SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, July 13, 2013

TERIMA KASIH EN.YAZID & HJH.RUZITA...JASAMU TIDAK TERNILAI..MAJLIS PERPISAHAN DI ROYAL ADELPHI, SEREMBAN-8 JUL 2013

TERIMA KASIH..!

Semoga kedua-duanya akan beroleh kejayaan dan kecemerlangan di tempat baru buat 2 orang guru SMKTTJ iaitu Encik Yazid dan Puan Hjh. Ruzita Moharad. Encik Yazid yang telahpun berpindah sejak bulan jun 2013 yang lalu ke SMK Seremban 3 (sekolah baru) sebagai caretaker dan Puan Hjh. Ruzita pula akan mula berpindah pada 1 Julai 2013 ke SMK Tinggi Kajang

Kedua-dua mereka ini adalah antara 'orang lama' yang telah banyak  berjasa kepada sekolah. Encik Yazid adalah antara kelompok pertama guru-guru SMKTTJ pada tahun 2001 dahulu yang membuka sekolah ini.


Perpindahan mereka ini adalah di atas dua sebab yang berbeza. Encik Yazid telah dinaikkan pangkat sebagai 'caretaker' atau bakal sebagai
GPK di sekolah baru SMK Seremban 3. Sebagai orang yang berpengalaman membuka sekolah SMKTTJ dahulu, pihak JPNS melihat bahawa beliau merupakan calon yang amat sesuai untuk memikul tanggungjawab membuka sekolah baru SMK Seremban 3. Seluruh warga sekolah mendoaakan kejayaan beliau.

Di SMKTTJ, jawatan terakhir Encik Yazid adalah sebagai guru Videografi dan Penyelaras Majalah sekolah. jawatan sebagai guru videografi diserahkan kepoada beliau apabila diwujudkan krew video di dalam Kelab Lensa. Sejak ityu Encik Yazid telah banyak membantu urusan rakaman video walaupun pada asalnya beliau terpaksa belajar daripada mula untuk mengoperasikan video sekolah. Sumbangan video yang terbesar dihasilkan beliau ialah Video SARANA SMKTTJ yang mana bahan ini telah pun beredar di sekolah-sekolah di seluruh negara dan menjadi masterpiece bagi program SARANA SMKTTJ  dan model bagi KPM sendiri.


Sementara itu , Hjh. Ruzita pula bertukar ke Kajang di atas permintaan beliau sendiri disebabkan faktor jarak rumah yang jauh . Beliau yang telah berpindah rumah di Kajang sejak 2012 yang lalu terpaksa berulang-alik setiap hari  dalam jarak yang jauh.

Tugas terakhir beliau adalah sebagai KP Perdagangan dan bekas Setiausaha Kooperasi sekolah.

Beliau terkenal dengan guru yang amat dedikasi serta sentiasa memnbantu apabila diperlukan. Kehilangan beliau memang sukar diganti.

Segala jasa dan sumbangan kedua-dua guru ini akan sentiasa di dalam kenangan dan tercatat sebagai sebahagian daripada sejarah kegemilangan sekolah ini.

Kepada sahabat-sahabat yang meraikan dan menjemput Pengetua untuk bersama , diucapkan terima kasih dan didoakan semoga murah rezeki...

TAHNIAH SARANA...INISIATIF IBU BAPA SMKTTJ YANG HEBAT-

https://www.facebook.com/
Dalam suatu temuramah , saya pernah  menyatakan bahawa saya  sama sekali 'terperanjat' dan tidak menduga bagaimana hebatnya penangan SARANA SMKTTJ terutamanya di dalam penglibatan ibu bapa para pelajar di dalam program-program sekolah.

Terbaharu ialah Program Solat Hajat, dhuha dan baca Yasin Sarana yang telah dianjurkan sendiri oleh ibu bapa melalui jawatankuasa Sarana ibubapa.

Program ini adalah merupakan satu lagi usaha hebat para ibubapa di sekolah ini yang  begitu perihatin akan masa depan anak-anak mereka dan peranan mereka sebagai ibubapa.

