SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, February 17, 2011

LAWATAN BENCHMARKING SMK DATO SEDIA RAJA KE SMK JELAI FELDA






ALHAMDULILLAH....Lawatan dari SMK Dato Sedia Raja , Rembau ke SMK Jelai felda akhirnya terlaksana pada hari ini.

Rombongan seramai 8 orang guru , yang diketuai oleh Puan Sopiah ( Ketau Bidang Teknik dan Vokasional) selamat sampai ke perkarangan sekolah pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Bagi SMK Jelai Felda , kita berasa amat berbesar hati di atas kesudiaan pihak beliau datang untuk menjalin perhubungan dan berkongsi maklumat dan pengalaman yang ada di sekolah ini.

Kita melihat bahawa, lawatan ini memberi peluang kepada kita untuk berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kecemerlangan kita lagi selain sebagai satu pengikhtirafan di atas segala hasil usaha dan kecemerlangan yang kita bina dan usahakan. Sebagai sebuah sekolah yang bercita-cita besar ke arah Sekolah Cemerlang, lawatan seperti ini merupakan suatu yang perlu dan kita berasa amat bertuah.

Dengan lawatan ini kita juga telah melengkatkan segala keperluan untuk kita bergelar Sekolah Cemerlang. Hanya tumpuan kini harus kita berikan kepada peningkatan pencapaian akademik.

Kehadiran rombongan telah disambut oleh Pengetua, GPK dan Ketua-Ketua Bidang sebelum dibawa mendengar taklimat perjalanan sekolah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri.

Selepas sessi taklimat , rombongan di bawa ke Pusat Sumber Sekolah dan telah diberikan taklimat oleh Guru Media dan Perpustakaan iaitu Puan Siti Aishah . Seterusnya rombongan dibawa melawat ke Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) dan Ke Kedai Kek dan Roti PPKI untuk menikmati jamuan ringan. Di sini , rombongan dihidangkan dengan menu roti dan kek yang dikeluarkan oleh Kedai Kek dan Roti PPKI.

Seterusnya lawatan beredar ke Anjung Juara, iaitu bangunan yang menempatkan semua koleksi hadiah dan piala kemenangan dan kecemerlangan sekolah di dalam pelbagai bidang. Terasa sejuk ketika berada di ruang Anjung Juara, hasil udara nyaman daripada penghawa dingin yang baru saja dipasang pada petang semalam. Seterusnya rombongan bergerak ke Makmal Komputer untuk melihat program-program yang berkaitan dengan komputer. Antaranya ialah blog-blog masjid gug usan Jelai Felda yang disediakan oleh para pelajar kita melalui program Imarah Masjid Melalui ICT. Blog-blog panitia dan Unit-unit termasuklah blog pengetua juga ada dipertontonkan. Selain itu , rombongan juga dibawa melihat pameran ThinkQuest dan PBL serta School Got Talent , yang mana SMK Jelai Felda mencipta nama dan kejayaan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Lokasi akhir yang dilawati ialah Surau Al Hidayah SMK Jelai Felda. Alunan nasyid daripada kumpulan nasyid BADAR menghiburkan para tetamu di sana. Seterusnya tayangan multimedia menjelaskan lagi program dan koloberasi sekolah dengan komuniti yang berlangsung di bawah Panitia Pendidikan Islam. Lawatan tamat sekitar jam 1.30 tengahari dan berakhir dengan jamuan makan tengahari di Kantin.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudiaan anggota rombongan dari Rembau dan berharap akan berjumpa lagi di dalam kesempatan lain. Terima kasih dan syabas buat semua guru dan pelajar yang terlibat di dalam program sambutan lawatan ini .

