SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 19, 2013

LAWATAN PN. ASIAH (TIM .PENG. BAHAGIAN SEKOLAH ,KPM) & DR. HAYATI TIM. PENG.PADU- 15 MEI2013

Sebaik tamatnya pembentang saya berkaitan SARANA iBUBAPA pada Forum Penglibatan IbuBapa , Komuniti dan Swasta  sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan yang diadakan di kompleks Belia Paroi,  sekolah telah  menerima banyak pujian dan ucapan tahniah di atas kejayaan program SARANA yang diadakan di SMKTTJ.

Gerai pameran SARANA telah dikunjungi oleh para pendidik daripada merata pelususk negara untuk mendapatkan penerangan dan melihat sendiri hasil daripada perlaksanaan SARANA di SMKTTJ.

Para pengunjung juga berpeluang mendengar taklimat terus daripada para ibubapa yang turut menjayakan SARANA, yang bertugas sendiri di gerai tersebut. Di samping melihat pameran aktiviti SARANA yang dilakukan mereka juga dapat membeli CD SARANA di SMKTTJ yang diusahakan oleh Ahli Jawatankuasa Sarana Ibubapa itu sendiri. Keadaan ini menguatkan keyakinan para pengunjung akan kejayaan program ini yang dilaksanakan sepenuhnya oleh ibubapa.

hal ini turut menarik perhatian Puan Asiah , Timbalan Pengerah Bahagian Sekolah yang merupakan pengerusi program SARANA peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia yang tertarik dan berhasrat untuk melihat sendiri secara lebih dekat dan nyata akan perlaksanaannya di SMKTTJ.


Justeru itu pada 15 Mei 2013, kira-kira jam 2.30 petang beliau sendiri telah hadir ke sekolah bersama Dr. Hayati , Timbalan Pengarah PADU .  Kehadiran beliau telah disambuyt oleh pengurusan sekolah yang diketuai olkeh Tuan Pengetua yang telah membawa tetamu ini melawat kelas-kelas yang menjayakan SARANA. Ternyata tindakbalas pertama mereka ialah mereka amat KAGUM! dengan apa yang mereka lihat  apatah lagi apabila sempat bertanya dengan pelajar yang terlibat secara langsung dengan program SARANA serta guru dan ibubapa yang hadir.

lawatan mereka berdua pada petang itu telah membawa mereka ke semua kelas yang terlibat dan mereka juga sempat merakamkan keindahan kelas-kelas yang dilawati melalui telefon dan kamera mereka . Sambil itu, pihak sekolah juga telah menyediakan seorang pelajar krew Lensa untuk merakamkan program lawatan tesebut dan gambar-gambar itu kemudiannya dikongsikan bersama Dr. Hayati untuk dijadikan bukti sah perlaksanaan program SARANA di sekolah.

Ternyata ia merupakan pengalaman pertama kali mereka melihat kejayaan penglibatan ibubapa di dalam SARANA yang selama ini mungkin tidak pernah mereka lihat dan bayangkan. Semua urusan menceriakan bilik-bilik kelas ini dilakukan sendiri oleh para ibubapa, bersama pelajar termasuklah kos, urusan mengecat, membeli peralatan , merancang tema , pilihan warna dan penyediaan bahan pengajaran di dalam kelas berkenaa

Sessi lawatan juga telah sempat berkunjung ke bilik MPV dan Balai Konfrensi sekolah yang serba canggih.




Rata-ratanya mereka melahirkan rasa kagum dan terkejut kerana sekolah kita telah berjaya melaksanakan SARANA dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu kira-kira 3 bulan sahaja. Suatu lagi kekaguman mereka ialah berkaitan penglibatan ibubapa dan komitmen mereka yang cukup luar biasa di dalam melaksanakan program ini.

Pihak sekolah berharap juga agar pihak kementeria membantu sekolah di dalam menyebarluaskan program ini ke serata negara agar setiap sekolah di negara ini dapat melaksanakannya dengan jayanya.

persoalan-persoalan yang sering menjadi pertanyaan ialah ," Bagaimana pihak sekolah dapat menarik penglibatan ibubapa ke sekolah dalam menjayakan SARANA ini?"


Saya menegaskan bahawa perkara pertama yang paling penting ialah untyuk menyakinkan kesungguhan dan komitmen sekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan membntuk anak-anak mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. hanya dengan keyakinan dan apabila penjaga ini nampak usaha yang dilakukan, maka mereka akan tergerak hati untuk bersama-sama sekoalh untuk membantu kejayaan anak-anak mereka.

