SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 17, 2012

KURSUS GURU BARU 2012-PERKONGSIAN ILMU










KURSUS UNTUK GURU-GURU BARU SMKTTJ telah berlangsung pada Sabtu, 11 Febuari 2012 yang lalu di Balai Konfrensi dengan dihadiri lebih daripada 10 orang guru. Kursus ini adalah kursus wajib bagi setiap guru baru yang ditempatkan di sekolah ini , bermula pada tahun 2012 ini. Guru baru ini bermaksud guru yang baru sahaja masuk bertugas ke sekolah ini pada tahun berkenaan. namun bagi kursus buat kali pertama ini , pesertanya adalah terdiri daripada semua guru yang baru ditempatkan di sini sejak tahun 2011 yang lalu.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:

1. Memberikan pendedahan budaya kerja sekolah yang harus difahami dan dipatuhi oleh
setiap guru di sekolah ini.

2. Mendedahkan guru-guru baru ini dengan teknik pengajaran yang berkesan daripada
guru-guru cemerlang dan guru yang berpengalaman.

3. Berkongsi pengalaman terbaik atau "best practices", di antara guru-guru baru dan
guru sedia ada.

4. Menerangkan tentang organisasi sekolah, misi, visi, motto dan slogan sekolah serta
perancangan sekolah.

5. Penyediaan Buku Rekod terbaik.

Antara penceramah yang diundang ke majlis ini pada kali ini ialah:

1. Encik Akashah Ismail, GPK Akademik
2. Tuan Hj. Zakaria Ismail, GPK HEM
3. Pn. Hjh. Zainab Nasir, GPK Ko-Ku
4. Pn. Fadhilah Hashim, KB Teknik dan Vokasional
5. Pn. Hjh. Rosiah , Guru Cemerlang Sejarah

Satu lagi kursus yang sudah dirancang oleh pengurusan sekolah ialah Kursus ICT untuk staf dan guru baru . InsyaAllah iakan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Penganjuran kursus ini sebenarnya adalah suatu budaya yang amat baik dan perlu. Bagi guru baru yang baru masuk ke sesebuah sekolah, mereka memerlukan bimbingan dan panduan bagi melalui kehidupan sebagai guru di sekolah ini. Bimbingan dan tunjukaajar guru-guru lama dan berpengaalaman akan memberikan keyakinan bagi mereka untuk melaksanakan pengajaran di dalam kelas.

Guru-guru baru juga perlu diberikan budaya kerja cemerlang yang perlu ada pada diri mereka. Sebagai guru baru mereka seharusnya membacwa bersama lembaran baru kecemerlangan bersama dengan perubahan tempat dan suasana kerja. Kerapkali juga kedapatan guru baru yang tiba di sesuatu sekolah , membawa bersama mereka budaya kurang profesional di sekolah lama mereka ke sekolah baru. Jika ini berlaku, maka, ia akan medatangkan masalah kepada sekolah baru di mana mereka berada. Guru-guru baru juga kadang-kala terdedah dengan budaya kurang molek yang ada di sekolah baru mereka. Justeru itu mereka perlulah dipersiapkan dan dibuka minda mereka agar dapat membuat pilihan dan keputusan baik akan budaya mana yang perlu diikuti oleh mereka. Kita berasayakin , para guru baru ini mempunyai ketrampilan tinggi dan matang untuk membuat keputusan!

Sebagai sebuah sekolah yang berhasrat untuk menuju ke arah sekolah Berprestasi Tinggi, komitmen, kesungguhan dan kehebatan individu guru di dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah amatlah diperlukan. Setiap guru perlu bertindak pantas dan mencipta seberapa banyak kejayaan. Di dalam dunia sekarang, KEPANTASAN dan KECEMERLANGAN adalah 2 perkara yang perlu di dalam menlonjakkan kecemerlangan sekolah. PANTAS mencipta kejayaan, cekap berfikir, cekap dan pantas mengatasi masalah dan mencari jalan alternatif , pantas bertindak di dalam mengeluarkan hasil atau output terbaik dan sebagainya.

KECEMERLANGAN bukan hanya kepada kecemerlangan akademik semata-mata, malahan ia harus meliputi semua aspek. Dalam hal ini , Tuan Pengetua telah menggariskan 14 fokus kecemerlangan yang mesti dicapai oleh setiap warga sekolah.(rujuk Info Terkini).Semoga semua guru baru kita ini akan menunjukkan komitmen dan kesungguhan di dalam pekerjaan mereka dan bersama-sama dengan guru -guru lain meLONJAKKAN KECEMERLANGAN sekolah.

