buluh
|
15 Mac 2017
|
|
4.
|
Gotong royong menyediakan lubang pokok
|
15 Mac 2017
|
|
5.
|
Menerima pokok-pokok buluh
|
18 Mac 2008
|
|
6.
|
Perasmian /Gotong royong menanam pokok buluh
|
1 April 2017
|
|
|
|
|
4.0
KEWANGAN/
PERBELANJAAN
|
Bil
|
Perkara
|
Kos
|
Tindakan
|
|
1.
|
Pokok buluh RM60 x 200 batang
|
|
|
|
2.
|
Baja RM4 x 20 beg
|
||
|
3.
|
Gotong Royong/ Perasmian
|
||
|
4.
|
Papan Tanda “Bamboo Park”
|
||
|
|
JUMLAH
|
5.0
PENUTUP
Kejayaan projek
ini akan menjadi mercu tanda kejayaan kerjasama antara komuniti dan Swasta di
dalam usaha bersama memajukan sekolah. Ia menjadi bukti kepada kejayaan program
Sarana Komuniti SMK Senawang. Ia juga akan menjadi symbol berkekakalan akan
bukti kerjasama hebat ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)