Menurut Encik Azlan Shaari, pengerusi Sarana Ibubapa SMKTTJ, program ini lahir daripada kesedaran para ibu bapa akan peranan mereka untuk  membantu sekolah dan anak-anak di dalam menghadapi peperiksaan dan pelajaran mereka. Sebagai ibubapa , mereka tergerak untuk  bersama sekolah bermunajat memohon kemudahan dan kejayaan anak-anak mereka kerana selama ini mereka merasakan bahawa hanya pihak sekolah yang bersungguh-sungguh mendoakan kejayaan anak-anak mereka, sedangkan ibuba tidak.


Bagi pihak sekolah, aktiviti baca yasin , solat hajat dan dhuha , memang telah lama dilakukan dan ia berjalan pada setiap jumaat. Ini dilakukan dengan kepercayaan bahawa di dalam memohon kejayaan daripada Allah ini , ia perlu dilakukan secara berterusan dan tidak hanya menunggu sehingga hampir peperiksaan sahaja seperti kebiasaannya.

Oleh itu , dengan adanya usaha yang sama yang dilakukan oleh ibubapa ini , ia akan menjadikan acara ini semakin berkesan terutamanya kepada para pelajar. para pelajar amat teruja apabila melihat ibu bapa mereka juga sama-sama mendoakan kejayaan mereka dan sanggup meluangkan masa untuk bersama.

Program yang dianjurkan ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada 'partners' SMKTTJ yang baru iaitu IKRAM . Melalaui Ustaz Shahril , telah bersedia mnembantu menjadi pembimbing kepada program ini yang diadakan pada setiap minggu.

Kini , program ini telah memasuki minggu yang kedua dan kehadiran para penjaga juga telah  meningkat. pada minggu pertama yang lalu, kehadiran hanyalah sekitar 10 orang, namun kini kehadirannya telah meningkat menjadi 30 orang. Kita yakin bilangan ini akan bertambah apabila maklumat program ini dapat disebarluaskan  lagi.

Setakat ini beberapa perancangan telah diatur supaya lebih ramai lagi ibubapa melibatkan diri di dalam program ini . Antara perancangan yang diatur ialah untuk membuat hebahan di masjid, surau  dan melalui banner yang akan dipasang di sekitar persimpangan jalan di Taman Tuanku Jaafar ini.

Bagi pihak sekolah , kita mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada  pihak pengajur dan ibu bapa yang dapat hadir.  Ketahuilah bahawa ini adalah jihad yang telah tuan-tuan lakukan demi kecemerlangan anak-anak tuan-tuan. bagi ibu bapa yang masih tidak dapat hadir atau belum tergerak lagi untuk hadir, bukalah minda anda dan marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan anak-anak kita.

Tanggungjawab ibu bapa di dalam membantu kejayaan anak-anak bukan hanya selesai sekadar memberikan wang saku ke sekolah , menyediakan kelengkapan dan keperluan sekolah , namun apa yang lebih besar dan bernilai di hati para anak-anak ini ialah komitmen dan semangat ibubapa mereka yang dicernakan melalui tindakan seperti menghadiri program seperti ini.
Bagi ibu bapa sekelian, yakin dan percayalah bahawa peningkatan keyakinban dan motivasi diri yang hebat berlaku pada diri anak-anak yang ibu bapa mereka terlibat secara langsung di dalam program seperti ini. Tanyalah para pelajar sekolah ini. Mereka pasti akan menjawab bahawa mereka terasa menjadi suatu tanggungjawab mereka untuk terus meningkatkan kecemerlangan dan usaha mereka demi membalas jasa ibu bapa mereka yang telah berkorban seperti sekarang.

