SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Tuesday, July 30, 2013
Monday, July 29, 2013
RAKAMAN RTM UNTUK PROGRAM DIALOG, SIARAN LANGSUNG DI TVI- 26 JUN 2013
SARANA SMKTTJ semakin mendapat perhatian di negara ini . Nama SMKTTJ semakin dikenali hasil daripada Program Sarana yang dijalankan di sekolah ini dan telah berjaya dengan cemerlang.
Sehingga kini SMK TTJ telah menjadi benchmark dan rujukan serta contoh bukti perlaksanaan Sarana yang berjaya di peringkat kementeria Pelajaran Malaysia.
Bermula dengan penglibatan kita di dalam majlis penilaian sarana yang diadakan di melaka pada 16 April 2013, di mana Tuan Pengetua telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel yang membentangkan perlaksanaan Sarana ini , nama SMKTTJ terus penjadi tumpuan pelbagai pihak.
Seterusnya Tuan Pengetua dan sekolah telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel Forum penglibatan ibu Bapa, komuniti dan swasta di dalam program sekolah serta diberi tanggungjawab menyediakan pameran aktivti sarana SMKTTJ pada Perayaan Hari Guru Kebangsaan di Kompleks Belia Paroi pada 13- 16 Mei 2013.
Seterusnya , SMKTTJ terus menerima kunjungan beberapa orang tetamu termasuklah Yang Berbahagia Datuk Dr Khir Mohd. Yusof , Timbalan Ketua Pengarah KPM yang telah hadir ke sekolah pada pagi 16 Mei 2013 yang lalu. Kehadiran beliau adalah hasil daripada pembentangan yang dilakukan oleh Tuan Pengetua semasa Forum Hari Guru Peringkat Kebangsaan berkenaan. Ternyata , beliau amat berpuashati dan terkejut apabila melihatkan pencapaian kita di dalam program Sarana ini.
Justeru itu, SMKTTJ terus mendapat perhatian. Apabila KPM mengadakan sessi penerangan di dalam Program Dialog di TV 1 , RTM, pihak KPM telah meminta pihak RTM untuk mengambilk berita dan bahan-bahan berkaitan Sarana berkenaan di SMKTTJ.
Krew RTM yang terdiri daripada penerbit dan juru kamera telah datang ke sekolah dan telah melakukan rakaman berkenaan. Di dalam program rakaman ini , beberapa temu bual telah dilakukan melibat Tuan Pengetua, Ibu Bapa dan pelajar serta Guru. Rakaman keceriaan beberapa buah kelas juga telah dilakukan dan ternyata ia amat memeranjatkan krew berkenaan.
Rakaman ini telah disiarkan secara langsung semasa Program Dialog di TV1 pada 26 jun 2013 yang lalu.
RAKAMAN SARANA SMKTTJ DI DALAM MAJALAH 3 , TV3- 22-24 JULAI 2013
ALHAMDULILLAH....
PROGRAM SARANA SMKTTJ terus mendapat perhatian daripaa pelbagai pihak. ejayaan sekolah menjayakan program ini bersama-sama ibu bapa dengan cemerlang ternyata telah mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah ini.
Kalau dahulu, SMKTTJ terkenal dengan maslah yang pelbagai . daripada sebuah sekolah yang dikenali sebagai sekolah bermasalah disiplin, vandalisme , dan pergaduhan, kini SMKTTJ telah mula dikenalai dengan imej baru yang hebat sebagai sebuah sekolah cemerlang khususnya di dalam program Sarana.
Program sarana di sekolah ini hasil kerjasama hebat antara sekolah dan ibu bapa ternyata telah menarik perhatian ramai pihak yang ingin mencontohi pencapaian dan melihat apakah ramuan yang digunakan yang membolehkan kerjasama ini terjalin begitu hebat. Justeru itu,, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan pihak TV3 untuk melakukan rakaman aktiviti dan perjalanan kejayaan Sarana di sekolah ini.
Lanjutan itu, pada 22 hingga 24 Julai 2013 yang baru lalu, sekolah telah didatangi oleh Krew Majalah 3 , daripada TV3 untuk mengadakan rakaman selama 3 hari. Krew yang diketuai oleh cik Wnna sebagai penerbit dan juru kamera serta krew lain (5 semuanya) telah berkampung di SMKTTJ untuk menyiapkan rakaman tersebut.
pelbagai aktiviti yang melibatkan Sarana telahpun dirakamkan. Antaranya adalah sessi temu bual dengan Tuan Pengetua, Guru-guru, ibubapa dan pelajar.
Aktiviti yang sempat dimasukkan ke dalam rakaman ini adalah aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah ini iaitu:
1. Kelas atau prep malam
2. Bilik Operasi Sarana
3. Keceriaan Kelas
4. Solat hajat, dhuha dan yasin ibu bapa ( setiap Ahad)
5. Berbuka Puasa
6. Solat Tarawih berjemaah

7. Astaka sarana
8. Kelas menservis komputer ( Encik Zul)
Selain daripada itu beberapa aktiviti lain yang telah dilaksanakan, telah diambil gambar dan maklumat berkaitannya untuk dimasukkan juga di dalam program berkenaan.
