SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, February 3, 2013

SARANA IBUBAPA SMKTTJ 2013...2UM PELOPOR KERJASAMA DAN KEPERIHATINAN IBUBAPA..

2 FEBUARI 2013..Sejarah tercipta di SMK Taman Tuanku Jaafar, apabila hasrat ibu bapa yang dihasratkan melalui Progran SARANA anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia benar-benar dapat direalisasikan di sekolah ini. Pelopor kepada kejayaan program ini dimulakan di kelas 2UM di bawah seliaan Guru tingkatan Puan sabariah Seman.
Pada hari ini , ibu bapa para pelajar kelas 2UM dengan dibantu oleh anak-anak pelajar di kelas berkenaan dan guru-guru, mereka telah menjayakan kerja-kerja gotong royong menghias, mengecat dan memasang peralatan baharu di dalam kelas berkenaan demi keselesaan anak-anak mereka belajar.
 

Syabas ! dan tahniah! serta ucapan terima kasih yang teramat tinggi buat semua ibu bapa , para pelajar dan guru kelas berkenaan yang telah berjaya mencipta sejarah penglibatan ibu bapa di dalam membantu kecemerlangan sekolah.
Bermula dengan mesyuarat di kalangan ibu bapa yang diadakan lebih kurang 2 minggu yang lalu, mereka telah memperlihatkan kesungguhan untuk menjadikan SARANA sebagai realiti. kesungguhan dan komitmen tingi mereka jelas terpancar dengan usaha mereka mengadakan mesyuarat pada malam hari , dengan disertai ibu bapa yang ramai dan dengan membawa hidangan dari rumah masing-masing. pada malam berkenaan juga, mereka telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM600.00 sebagai permulaan bagi menjayakan program di dalam kelas berkenaan. 
 
Pelbagai cadangan dinyatakan oleh ibu bapa berkenaan yang semuanya amat positif dan proaktif demi menjayakan program ini. Saya amat kagum dengan sikap mereka . Lantas pada hari ini mereka benar-benar membuktikan komitmen dan kesungguhan mereka. Kita menaruh keyakinan yuang tinggi , berkat komitmen yang tinggi , yang ditunjukkan oleh ibubapa ini, InsyAllah , pastinya akan menyuntik semangat yang hebat pada diri anak-anak untuk mencipta kecemerlangan yang hebat juga.
Selain daripada kelas 2UM, beberapa kelas lain juga telah menyatakan hasrat untuk menjayakan program ini. Ada ibubapa  daripada kelas lain yang telah menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan gotong royong di anatara mereka untuk menghias kelas anak-anak mereka... Jazzakallah... Kecil tapak tangan, padang SMKTTJ saya tadahkan...
Inilah yang menifestasi daripada slogan yang kita dukung pada tahun ini...SERLAHKAN KEHEBATAN...

Perangcangan sekolah adalah untuk melibatkan semua ibu bapa di dalam kelas-kelas lain juga. Sehingga kini beberapa kelas telahpun mengorak langkah ke arah itu. Perlancaran Program SARANA ini akan dirasmikan semasa Perasmian Mesyuarat Agong PIBG sekolah pada 23 Febuari ini nanti.  SMKTTJ diharapkan akaan menjadi modelk kepada kejayaan penglibatan ibu bapa di dalam program SARANA ini.


Sedari awal, apabila saya ditempatkan di sekolah ini, saya telah melihat peluang dan kehebatan yang cukup banyak, yang ada di sekolah ini dan di kalangan masyarakat dan persekitarannya. Sekolah ini memang mempunyai kehebatan yang mungkin pada sebahagian besar tidak terlihat oleh ramai orang... tetapi ternyata kini, jika dapat diadun dan digemblengkan seluruh kekuatan ini, SMKTTJ , pasti akan menjadi sebuah sekolah yang terhebat!... Ternyata, dengan pencapaian kita setakaat ini, kita telah benar-benar mula MENYERLAHKAN KEHEBATAN  kita...Kini, ibu bapa dan masyarakatnya pula telah MENYERLAHKAN KEHEBATAN  yang ada pada mereka...