Akhir kata, "apa yang baik bawalah sebagai kenangan dan ingatan, dan apa yang kekurangan kongsikan kembali dengan kami untuk kami perbaiki demi mencipta kejayaan"

Friday, February 11, 2011

KONVOI KE MASJID 2011- MASJID JELAI 4







ALHAMDULILLAH...pada 11 Febuari 2011 (semalam) berlangsunglah Program Konvoi Ke Masjid bagi tahun 2011 ini. Pada kali ini konvoi akan mengadakan program bersama-sama dengan Masjid Jelai 4 yang turut disertai oleh Belia Felda Jelai.. Konvoi sebanyak 53 buah motorsikal dan 3 kereta bermula di Surau Al Hidayah, SMK Jelai Felda, pada jam 6.00 petang dan bergerak secara kumpulan ke Masjid Jelai 3. Di sana anggota konvoi dapat bertemu dengan Jawatankuasa Masjid Jelai 3 selama 5 minit. Konvoi seterusnya bergerak ke Masjid Jelai 1, 2 dan bedrakhir di Masjid Jelai 4.

Di Masjid Jelai 2, anggota konvoi bertemu dan bersalaman dengan jawatankuasa masjid yang diketuai oleh Tuan Imam 2, tn. Hj. Baharuddin. Tuan Hj. Baharuddin adalah salah seorang jawata nkuasa masjid yang aktif menyertai kursus ICT di bawah Program Imarah Masjid.

Di Masjid Jelai 4, anggota konvoi sempat bergambar beramai-ramai sementara menanti masuknya waktu maghrib. Sambil itu temuramah bersama Pengetua dan 2 orang anggota BADAR sekolah telah diadakan di sana. Program pada malam itu diteruskan dengan solat maghrib, bacaan yasin, solat isyak, solat hajat dan tazkirah oleh ustaz Khir yang baru balik di Mesir..

Sepanjang konvoi berlangsung, rakaman pergerakan konvoi telah dibuat oleh RTM 1 bagi tujuan slot di TV 1.

Alhamdulillah..program berjalan dengan lancar dan meriah.

Pada malam itu juga YB Dato Hjh Zainab binti Nasir, EXCO dan ADUN Gemas, telah membuat kunjungan mengejut ke masjid Jelai 4. Beliau telah turut sama menunaikan solat Isyak dan solat hajat serta Tazkirah dan jamuan makan malam .

Thursday, January 27, 2011

BUKIT PUTUS DI PAGI HARI....






KADANG-KADANG rasa macam di kawasan tanah tinggi atau di luar negara....

Mesyuarat Penyelarasan Perasmian Program Imarah Masjid Melalui ICT/ Program Kerohanian/ Kelas UIAM cemerlang dan Kedai Roti dan Kek PPKI






MESYUARAT penyelarasan perasmian program ini diadakan di Bilik Gerakan Sekolah dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengetuan sendiri. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah Encik Hairolnizam Maarof (Bapa Angkat Sekolah / Pegawai KGSK PPD Tampin) , Ustaz Mohd. Zikri (PPD Tampin), Ustaz Zakaria Hitam dari Jabatan Agama Islam N. Sembilan, Pegawai Agama Felda Wilayah , Ustaz Fathul dari Jelai Felda, Wakil JAKIM, Nazir dan Setiausaha Masjid di Jelai Felda, Encik Abdullah Sijin, BTP, dan guru-guru sekolah ini.

Perasmian dijadualkan akan dilangsungkan pada 11 Febuari nanti dan akan disempurnakan oleh YB Dato Zainab Nasir, EXCO, Tuan Pengarah JPNS dan PPD Tampin. Apa yang lebih menarik , program ini akan dirakamkan dan disiarkan melalui slot di TV 1 oleh JAKIM.

Tumpuan kepada program ini adalah kepada hal berkaitan kerohanian, ICT dan sumbangan warga sekolah kepada komuniti setempat. Pihak sekolah cuba sedaya upaya memberikan sumbangan kepada komuniti melalui bidang berkenaan.

Melalui Program Imarah Masjid Melalui ICT pihak sekolah telah menyumbang dalam urusan pemasangan dan pembayaran streamyx (awal)kepada semua masjid di Gugusan Jelai ini. Di samping itu, kita juga melatih AJK masjid dalam penggunaan ICT di samping mewujudkan rakan ICT Masjid yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah ini. Seterusnya dicadangkan juga supaya mereka ini aakan membentuk jawatankuasa ICT di masjid-masjid berkenaan. Setiap masjid juga telah disediakan blog mereka masing-masing dan diletakkan beberapa orang pelajar untuk menjadi admin nya.