Semangat ibubapa SMKTT melalui Sarana bukan hanya sekadar program seperti ini sahaja. Malahan mereka juga telah  mengambil inisiatif untuk mewujudkan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak mereka di dalam kelas.  mereka juga telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mengadakan majlis sambutan hari lahir para pelajar di dalam kelas  masing-masing pada setiap bulan atau 2 bulan sekali. Ini membuktikan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang masih hebat dan akan tetap menjadi penyumbang utama kejayaan anak-anak mereka.

Bagi pihak sekolah , saya mengucaapkan terima kasih dan teruskanlah usaha seperti dengan cemerlang. Andalaah ibubapa yang bertuah kerana dibukakan hati oleh Allah untuk membantu anak-anak di saat mereka amat-amat memerlukan bantuan tuan-tuan.

kepada IKRAM, tahniah dan terima kasih...Inilah SARANA...

Friday, July 5, 2013

SUMBANGAN AL-QURAN UNTUK PROG. PEMBUDAYAAN AL-QURAN DAN TADARUS PERDANA -SARANA SMKTTJ & SEKOLAH2 ZON SENAWANG DARIPADA DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NS.

ALHAMDULILLAH...

Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana -Sarana SMK TTJ bersama dengan sekolah-sekolah Zon Senawang  siri ke2 (2013) telah berjalan dengan lancar.

Program pada tahun ini masih mengekalkan konsep yang sama seperti tahun 2012 yang lalu ,namun beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi menjadikan program ini lebih hebat.\

 Tahun 2013 ini merupakan tahun amat istimewa! Bukan sahaja bilngan sekolah yang menyertainya semakin meningkat ( 9 ) buah , namun penyertaan partners atau rakan program kita juga telah semakin meningkat.  Perjalanan program juga telah diperhebatkan dengan beberapa pembaharuan dan bantuan yang diterima: Antaranya ialah;

1. Bilangan sekolah yang terlibat serbanyak 9 buah termasuklah sekolah swasta Maahad Tahfis As -Saadiyyah.

2. Bilngan partners yang semakin meningkat iaitu,
Cosmopint,Unikl, PTPL ,MSU ,Usahanta Negeri Sembilan, IKRAM, KPJ Hospital ,Polis, Badan Kebajikan Isteri-Isteri Polis Cawangan Senawang, Yayasan Pelajaran MARA, MyStar, SMATT ( Seketariat Mahasiswa Timur Tengah), DPMNS (Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan), TV3 , KPM , JPNS.


3. Pada tahun ini juga pihak penganjur iaitu SMKTTJ telah menerima sumbangan Al-Quran sebanyak 2000 naskah daripada Dewaan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan. Di samping itu , Akl-Quran juga turut diterima daripada penyumbang-penyumbang lain seperti Usahanita Negerui sembilan, Satay Kajang, orang persaorangan .

Penyampaian al-quran ini telah di serahkan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan iaitu Encik Ramlan Naim di SMKTTJ .

Penerima Al-Quran pada tahun ini amat beruntung kerana bakal menerima Al-quran yang berkualiti berbandinga dengan tahun lalu.


 pengagihan Al-Quran ini telah dijalankan pada 11 Julai kepada semua sekolah yang mengambil bahagian. kebanyakan sekolah menerima sekitar 300 naskah Al-Quran yang disumbangkan oleh DPMNS ini.

Bagi pihak sekolah , kita ucapkan jutaan terima kasih semoga beliau diberikan keberkatan oleh Allah dengan sumbangan ini.  insyaAllah, program ini diharapkan akan berjaya dengan cemerlangan dengan adanya bantuan yang diperolehi ini.

 Menurut Encik Ramlan, sumbangan sebegini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan jumlah yang lebih besar lagi. InsyaAllah jika diizinkan Allah, program ini akan terus berjalan pada setiap tahun dan akan berkembang sehingga meliputi beberapa daerah lain lagi.