KECERIAAN KELAS








JOM HIAS KELAS....

Aktiviti menghias kelas menjadi antara agenda dalam program Gotong Royong pada hari Sabtu, 11 Febuari 2012yang lalu. Aktiviti menghias kelas ini dijalankan serentak dengan beberapa aktiviti lain pada sepanjang hari berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam menghias kelas ini ialah:

1. Memasang langsir
2. Menyediakan jadual waktu,
3. carta organisasi,
4. jadual tugas
5. headcount
6. Papan maklumat
7. Membersihkan cermin tingkap
8. Membersihkan kelas dan sebagainya.

Keseluruhan aktiviti ini adalah merupakan persiapan bagi perlancaran Program Menggapai Bintang yang akan dilaksanakan di sekolah ini. Melalui program ini , penilaian kelas berasaskan kepada beberapa aspek selain hiasan dan keceriaan kelas. Antaranya ialah:

1. Pencapaian peperiksaan
2. Pengurusan headcount
3. Kehadiran pelajar ke sekolah
4. Rakan Buku Teks
5. Penglibatan pelajar di dalam ko-Kurikulum
6. Kehadiran ibu bapa di dalam majlis sekolah
7. Disiplin dan lain-lain lagi.

Hasil daripada pemerhatian pada minggu ini didapati hampir semua kelas telahpun dihias dengan cantik. Cuma apa yang perlu ditingkatkan adalah beberapa aspek berkaiatan dengan:

1. kebersihan lantai
2. Pengurusan sampah dan peralatan seperti penyapu, pemadam dan sebagainya.
3. Susunan meja dan kerusi
4. Pematuhan program 5 minit sebelum balik
5. pembudayaan headcount di dalam kelas
6. Target dan KPI kelas
7. Slogan kelas

Penilaian kebersihan kelas pada tahun ini juga sudah diubah. penilaian bukan untuk mencari satu kelas terbaik sahaja, tetapi untuk menilai kelas yang mencapai satu tahap tertentu untuk diiktiraf sebagai kelas terbersih berdasarkan pencapaian minimum 80 markah.Bagi penilaian mingguan ini , kelas yang mencapai tahap tersebut akan diberikan 1 bintang dan jumlah bintang ini akan dikumpulkan untuk memenangi gelaran johan kelas terbaik di dalam Program Mnggapai Bintang pada hujung tahun ini.

Apa yang dihgarapkan ialah agar para pelajar dan guru-guru menerima perubahan ini ke arah kebaikan. Pembelajaran yang baik sudah pastilah datangnya daripada persekitaran pembelajaran yang baik dan mampu merangsang minda, selesa, cantik dan bermaklumat. Semoga para pelajar juga akan berbangga dengan kelas mereka dan mampu menerapkan budaya kerjasama dan teamwork di kalangan mereka.

Para pelajar dan seluruh warga sekolah juga harus sedar dengan perkembangan yang berlaku di sekitaran mereka. kini, SMKTTJ semakin mendapat perhatian di kalangan penjaga, masyarakat dan JPNS. Kita akan lebih kerap dilawati oleh beberapa pihak luar .Justeru itu, wajarlah kita mempunyai imej yang cemerlangan , yang boleh kita banggakan.

Harapan kita adalah supaya setiap warga sekolah menjaga akan dapat mengekalkan keceriaan dan terus memikirkan , "apa lagi yang mampu kita lakukan untuk kecemerlangan sekolah kita ini.."

Wednesday, February 15, 2012

Perjumpaan Profesional Pengetua dan pelajar tingkatan 5-14 feb 2012



BERMULA 14 feb 2012, bermulalah satu lagi siri program ke arah meLONJAKKAN KECEMERLANGAN sekolah khususnya bidang akademik , iaitu Program Perjumpaan Profesional Pengetua dan Pelajar Tingkatan 5 sessi 2012.

Perjumpaan ini dimulakan dengan pertemua Tuan Pengetua dengan pelajar 5UIA di pejabat Tuan pengetua sendiri. Perjumpaan ini akan berterusan bagi semua pelajar tingkatan 5 dan akan diikuti dengan pelajar tingkatan 3 .Perjumpaan turut disertai oleh Guru Kaunseling iaitu, Encik Paramesivam dan Puan NoAzian Abdul Hani.

