SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, May 14, 2013

PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU KEBANGSAAN 2013, PAROI, NEGERI SEMBILAN -14 MEI 2013












GERAI PAMERAN SARANA SMKTTJ DI HARI GURU KEBANGSAAN -14 -19 MEI 2013, PAROI

SEMPENA HARI GURU KEBANGSAAN 2013  di Paroi Negeri Sembilan, SMKTTJ telah diberikan tanggungjawab dan penghormatan untuk  menguruskann segala yang berkaitan dengan pameran SARANA .
Gerai ini mula diuruskan persiapannya pada 13 Mei 2013 dan beroperasi sehingga 19 Mei 2013.

Alhamdulillah , sambutan yang diterima oleh poara pengunjung pada sepanjang program dan pameran adalah amat-amat menggalakkan.

Tambah menarik apabilka geraai pameran ini dikunjungi oleh semua tetamu utama sambutan Hari Guru kebangsaan bermukla dengan lawatan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Ketua Pengarah KPM , Timbalan Ketua Pengarah KPM dan pegawai-pegawai KPM, JPN negeri daripada seluruh negara dan pegawai-pegawai  serta guru-guru.

Rata-rata pengunjung yang datang amat tertarik dengan bahan-bahan yang dipamerkan di gerai ini , yang keseluruhannya adalah berupa bahan-bahan aktiviti SARANA yang dilaksanakan di SMKTTJ.  Di gerai ini terdapat gambar -gambar berkaitan perlaksanaan program dan segala dokumen berkaitannya.

Namun suatu yang amat menarik berkaitan dengan gerai ini , yang menjadi tarikan utamanya ialah kehadiran ibubapa yang mengendalikan gerai ini sepenuhnya bersama-sama dengan guru-guru sekolah ini.,  Ibubapa ini adalah daripada AJK SARANA yang ditubuhkan di sekolah oleh ibubapa sendiri.
Di sini , ibubapa ini telah merangka jadual bertugas mereka masing-masing mengikut syif yang ditentukan dan mereka juga telah bertindak sebagai penyambut tetamu, penyampai  maklumat dan penerangan kepada semua pengunjung.  Mereka ini sememangnya merupakan kumpulan penjaga yang telah benar-benar faham apakah itu SARANA dan telahpun terlibat  melaksanakannya sendiri. Justeru itu, mereka tidak kekok untuk memberikan penerangan kepada para pengunjung.

Mereka juga merupakan orang yang menyiapkan segala kerja-kerja berkaitan pameran . Bermula daripada menghiasa gerai, menyediakan bahan, melakukan kerja-kerja pencetakan bahan dan lamenating, menampal bahan -bahan  dan menjual bahan-bahan seperti cd berkaitan SARANA. Semua ini dilakukan dengan SUKARELA!
Terdapat juga para pengunjung yang begitu tertarik dengan program yang dilaksnakan dan menyatakan hasrat untuk datang melawat ke sekolah. Kami amat berbesar hati untuk  menerima kehadiran para tetamu!.
Turut hadir di daalam memberikan sokongan kepada SMKTTJ  pada hari pertama perlancaran gerai pameran ini ialah YDP PIBG, NYDP PIBG dan rakan-rakan daripada USAHANITA Negeri Sembilan yang menjalin kerjasama dengan SMKTTJ di dalam pelbagai bidang.


Kumpulan SARANA ini diketuai oleh Pengerusi SARANA IBUBAPA SMKTTJ senbdiri iaitu Encik Azlan dan Encik Zul serta beberapa ibubapa lagi (mengikut syif) masing-masing.

Seperkara yang menyentuh hati saya ialah , apabila iibubapa ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi iaitu apabila ada yang mengambil cuti  hanya untuk berada di gerai ini dan bertugas!

