SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, April 2, 2010

TANDA PENGHARGAAN KEPADA YANG TERBILANG...




Satu lagi usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menghargai jasa dan sumbangan semua warga sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang ialah dengan mengadakan kain rentang besar di dinding koperasi sekolah di Blok B, Ia juga sebagai suatu motivasi kepada warga sekolah yang lain agar terus berlumba-lumba mencipta kecemerlangan.

"Wajah -wajah Kecemerlangan" ini adalah terdiri daripada para pelajar dan guru serta staf sekolah yang telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang dan pertandingan. Wajah-wajah ini akan terus dipamerkan pada sepanjang tahun 2010 ini. Setiap warga sekolah digalakkan terus mencipta kejayaan dan berusaha memastikan agar wajah mereka ada dipaparkan di sudut berkenaan pada tahun-tahun seterusnya. Diharapkan usaha ini akan menjadi pembakar semangat bagi warga sekolah untuk terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan.

MELAWAT PENGETUA BARU SMK PASIR BESAR...


Pagi tadi, saya sempat bersama Encik Kamaruzzaman , Pengetua SMK Bukit Jalor, mengadakan lawatan atau ziarah teman sekerja di SMK Pasir Besar iaitu Tn, Hj. Ramli Ibrahim, yang baru dinaikkan pangkat sebagai pengetua di situ.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda hormat dan untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan dan sebagai pemberi semangat untuk beliau bertugas di jawatan yang baru. Sempatlah juga kami berbincang tentang hal-hal berkaitan pentadbiran, bertukar pandangan dan berkongsi buah fikiran untuk memajukan sekolah masing-masing. Di sampin itu beberapa perancangan juga diatur untuk mengadakan program bersama ketiga-tiga buah sekolah berkenaan.

Walaupun baru, Tn. Hj.Ramli ini adalah seorang yang banyak pengalaman dan pernah memangku jawatan pengetua beberapa lama. Beliau juga telah membuktikan kehebatannya dalam mengangkat pencapaian akademik di sekolah lama beliau iaitu di SMK Bukit Rokan. Walaupun beliau memaklumkan akan bersara dalam tempoh 2 tahun lagi, kami yakin beliau mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Sebagai rakan, saya mengucapkan , 'SELAMAT BERTUGAS DENGAN CEMERLANG'.

KEM IBADAH- Anjuran bersama SMK Jelai Felda dan MAINS











Hari ini berlangsungnya Program Kem Ibadah , Anjuran Bersama SMK Jelai Felda (Panitia Paendidikan Islam) dengnan MAINS dan Persatuan Pelajar Timur Tengah di sekolah ini , sehingga hari ahad nanti. Seramai 70 orang peserta dengan 12 orang fasilatator terlibat dalam program ini. Di samping itu , beberapa orang guru turut terlibat sebagai AJK program. Program diadakan di surau Al-Hidayah SMK Jelai Felda, yang semakin canggih dengan aircon dan ruang ICT dan PA Systemnya.

Sasaran pelajar adalah kepada golongan pelajar daripada kumpulan pelajar Harapan yang terdiri daripada pelajar UKM, USM, UTM. Tujuan program ini adalah sebagai pengukuhan ibadah mereka terutamanya solat. Ibadah solat dilihat mempunyai pengaruh dan kesan yang besar terhadap pembentukan peribadi dan kemajuan pelajaran mereka. Solat mendekatkan hubungan antara makluk dan penciptanya dan secara tidak langsung akan memudahkan segala urusan dan doa dimakbulkan. Apatah lagi dalam usaha setiap pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR. Selain usaha gigih mengulangkaji pelajaran, doa juga menjadi penentu kejayaan pelajar. Allah akan memudahkan urusan umatnya , jika umatnya membantu ke jalan Allah.

Para pelajar juga didedahkan dengan latihan mengenal diri, iaitu mengenal diri sebagai makhluk Allah dan peranan yang patut dilaksanakan.

Diharapkan melalui program ini , sahsiah sebahagian pelajar ini akan dapat dibentuk dan seterusnya dapat menjadi pelajar yang berdisiplin. Hanya disiplin yang tinggi dapat menjamin kejayaan diri.

Saya sempat bersama sehingga jam 8.30 malam tadi ,dan melihat pelajar-pelajar bersemangat untuk mengikuti program ini.

Terima kasih dan syabas kepada semua AJK program, para guru dan MAINS yang telah membantu menjayakan program ini. Ini merupakan satu lagi contoh koloberasi antara sekolah dan agensi luar demi membantu melahirkan pelajar cemerlang di sekolah ini.