 
Saya pasti, ini merupakan suatu sejarah!...

Tuesday, January 29, 2013

TAHNIAH THINKQUEST SMKTTJ MENCIPTA SEJARAH..JOHAN NEGERI 2012

SYABAS ! DAN TAHNIAH!
SEJARAH tercipta lagi oleh warga sekolah kita dengan pencapaian yang cemerlang dan menakjubkan ini....
SMKTTJ membuktikan kesungguhan , komitmen dan kehebatan tersendiri apabila berjaya mencatat kejayaan merangkul keceemerlangan di dalam Pertandingan ThinkQuest Peringkat Negeri , Anjuran JPNS dan BTPNS serta TELEKOM MALAYSIA BERHAD dan keluar sebagai:
1. Johan ThinkQuest 
2. Johan Best Coach - Cik Khalila Kudri
3. Saguhati ke 5 


Pasukan ThinkQuest SMKTTJ telah menghantar penyertaan sebanya 7 pasukan .
Pencapaian ini merupakan sesuatu yang amat manis kerana pasukan ThinkQuest SMKTTJ hanya ditubuhkan pada Jun 2011 daan mendaftar di bawah tapak sendiri pada bulan April 2012 dan terus memasuki pertandingan pada bulan Ogos 2012 dan terus menjadi JUARA!
 

Majlis penyampaian nya telah diadakan di Terminal One , Seremban oleh Puan Radziah , Ketua Sektor Akademik JPNS serta diiringi oleh Pengurus Perniagaan Telekom Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan Ketua Penolong Pengarah BTPNNS, Encik Abdullah.
Sebagai Johan , pasukan telah menerima plak dan hadiah wang tunai sebanya RM500.00. saguhati kelima pula sebanyak RM150.00

Disebabkan pertandingan diadakan pada hujung tahun lalu, maka hadiah-hadiah hanya dapat disampaikan di perhimpunan sekolah pada tahun ini. Penyampaian hadiah di peringkat sekoalh telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua sendiri.

 
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan berharap agar kejayaan ini dapat diteruskan lagi di dalkam pertandingan-pertandingan seterusnya.
Pihak sekolah juga turut merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada Encik NurHaslim Moksin, Penolong PPD Tampin yang merupakan bekas guru ICT di SMK Jelai Felda yang telah membantu membimbing pasukan ini pada awal-awal penglibatan  pasukan ini di dalam ThinkQuest.


TAHNIAH SMKTTJ...SEJARAH TERCIPTA...

TAHNIAH PASUKAN MERENTAS DESA SMKTTJ MENCITA SEJARAH....

SMKTTJ berjaya mencatat kejayaan yang amat membanggakan kerana buat pertama kalinya, sekolah telah berjaya menjadi Naib Johan bagi acara merentas desa peringkat daerah Seremban bagi 3 kategori iaitu:

1. Naib Johan Perempuan kelas 2
2. Naib Johan lelaki Kelas 2
3. Naib Johan Perempuan Kelas 1
4. Johan Individu perempuan Kelas 2

Ini adalah bukti bahawa setiap warga sekolah telah mampu menghayati motto kecemerlangan sekolah pada tahiun ini iaitu, ' SERLAHKAN KEHEBATAN"...















PERTEMUAN DENGAN WARGA SESSI PETANG...

PERTEMUAN kali pertama dengan warga sekolah sessi petang di atas jemputan Penyelia Petang Encik Malik Rejab.
 

Pertemuan ini amat bermakna kerana  pada kesempatan ini Tuan Pengetua telah menggunakannya untuk memberikan semangat kepada para pelajar dan para guru agar mereka terus bersemangat dan tidak berasakan diri mereka sebagai warga kelas kedua  berbanding warga sessi pagi.

