SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, February 4, 2012

THINKQUEST...SMKTTJ MENGORAK LANGKAH..











Hari ini secara rasminya SMK TTJ mula mengorak langkah lebih maju dengan penubuhan Kelab ThinkQuest den penyertaan pasukan ke pertandingan ThinkQuest ke peringkat Antarabangsa.

Jawatankuasa ThinkQuest SMK TTJ dianggotai oleh oleh Tuan Pengetua sebagai Penasihat dan Pengurusi, Encik Mohan, Cik Khalilah Kudri, Cik Norsilawati Aris, Puna Haliza Selamat, Pn. Fadhilah Mustafar Johari, Pn. Fadhilah Hashim (KB), Pn. Pakyavarthy (KB) , Pn. Chantakumari. Pasukan pelajar pula kini terdiri daripada 10 orang peserta bawah 18 tahun dan 8 orang peserta bawah 16 tahun. Pasukan ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5 hingga tingkatan 2.

Tugas pertama pasukan ini adalah melibatkan diri dalam pertandingan ThinkQuest peringkat Antarabangsa. Bagi pertandingan ini juga pasukan SMK TTJ akan bergabung dengan pasukan SMK Jelai Felda dan SMPN 13 , Bandung ,Indonesia. Pada masa kini, pasukan di dalam proses pemilihan tajuk projek dan seterusnya akan merangka isi dan rangka kerja projek. Pihak sekolah akan menghantar 4 pasukan bagi penyertaan pada kali ini.

Bagi menjayakan projek ini , pihak sekolah telah menjemput Encik NurHaslin Moksin, Jurulatih Utama Kebangsaan ThinkQuest yang juga merupakan guru ThinkQuest SMK Jelai Felda untuk memberi taklimat dan memantau perjalanan projek ini. Untuk memastikan kejayaan projek ini, pihak sekolah akan berusaha mendapatkan peruntukan khas daripada PIBG untuk menampung segala perbelanjaan pengurusan projrk ini. Kita yakin, insyaAllah dengan sokongan dan semangat yang kukuh, pasukan kita akan memberikan saingan hebat dan mampu menggegarkan dunia ICT ThinkQuest...

Thursday, February 2, 2012

INFO TERKINI....SELAMAT HARI LAHIR GURU-GURU...





INFO TERKINI SMKTTJ telah mengorak langkah dengan menambah isian maklumat berkaitan sekolah. Sehingga kini beberapa maklumat sekolah seperti Misi, Visi, Moto, Slogan Kecemerlangan serta perancangan strategik pembangunan sekolah yang disarankan oleh Tuan Pengetua telah siap dipaparkan melalui Info Terkini. Kini beberapa maklumat khusus berkaitan peperiksaan, KPI Bidang, dan Wajah Guru-Guru yang menyambut Hari Jadi juga mula dipaparkan.

Tujuan paparan wajah guru yang menyambut hari lahir ini di Info Terkini adalah untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah terutamanya para pelajar agar dapat mengingati jasa dan sumbangan guru serta melahirkan rasa hormat dan kasih kepada guru -guru. Ia juga sebagai satu cara pihak sekolah menghormati dan menghargai guru-guru. Untuk tahun ini juga , sambutan hari lahir guru-guru juga dilakukan di tapak perhimpunan dan diumumkan secara rasmi kepada semua pelajar. Di samping itu juga pihak kelab guru turut menyumbangkan cenderamata kepada setiap guru yang menyambut hari lahirnya.

InsyaAllah, beberapa paparan maklumat lain yang berguna terutamanya dari unit HEM dan Ko-ku akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Melalui Info Terkini diharapkan pengunjung ke SMKTTJ akan mendapat maklumat terus dari Info Terkini...Maklumat Di Penjuru Mata...

Wajah Baru Makmal Komputer SMK TTJ







WAJAH BARU makmal komputer SMKTTJ....

Alhamdulillah..akhirnya harapan dan doa kita kepada Allah agar dibekalkan komputer baru untuk kemudahan pembelajaran ICT di sekolah ini dimakbulkan jua.