Apa yang diharapkan melalui program ini ialah:

1. Ia menjadi salah satu sumbangan sekolah kepada komuniti.
2. Melatih pelajar menyumbang kepadamasyarakat dan berkhidmat untuk masyarakat mereka
3. Mendekatkan pelajar dengan masjid
4. Membentuk AJK masjid yang celik IT, yang boleh menjadi model kepada anggota
masyarakat yang lain.
5. Sebagai salah satu sumbangan masjid kepada masyarakat
6. Membantu Program 1 rumah 1 komputer oleh kerajaan
7. Menyediakan kemudahan wifi kepada pelajar terutamanya untuk tujuan mengakses
portal Skor A yang menjadi salah satu program kecemerlangan akademik sekolah.

Memandangkan pada tahun 2010, seramai 500 pelajar sekolah ini menerima netbook daripada kerajaan, program ini menyediakan insfrastuktur laluan akses internet percuma di 6 lokasi di Felda Jelai iaitu di sekolah ini, Pusat Jalur Lebar dan di 4 buah masjid berkenaan. Satu sidang video bersama 4 masjid berkenaan akan diadakan.

Program Kedai Kek dan Roti Pendidikan Khas pula adalah satu lagi program komuniti yang bertujuan untuk menyediakan peluang berniaga dan kerja kepada bekas-bekas pelajar PPKI sekolah ini. Mereka akan dilatih untuk menyedikan roti dan kek serta diajar menguruskan kedai berkenaan. Pihak sekolah juga kan bekerjasama dengan PDK Jelai untuk tujuan berkenaan. Bagi perasmian ini, menu utama iaitu roti dan kek akan disediakan oleh mereka untuk para tetamu.

Projek ThinkQuest sekolah telah mencapai tahap terbaik dengan menjadi Johan dan Naib Johan di peringkat Kebangsaan . Pada tahun ini juga para pelajar sedang menyiapkan kajian untuk menyertai pertandingan di Peringkat Antarabangsa. Pada berkenaan nanti , satu sessi sidang Video bersama SMPN 13 Bandung akan diadakan secara langsung.

Pihak sekoalh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan dan sokongan, khususnya pihak JAKIM yang sudi merakamkan majlis tersebut dan menyiarkannya di TV 1 melalui slot Persada Jornal.

Tahniah kepada semua guru yang terlibat di dalam setiap lokasi perasmian . Akhirnya 'Impian Menjadi Kenyataan'.

PENERIMA PERTAMA SUMBANGAN PINJAMANAN KERUSI RODA BILIK KESIHATAN SEKOLAH



alhamdulillah...Pada hari projek sumbangan kepada komuniti melalui Program Peminjaman Kerusi Roda Bilik Kesihatan SMK Jelai Felda telah telah ada penerimanya. Waris kepada pelajar sekolah ini iatu Puan Zainab telah menerima kerusi roda dan tongkat berkenaan dalam satu majlis penyerahan yang dilakukan oleh Encik Hairolnizam Maarof , Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Zikri (PPD Tampin) dan Tn. Syed Nasser Syed Mohidden (GPK Hem).

Diharapkan dengan penyerahan kerusi roda ini akan dan tongkat ini akan dapat mengurangkan bebanan keluarga pelajar ini dan membolehkan beliau hadir ke sekolah untuk meneruskan persekolahan seperti biasa.

Dalam pada itu, diharapkan akan ada pihak tertentu yang sudi membantu mendapatkan kerusi roda memandangkan pinjaman yang diberikan adalah untuk jangkamasa yang terhad.

TAKLIMAT PROGRAM LONJAKAN SAUJANA DAN KEIBUBAPAAN PELAJAR KELAS UIAM






ALHAMDULILLH...pada hari ini berlangsungnya program Taklimat Program Lonjakan Saujana dan Ceramah Keibubapaan dan NLP kepada pelajar dan penjaga kelas UIAM (tingkatan 1 hingga 5)

Sambutan adalah menggalakkan. Namun masih ada juga ibubapa yang tidak berkesematan hadir.