Tuan Pengetua telah mengaskan bahawa kita semua adalah berada di dalam satu organisasi yang sama cuma berbeza sessi hanya kerana kekurangan kelas untuk menempatkan semua pelajar dan warga ke sessi pagi. namun begitu cita-cita, visi dan sasaran kita tetap sama iaitu untuk menjulang nama hebat SMKTTJ ke mercu kejayaan dan kecemerlangan.
Hakikat cita-cita dan visi untuk cemerlang ini jelas dinyatakan oleh Tuan Pengetua melalui cogan kata atau moto  pada tahun ini iaitu, 'SERLAHKAN KEHEBATAN'.

Dalam ucapannya Tuan Pengetua menegaskan bahawa , SMKTTJ dan semua warganya mempunya kehebatan. malahan kehebatan ini telah ditonjolkan di dalam beberapa aktiviti dan program yang mampu membuka minda dan mata masyarakat. Namun, kehebatan yang ada perlu dipertingkatankan dan dipamerkan bagi mengangkat darjat dan nama kita. Ini penting bagi menunjukkan bahawa kita semua mempunyai cita-cita besar dan maruah untuk membuktikan kita memang hebat.
 Usaha ini memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak. Sama ada pelajar, guru , staf dan pekerja sekolah, semuanya perlu punyai visi yang selari dan bertindak selari dengan visi tersebut. tetapkan sasaran dan ambil tindakan bagi merealisasikannya.

Justeru itu, semua pihak perlu ada semangat juang yang tinggi dan utuh bagi bekerja keras menjulang kecemerlangan sekolah. Ciptalah kejayaan dan kecemerlangan sebanyak mungkin dan lakukannya dengan hebat, dan pantas. Lakukan kejutan dan lonjakkan kejayaan yang hebat !

Seperkara lagi yang dinyatakan oleh Tuan Pengetua ialah berkaitan moto dan visi untuk melahirkan pelajar yang punya KAREKTOR  dan WATAK  yang hebat. Melalui moto kecemerlangan sahsiah pada tahun ini yang berbunyi:

"KNOWLEDGE IS POWER but CHARACTOR IS MORE"

 sekolah telah memfokuskan kepada usaha melahirkan pelajar yang berkarektor atau mempunyai personaliti yang unggul! Pembinaan insan mulia dan hebat dengan keperibadian yang hebat ini lah yang mampu menjana kecemerlangan sekolah ke tahap yang hebat. Seterusnya kita akan mampu melahirkan warga atau insan seimbang sepertimana yang diimpikan di dalam falsafah pendidikan negara.

Dalam hal ini , penekanan kepada disiplin yang kukuh adalah menjadi keutamaan. Hanya dengan disiplin yang kukuh dan mantap yang mampu menjadi benteng dan pemaju kejayaan pelajar dan seluruh warga sekolah.

Pihak sekolah amat yakin dengan kepimpinan Encik Malik Rejab pada sessi petang akan mampu membimbing seluruh warga sekolah ke arah pencapaian misi berkanaan. Semoga semua impian dan cita-cita kita akan termakbul dan setiap usaha kita akan dijadikan sebagai ibadah untuk kita meraih keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
 

Sunday, January 27, 2013

MERENTAS DESA SMKTTJ...16 JANUARY 2013


Sambutan terhadap Merentas Desa SMKTTJ pada 16 Januari 2013, amat-amat menggalakkan. Ternyata kehadiran pelajar yang begitu ramai dan penuh bersemangat mencerminkan suatu kebangkitan kesedaran dan kesungguhan para pelajar khususnya untuk melonjakkan nama sekolah dan menyerlahkan kehebatan sekolah di dalam bidang sukan. 

Merentas Desa sekolah telah diadakan pada jam 2.30 petang dan para peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing , lengkap derngan pakaian rasmi warna rumah, dikelompokkan di dalam beberapa kategori iaitu:

1. Lelaki Kelas 1 
2. Perempuan Kelas 1
3. Lelaki Kelas 2
4. Perempuan Kelas 2



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...