SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, March 4, 2010

PROGRAM IRSYADUL FATWA





Program Irsyadul Fatwa anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah berlangsung pada 3 Mac 2010 di Pejabar Agama Daerah Tampin. Program berbentuk forum penerangan tentang fatwa dan institusi mufti ini mengemukakan dua orang ahli panel iaitu YB Dato Hj. Mohd. Yusof Ahmad, Mufti NS dan Dr Hj. Zulkifli bin Muhammad Al - Bakri, ahli fatwa kerajaan NS dan Kebangsaan.

Antara isu yang dikemukakan adalah berkaitan masalah penyebaran fatwa yang tidak sampai ke peringkat masyarakat umum yang berpunca daripada kelemahan sistem di badan berkaitan dengan agama Islam berkenaan. Kelemahan ini menyebabkan banyak fatwa ini tidak dapat dihayati dan dikuatkuasakan.

Forum ini juga menyentuh tentang peranan imam dan institusi masjid untuk membantu menyebarkan fatwa yang telah diwartakan. Mungkin ia boleh disebarkan melalui makluman di masjid-masjid atau melalui khutbah pada setiap hari jumaat.

Kesimpulannya, setiap masalahan yang berkaitan dengan hal agama dan fatwa ini seharusnya dirujuk ke majlis fatwa bagi mengelakkan kekeliruan dan majlis fatwa seharusnya bertindak cepat mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara sedemikian. Pihak media juga seharusnya tidak merujuk kepada pendapat atau pandangan pihak lain yang tidak arif dan berkelayakan membuat kenyataan mengenai perkara sedemikian, sebaliknya harus merujuk terus kepada majlis fatwa atau mufti.

Friday, February 26, 2010

PROGRAM CERAMAH KEIBUBAPAAN-DI MASJID JELAI 3
















PROGRAM CERAMAH KEIBUBAPAAN pada tahun ini diadakan di Masjid Jelai 3, pada Khamis,malam Jumaat 25 Febuari 2010 , yang lalu. Tetamu kehormat pada malam itu ialah YB Dato Hjh Zainab Bin Hj. Nasir, Adun Gemas, merangkap EXCO Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat.

Majlis bermula dengan Program Konvoi bermotosikal pelajar dari surau sekolah pada jam 6.30 petang mengelilingi gugusan Jelai anjuran BADAR (Badan Dakwah dan Kerohanian). Solat maghrib, solat hajat, ceramah, diikuti dengan solat isyak dan jamuan makan malam. Selepas solat hajat diadakan penyampaian cenderahati dan hadiah tanda kenangan warga sekolah kepada YB Dato Hjh. Zainab di atas penganugerahan bintang kebesaran NS yang diterima oleh beliau baru-baru ini. Semoga ia menjadi tanda ingatan hubungan baik sekolah dengan pemimpin masyarakat dalam usaha memajukan pendidikan anak-anak felda Jelai ini.

Seterusnya ceramah disampaikan oleh Ust. Jaafar Muhammad bermula jam 8.30 hingga jam 9.50 malam. Banyak panduan yang berguna untuk kita mendidik anak-anak dan menjalankan tugas kita sebagai guru dan ibu bapa.

Alhamdulillah, kehadiran pada malam tersebut amat menggalakkan.

SUKAN SEKOLAH...WAJAH BARU..SEMANGAT BARU...
















sekalung tahniah kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga terlaksananya tugas kita menjayakan HARI SUKAN SEKOLAH 2010 pada 13 Febuari 2010 yang lalu. Tahun ini, acara sukan pada tahun ini bertambah meriah dengan pakaian rumah sukan yang baru. Setiap rumah sukan berbangga memakai baju rumah sukan masing-masing, termasuklah para gurunya!

Penyertaan turut melibatkan para penjaga dan guru-guru yang mengambil bahagian dalam acara melontar lembing, bagi acara pegawai dan ibubapa. Kemeriahan dan rasa bangga jelas terlihat di wajah masing-masing keraana kepuasan. Sukan tahun ini terasa lebih meriah dan lebih bermakna.

Selain acara padang dan trek di kalangan peserta, pertandingan perbarisan dan kemah terbaik juga turut dipertandingkan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Tampin, Tuan Haji Mad Aris Bin Azis. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada peserta kejohanan dan atlit terbaik pada hari tersebut.

Kejohanan ini merupakan persiapan sekolah untuk menghadapi kejohanan olahraga MSSDT yang akan berlangsung pada April ini nanti. Diharapkan para atlit kita akan mengulangi kehebatan kita pada tahun 2009 yang lalu apabila kita mengungguli kejohanan dengan 39 pingat emas, pencapaian terbaik dan rekod terbaik sekolah kita!