Dengan kehadiran ibubapa ini ternyata , kejayaan program SARANA di SMKTTJ ini  bukan hanya rekaan semata-mata. Para pengunjung dapat berinteraksi  sendiri dengan ibubapa ini dan bertanyakan soalan terus kepada mereka dan berkongsi pengalaman tentang penglibatan mereka di dalam kejayaan program ini.
Di gerai ini juga ada menjual CD yang mengandungi bahan pembentangan saya semasa menjadi ahli panel Forum Penglibatan Ibubapa, Komuniti dan Swasta pada petang 14 Mei 2013. CD ini merupakan huraian tentang SARANA ibubapa yang paling mudah dan ringkas yang mampu memberikan kefahaman kepada semua pihak yang mahu melaksanakan program ini .
Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar dan cemerlang!

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa SARANA ini yang teah memberikan komitmen yang terhebat!
Kesan daripada pameran ini  adalah lawatan beberapa pegawai KPM pada keesokan harinya  ke SMKTTJ , khusus untuk melihat perlaksanaan SARANA ini terus!

Beberapa persoalan yang sering ditanyakan oleh para pelawat ini ialah, "Bagaimana pihak sekolah boleh memanggil ibubapa ini ke sekolah sebegitu sekali?"
Hasil daripada kejayaan di dalam pameran ini ialah, pihak sekolah dan AJK SARANA telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas  iaitu AJK Sambutan Lawatan , yang mana segala urusan lawatan pengunjung luar ke SMKTTJ , akan diuruskan oleh para ibubapa ini.  para ibubapa ini , telah menyambut baik cadangan ini dan sedang  berlatih untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang>

MENJADI AHLI PANEL MAJLIS FORUM & DIALOG PENGLIBATAN IBUBAPA, KOMUNITI & SWASTA SEMPENA HARI GURU KEBANGSAAN, PAROI, 14 MEI 2013

ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR...

Sempena Hari Guru Kebangsaan yang berlangsung di Negeri Sembilan, saya telah diberikan peluang oleh Kementerian pelajaran Malaysia dilatik sebagai salah seorang ahli panel Majlis Forum dan Dialog Penglibatan PIBG, Komuniti dan Swasta Di dalam pendidikan yang berlangsung di Ballroom, Kompleks Belia Paroi , pada 14 Mei 2013.

Peluang ini diberikan untuk berkongsi pengalaman bersama pihak kementerian, PIBG, pengetua , Guru Besar dan seluruh warga pendidik mengenai SARANA iaitu penglibatan ibubapa di dalam pendiidikan sekolah.  Di dalam dialog ini saya membentangkan tajuk berkaitan 'Strategi Perlaksanaan Sarana Di Sekolah: Pengalaman SMKTTJ". 

Turut sama di dalam majlis ini sebagai ahli panel adalah Dr. Abdul Hadi, YDP SMK Tuanku bainun, Ipoh, mewakili PIBG dan Dato Siva, mantan Presiden NUTP sebagai mewakili NGO. Sementara itu narator program adalah tuan Hj. Zainuddin, Pengarah Bahagian Sukan KPM.

Tetamu istimewa pada hari tersebut adalah Dato Dr Khir Mohd. Yusof, Timbalan ZKetua Pengarah KPPM.

Sebelum  sessi dialog berlangsung, satu sessi perbincangan dan penyelarasan telah diadakan di bawah  seliaan Pn. Asiah , Tim Pengarah bahagian Pengurusan sekolah KPPM bersama ahli panel yang lain untuk menyelaraskan tajuk dan isi perbincangan.

 Secara khususnya pihak SMKTTJ akan lebih  menumpukan kepada strategi perlaksanaan SARANA Ibu Bapa di sekolah. Kita cuba membincangkan dan menjelaskan bagaimana SARANA ibubapa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di sini , langkah-langkah perlaksanaan dan aktiviti serta peringkat perlaksanaannya.

 Perkara ini perlu ditekankan kerana hasil daripada sessi penerangan yang disampaikan di Melaka pada 16 April 2013 yang lalu, saya dapati  hampir semua sekolah tidak melaksanakan SARANA ibubapa ini. Terdapat kekeliruan yang nyata tentang konssep SARANA dan peranan PIBG . mereka juga banyak bertanyakan persoalan tentang bagaimana nak memulakannya.