Ceramah Parenting dan NLP telah disampaikan oleh Encik Ridzuan, Pengetua Kolej PTPTL Seremban dan Taklimat Program Lonjakan Saujana telah disampaikan oleh Tuan Pengetua sendiri.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa terutama akan peranan dan tanggungjawab mereka di dalam mencapai kecemerlangan. Ibubapa memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada anak-anak serta sekolah demi kejayaan anak-anak mereka.

Melalui program Lonjakan Saujana , tuan pengetua mengharapkan agar ibubapa pelajar kelas UIAM , yang merupakan kumpulan pelajar terbaik di sekolah ini akan menyahut seruan dan perancangan sekolah terutamanya daalam penggunaan portal Skor A bagi kejayaan anak-anak.

Pihak sekolah telah menyusun strategi khusus untuk memastikan anak-anak mereka berjaya. Melalui porogram ini para pelajar ini diberikan kepada kumpulan kecil yang akan dipantau oleh seorang mentor dan guru subjek. Tugas mentor adalah untuk memastikan pelajar akur dengan jadual latihan dan penghantaran modul (kertas 2) kepada guru-guru pemeriksa berjalan sepertimana dijadualkan. Perkembangan pelajar ini juga akan dipantau oleh PPD dan akan dimaklumkan kepada penjaga pada setiap 2 bulan. Selain itu bengkel dan klinik pemulihan bagi pelajar yang lemah di dalam mata pelajaran juga akan diadakan pada setiap 2 minggu oleh guru mata pelajaran.

Bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4, mereka juga akan mengikuti program ini sepertimana pelajar tingkatan 3 dan 5. Pihak sekolah berharap mereka akan membuat persiapan awal bagi memastikan kejayaan mereka nanti. Mereka ini akan dimasukkan ke dalam program Projek Khas Kecemerlangan Sekolah.

Bagi pelajar tingkatan 1 UIAM, pihak sekolah telah memasukkan mereka ke dalam Projek Khas dengan kemudahan bilik dan persekitaran kelas yang canggih.

Di harapkan ibubapa akan dapat memberikan sokongan kepada program ini dengan penuh komited.

Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ridzuan yang tidak pernah jemu membantu kecemerlangan pelajar sekolah ini. Diharapkan melalaui ceramah beliau, pelajar akan membuka minda dan sentiasa positif di dalam setiap tindakan terutamanya yang berkaitan dengan kecemerlangan akademik mereka. Hanya minda yang positif dapat menjadikan impian sebagai realiti.

SUMBANGAN KERUSI RODA DAN TONGKAT UNTUK BILIK KESIHATAN SMK JELAI FELDA







Alhamdulillah...pada hari ini Bilik Kesihatan SMK Jelai Felda menerima sumbangan kerusi roda dan tongkat daripada penyumbang untuk kegunaan sekolah dan masyarakat yang memerlukan. Penyerahan sumbangan dilakukan oleh Tuan Pengetua mewakili keluarga berkenaan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Tuan Syed Nasser Syed Mohiddeen (GPK Hem)di bilik kesihatan sekolah.

Pihak sekolah bersedia memberikan kemudahan meminjam alat ini untuk tempoh tertentu kepada mereka yang memerlukan sehingga mereka mendapat bantuan dan sumbangan daripada pihak lain. Oleh itu tempoh pinjaman akan dihadkan kepada maksimum 3 bulan sahaja. Ini bertujuan bagi membolehkan alat ini digunakan oleh peminjam lain yang memerlukan.

Buat masa ini , pihak sekolah telah menerima permohonan daripada keluarga pelajar yang mengalami kemalangan jalanraya.

Pihak sekolah juga berharap agar ada pihak -pihak yang berminat untuk menyumbang peralatan seperti ini untuk ditempatkan di bilik kesihatan sekolah. Secara tidak langsung pihak sekolah dapat memberikan sumbangan kepada komuniti setempat yang memerlukan bantuan. Buat masa ini Bilik Kesihatan telah pun mempunyai beberapa alat asas untuk kegunaan pelajar dan warga sekolah seperti penimbang, alat ukuran tekanan darah dan 3 unit katil yang ditempatkan di 2 buah bilik .

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada penyumbang berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...