Kepada semua guru, ketua rumah, pelajar dan semua staf sekolah diucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan anda menjayakan kejohanan ini. SYABAS! Semoga pada tahun hadapan , sukan kita akan terus cemerlang!

Wednesday, February 24, 2010

500 Sekolah Taraf Lima Bintang -SMK JELAI FELDA TERUS CEMERLANG..



TAHNIAH DAN SYABAS!...Kepada semua warga SMK Jelai Felda di atas kejayaan cemerlang ini... Kita berjaya di atas keyakinan dan komitmen untuk mencapai kejayaan. Usaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan slogan'KITA MEMANG HEBAT' ternyata berhasil dengan kejaayaan ini. Kita menjadi satu-satunya sekolah Felda (100% pelajar dari anak peneroka Felda) yang berjaya mencapai tahap 5 BINTANG di dalam penilaian sekolah Bestari Malaysia. Tahniah sekali lagi kepada semua guru dan pelajar khususnya kepada unit ICT yang diketuai oleh ENCIK NORHASLIN yang telah membuktikan kemampuan kita di peringkat tertinggi. Kecemerlangan ICT di sekolah ini sudah pun banyak menepa kejayaan seperti menjadi JOHAN THINKQUEST KEBANGSAAN pada 2009 yang lalu.

Harapan, agar kita terus mempertingkatkan penggunaan ICT di sekolah ini dan memikirkan aspek innovasi berasaskan ICT yang lebih cemerlang untuk kita terus menempa kejayaan di peringkat tertinggi. Saya yakin, berkat KESUNGGUHAN, ILTIZAM DAN KOMITMEN yang tinggi yang bertunjangkan kepada kepercayaan bahawa 'KITA MEMANG HEBAT'...InsyaALLAH...KITA PASTI BDERJAYA..

Dipertutunkan di sini kerata berita tentang kejayaan sekolah kita...


500 Sekolah Taraf Lima Bintang
Selasa, 23 Februari 2010 14:55 azalan

PUTRAJAYA 12 Feb. - Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.
"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.
Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini. Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu. Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.
"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.
"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.
Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.
( Negeri Sembilan -6 buah sekolah mendapat 5 bintang, SDAR, Kolej Tunku Kurshiah,Sek Sains Tuanku Jaafar,Sek.Tunku Besar Tampin, SMK Jelai (F) dan SMK Dato’Sedia Raja )

Thursday, February 18, 2010

PENTADBIR BARU 2010...



TAHNIAH kepada barisan pentadbir baru SMK Jelai Felda 2010.

1. Tn. Hj. Kasim Samat dilantik menjadi GPK Pentadbiran
2. Tn. Syed Nasser Syed Mohideen , sebagai GPK Hem
3. Encik Rahim Bin Pendek , sebagai GPK Ko-Kurikulum

Perlantikan ini berkuatkuasa pada 16 Januari 2010.

Ucapan Tahniah juga diucapkan kepada Encik Abd. Azizi Abd. Rahman, GPK Pentadbiran yang telah berpindah ke SMK Taman Indah.

Semoga dengan barisan pentadbiran baru ini , akan membolehkan kita mencipta kejayaan dan kecemerlangan yang lebih hebat!

Monday, February 15, 2010

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2009






Tahniah kepada 3 orang pelajar SMK Jelai Felda yang telah mencipta nama sebagai pelajar cemerlang PMR 2009. Kali ini penghargaan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tampin, yang disampaikan di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2009, di SMK Tunku Besar , Tampin.

Selepas menerima insentif kecemerlangan daripada pihak PIBG sekolah, kini mereka mendapat habuan pula daripada pihak PPD Tampin.

Tidak lupa juga,....mereka dijamu kemudiaannya dengan hidangan di KFC Tampin...

Bagi pelajar lain...Apa lagi...Buktikan kecemerlangan anda dan habuan sudah pasti menunggu anda!...

SELAMAT PENGANTIN BARU....




SELAMAT PENGANTIN BARU buat pasangan guru dari SMK Jelai Felda, iaitu Encik Mahadhir dan Cik Zainab. Encik Mahadhir walau bagaimanapun telah berpindah ke IAB sebagai pensyarah sementara Cik Zainab adalah guru GSTT yang telah berkhidmat sejak 2009 yang lalu. Semua warga sekolah mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga bahagia ke akhir hayat...

Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kampung Ceedeng , Segamat , Johor, pada 14 Febuari 2010.

Sementara itu seorang lagi guru iaitu Pn. Nortliyana Ali juga telah selamat mendirikan rumahtangga pada 13 Febuari 2010 yang lalu. Semoga berbahagia ke akhir hayat juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...