Rata-rata para hadirin yang datang melahirkan kekaguman akan perklaksanaan SARANA di SMK TTJ . SMKTTJ sebenarnya telah menjadi sesuah sekolah yang menjadi benchmark akan perlaksanaan SARANA ibubapa ini di negara ini. Tahniah, SMKTTJ terutamanya ibubapa yang menyahut seruan sekolah untuk membuktikan kehebatan sekolah kita ini.

Di dalam pembentangan ini saya juga menekankan akan isu yang sering menjadi perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pengurusan sekolah, ibubapa , PIBG dan masyarakat. Antaranya ialah:

1. Keterbukaan Sekolah:
 Prinsip keterbukaan sekolah terutamanya pihak pengurusan sekolah mestilah adalah di dalam menerima pandangan, idea dan keputusan ibubapa untuk kebaikan bersama. Sekolah mestilah membuang ego dan sikap serba tahu, serba pandai dan serba hebat di samping melihat pula ibubapa atau komuniti ini sebagai ancaman kepada pengurusan sekolah. Sebaliknya sekolah mesti bekerjasama dan melihat bahawa banyak kebaikan yang boleh diambil atau digarap daripada masyarakat/ ibubapa untuk kebaikan sekolah. Saya seringkali menekankan akan berprinsip bahawa setiap orang yang datang untuk membantu perlulah dialu-alukan dan jika diibaratkan sekolah sebagai rumah, maka setiap ibubapa yang datang adalah membawa rezeki kepada sekolah untuk menjadi cemerlang.  Maka itu, perlulah ada perubahan persepsi dan sentiasa bersangka baik terhadap ibubapa.

2. Keterbukaan masyarakat dan perubahan mindset baru ibubapa dan masyarakat:

Ibubapa terutamanya hendaklah sentiasa memikirkan tentang apakah yang mampu mereka sumbangkan dan bantu sekolah pada setiap peluang yang ada atau ketika hadir ke sekolah. Mereka tidak boleh lagi beranggapan bahawa sekolah ini sebagai tempat mereka meluahkan rasa tidak puashati, rasa marah dan komplen sahaja , sebaliknya hendaklah menjadikan sekolah sebagai tempat mereka menyumbang bakti, masa , wang ringgit untuk kemajuan bersama. Semua ibubapa mestilah sentiasa memikirkan apakah yang mereka boleh bantu dan sumbangkan kepada sekolah . Kerana sekolah tidak akan berkembang maju jika pihak sekolah dan ibubapa sentiasa bercakaran dan salin menyalah. Untuk mencari salah amat mudah. Untuk pihak ibubapa  mencari 100 kesalahan sekolah amat mudah dan vbegitu jugalah untuk mencari 200 kesalahan ibubapa juga amat mudah.

3. Komitmen dan tolak ansur:

Komitmen dan tolak ansur  semua pihak sama ada ibubapa , sekolah, guru-guru dan para pelajar perlu ada.  Perlaksanaan SARANA secara berkesan hanya berjaya jika masing-masing sanggup mengorbankan kepentingan peribadi semata-mata untuk memastikan kejayaan anak-anak. Masa , kelapangan dan penat bukan lagi penghalang kepada kejayaan program ini. Minat, kesedaran akan kebaikannya dan peluang untuk kita berbakti dan menyumbang sesuatu demi melihat kejayaan anak-anak dan murid-murid adalah keutamaan yang menafikankan segala isu di atas. Jangan mencari helah atau sibuk mempersoalkan  tentang "tanggungjawab siapa", tetapi sebaliknya menganggap ia adalah tugas kita bersama. Gagal atau berjaya , adalah tanggungjawab kita bersama. maka, pilihlah sama ada kita ingin dikenali sebagai orang yang berjaya atau orang yang gagal.

Alhamdulillah...di SMKTTJ hampir semua ramuan tersebut ada dan diadun dengan begitu baik. Inilah keistimewaan dan perkara luar biasa yang wujud di kalangan ibu bapa . Sesuatu yang di luar jangkaan sebelumnya.

