SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, March 18, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH- 3 MAC 2012






PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH 2012, selamat dilangsungkan di perkarangan Dataran Cendiakawan pada 3 Mac 2012 yang lalu. Pertandingan yang dibuka kepada semua pasukan Badan Beruniform sekolah ini disertai oleh sebanyak 13 pasukan. Pertandingan bermula pada jam 8.40 pagi dan tamat pada jam 2. 30 petang. Majlis penutup pertandingan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Balai Polis senawang dan turut bersama ialah Tuan Pengetua dan barisan pengurusan sekolah serta semua guru daripada kedua-dua sessi pagi dan petang.

Pada pertandingan ini , Juara Kategori Puteri telah dimenangi oleh Kadet KRS dan Putera pula oleh PBSM. Ketua Platon KRS Puteri juga telah diumumkan sebagai ketua platon terbaik bersama dengan ketua platon putera daripada pasukan pengakap. Kedua-dua pasukan yang menang akan dipilih mewakili sekolah untuk ke pertandingan Kawad Kaki badang beruniform Peringkat Daerah Seremban pada April nanti.

Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk membentuk pasukan terbaik sekolah sebagai persediaan di pertandingan peringkat daerah seremban dan juga untuk membentuk disiplin pelajar. Di samping itu , kesatuan dan komitmen pasukan juga dapat dibentuk melalui disiplin dan jadual latihan yang perlu dipatuhi.

Walaupun , pada hakikatnya masih banyak yang perlu diperbaiki , sekurang-kurangnya usaha ini, adalah sebagai asas dan permulaan untuk kita bergerak lebih baik dan mengadakan latihan yang lebih baik untuk kita mencapai kejayaan.

Kepada guru-guru dan pasukan badan beruniform, jangan berpuas hati dengan apa yang telah kita laksanakan pada hari ini, tetapi kita mestilah berusaha dengan lebih gigih meneruskan latihan yang lebih tersusun dan rapi untuk kita mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi. Hanya latihan, disiplin dan komitmen yang tinggi saha , kita mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang telah terkenal kehebatan mereka di dalam pertandingan ini. Namun, kita juga harus penya keyakinan diri bahawa kita juga punya kebolehan dan kemampuan yang sama jika kita mahukan kejayaan. Semangat dan cita-cita tinggi sebegini perlu ada untuk kita berjaya.

JALINAN KERJASAMA DENGAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN. 1 MAC 2012.




SMK TAMAN TUANKU JAAFAR menerima kunjungan Encik Ramlan daripada Bahagian Pembangunan Usahawan , Dewan perniagaan Melayu negeri Sembilan, yang melahirkan hasrat untuk membantu sekolah di dalam membimbing kelab usahawan dan memberikan bimbingan berkaitan keusahawanan secara 'hand-on'. Encik Ramlan merupakan seorang ahli perniagaan yang banyak melibatkan diri di dalam perniagaan di peringkat Antarabangsa. Antara perniagaan beliau adalah melibatkan kau-kayan, perabot, arang batu, minyak kelapa sawit, terutamanya di Indonesia, Vietnam dan pelanggannya kebanyakannya adalah di Jepun, China dan Amerika Syarikat.

Perbincangan diadakan antara Tuan Pengetua bersama Puan Hjh Ruzita selaku Setiausaha koperasi dengan Encik Ramlan, berlangsung di pejabat Tuan pengetua.

Antara kerjasama yang boleh dijalinkan ialah:

1. Pendedahan ilmu keusahawanan kepada para pelajar yang mengambil subjek Ekonomi dan Perdagangan secara teori dan praktikalnya.

2. Pendedahan kepada dunia perniagaan di dalam pelbagai bentuk perniagaan

3. Peluang berniaga secara terus kepada para pelajar

4. Bantuan dan bimbingan perniagaan kepada pihak koperasi dan kelab keusahawanan sekolah.

Antara program yang dicadangkan adalah melibatkan sessi ceramah perniagaan oleh pihak dewan perniagaan dan lawatan ke kilang dan pengeluar sebagai pendedahan terus pelajar kepada dunia perniagaan. Diharapkan, dengan adanya program sebegini, para pelajar dan guru pembimbing akan mendapat ilmu dan pengetahuan tentang dunia perniagaan secara terus daripada mereka yang terlibat terus di dalam bidang berkenaan.

Monday, March 12, 2012

KREW VIDEO SMKTTJ MEMULAKAN OPERASINYA...



ALHAMDULILLAH... dalam usaha untuk meningkatkan lagi aktiviti berkaitan ICT dan teknologi, pihak sekolah telah menubuhkan unit video sekolah atau dikenali sebagai Krew Video sekolah iaitu bermula pada Mac 2012 ini.

Krew ini diketuai oleh Encik Yazid dan Puan NorAzian Abd. Hani dengan 4 orang anggota. Sebahagian daripada anggota ini akan ditugaskan sebagai videographer dan sebahagian lagi akan bertugas sebagai wartawan dan penemuramah.

Idea penubuhan krew ini adalah bermula dengan hasrat sekolah untuk mewujudkan profail atau video korperat sekolah bagi tujuan promosi semasa lawatan tetamu luar ke sekolah ini. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan sekolah melalui ICT iaitu melalui penerbitan video-video berkaitan aktiviti sekolah dan akan dipaparkan secara online melalui Youtube atau sebagainya. Melalui penubuhan krew ini juga, akan diwujudkan pertandingan video terbaik berkaitan aktiviti sekolah sebagai galakkan kepada pelajar untuk mempromosikan aktiviti dan tempat menarik di sekolah ini. Selain itu ia juga diharapkan dapat merakamkan aktiviti-aktiviti sekolah yang dilakukan di luar untuk tatapan pelajar yang tidak berkesempatan bersama di dalam program-program berkenaan.