Perkara yang kedua ialah komitmen dan kesungguhan sekolah untuk bersama mereka. kerjasama antara sekolah dan ibubapa akan menyedarkan ibubapa bahawa mereka juga ada tanggungjawab dan pihak sekolah tidak dilihat bertujuan untuk mempergunakan mereka sebaliknya untuk bersama-sama mereka .


Di sinilah akhirnya akan lahirnya kepercayaan atau 'trust" antara ibubapa dan guru yang kemudiannya akan menggerakkan mereka untuk menyumbang tenaga dan bakti bersama-sama. Hubungan eraty seper5ti keluarga yang besar ini akan akhirnya memperkukuhkan ikatan dan rasa tanggungjawab antara kedua-duanya.





Ternyata SARANA ini telah membawa sekolah ke satu arah kejayaan yang hebat. Kesatuan tenaga, idea dan usaha ibubapa dan pihak sekolah telah melonjakkan minat dan motivasi pelajar di samping melonjakkan nama sekoalh ke peringkat tertinggi.

Kejayaan SARANA ini mempunyai implikasi yang cukup hebat. Selain hubungan mesra antara ibubapa dan guru serta pelajar, ia juga telah meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar dengan cemerlang.

Seperti kata seorang pelajar Mohd. shafik daripada Kelas 2UM, " SARANA bukan sahaja menyebabkan saya seronok belajar di dalam suasana kelas yang cantik dan selesa , tetapi saya juga semakin fokus di dalam pelajaran". Moga-moga usaha yang hebat dan ikhlas daripada iibubapa ini akan menjadi asbab kepada kejayaan anak-anak mereka di dalam pelajaran dan melonjakkan nama sekolah setaraf sekoalh-sekolah ternama yang lain...InsyaAllah....

Tuesday, May 14, 2013

PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU KEBANGSAAN 2013, PAROI, NEGERI SEMBILAN -14 MEI 2013












GERAI PAMERAN SARANA SMKTTJ DI HARI GURU KEBANGSAAN -14 -19 MEI 2013, PAROI

SEMPENA HARI GURU KEBANGSAAN 2013  di Paroi Negeri Sembilan, SMKTTJ telah diberikan tanggungjawab dan penghormatan untuk  menguruskann segala yang berkaitan dengan pameran SARANA .
Gerai ini mula diuruskan persiapannya pada 13 Mei 2013 dan beroperasi sehingga 19 Mei 2013.

Alhamdulillah , sambutan yang diterima oleh poara pengunjung pada sepanjang program dan pameran adalah amat-amat menggalakkan.

Tambah menarik apabilka geraai pameran ini dikunjungi oleh semua tetamu utama sambutan Hari Guru kebangsaan bermukla dengan lawatan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Ketua Pengarah KPM , Timbalan Ketua Pengarah KPM dan pegawai-pegawai KPM, JPN negeri daripada seluruh negara dan pegawai-pegawai  serta guru-guru.

Rata-rata pengunjung yang datang amat tertarik dengan bahan-bahan yang dipamerkan di gerai ini , yang keseluruhannya adalah berupa bahan-bahan aktiviti SARANA yang dilaksanakan di SMKTTJ.  Di gerai ini terdapat gambar -gambar berkaitan perlaksanaan program dan segala dokumen berkaitannya.

Namun suatu yang amat menarik berkaitan dengan gerai ini , yang menjadi tarikan utamanya ialah kehadiran ibubapa yang mengendalikan gerai ini sepenuhnya bersama-sama dengan guru-guru sekolah ini.,  Ibubapa ini adalah daripada AJK SARANA yang ditubuhkan di sekolah oleh ibubapa sendiri.
Di sini , ibubapa ini telah merangka jadual bertugas mereka masing-masing mengikut syif yang ditentukan dan mereka juga telah bertindak sebagai penyambut tetamu, penyampai  maklumat dan penerangan kepada semua pengunjung.  Mereka ini sememangnya merupakan kumpulan penjaga yang telah benar-benar faham apakah itu SARANA dan telahpun terlibat  melaksanakannya sendiri. Justeru itu, mereka tidak kekok untuk memberikan penerangan kepada para pengunjung.