Makmal baru ini dibekalkan dengan 8 buah server dengan 40 monitor untuk kegunaan pelajar dan sebuah server serta satu unit monitor untuk kegunaan guru. Di samping itu, kita juga dibekalkan dengan 40 set kerusi baru dan 22 buah meja baru serta pendawaian baru untuk melengkapkan makmal tersebut. Pihak sekolah merasa bersyukur kerana akhirnya kita mendapat makmal baru ini bagi menggantikan peralatan komputer yang telah uzur dan banyak yang rosak. Segala kerja pemasangan komputer di siapkan sehingga minggu pertama persekolahan yang lalu.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada BTP KPM terutamanya kepada Tuan Pengarah BTP KPM yang 'mendengar' rintihan saya terhadap kedhaifan makmal komputer dan peralatan komuter di sekolah ini semasa kami berkursus di Korea dahulu.

Makmal komputer ini dahulu amatlah dhaif. Sekolah yang mempunyai bilangan pelajar seramai 1545 orang, hanya mempunyai 22 buah komputer sahaja dan bilangan yang boleh guna hanyalah sekitar 9 buah sahaja. Kemudiaan keadaan bertambah parah apabila banyak komputer tersebut yang rosak dan berkeupayaan rendah.

Masalah utamanya ialah kebanyakan komputer ini tidak diselenggara dengan baik. Hal ini menimbulkan masalah apabila tuan pengetua mahu menjadikan ICT sebagai salah satu daripada watak sekolah! Ini belum lagi melihatkan masalah yang sama berlaku pada komputer yang berada di pejabat dan di makmal sains dan sebagainya. Mujurlah dengan kemampuan yang kita ada dan kerjasama dengan PIBG , kita telah berusaha sedikit demi sedikit memperbaiki peralatan tersebut.

Diharapkan dengan adanya bekalan komputer baru ini , usaha ke arah membudayakan ICT akan berjalan dengan lancar. Bagi menampung kekerungan komputer ini, pihak sekolah juga telah melancarkan Program 1 Guru 1 Komputer, iaitu dengan meminta para guru membeli ataiu menggunakan komputer masing-masing untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Diharapkan juga agar para pelajar dapat memanfaatkan komputer ini untuk tujuan pembelajaran sepenuhnya. Jagalah keselamatan komputer dan menjaga kebersihan dan keselesaan di makmal ini.

bagi menjamin keselamatan, pihak sekolah tela memasang CCTV di dalam makmal ini untuk tujuan pengawasan.

Saturday, January 21, 2012

















ALHAMDULILAH...Tugas pertama sebagai Pengelola Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah seremban 2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah terlibat menjayakan program ini dengan cemerlang.

Selama 2 hari beberapa orang guru kita telah berkampung di Centre Court Paroi untuk mengendalikan dan memastikan perjalanan kejohanan ini lancar dan baik. majlis penutupan kejohanan telah dilangsung pada jam 3.30 petang , khamis 19 Januari 2012 oleh wakil PPD Seremban, Encik Azman. Turut hadir ialah Tuan Pengetua sebagai Pengerusi Pengelola. Syukur kejohanan berlangsung dengan aman dan tenangtanpa sebarang masalah.

Sebanyak 20 buah sekolah dengan sejumlah 605 orang pelajar mengambil bahagian di dalam 55 pertandingan pada sepanjang 2 hari kejohanan berlangsung. Bagi pasukan tuan rumah, SMKTTJ, kita telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat umur 15 tahun apabila terpaksa tunduk kepada SDAR dengan jumlah jaringan yang kecil. Diharapkan , pasukan sekolah akan berusaha lebih gigih lagi pada masa-masa akan datang bagi memastikan kita benar-benar bersedia. Namun begitu, kita berasa syukur kerana pencapaian ini sebenarnya merupakan peningkatan daripada pencapaian tahun lalu iaitu sekadar pusingan awal sahaja. Pencapaian ini sebenarnya adalah menifestasi daripada cita-cita kecemerlangan kita sesuai dengan slogan kecemerlangan kita iaitu , "LONJKKAN KECEMERLANGAN".

Kecemerlangan kita sebagai penganjur juga telah mendapat pujian daripada pihak PPD dan beberapa buah sekolah yang menganggap penganjuran kita ini bagus berbanding penganjuran sebelumnya. Tahniah!.. Inilah yang dikatakan 'kualiti " di dalam kerja sepertimana yang dimaksudkan oleh Tuan pengetua di dalam taklimat awal tahun. Semoga kita mampu mengekalkan kecemerlangan dan kualiti kerja yang hebat ini di dalam penganjuran-penganjuran seterusnya.