Monday, March 29, 2010

LAWATAN PENILAI CALON TOKOH GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN - PN. SANIAH BT MAMAT








Hari ini adalah hari yang penuh bersejarah bagi Pn. Saniah Mamat dan juga SMK Jelai Felda, apabila rombongan penilai anugerah Tokoh Guru Pendidikan Khas Kebangsaan hadir ke sekolah untuk menilai Pn. Saniah.

Rombongan penilai yang ketuai oleh Tn. Hj. Umbaik , En. Abd. Rahman dan Cik Soleha tib a di perkaranga sekolah sekitar jam 11 pagi dengan diiringi oleh Tn. Hj. Sahar Shaari, Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS, Pn. Siti Noredah Ujang, Tim PPD Tampin, En. Hairolnizam .

Kedatangan rombongan disambut meriah dengan pukulan kompang dan persembahan para pelajar yang terdiri daripada pelajar arus perdana dan pelajar PPKI.

Sesuatu yang amat terharu apabila ramai pemimpin setempat di Felda Jelai, PDK Jelai, guru-guru PPKI dari SK Jelai, SMK Pancur Jaya di Seremban dan badan-badan tertentu seperti Belia Negeri , telah turut hadir menyambut kedatangan rombongan ini dan memberikan sokongan yang kuat terhadap Pn. Saniah.

Di pihak sekolah , sokongan juga hebat dengan beberap orang guru telah bertungkus lumus membantu dan membuat persiapan sejak daripada minggu sebelumnya lagi. Penghargaan yang tinggi diberikan kepada Encik NorHaslin (KB Teknik & Vokasional) yang telah bertungkus lumus menjayakan program hari ini. Sekalung tahniah juga kepada para pentadbir dan pelajar terutama unit wartawan sekolah yang turut membantu sama.

Rata-rat semua yang hadir telah berpuashati dan melahirkan rasa kagum terhadap usaha Pn. Saniah yang telah memartabatkan PPKI di sekolah ini. Kesungguhan , kesabaran, komitmen dan ketokohannya amat dikagumi. Pihak penilai juga berpuashati.

Bagi pihak sekolah, kita memang sentiasa menghargai perjuangan dan jasa bakti beliau yang amat tinggi. Sokongan 100% sentiasa diberikan untuk beliau merealisasikan kreativiti beliau demi kesejahteraan anak-anak istimewa di sini.

Kita doakan agar beliau akan berjaya meraih gelaran tersebut dan sekaligus menaikkan nama sekolah. Ternyatalah KITA MEMANG HEBAT!

Terima kasih kepada semua dan semoga doa kita dimakbulkan ALLAH !

Monday, March 22, 2010

PASUKAN KAWAT SMK JELAI FELDA TETAP GIGIH BERLATIH...










SABAN hari sejak awal tahun ini , malah hampir setiap petang dan setiap hari semasa cuti sekolah dan hujung minggu, pasukan kawat pasukan Kadet Polis sekolah menjalani latihan kawat. Pasukan yang terdiri daripada pelajar perempuan daripada pelnagai tingkatan ini menunjukkan kesungguhan yang amat tinggi, mengasah kebolehan dan kemahiran sebagai persediaan untuk ke pertandingan peringkat daerah dan negeri.

Sudah pasti semangat mereka terus memuncak pada tahun ini dengan adanya tunjuajr daripada Puan Siti Aisyah, yang juga pegawai kadet Inspektor Polis yang bertauliah. Tidak kira panas atau hujan, mereka tetap turun berlatih. Tahniah dan syabas!

Kita telah membuktikan, minat, kesungguhan dan komitmen yang tinggi, pasti akan menghasilkan kejayaan! Kita doakan agar mereka terus berdisiplin, gigih dan cemerlang di dalam tugas mereka.

Thursday, March 18, 2010

E-TUKAR..uNTUK SEMUA PERMOHONAN BERPINDAH...

Mulai tahun ini semua pertukaran guru sama ada pertukaran antara negeri, antara daerah dan dalam daerah , akan dilaksanakan melalui sistem E-Tukar sepertimana pertkaran antara negeri pada tahun-tahun sebelumnya.

Tarikh pertukaran masih lagi sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Jun dan bulan Disember.

Permohonan bagi pertukaran 1 Jun 2010, adalah sebelum atau pada 20 Mei 2010 dan bagi bulan Disember adalah pada bulan Oktober. Permohonan mestilah dilakukan oleh guru sendiri dan disahkan hanya oleh pengetua sahaja.

Bagi pertukaran bulan Jun 2010 ini, mungkin sukar untuk dipenuhi kerana sekarang ini berlaku kekurangan guru yang banyak dan sukar untuk mendapatkan pengganti. Kemungkinan permohonan tidak disokong lah..