Tuan Pengetua telah menggariskan 4 tujuan utama perjumpaan ini.
:

1. Menyampaikan harapan pihak sekolah terhadap mereka dalam mencipta kejayaan cemerlang di dalam SPM dan menyedarkan pelajar akan tanggungjawab mereka dan peranan yang sepatutnya mereka mainkan di dalam mencapai kecemerlangan.

2. Menyedarkan keperluan mereka menjaga akhlak dan menjadi pelajar contoh serta melengkapkan diri mereka dengan nilai tambah sebagai persediaan mereka aapabila keluar dari sekolah ini nanti.

3. Membincangkan masalah mereka dan menawarkan bantuan untuk mereka meningkatkan kecemerlangan mereka.

4. Memberikan tips dan motivasi kecemerlangan diri.


Dalam hal ini diharapkan , perjumpaan ini tidak disalah anggap oleh sebahagian guru sebagai strategi memerangkap guru. Sebenarnya niatnya ialah untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar dan mendapatkan maklumat secara direct dan bantuan dapat disalurkan terus dan disampaikan kepada semua pihak dengan segera tanpa ada birokrasinya. Dalam perjumpaan ini , Tuan Pengetua lebih menekankan kesedaran diri pelajar untuk berjaya.

Antara dapatan yang diperolehi setakat 2 kelas utama ini ialah:

1. Pelajar menghadapi masalah pada topik di tingkatan 4
2. Pelajar kita lambat bertindak dan tidak selaridengan usaha guru. Guru-guru laju mengejar silibus sebagai persediaan mengadakan gerak gempur, tetapi pelajar lambat menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan dan pelajar tidak bersedia mengikuti pembelajaran kerana tidak respon kepada arahan guru.
3. Pelajar juga ramai yang tidak mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan, tiada perancangan, sasaran dan banyak bergantung kepada guru .

Sebenarnya perkara-perkara berkaitan inilah mahu kita selesaikan. Pengetua juga menekan tentang disiplin diri dan komitmenyang harus dibuat oleh pelajar untuk berjaya.

Kita berharap agar program ini akan berterusan. Perjuampaan di dalam suasana santai ini diharapkan akan dapat membuka minda pelajar untuk membuat perubahan ke arah kecemerlangan. Bantuan akan diberikan sepenuhnya kepada pelajar.Namun pelajar juga perlu memberikan komitmen yang jitu.

Tuan Pengetua juga akan memastikan setiap pelajar punyai target pencapaian individu sebagi ingatan mereka.

Pengetua juga akan memberikan komitmen untuk memantau pencapain dan disiplin mereka secara terus. Sebarang salahlaku dan sikap malas mereka akan terus dilaporkan kepada pengetua dan akan diambil tindakan oleh Tuan Pengetua sendiri.

Diharapkan agar program ini akan memberi impak besar terhadap kesedaran mereka untuk berjaya dengan cemerlang.

Akhir sekali, ada pepatah:

"Kita boleh membawa kuda ke sungai untuk minum,
Tetapi kita tidak boleh memaksanya minum"

Saturday, February 4, 2012

Program Elite/ KRK dan Lonjakan Saujana 2012 -4 FEBUARI 2012

















ALHAMDULILLAH...Program pertama sessi 2012 ini dapat dilangsungkan dengan cemerlang. Majlis Perlancaran dan Perasmian Program Elite, KRK dan Lonjakan Saujana pada hari ini dirasmikan oleh YB Senator Dr Yeow di ruang legas sekolah dengan dihadiri oleh semua pelajar dan ibu bapa pelajar kelas UIA, UM dan UKM dari tingkatan 1,2 dan 3. Turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini ialah YDP PIBG, Encik Muhammad dari PPD Seremban dan para guru yang terlibat sebagai jawatankuasa dan mentor kepada para pelajar ini.

Sejumlah hampir 270 pelajar yang terlibat di dalam program ini. Di samping itu, para pelajar ini seb ahagiannya juga termasuk di dalam program Lonjakan Saujana seramai 60 orang pelajar. Program Lonjakan Saujana ini terdiri daripada para pelajar dalam kategori Terbilang (sasaran mencapai semua A), Cemerlang (sasaran minimum 6 A) dan pelajar Harapan ( sasaran Lulus).