TAKLIMAT SARANA DI SMK DATO SHAMSUDIN NAIM, RANTAU-28 JUN 2013

Bermula dengan panggilan telefon seorang guru yang juga kenalan saya dari sekolah ini yang berhasrat untuk datang melawat SMKTTJ untuk melihat program SARANA Ibubapa  dan disambung pula dengan perbualan ringkas ddengan Tuan Pengetua sekolah berkenaan , maka sampailah saya ke SMK Dato Shamsudin Naim, rantau untuk memberikan taklimat berkenaan program SARANA.

 Dengan ditemani oleh Pengerusi Sarana SMKTTJ, Encik Azlan Shaari kami telah menyampaikan taklimat kepada AJK PIBG sekolah ini dan pengurusan sekolah.

Ternyata SARANA amat asing pada pendengaran mereka dan apatah lagi untuk memahami bagaimana untuk memulakan Sarana berkenaan. Objektif oenerangan pada hari itu ialah untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang Sarana dan menerangkan bagaimana sekolah berkenaan dapat menggerakkan dan melaksanakan program ini secepat mungkin.

Ternyata mereka amat kagum dengan perlaksanaan sarana di SMKTTJ. Tambah menambahkan keyakinan mereka ialah dengan kehadiran encik Azlan sendiri. Sebagai seorang penjaga yang terlibat langsung dengan Sarana dan telahpun membuktikan kejayaannya, maka mereka amat teruja untuk melaksanakan Sarana di sekolah berkenaan.

Ternyata pada akhir penerangan saya dan ditambah pula dengan penceritaan dari hati ke hati oleh Encik Azlan , mereka amat berpuasa hati dan telah nampak bagaimana untuk memulakannya. Menurut Tuan Pengetuanya, Puan Kaur, " selama uini kami memang kabur dan tidak faham. Selepas penerangan , barulah kami nampak dengan jelas". Menurut beliau, mereka akan memulakan aktiviti yang sama seperti di SMKTTJ dan akan memulakannya dengan sebuah kelas dahulu. Saya bersetuju dengaan cadangan beliau dan itulah yang sewajarnya.

Sebenarnya konsep inilah yang menjadi pegangan SMKTTJ semasa memulakan Sarana dahulu. Kita memulakan dengan perkara yang asas, dengan yang kecil dahulu dan menjadikannya sebagai model untuk dijadikan ikutan  atau sebagai bukti kejayaan kepada kelas-kelas lain dan ibubapa .




Dengan memulakan pada unit yang kecil juga dapat menjamin kualiti yang tinggi dan mudah dikawal.

Saya sempat mempelawa pihak SMK Dato Shamsudin Naim , pengetua , pengurusan dan guru-guru serta para ibubapa sekolah berkenaan untuk melihat sendiri perlaksanaan sarana ini di SMKTTJ.

Daripada pemerhatian dan perbincangan dengan kebanyakan sekolah yang ingin menjayakan program ini ialah:

1. Tidak faham apa itu sarana
2. Tidak tahu bagaimana untuk memulakannya
3. Tidak yakin akan sambutan ibubapa
4. Tidak yakin akan sambutan para pelajar

Saya nyatakan bahawa untuk berjaya, kita perlulah ada keyakinan. Yakinlah bahawa semua boleh dilakukan dengan keyakinan yang kuat.

Saya juga sempat memvbuat analisis dan membuat kesimpulan bahawa antar faktor yang menyebakan kita tidak berjaya melaksanakan Sarana ini ialah:

1. Sikap negatif kita di sekolah terhadap ibubapa
2. Sikap negatif ibubapa terhadap sekolah
3. Ketiadaan ruang untuk penjaga , komuniti  dan swasta untuk menyumbang

Oleh itu, untuk menjadikan Sarana lebih berjaya, sikap- sikap di atas perlulah diubah. Sekoalh mestilah memberi ruang kepada ibu bapa , komuniti untuk menyumbang . Oleh itu sekolah m mestilah 'dibuka' kepada masyarakat.

Nota: Dalam pertemuan dengan Pengetua Kaur pada 8 Julai 2013, beliau memaklumkan bahawa program di sekolahnya telah berjalan dengan baik dan ternyata beliau telah 'merasai' kesan positif daripada perlaksanaan sarana..Tahniah....!