P/s Pencapaian di dalam Kejohanan Badminton juga telah meningkat dengan kejayaan tempat ke 3 bagi pelajar kita di peringkat daerah.

Merentas Desa SMK Tmn Tuanku Jaafar 19 Jan 2012












Hari ini berlangsunglah Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada tahun 2012 ini. Seawal jam 7.00 pagi para pelajar dan guru telah hadir ke sekolah dengan pakaian sukan dan bersedia untuk berlari. Ternyata semangat para pelajar dan guru -guru rumah pada tahun ini telah melonjakkan dengan hebat. Mereka berebut-rebut untuk mengambil bahagian demi kejayaan rumah sukan masing-masing. Semangat beginilah yang perlu dan penting untuk kita mencapai kejayaan seterusnya.

Program bermula dengan pelajar berkumpul di padang sekolah untuk pendaftaran dan melakukan aktiviti renggangan. Lebih kurang jam 8.30 pagi barulah pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing di pintu pagar sekolah. Jarak larian adalah sekitar 8 kilometer. Namun, ada pelajar yang berjaya tiba di garisan penamat dalam masa 15 minit perlumbaan berlangsung.

Keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Guru -guru dan pelajar yang bertugas sebagai peronda, penjaga check-point, dan keselamatan telah bersedia lebih awal bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan keselamatan pelajar dilindungi dengan baik. Acara melepaskan pelajar telah diagihkan kepada GPK Pentadbiran, GPk Ko-Kurikulum, Penyelia Petang dan Encik Uthama, Guru Disiplin.

Majlis penyampaian hadiah diadakan sekitar jam 11 pagi di ruang legar. Penyampaian hadiah dilakukan oleh GPK Ko-Kurikulum, GPK Hem, penyelia Petang dan Tuan Pengetua. Rumah Laksamana telah menjadi johan keseluruhan dan telah menerima Trofi Kejuaraan.TAHNIAH..! Tidak lupa juga, Guru rumah yang menjadi juara juga telah diberikan cenderamata sebagai menghargai usaha gigih mereka.

Kepada semua yang terlibat, Tahniah dan terima kasih diucapkan . Semoga kita akan lebih berjaya lagi pada masa hadapan. kepada semua juga, terutama peserta yang akan bertanding di peringkat daerah, agar bersedia daripada sekarang untuk persiapan ke peringkat daerah. Semoga dengan latihan yang betul dan berterusan kita akan mencapai kejayaan. Sesuailah dengan cogankata kecemerlangan kita pada tahun ini iaitu, "LONJAKKAN KECEMERLANGAN".

Thursday, January 12, 2012

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4 SESSI 2012








Bermula jam 7.15 pagi 5 JANUARI 2012, bermulalah hari baru bagi para pelajar tingkatan 4 dan 1 sekolah ini menjalani minggu Orientasi atau suaikenal selama 2 hari bagi memulakan sessi persekolahan 2012 pada tahun ini.

Bagi para pelajar tingkatan 4, walaupun hampir semua adalah terdiri daripada bekas pelajar tingkatan 3 pada tahun lalu, namun mereka juga perlu menjalani orientasi ini kerana sistem pembelajaran dan tahap pembelajaran bagi mereka juga telah berubah. Mereka juga perlu didedahkan dengan sukatan baru dan kaedah pembelajaran baru di tingkatan 4 ini di samping mengukuhkan lagi budaya sekolah yang perlu mereka patuhi demi kecemerlangan. Hapir seramai 356 orang pelajar menjlani orientasi ini yang diururkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Begitu jugalah bagi para pelajar tingkatan 1. Perubahan persekitaran, usia, teman sekolah dan budaya serta sistem pembelajaran dan tahapnya juga sudah jauh berubah. Kalau dahulu merelah golongan senior di sekolah , sekarang , mereka adalah golongan yang paling junior. Perubahan-perubahan ini memerlukan mereka melakukan penyesuaian di dalam menadaptasi perubahan -perubahan ini agar mereka tidak janggal dan tercicir.

Program minggu orientasi ini disusun rapi dengan pendedahan pelbagai aspek berkaitan alam persekolahan yang perlu mereka faham. Salin penerangan tentang pakej mata pelajaran, aspek kurikulum, Hem dan ko-kurikulum, budaya sekolah dan pemantapan minda juga diberikan penekanan.