Mereka juga merupakan orang yang menyiapkan segala kerja-kerja berkaitan pameran . Bermula daripada menghiasa gerai, menyediakan bahan, melakukan kerja-kerja pencetakan bahan dan lamenating, menampal bahan -bahan  dan menjual bahan-bahan seperti cd berkaitan SARANA. Semua ini dilakukan dengan SUKARELA!
Terdapat juga para pengunjung yang begitu tertarik dengan program yang dilaksnakan dan menyatakan hasrat untuk datang melawat ke sekolah. Kami amat berbesar hati untuk  menerima kehadiran para tetamu!.
Turut hadir di daalam memberikan sokongan kepada SMKTTJ  pada hari pertama perlancaran gerai pameran ini ialah YDP PIBG, NYDP PIBG dan rakan-rakan daripada USAHANITA Negeri Sembilan yang menjalin kerjasama dengan SMKTTJ di dalam pelbagai bidang.


Kumpulan SARANA ini diketuai oleh Pengerusi SARANA IBUBAPA SMKTTJ senbdiri iaitu Encik Azlan dan Encik Zul serta beberapa ibubapa lagi (mengikut syif) masing-masing.

Seperkara yang menyentuh hati saya ialah , apabila iibubapa ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi iaitu apabila ada yang mengambil cuti  hanya untuk berada di gerai ini dan bertugas!

Dengan kehadiran ibubapa ini ternyata , kejayaan program SARANA di SMKTTJ ini  bukan hanya rekaan semata-mata. Para pengunjung dapat berinteraksi  sendiri dengan ibubapa ini dan bertanyakan soalan terus kepada mereka dan berkongsi pengalaman tentang penglibatan mereka di dalam kejayaan program ini.
Di gerai ini juga ada menjual CD yang mengandungi bahan pembentangan saya semasa menjadi ahli panel Forum Penglibatan Ibubapa, Komuniti dan Swasta pada petang 14 Mei 2013. CD ini merupakan huraian tentang SARANA ibubapa yang paling mudah dan ringkas yang mampu memberikan kefahaman kepada semua pihak yang mahu melaksanakan program ini .
Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar dan cemerlang!

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa SARANA ini yang teah memberikan komitmen yang terhebat!
Kesan daripada pameran ini  adalah lawatan beberapa pegawai KPM pada keesokan harinya  ke SMKTTJ , khusus untuk melihat perlaksanaan SARANA ini terus!

Beberapa persoalan yang sering ditanyakan oleh para pelawat ini ialah, "Bagaimana pihak sekolah boleh memanggil ibubapa ini ke sekolah sebegitu sekali?"
Hasil daripada kejayaan di dalam pameran ini ialah, pihak sekolah dan AJK SARANA telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas  iaitu AJK Sambutan Lawatan , yang mana segala urusan lawatan pengunjung luar ke SMKTTJ , akan diuruskan oleh para ibubapa ini.  para ibubapa ini , telah menyambut baik cadangan ini dan sedang  berlatih untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang>

MENJADI AHLI PANEL MAJLIS FORUM & DIALOG PENGLIBATAN IBUBAPA, KOMUNITI & SWASTA SEMPENA HARI GURU KEBANGSAAN, PAROI, 14 MEI 2013

ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR...

Sempena Hari Guru Kebangsaan yang berlangsung di Negeri Sembilan, saya telah diberikan peluang oleh Kementerian pelajaran Malaysia dilatik sebagai salah seorang ahli panel Majlis Forum dan Dialog Penglibatan PIBG, Komuniti dan Swasta Di dalam pendidikan yang berlangsung di Ballroom, Kompleks Belia Paroi , pada 14 Mei 2013.

Peluang ini diberikan untuk berkongsi pengalaman bersama pihak kementerian, PIBG, pengetua , Guru Besar dan seluruh warga pendidik mengenai SARANA iaitu penglibatan ibubapa di dalam pendiidikan sekolah.  Di dalam dialog ini saya membentangkan tajuk berkaitan 'Strategi Perlaksanaan Sarana Di Sekolah: Pengalaman SMKTTJ". 

Turut sama di dalam majlis ini sebagai ahli panel adalah Dr. Abdul Hadi, YDP SMK Tuanku bainun, Ipoh, mewakili PIBG dan Dato Siva, mantan Presiden NUTP sebagai mewakili NGO. Sementara itu narator program adalah tuan Hj. Zainuddin, Pengarah Bahagian Sukan KPM.

Tetamu istimewa pada hari tersebut adalah Dato Dr Khir Mohd. Yusof, Timbalan ZKetua Pengarah KPPM.