KARNIVAL PERMAINAN DAN OLAHRAGA PPKI-KEBANGSAAN- 23-16 JUN 2013- PORT DICKSON






MESYUARAT AJK INDUK SARANA SMKTTJ -30 JUN 2013

SARANA SMKTTJ yang semakin aktif dan memperluaskan aktivitinya memerlukan penglibatan  dan komitmen yang semakin tinggi daripada para ibu bapa.

Justeru itu, suatu mesyuarat khas jawatankuasa induk Sarana SMKTTJ telah diadakan di Balai Konfrensi pada 30 JUN 2013 yang lalu dengan dihadiri oleh sebahagian AJK setiap kelas dan jawatankuasa induk. Turut hadir pada malam berkenaan ialah Tuan pengetua sendiri.

Mesyuarat ini pada asasnya adalah bertujuan :

1. Untuk merangka aktiviti selanjutnya bagi Sarana
2. Membentuk jawatan kuasa sambutan bagi lawatan yang bakal 
    diterima , di kalangan ibu bapa sendiri.
3. Cadangan mengadakan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak di
    dalam kelas masing-masing ( dana oleh ibu bapa sendiri)
4. penglibatan ibu bapa di dalam sukan sekolah pada 6 Julai 2013

Tuan pengetua telah meminta agar Jawatankuasa Sarana agar membentuk jawatankuasa di kalangan ibubapa yang akan bertindak sebagai jawatankuasa yang menguruskan semua lawatan benchmark pihak luar ke sekkolah ini nanti. 

Hal ini penting memandangkan banyak lawatan ini akan diadakan pada masa sessi persekolahan berjalan dan ini akan dapat membantu menngelakkan para guru terpaksa meninggalkan kelas untuk tujuan sambutan ini. Justeru itu, dengan adanya penglibatan ibubapa ini nanti , akan lebih memudahkan lagi perjalanan aktiviti dan ia juga akan dapat meningkatkan keyakinan pelawat akan perjalanan program  Sarana dari sudut ibu bapa.

Pada malam itu juga pihak sarana ibu bapa telah menyatakan hasrat untuk menyediakan dana bagi mengiktiraf pencapaian anak-anak mereka di dalam pelajaran.
Bagi pihak sekolah ini merupakan suatu inisiatif ibu bapa yang amat baik dan yakin akan dapat membantu peningkatan kecemerlangan anak-anak mereka di dalam pelajaran.

pihak ibu bapa juga telah mencadangkan agar diadakan anugerah dan penghargaan buat kelas-kelas Sarana cemerlang. menurut Tuan pengetua, cadangan itu memang sudah ada di dalam perancangan sekolah . Tuan Pengetua memaklumkan anugerah berkenaan akan disampaikan semasa Hari Kualiti dan Anugerah kecemerlangan Sekolah pada bulan September nanti. Aspek penilaian yang akan diberikan keutamaan adalah aspek penglibatan aktif ibu bapa di dalam aktiviti -aktiviti Sarana.

Bagi kejohanan sukan sekolah yang akan diadakan pada 6 Julai nanti, Tuan Pengetua menyatakan bahawa kejohanan itu akan dikenali sebagai Kejohanan Sukan Tahunan sekolah-Sarana. justeru itu, ibu bapa akan dilibatkan sebagai jawatankuasa di dalam kejohanan ini, mennjadi penyampai hadiah kepada semua pemenang dan akan turut mengambil bahagian di dalam pertandingan yang diadakan.

pada malam itu juga terdapat ramai muka-muka baharu yang turut melibatkan diri di dalam Sarana sekolah . ternyata mereka amat teruja untuk melibatkan diri dan menyumbang demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak mereka. InsyaAllah, semoga segala usaha murni dan hebat ini akan diberkati Allah dan dibalas dengan kecemerlangan anak-anak mereka.


PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SMKTTJ- ULU BENDUL 14- 16 JUN 2013










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...