SARANA IBUBAPA: Penglibatan Ibubapa di Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Paroi , Negeri Sembilan

Sambutan hari Guru Kebangsaan pada tahun ini yang dilangsungkan di Negeri Sembilan menjadi suatu yang istimewa buat seluruh warga SMKTTJ. Pertamanya, SMKTTJ diberikan penghormatan menyediakan dan menguruskan gerai pameran SARANA di Ekspo Pendidikan di komleks Belia Paroi.

SMK TTJ juga telah diberikan penghormatan apabila Tuan Pengetua sendiri telah terpilih sebagai salah seorang ahli panel bagi Forum dan Dialog penglibatan Ibu Bapa,  KOmunitii dan Swasta pada 14 Mei 2013 yang lalu. turut bersama menjadi ahli panel ialah Datuk Siva Subramaniam, mantan Presiden NUTP serta Dr. Abdul Hadi, YDP SMK Tuanku Bainun, Perak.

Namun sesuatu yang lebih istimewa ialah penglibatan ibu bapa di dalam  pameran ini sebagai jawatankuasa membantu menyediakan gerai pameran, memasang dan menyediakan bahan-bahan dan menjaga gerai serta memberikan penerangan langsung tenatang SARANA ibubapa kepada para pengunjung.



Inilah bukti kejayaan Program SARANA yang telah dilaksanakan sepenuhnya di SMKTTJ yang merupakan satu-satunya sekolah di Negeri Sembilan dan Malaysia yang telah menjalankan aktiviti SARANA ini sepenuhnya.



Daalam hal ini AJK SARANA SMKTTJ di bawah pimpinan Encik Azlan telah mengambil inisiatif sendiri menguruskan penyediaan gerai ini, menyediakan bahan-bahan pameran, banner dan kain rentang serta menyediakan jadual tugas menjaga gerai setiap hari sejak 13 Mei hinggalah ke hari akhir 19 Mei 2013.


Kehadiran mereka menjadi bukti kukuh kepada kejayaan penglibatan ibu bapa melalui program Sarana di SMKTTJ . Mereka juga telah bertindak sebagai pemberi penerangan kepada makna SARANA dan menjawab soalan-soalan secara terus. Ternyata mereka telah memahami dengan tepat akan makna SARANA dan mampu menjayakan program ini dengan betul dan tepat.

Kehadiran mereka di gerai panmeran ini juga telah menarik minat pengunjung yang hadir yuntuk mendapatkan penerangan tentang program SARANA  dan dapat berbincang secara terus daripada mereka sebagai orang yang terlibat secara langsung di dalam program ini.


Justeru itu , tidak hairanlah apabila ramai daripada pengunjung yang melahirkan kekaguman  dan berjanji akan datang melawat SMKTTJ .Antara tetamu yang menyatakan hasrat untuk hadir melihat sendiri perlaksanaan program ini ialah Pn. Asiah iaitu Ketua SARANA di KPPM dan Datuk Dr. Khir Mohd Yusof iaitu Tim. Ketua Pengarah pelajaran Malaysia


Kehadiran mereka juga menarik minat beberap media untuk menemuramah mereka tentang kejayaan SARANA ini .




Turut hadir memberikan sokongan menjayakan program SARANA di sekolah ini juga ialah USAHANITA ( Usahawan Wanita) Negeru sembilan di bawah seliaan Datin Khalijah yang telah hadir seawal pagi 14 MEI 2013 untuk memberikan sokongan.

 USAHANITA juga merupakan rakan pintar SMKTTJ yang telah pun bersama kita sejak tahun lalu di dalam pelbagai aktiviti . Antar aktiviti yang dijayakan ialah Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana .












