SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, January 30, 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR/ SPM 2008/2009











Majlis telah diadakan pada 25 Jan 2010, bertempat di Datarran Perhimpunan. Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan PPD Tampin, Tn. Hj. Mad Aris Azis. Majlis turut disertai oleh En Hairolnizam Mustafa selaku Pegawai Angkat Sekolah, En. Zakaria Omar , Pengerusi PIBG , Wakil-Wakil Pengurus Felda dan ibubapa penerima hadiah.

Seramai 21 penerima anugerah PMR 2008, 14 penerima anugerah PMR 2009 dan 5 penerima anugerah SPM 2008 telah menerima hadiah masing-masing. Mereka menerima insentif kecemerlangan akademik melalui program skor A yang mulka diperkenalkan pada tahun 2008. Program ini memberikan penghargaan mengikut bilangan A yang dicapai. Minimum kelayakan adalah 5 A di peringkat PMR dan SPM. Bagi pelajar yang mencapai tahap straight A ialah RM30.00 bagi PMR dan RM40.00 bagi SPM. Bagi pelajar Nur Aqilah yang mendapat 9A telah berjaya mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM270.00. Tahniah!

Skim ini hanyalah sebagai pencetus semangat juang kepada para pelajar. Apa yang lebih penting ialah kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka untuk mencipta kecemerlangan sebagai satu amanah dari ibubapa dan Allah. Pelajar selalu diingatkan habuan untuk orang yang cemerlang sentiasa menanti dan sentiasa hebat!

LAGI INOVASI DI SMK JELAI FELDA...






Antara innovasi yang dilakukan di SMK Jelai Felda bagi tahun ini ialah sudut kecemerlangan sekolah. Sudut ini memaparkan kecemerlangan sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan. Tujuan sudut ini diadakan adalah untuk membuka minda dan kesedaran pelajar akan kehebatan sekolah. Moga-moga pelajar akan berasa bangga dan seterusnya teruja untuk mencipta kecemerlangan berpandukan rekod kecemerlangan yang telah ada. Di samping itu juga dipamerkan juga gambar -gambar dari program -program yang diadakan. Perasmiannya telah dilakukan oleh Tn. Hj. Mad. Aris Azis, PPD Tampin pada 25 Jan 2010 yang lalu.

Seterusnya ialah Catatan Rekod Dunia acara Olahraga di tangga menuju ke padang sekolah. Ia bertujuan untuk memaparkan imej olahraga sekolah sesuai dengan watak sekolah iaitu olahraga. Sekurang-kurangnya ia akan memberikan motivasi ke arah meningkatkan pencapaian olahraga di kalangan atlit sekolah. Seorang pelajar kita Mohd. Firdaus Mazelan diberitakan sudah tersenarai di antara calon olahraga ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Canada.Tahniah! Kita berasa bangga dengan pencapaian atlit SMK Jelai Felda,

Sebagai sebuah Sekolah Bestari 5 Bintang, kita juga telah membudayakan sistem penyampaian maklumat berkomputer dengan penggunaan TV maklumat. Kini segala maklumat, seperti jadual guru ganti, jadual guru bertugas, takwim, berita terkini sekolah dan sebagainya dapat diperolehi daripada tv ini.

Thursday, January 28, 2010

INOVASI 2010 - DI SMK JELAI FELDA






Dengan bermulanya lembayung 2010, SMK Jelai Felda telah mengorak langkah membangunkan pelbagai kemudahan dan program , khusus bagi memberikan suasana baru dan inovasi penuh keceriaan. Tujuan diadalam pembaharuan dan inovasi ini ialah sebagai memberikan wajah baru kepada SMK Jelai Felda. Diharapkan dengan persekitaran hebat ini akan dapat menaikkan semangat pelajar untuk mencipta kecemerlangan lebih tinggi pada tahun ini.

Selain itu, ia mencerminkan iltizam dan kesungguhan warga sekolah untuk mencipta kecemerlangan. Apa yang penting kini ialah, setiap warga sama ada guru atau pelajar akan menyahut visi sekolah dan berusaha meningkatkan kecemerlangan.

Antara inovasi yang telah dijalankan ialah:

1. Hiasan Kantin sekolah
2. Pemasangan pendingin udara di kantin
3, Pemasangan pendingin Udara di Surau
4. Papan Kecemerlangan 'SMK Jelai Terbilang"
5. Anak Tangga Rekod Acara Olahraga
6. Meja bermaklumat di Kantin
7. Banner maklumat
8. Hiasan dan Lanskap di Pentas Bestari
9. Maklumat Elektronik/ Media TV

Monday, January 18, 2010

PEMBANGUNAN SUKAN OLAHRAGA DI SMK JELAI FELDA

Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan sukan olahraga di sekolah ini satu jawatankuasa khas Pembangunan Olahraga Sekolah telah ditubuhkan. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk merancang pembangunana sukan olahraga di sekolah ini. Ia selaras dengan kedudukan sekolah sebagai Pusat Kecemerlangan Olahraga Projek Pelapis MSN.