Ha..ha..Mungkin adalah yang berhajat nak berpindah tu..Memohon untuk berpindah boleh..hak individu..isi saja borang..Kelulusan..itu hak sekolah lah pula..

Sebenarnya pertukaran guru ini banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Ada setengah kategorp guru yang perlukan syarat -syarat tertentu. Contohnya:

1. Guru MPV- ini golongan guru yang amat sukar untuk bertukar, Bilangan calonnya amat terhad dan optionnya juga kurang...peratusan lulus..amat kecil..

2. Guru SBB -perlu dapat kelulusan daripada Bahagian Sekolah KPM...

3. Pengetua...lagi susah...he..he..tengok kekosongan...

Bagi SMK Jelai Felda, setiap tahun memang ada yang mohon bertukar...sebabnya ..nak balik kampung dan mengajar di sekolah yang terhampir dengan rumah..

Bagi saya, mana-mana pun kita bekerja, yang pentingnya kita selesa dan seronok! Jauh pun ada hikmahnya..jauh berjalan...luas pandangn! Di SMK Jelai Felda ini sebenarnya ada banyak potensi yang tidak ada di sekolah lain. Ada banyak kejayaan yang boleh dicipta dan ada banyak peluang untuk terus meningkat! ANDA BOLEH BERJAYA DI SINI..

Tetapi kalau dah nak pindah juga ,,,apa boleh buat..!

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SEMULA BUAT ANAK-ANAK JELAI DAN RAKAN SEKERJAKU...

Sunday, March 14, 2010

PENTAULIAHAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA TINGKATAN DAN PEN. KETUA TINGKATAN 2010..












PADA 10 mac 2010,yang lalu telah dilangsungkan majlis pentauliahan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan bagi sessi 2010-2011. Majlis diadakan di Dewan Bestari SMK Jelai Felda dan telah dirasmikan oleh Ketua BalaiPolis Gemas, Cif inspektor Tuan Anuar. Turut hadir adalah Encik Haironozam Maarof (Pen. PPD Tampin), YDP PIBG, Encik Abdullah (Pegawai PKG Gemas).

Majlis ini adalah tradisi tahunan sebagai memberi penghormatan dan penghargaan kepada pengawas dan ketua tingkata dan penolong ketua tingkatan terbabit. Tahun ini pembaharuan dibuat dengan melibatkan pentaulian ketua dan penolong ketua tingkatan juga. Dengan ini diharapkan mereka akan berasa bangga dan berasa jasa mereka juga dihargai. Hakikatnya memang begitu. Ketua dan Penolong ketua Tingkata sebenarnya mempunyai peranan dan tugas yang penting dalam membantu sekolah bersama-sama dengan Pengawas sekolah dan Pengawas PSS dalam memantapkan disiplin pelajar dan menerapkan budaya cemerlang kepada semua pelajar.

Bagi pengawas sekolah, mereka adalah tunggak utama yang akan membantu sekolah dalanm melaksanakan visi dan misi sekolah. Pengawas berada di barisan hadapan dalam menjadi model dan memastikan pelajar lain akur dengan kehendak sekolah. Memang tugas mereka sukar dan akan sering berhadapan dengan cabaran. Namun, sebagai pemimpin pelajar, mereka mestilah sudah memahami tugas berkenaan dan bersedia menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang ada. Anggaplah ini sebagai asas dan batu loncatan untuk kita lebih cemerlang dan berjaya sebagai pemimpin di peringkat yang lebih tinggi nanti.

Bagi pengawas PSS, tanggungjawab mereka amat besar. Sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mencatat kejayaan cemerlang menjadi PSS terbaik di peringkat negeri, memerlukan komitmen yang tinggi. Pengawas harus terus bersama guru, menyumbang idea dan menyumbang tenaga ke arah tersebut.

Di samping itu, diharapkan sebagai pemimpin di sekolah ini, mereka semua mestilah mampu menjadi model kepada pelajar lain. Kecemerlangan di dalam akademik, sahsiah, disiplin dan ko-kurikulum menjadi kayu ukur penghormatan semua warga sekolah yang lain terhadap anda! Anda harus sentiasa di hadapan di dalam semua bidang...Harus ada, A TOWERING PERSONALITY'...iaitu personaliti unggul yang menjadi ikutan semua pelajar lain...

TAHNIAH..kepada guru-guru yang terlibat..Encik Nurhaslin Mokkmin & Pn. Siti Aisyah (PSS), Cik Pani Malar & Encik Shahrul (Pengawas Sekolah), dan semua guru tingkatan serta semua pentadbir yang turut sama menyumbang jasa ke arah kejayaan program ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...