Sunday, April 28, 2013

PEMBENTANGAN PROGRAM SARANA IBUBAPA SMKTTJ, DI AUDITORIUM MASJID AL AZIM, MELAKA...26 APRIL 2013

Pembentangan program SARANA ibubapa di Auditorium Masjid Al-Azim , Melaka pada 26 April  2013, jam 2.30 petang hingga jam 6 petang. Pembentangan SARANA ibubapa SMKTTJ dengana tajuk 'the Track', iaitu bagaimana untuk menggunakan Sarana ini di sekolah. Pembentangan di hadapan hampir 200 orang pengetua dan wakil pengetua seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Turut hadir mendengar pembentangan ini ialah Timbalan Pengarah pengurusan Sekolah Hariah KPM, Datin rashidah, Encik Azmi Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNS, Puan Hjh. Rodiah md Jan, PPD Jempol-Jelebu, Timbalan pengarah Jabatan Pelajaran Melaka dan pegawai dari kedua-dua negeri serta KPM.

Alhamdulillah, selesai pembentangan, ramai yang memberikan respon yang baik dan menyatakan hasrat untuk melawat SMKTTJ sertaa berkongsi pengalaman bagaimana untuk melaksankan program ini.

SARANA ini sebenarnya merangkumi 2 bahagian iaitu Sarana Sekolah dan sarana Ibubapa.

Sarana Sekolah lebih menummpukan kepada penglibatan komuniti/ swasta dan ibu bapa di dalam membantu program-program serta aktiviti sekolah. Peranan ini banyak dilaksanakan melalui kerjasama agensi swasta, kerajaan dan kolej/ universiti atau sebagainya melalui program-program di sekolah. Di samping itu, PIBG pula banyak membantu dengan menyalurkan bantuan kewangan bagi menjaya program dan aktiviti di sekolah. Aktiviti sebegini memang banyak dilakukan disekolah-sekolah.

Apa yang jelas, melalui Sarana Sekolah ini , penglibatan ibubapa secara menyeluruh, sukar diperolehi.  Melalui PIBG, penglibatan adalah terhad kepada beberapa ajk PIBG . Ia juga sering melibatkan program yang bermusim atau bersifat  one off.

Namun melalui Sarana Ibubapa, ia menitikberatkan penglibatan ibubapa di dalam program dan aktiviti sekolah secara terus. Ini bermaksud , ibu bapa hadir ke sekolah melibatkan diri , memberikan sumbangan sendiri sama ada material, wang ringgit, tenaga dan idea terhadap aktiviti berkenaan. Kehadiran mereka juga dicirikan dengan kesukarelaan mereka untuk membantu TANPA bayaran. Segala perancangan dan aktiviti juga adalah diuruskan oleh ibubapa sendiri dan bukannya melalui PIBG. Sesiapa pun ibubapa boleh memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk dan kemahiran yang mereka ada.

Melalui Sarana Ibubapa ini, kita cuba menarik penglibatan semaksimum mungkin penglibatan ibubapa di dalam aktiviti sekolah (yang dirancang sendiri oleh mereka / hasil persetujuan bersama sekolah). Ia juga bertujuan untuk menjana semua aspek kerjasama bersama ibubapa bagi membolehkan mereka membantu sekolah mengikut kepakaran, kemahiran , idea dan pengalaman mereka serta tenaga mereka bersama. Justeru itu, sekolah akan mendapat manfaat yang terlalu banyak hasil kerjasama ini.

Secara umumnya, Sarana ibubapa ini mengambil idea yang telah dilaksanakan di negara barat , Korea atau Jepun, di mana ibubapa hadir ke sekolah menyumbang tenaga, kepakaran dan wang ringgit membantu menjayakan program sekolah. Ia bukan sekadar hadir saja seopertimana yang sering dilakukan oleh ibubapa pelajar di Malaysia ini. Di negara-negara seperti ini, ibubapa yang punyai kepakaran akan melakukan kerja-kerja di sekolah. Ada ibubapa yang mengajar membaca, membersihkan kelas anak-anak mereka , memotong rumput di padang sekolah, membaiki perabot, mengajar bahasa, mengajar membaiki atau menservis komputer, melatih pasukan sekolah dalam sukan dan sebagainya.