Sebelum  sessi dialog berlangsung, satu sessi perbincangan dan penyelarasan telah diadakan di bawah  seliaan Pn. Asiah , Tim Pengarah bahagian Pengurusan sekolah KPPM bersama ahli panel yang lain untuk menyelaraskan tajuk dan isi perbincangan.

 Secara khususnya pihak SMKTTJ akan lebih  menumpukan kepada strategi perlaksanaan SARANA Ibu Bapa di sekolah. Kita cuba membincangkan dan menjelaskan bagaimana SARANA ibubapa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di sini , langkah-langkah perlaksanaan dan aktiviti serta peringkat perlaksanaannya.

 Perkara ini perlu ditekankan kerana hasil daripada sessi penerangan yang disampaikan di Melaka pada 16 April 2013 yang lalu, saya dapati  hampir semua sekolah tidak melaksanakan SARANA ibubapa ini. Terdapat kekeliruan yang nyata tentang konssep SARANA dan peranan PIBG . mereka juga banyak bertanyakan persoalan tentang bagaimana nak memulakannya.

Rata-rata para hadirin yang datang melahirkan kekaguman akan perklaksanaan SARANA di SMK TTJ . SMKTTJ sebenarnya telah menjadi sesuah sekolah yang menjadi benchmark akan perlaksanaan SARANA ibubapa ini di negara ini. Tahniah, SMKTTJ terutamanya ibubapa yang menyahut seruan sekolah untuk membuktikan kehebatan sekolah kita ini.

Di dalam pembentangan ini saya juga menekankan akan isu yang sering menjadi perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pengurusan sekolah, ibubapa , PIBG dan masyarakat. Antaranya ialah:

1. Keterbukaan Sekolah:
 Prinsip keterbukaan sekolah terutamanya pihak pengurusan sekolah mestilah adalah di dalam menerima pandangan, idea dan keputusan ibubapa untuk kebaikan bersama. Sekolah mestilah membuang ego dan sikap serba tahu, serba pandai dan serba hebat di samping melihat pula ibubapa atau komuniti ini sebagai ancaman kepada pengurusan sekolah. Sebaliknya sekolah mesti bekerjasama dan melihat bahawa banyak kebaikan yang boleh diambil atau digarap daripada masyarakat/ ibubapa untuk kebaikan sekolah. Saya seringkali menekankan akan berprinsip bahawa setiap orang yang datang untuk membantu perlulah dialu-alukan dan jika diibaratkan sekolah sebagai rumah, maka setiap ibubapa yang datang adalah membawa rezeki kepada sekolah untuk menjadi cemerlang.  Maka itu, perlulah ada perubahan persepsi dan sentiasa bersangka baik terhadap ibubapa.

2. Keterbukaan masyarakat dan perubahan mindset baru ibubapa dan masyarakat:

Ibubapa terutamanya hendaklah sentiasa memikirkan tentang apakah yang mampu mereka sumbangkan dan bantu sekolah pada setiap peluang yang ada atau ketika hadir ke sekolah. Mereka tidak boleh lagi beranggapan bahawa sekolah ini sebagai tempat mereka meluahkan rasa tidak puashati, rasa marah dan komplen sahaja , sebaliknya hendaklah menjadikan sekolah sebagai tempat mereka menyumbang bakti, masa , wang ringgit untuk kemajuan bersama. Semua ibubapa mestilah sentiasa memikirkan apakah yang mereka boleh bantu dan sumbangkan kepada sekolah . Kerana sekolah tidak akan berkembang maju jika pihak sekolah dan ibubapa sentiasa bercakaran dan salin menyalah. Untuk mencari salah amat mudah. Untuk pihak ibubapa  mencari 100 kesalahan sekolah amat mudah dan vbegitu jugalah untuk mencari 200 kesalahan ibubapa juga amat mudah.

3. Komitmen dan tolak ansur:

Komitmen dan tolak ansur  semua pihak sama ada ibubapa , sekolah, guru-guru dan para pelajar perlu ada.  Perlaksanaan SARANA secara berkesan hanya berjaya jika masing-masing sanggup mengorbankan kepentingan peribadi semata-mata untuk memastikan kejayaan anak-anak. Masa , kelapangan dan penat bukan lagi penghalang kepada kejayaan program ini. Minat, kesedaran akan kebaikannya dan peluang untuk kita berbakti dan menyumbang sesuatu demi melihat kejayaan anak-anak dan murid-murid adalah keutamaan yang menafikankan segala isu di atas. Jangan mencari helah atau sibuk mempersoalkan  tentang "tanggungjawab siapa", tetapi sebaliknya menganggap ia adalah tugas kita bersama. Gagal atau berjaya , adalah tanggungjawab kita bersama. maka, pilihlah sama ada kita ingin dikenali sebagai orang yang berjaya atau orang yang gagal.