Dalam ucaptama program, Tuan Pengetua telah menekan beberapa aspek asas dan penting di dalam menetapkan hala tuju dan fokus diri sebagai seorang pelajar. Tuan Pengetua telah menekan aspek penting seperti:

1. Tujuan belajar
2. Visi dan misis sekolah
3. Slogan kecemerlangan
3. Moto kecemerlangan
4. Sasaran pada tahun 2012

Di dalam tujuan belajar, Tuan pengetua telah menekan bahawa, antara tujuan belajar adalah:

1. Belajar sebagai suatu ibadah yang dituntut oleh agama. Ia bermakna setiap perlakuan dan tindakan ke arah itu akan mendapoat ganjaran pahala daripada Allah dan haruslah disertai dengan niat yang betul>

2. Belajar sebagai menunuaikan amanah- Amanah yang diberikan oleh Allah kepada ibu bapa untuk mendidik anak dan tugas anak-anak pula untuk memikul amanah ini dan menunaikannya. Gagal menunaikan amanah , kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan.

3. Belajar juga adalah sebagai membela maruah diri dan keluarga. Keluarga yang berjaya dan cemerlang sudah pastilah mempunyai kedudukan tinggi di dalam masyarakat.

4. Belajar juga adalah lambang kualiti diri. Allah menyatakan bahawa, : orang yang berilmu itu , diangkat kepadanya beberapa darjat" dan " manakah sama antara orang berilmu dengan tidak berilmu'. Itulah nilai kualiti diri sesaorang manusia.


Oleh itu, kita berharap agar para pelajar siap sedia fokus kepada tugas dan tanggungjawab dan mengambil tindakan ke arah menjadi insan yang cemerlang. Pelbagai kemnudahan disediakan di sekolah ini. Apa yang perlu dilakukan , hanyalah memanfaatkan segalanya untuk kecemerlangan diri.

Bagi pelajar tingkatan 1, Program Lonjakan Saujana (Akademik) akan dimulakan bermula pada tingkatan 1 pada tahun ini. Tidak ada masa bagi mereka untuk berbulan madu atau bersikap malas. Semuanya harus bersedia..InsyaAllah..kita pasti Berjaya...

Sunday, January 8, 2012



22
Kisah Inspiratif : Tetap semangat meski Cuma setengah badan

Banyak di antara kita yang terkadang tidak semangat dalam menjalani hidup, tidak semangat dalam menjalani pekerjaan dan karirnya. Adalah Peng Shulin, seorang yang tetap semangat meski hanya setengah badan, bagaimana kisahnya……

Kisah yang akan saya ceritakan ini merupakan kisah nyata yang terjadi di China… begini kisahnya :

Suatu ketika di tahun 1995, Peng Shulin mengalami kecelakaan hebat. Kecelakaan ini menyebabkan tubuh Peng Shulin terbagi menjadi dua bagian, yaitu bagian kepala hingga pinggang sepanjang 78 cm dan sisanya pinggang ke bawah.

Peng Shulin kemudian di rawat di sebuah RS di China. Selama 12 tahun, Peng Shulin berbaring tanpa bisa berjalan, karena tubuhnya yang hanya tinggal 78 cm itu sama sekali tidak memiliki paha. Lutut maupun kaki. Dokter yang menangani Peng Shulin berjumlah lebih dari 20 dokter, hanya berusaha agar bagaimana Peng Shulin tetap bertahan hidup. Suatu hari Peng Shulin berkeinginan untuk kembali berjalan lagi. Keinginan ini kemudian di respon oleh pemerintah china.

China mengadakan riset mengenai kemungkinan ini. Hingga akhirnya hasil riset ini memberikan sebuah jawaban yang melegakan hati Peng Shulin. Pemerintah China membuatkan tubuh bagian bawahnya membentuk seperti telur. Bagian torso Peng Shulin ditutup dengan menggunakan kulit dari kepalanya sendiri. Hingga akhirnya alat ini di cobakan kepada Peng Shulin.

Berkat semangat yang sangat tinggi, Peng Shulin dengan giat berlatih berjalan dengan menggunakan alat ini, hingga akhirnya Peng Shulin dapat berjalan kembali.

di bawah ini adalah foto-foto saat Peng Shulin dengan penuh semangat belajar berjalan

(dipetik daripada Nova-Rahman blogspot.com)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...