Antara perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan adalah:

1. Pembentukan Kelas Olahraga bagi pelajar Tingkatan 1 di kelas 1 UiTM
2. Pembentukan Gimnisium di blok C
3. Meneruskan skim insentif Olahraga dan Olahraaga Plus Akademik
4. Merancang Kelas Tambahan untuk atlit sekolah 3 kali seminggu
5. Kelas tambahan khas menggunakan portal Score A untuk kelas 1 UiTM (Olahraga)
6. Program Pendedahan Minda (Lawatan dan Latihan ke MSN)
7. Jamuan Akhir Tahun Olahraga dan Malam Kecemerlangan Olahraga Sekolah
8. Pemakaian Baju Khas Identiti Atlit Olahraga Sekolah
9. Taklimat Program Olahraga dan Kerjaya kepada ibu bapa atlit dengan kerjasama MSN.
10.Penyediaan Makanan Tambahan kepada atlit
11.Kursus dan latihan kepegawaian olahraga kepada atlit
12. Blog Olahraga sekolah (sila rujuk link di Bicara Seorang Pengetua

Semoga dengan adanya jawatankuasa ini pembangunan olahraga akan berjalan lancar dan kebajikan atlit terutama aspek akademik akan diberikan tumpuan lebih. Kepada ibu bapa diharapkan sekongan berterusan akan diberikan sepenuhnya demi kemajuan pelajar.

Tahniah kepada semua atlit dan jawatankuasa dan selamat berjuang meningkatkan prestasi olahraga sekolah.

Wednesday, January 13, 2010

SEKOLAH SEBAGAI LEARNING ORGANIZATION...






Dalam usaha menjadikan sekolah sebagai learning organization, maka kita telah merancang pelbagai usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Antara usaha yang dilakukan ialah memasang baner dan menampal pelbagai maklumat berkaitan pelajaran, kata-kata hikmat, asma ul husna, maklumat sukan, takwim raksasa, media tv dan membahagikan sudut-sudut tertentu di tangga bangunan, dinding atau sebarang ruang kosong untuk diisi oleh panitia mata pelajaran dan unit-unit HEM serta Ko-kurikulum.

Antara tempat yang telah dipasangkan baner ini ialah di kantin dan surau sekolah. Meja kantin bermaklumat adalah sebahagian daripada kempen ini.

Matlamat program ini ialah untuk menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran di mana pelajar boleh mendapat maklumat di mana-mana sahaja melalui pelbagai media .

Baner ini sebahagiannya adalah disumbangkan oleh para guru dan staf sekolah ini sendiri.

PELAJAR SMK JELAI SEMAKIN KEMAS, TERATUR...






Selain daripada memastikan persekitaran sekolah dan tempat-tempat khas cantik dan selesa, penekanan juga dikaukan terhadap disiplin pelajar.

Beberapa penegasan terhadap disiplin dan sahsiah telah dibuat pada tahun ini. Antaranya ialah
1. Pematuhan kehadiran pelajar ke sekolah dan ke tapak perhimpunan sebelum jam 7.15 pagi.
2. Sistem beratur yang lebih kemas dan teratur.
3. Pematuhan terhadap penampilan pelajar iaitu menggunakan konsep BKW iaitu, Bersih, Kemas dan Wangi.
4. Sistem beratur untuk balik dengan diawasi oleh semua guru mata pelajaran waktu akhir, guru disiplin dan pengawas.

Walaupum ada sebahagian pelajar yang masih belum dapat menghayati sistem baru ini, namun ia menjadi satu permualaan yang baik ke arah pembentukan sahsiah dan disiplin pelajar. Apa yang diharapkan ialah agar setiap warga sekolah dapat bersama-sama menghayati visi sekolah dan sama-sama bekerjasa 'melonjakkan kecemerlangan,.

KANTIN SMK JELAI FELDA ..CANTIK.., SELESA






Satu lagi innovasi yang dijalankan di sekolah ini bagi sessi 2010 inilah ialah keceriaan kantin. Apa yang nyata , kantin semakin cantik, selesa dan bermaklumat.

Antara innovasi yang dilakukan ialah pemasangan scalop, penggantungan bunga, hiasan bungan di tepi kantin, sebuah taman mini dengan kolam di tengah kantin. Perubahan suasana ini sudah pastilah diharapkan akan memberikan keselesaan kepada pelajar serta guru dan staf ketika menikmati makanan di kantin. Setiap meja di ruang makan pelajar ditampalkan dengan nota mata pelajaran oleh setiap panitia.

Ruang makan guru pula telah dinaiktaraf dengan kerusi banquet berbalut dan diikat dengan reben serta didinginkan dengan penghawa dingin. Dalam jangkamasa singkat ini kita akan menambah bilangan pendingin udara ini kepada 2 unit, hasil sumbangan PPD Tampin dan pengusaha kantin. Ruang makan juga akan dihias dengan dinding baru agar udara dingin tidak keluar daripada ruang tersebut.

Semoga dengan suasana indah, cantik selesa ini dapat meningkatkan motivasi untuk kita bekerja lebih kuat dan para pelajar dapat belajar dengan penuh semangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...