Alhamdulillah...di SMKTTJ hampir semua ramuan tersebut ada dan diadun dengan begitu baik. Inilah keistimewaan dan perkara luar biasa yang wujud di kalangan ibu bapa . Sesuatu yang di luar jangkaan sebelumnya.

SARANA IBUBAPA: Penglibatan Ibubapa di Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Paroi , Negeri Sembilan

Sambutan hari Guru Kebangsaan pada tahun ini yang dilangsungkan di Negeri Sembilan menjadi suatu yang istimewa buat seluruh warga SMKTTJ. Pertamanya, SMKTTJ diberikan penghormatan menyediakan dan menguruskan gerai pameran SARANA di Ekspo Pendidikan di komleks Belia Paroi.

SMK TTJ juga telah diberikan penghormatan apabila Tuan Pengetua sendiri telah terpilih sebagai salah seorang ahli panel bagi Forum dan Dialog penglibatan Ibu Bapa,  KOmunitii dan Swasta pada 14 Mei 2013 yang lalu. turut bersama menjadi ahli panel ialah Datuk Siva Subramaniam, mantan Presiden NUTP serta Dr. Abdul Hadi, YDP SMK Tuanku Bainun, Perak.

Namun sesuatu yang lebih istimewa ialah penglibatan ibu bapa di dalam  pameran ini sebagai jawatankuasa membantu menyediakan gerai pameran, memasang dan menyediakan bahan-bahan dan menjaga gerai serta memberikan penerangan langsung tenatang SARANA ibubapa kepada para pengunjung.



Inilah bukti kejayaan Program SARANA yang telah dilaksanakan sepenuhnya di SMKTTJ yang merupakan satu-satunya sekolah di Negeri Sembilan dan Malaysia yang telah menjalankan aktiviti SARANA ini sepenuhnya.



Daalam hal ini AJK SARANA SMKTTJ di bawah pimpinan Encik Azlan telah mengambil inisiatif sendiri menguruskan penyediaan gerai ini, menyediakan bahan-bahan pameran, banner dan kain rentang serta menyediakan jadual tugas menjaga gerai setiap hari sejak 13 Mei hinggalah ke hari akhir 19 Mei 2013.


Kehadiran mereka menjadi bukti kukuh kepada kejayaan penglibatan ibu bapa melalui program Sarana di SMKTTJ . Mereka juga telah bertindak sebagai pemberi penerangan kepada makna SARANA dan menjawab soalan-soalan secara terus. Ternyata mereka telah memahami dengan tepat akan makna SARANA dan mampu menjayakan program ini dengan betul dan tepat.

Kehadiran mereka di gerai panmeran ini juga telah menarik minat pengunjung yang hadir yuntuk mendapatkan penerangan tentang program SARANA  dan dapat berbincang secara terus daripada mereka sebagai orang yang terlibat secara langsung di dalam program ini.


Justeru itu , tidak hairanlah apabila ramai daripada pengunjung yang melahirkan kekaguman  dan berjanji akan datang melawat SMKTTJ .Antara tetamu yang menyatakan hasrat untuk hadir melihat sendiri perlaksanaan program ini ialah Pn. Asiah iaitu Ketua SARANA di KPPM dan Datuk Dr. Khir Mohd Yusof iaitu Tim. Ketua Pengarah pelajaran Malaysia


Kehadiran mereka juga menarik minat beberap media untuk menemuramah mereka tentang kejayaan SARANA ini .




Turut hadir memberikan sokongan menjayakan program SARANA di sekolah ini juga ialah USAHANITA ( Usahawan Wanita) Negeru sembilan di bawah seliaan Datin Khalijah yang telah hadir seawal pagi 14 MEI 2013 untuk memberikan sokongan.

 USAHANITA juga merupakan rakan pintar SMKTTJ yang telah pun bersama kita sejak tahun lalu di dalam pelbagai aktiviti . Antar aktiviti yang dijayakan ialah Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana .












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...