Fenomena sebegini, memang suatu yang baru bagi masyarakat kita di Malaysia ini. Ibubapa kita ramai yang hadir ke sekolah di dalam aktiviti berkala seperti semasa pendaftran tingkatan 1, Mesyuarat PIBG , sukan sekolah dan sebagainya. Namun , kehadiran mereka hanya sekadar hadir dan balik tanpa menyumbang sesuatu seperti yang dinyatakan tadi.

Justeru itu, ia perlukan komitmen dan usaha gigih semua pihak khususnya pengurusan sekolah memikirkan bagaimana untuk memenangi hati ibubapa ini untuk hadir ke sekolah dan seterusnya menyumbang secara sukarela. Keterbukaan sekolah juga harus menjadi perkara yang utama. kesanggupan sekolah menerima pandangan, idea ibubapa ini penting sebelum jalinan perhubungan itu dapat dijalankan dengan baik.

Bagi SMKTTJ, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga dan ibubapa pelajar sekolah ini yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjayakan seruan kerajaan ini. Sesungguhnya , ibubapa pelajar ini telah menunjukkan sikap yang hebat yang tidak terdapat di sekolah-sekolah lain. Semoga program ini akan berterusan suksess dan sekolah ini akan menjadi rujukan kepada kejayaan program ini.

KL10KM RUN...14 aPRIL 2013..PADANG MERBOK, K.LUMPUR..

Pengalaman berlumba lari dalam larian KL10km Run ini amat menyeronokkan. Walaupun pada hakikannya terlalu penat dan banyak bahagian badan yang sakit-sakit, namun ia pengalaman yang amat menarik.

Pengalaman berlari dengan jumlah peserta seramai 2466 orang daripada pelbagai lapisan umur, bangsa, kaum dan pelbagai kemampuan, ia sesuatu yang mengujakan. Walaupun, kaki tak mampu lagi untuk berlari, namun semangat untuk terus bersaing dan bersama debgan peserta lain untuk menamatkan perlumbaan adalah sesuatu yang sukar digambarkan.

Perlumbaan bermula seawal jam 7 pagi lagi di Padang Merbok. Disebabkan tidak begitu biasa berlaumba di dalam acara seperti ini, kekurangan pengalaman dan strategi amat memberi kesan terhadap kemampuan dan pencapaian. Ditambah lagi dengan ketiadaan latihan selepas berehat selama hampir 3 bualan dan batuk selama 3 hari( dan hilang suara terus), ia benar-benar menguji ketahanan diri.

Apa yang paling nyata, disebabkan kelewatan tiba, tidak dapat menjalankan latihan renggangan yang cukup. Sebaik sampai dilokasi, pengacara terus memaklumkan perlumbaan akan bermula dalam 5 minit lagi.

Setelah bermulanya larian, cabaran hebat terus tersedia apabila terpaksa mendaki bukit yang tinggi dan panjang. Track larian yang berbukit ternyata mencabar ketahanan badan dan kaki. namun, diteruskan juga.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ditamatkan perlumbaan dalam tempoh 82 minit. Suatu catatan yang baik kalau dilihat kepada keadaan fizikal diri yang serba tak membantu tadi...

Ahli keluarga lain turut sama berlari, Isteri, anak-anak turut memberikan sokongan. Tambah lagi event ini adalah event yang dijayakan oleh anak menantu kami sendiri. Jadi, penyertaan ini juga adalah sebagai tanda sokongan kepada projek mereka.
Semua pemenang di dalam semua kategori lelaki dan perempuan dibolot oleh pelari Afrika. Catatan masa mereka memang tak terjangkau...Catatan masa pemenang lelaki ialah 32 minit dan pemenang perempuan adalah 39 minit....Mak ooiiii...dia dah siap salin pakaian dan berehat, kita baru nak minta nafas tambahan...

insyaAllah, next larian adalah di Penang Marathon , November nanti..insyaAllah kali ini mesti berlatih lagi baik...dan cuba catat masa bawah 1 jam ...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...