TEMURAMAH PENGETUA UNTUK VIDEO SEKOLAH







PADA 7 Mac 2012 , bersamaan hari Rabu, krew video sekolah telah membuat kunjungan dan sessi temuramah bersama Tuan Pengetua untuk video korperat sekolah. Krew Video yang baru sahaja ditubuhkan di bawah bimbingan Encik Yazid dan Puan NorAzian Abd. Hani adalah di dalam rangka menemuramah beberapa orang guru dan Jawatankuasa PIBG sebagai sebahagian daripada tugasan di dalam menyediakan video korperat sekolah dan profail sekolah. Kumpulan ini mempunyai anggota seramai 4 orang pelajar yang terdiri daripada wartawan dan teknikal.

Dalam temuramah ini , Tuan Pengetua telah ditanya mengenai beberapa perkara berkaitan sekolah yang antara lain adalah berkaitan moto sekolah, visi kecemerlangan, peranan PIBG, pandangan terhadap guru dan perancangan sekolah ke arah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Bagi memantapkan lagi kemahiran krew video ini, mereka telah turut mengikuti kursus penggambaran video dan editing bersama kumpulan LENSA, di bawah bimbingan pensyarah daripada Kolej Komuniti Jelebu pada 10 Mac 2012 yang lalu di sekitar PutraJaya dan KLCC.

PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SMKTTJ -28 FEBUARI 2012 2012..









Thursday, March 8, 2012

MENZIARAH KELUARGA MENDIANG jAVEN..PELAJAR SMKTTJ YANG MENINGGAL DUNIA..







Pada 5 Mac 2012 yang lalu, Tuan Pengetua bersama dengan Penyelia Petang, Encik Kalaiselvam, Guru Disiplin, Encik Uthama dan Guru Kaunseling Sessi petang, Encik Azmi Aziz telah berkesempatan menziarahi keluarga pelajar sekolah ini Jevan yang telah meninggal dunia di rumahnya. Setibanya di rumah , rombongan sekolah ini telah disambut oleh ayah dan keluarga mendiang. kesedihan jelas terbayang di wajah keluarga mereka, apatah lagi, mendiang merupakan satu-satunya anak lelaki mereka yang tinggal. Tambah menyedihkan, insiden yang menyebabkan kematian mendiang adalah sama sepertimana yang menimpa abang mendiang beberapa tahun dahulu. Pemergian abang mendiang itu menyebabkan mendiang menjadi tumpuan kasih sayang keluarga mereka di samping 2 lagi anak perempuan, iaitu kakak dan adik mendiang.

Mendiang merupakan anak dan murid yang baik. Mendiang seorang pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah disiplin dan rajin belajar. Pemergian mendiang amat meninggalkan kesan yang mendalam. Menurut bapanya, ketika hari kejadian, beliau sempat berbual dengan mendiang dan ketika meninggalkan rumah sebentar pada kira-kira jam 8 malam untuk berjumpa rakan. Sekitar 8.20 malam, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon memberitahu kemalangan yang menimpa anak beliau.

Pada kunjungan itu, Tuan Pengetua sempat menyampaikan sumbangan daripada pihak sekolah dan PIBG melalui tabung penyayang. Pihak sekolah berharap , keluarga mendiang bersabar di dalam menempuh dugaan ini. Pihak sekolah merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga mendiang.

Wednesday, March 7, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT DAN PENEMPATAN BARU PENGETUA DG52/ DG 48/DG34/ DG38...







BERTEMPAT DI BILIK GERAKAN SMK TUNKU DURAH , Seremban pada 6 Mac 2012 yang lalu berlangsung Majlis Penyerahan Watikah kenaikan pangkat pegawai , pengetua dan guru besar dan penolong kanan . penyerahan watikah perlantikan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Abd. Halim , Pengarah JPNS.

Dalam majlis tersebut, seramai 8 orang pengetua telah menerima surat watikah perlatikan ke DG 52 (Pengetua Cemerlang) Mereka yang menerima watikah berkenaan adalah:

1. Tuan Omar Bin Ahmad -SMK Tmn Tuanku Jaafar
2. Tuan Hj. Awalludin -SMK Senawang
3. Tuan Abd. Halim - SMK Mambau
4. Tuan Hj. Rosdin -SMK Simpang Gelami
5. Tuan Hj. Tahir Mustafa - SMK Dato Abdullah
6. Tuan Hj. Norhashim -SMK Undang Jelebu
7. Tuan Mohd. Amin -SMK DatoUndang Abd. Manaf
8. Tuan Kamaruzzaman Hasanuddin -SMK Jelai Felda

Kenaikan pangkat ini tidak melibatkan pertukaran sekolah dan mereka semuanya kekal di sekolah yang sama.

Dalam ucapan awal sebelum majlis penyerahan watikah dilangsungkan, YangBerbahagia Dato Pengaraah telah menyampaikan amat kepada semua pegawai yang menerima kenaikan pangkat agar menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah:

1. Menjalankan dan memikul amanah dengan ikhlas dan sempurna
2. Berintegriti di dalam pengurusan dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan
rasuah dan salahguna kuasa
3. Menguruskan hal ehwal kewangan dengan baik dan sentiasa bertanggungjawab sebagai
ketua di sesebuah sekolah.
4. Mematuhi S.O.P 1,3,7 di dalam menguruskan kes-kes yang berlaku di sekolah.

Apa yang diharapkan kepada semua pegawai yang dilantik , agar dapat memjalankan tugas dengan sempurna dan sentiasa mencipta kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah, moga-moga kejayaan yang dicapaai ini akan mampu meningkatkan lagi usaha gigih dan kreativiti dan innovasi di dalam pentadbiran sekolah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...