Sambutan ibubapa dan para pelajar di dalam program rakaman ini amatlah memuaskan . Ibu bapa telah sanggup bersama menjayaklan setiap aktiviti yang diadakan sehinggalah ke jam 12 malam. Kesungguhan untuk bersama-sama sekolah meningkatkan nama sekolah dan imej sekolah ini amatlah dihargai , malah dikagumi.
Moga -moga Program Sarana ini akan terus berkembang dan terus cemerlang sehingga akhirnya. Sesungguhnya , program Sarana ini telah banyak memberi rahmat dan mengharumkan nama sekolah.
Terima kasih buat semua, TV3, ibubapa, guru, para pelajar, masyarakat, PIBG dan KPM serta JPNS.
PROGRAM SARANA SMKTTJ terus mendapat perhatian daripaa pelbagai pihak. ejayaan sekolah menjayakan program ini bersama-sama ibu bapa dengan cemerlang ternyata telah mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah ini.
Kalau dahulu, SMKTTJ terkenal dengan maslah yang pelbagai . daripada sebuah sekolah yang dikenali sebagai sekolah bermasalah disiplin, vandalisme , dan pergaduhan, kini SMKTTJ telah mula dikenalai dengan imej baru yang hebat sebagai sebuah sekolah cemerlang khususnya di dalam program Sarana.
Program sarana di sekolah ini hasil kerjasama hebat antara sekolah dan ibu bapa ternyata telah menarik perhatian ramai pihak yang ingin mencontohi pencapaian dan melihat apakah ramuan yang digunakan yang membolehkan kerjasama ini terjalin begitu hebat. Justeru itu,, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan pihak TV3 untuk melakukan rakaman aktiviti dan perjalanan kejayaan Sarana di sekolah ini.
Lanjutan itu, pada 22 hingga 24 Julai 2013 yang baru lalu, sekolah telah didatangi oleh Krew Majalah 3 , daripada TV3 untuk mengadakan rakaman selama 3 hari. Krew yang diketuai oleh cik Wnna sebagai penerbit dan juru kamera serta krew lain (5 semuanya) telah berkampung di SMKTTJ untuk menyiapkan rakaman tersebut.
pelbagai aktiviti yang melibatkan Sarana telahpun dirakamkan. Antaranya adalah sessi temu bual dengan Tuan Pengetua, Guru-guru, ibubapa dan pelajar.
Aktiviti yang sempat dimasukkan ke dalam rakaman ini adalah aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah ini iaitu:
1. Kelas atau prep malam
2. Bilik Operasi Sarana
3. Keceriaan Kelas4. Solat hajat, dhuha dan yasin ibu bapa ( setiap Ahad)
5. Berbuka Puasa
6. Solat Tarawih berjemaah

7. Astaka sarana
8. Kelas menservis komputer ( Encik Zul)
Selain daripada itu beberapa aktiviti lain yang telah dilaksanakan, telah diambil gambar dan maklumat berkaitannya untuk dimasukkan juga di dalam program berkenaan.
Sambutan ibubapa dan para pelajar di dalam program rakaman ini amatlah memuaskan . Ibu bapa telah sanggup bersama menjayaklan setiap aktiviti yang diadakan sehinggalah ke jam 12 malam. Kesungguhan untuk bersama-sama sekolah meningkatkan nama sekolah dan imej sekolah ini amatlah dihargai , malah dikagumi.Moga -moga Program Sarana ini akan terus berkembang dan terus cemerlang sehingga akhirnya. Sesungguhnya , program Sarana ini telah banyak memberi rahmat dan mengharumkan nama sekolah.
Terima kasih buat semua, TV3, ibubapa, guru, para pelajar, masyarakat, PIBG dan KPM serta JPNS.
MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN KEPADA PELAJAR DAN SEKOLAH YANG MENYERTAI PROGRAM
Majlis
gimik penyerahan Al-Quran bagi Program Pembudayaan Al- Quran dan
Tadarus Perdana _Sarana SMKTTJ Bersama Sekolah-Sekolah Zon Senawang
2013 di Balai Konfrensi SMKTTJ pada 11 Julai 2013 yang lalu.
Seramai 10
orang pelajar yang mewakili setiap
sekolah yang mengambil bahagian di dalam program ini telah menerima
senaskah Al-Quran . Di samping itu juga setiap sekolah juga menerima
sumbangan sekitar 300 naskah Al-Quran daripada stok yang ada di SMKTTJ
untuk menampung kekurangan di setiap sekolah berkenaan. hampir 2500
naskah Al-Quran pelbagai corak telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan
orang ramai, badan tertentu untuk menjayakan program ini.
Al-Quran ini
turut disampaikan kepada semua guru pengiring dan jawatankuasa program.
Turut hadir di dalam majlis ini ialah Tuan Mohd. Radzi , Pengetua SMK
Seremban Jaya 2.
Tahniah kepada semua pelajar yang menyertai program ini
dan terima kasih kepada semua penyumbang, terutamanya Dewan perniagaan
Melayu Negeri Sembilan , melalui Encik Ramlan Naim, yang menjadi
penyumbang terbesar pada tahun ini iaiatu sebanyak 2000 naskah.
Semoga
semua amal kebajikan kita diberkati Allah dan dimurahkan rezeki serta
dipermudahkan kehidupan kita selama-lamanya. insyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
