Tujuan program ini diadakan adalah :

1. Menyediakan kelompok pelajar yang akan memacu kejayaan cemerlang sekolah di dalam peperiksaan awam nanti.

2. Mempersiapkan para pelajar dengan latihan tersusun dan pemantauan rapi sejak dari tingkatan 1 lagi.

3. Memastikan para pelajar mempunyai jumlah latihan yang mencukupi menjelang tarikh pperiksaan sebenar,

4. Memastikan pemantauan sama oleh ibu bapa di rumah di samping guru-guru di sekolah.

Para pelajar dalam program Elite dan KRK ini dibekalkan dengan buku latihan percuma sumbangan sekolah , 8 naskah seorang. Para pelajar akan membuat latihan melalui buku-buku ini mengikut jadual yang disediakan . Pencapaian dan disiplin pelajar akan dipantau secara rapi oleh para guru dan ibu bapa di rumah. Mereka juga dibekalkan dengan mentor yang terdiri daripada para guru mata pelajaran mereka. Apa yang diharapkan, agar melalui program ini , kita akan dapat menyediakan para pelajar kita dengan latihan yang sistematik dan seterusnya akan memastikan pencapaian akaa akademik kita akan meningkat cemerlang.

Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Akashah Ismail (GPK Akademik) dan kata aluan oleh Tuan Pengetua sendiri. Sambutan ibu bapa amat-amat baik dan hampir semua pelajar hadir.

Tahniah diucapkan kepada semua, khususnya para guru yang telah bekorban tenaga, masa dan kelapangan masa demi untuk membantu kejayaan anak didik kita ini. Moga-moga Allah akan sentiasa melindungi mereka dan sihat serta mendapat keberkatan.

THINKQUEST...SMKTTJ MENGORAK LANGKAH..











Hari ini secara rasminya SMK TTJ mula mengorak langkah lebih maju dengan penubuhan Kelab ThinkQuest den penyertaan pasukan ke pertandingan ThinkQuest ke peringkat Antarabangsa.

Jawatankuasa ThinkQuest SMK TTJ dianggotai oleh oleh Tuan Pengetua sebagai Penasihat dan Pengurusi, Encik Mohan, Cik Khalilah Kudri, Cik Norsilawati Aris, Puna Haliza Selamat, Pn. Fadhilah Mustafar Johari, Pn. Fadhilah Hashim (KB), Pn. Pakyavarthy (KB) , Pn. Chantakumari. Pasukan pelajar pula kini terdiri daripada 10 orang peserta bawah 18 tahun dan 8 orang peserta bawah 16 tahun. Pasukan ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5 hingga tingkatan 2.

Tugas pertama pasukan ini adalah melibatkan diri dalam pertandingan ThinkQuest peringkat Antarabangsa. Bagi pertandingan ini juga pasukan SMK TTJ akan bergabung dengan pasukan SMK Jelai Felda dan SMPN 13 , Bandung ,Indonesia. Pada masa kini, pasukan di dalam proses pemilihan tajuk projek dan seterusnya akan merangka isi dan rangka kerja projek. Pihak sekolah akan menghantar 4 pasukan bagi penyertaan pada kali ini.

Bagi menjayakan projek ini , pihak sekolah telah menjemput Encik NurHaslin Moksin, Jurulatih Utama Kebangsaan ThinkQuest yang juga merupakan guru ThinkQuest SMK Jelai Felda untuk memberi taklimat dan memantau perjalanan projek ini. Untuk memastikan kejayaan projek ini, pihak sekolah akan berusaha mendapatkan peruntukan khas daripada PIBG untuk menampung segala perbelanjaan pengurusan projrk ini. Kita yakin, insyaAllah dengan sokongan dan semangat yang kukuh, pasukan kita akan memberikan saingan hebat dan mampu menggegarkan dunia ICT ThinkQuest...

Thursday, February 2, 2012

INFO TERKINI....SELAMAT HARI LAHIR GURU-GURU...





INFO TERKINI SMKTTJ telah mengorak langkah dengan menambah isian maklumat berkaitan sekolah. Sehingga kini beberapa maklumat sekolah seperti Misi, Visi, Moto, Slogan Kecemerlangan serta perancangan strategik pembangunan sekolah yang disarankan oleh Tuan Pengetua telah siap dipaparkan melalui Info Terkini. Kini beberapa maklumat khusus berkaitan peperiksaan, KPI Bidang, dan Wajah Guru-Guru yang menyambut Hari Jadi juga mula dipaparkan.

Tujuan paparan wajah guru yang menyambut hari lahir ini di Info Terkini adalah untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah terutamanya para pelajar agar dapat mengingati jasa dan sumbangan guru serta melahirkan rasa hormat dan kasih kepada guru -guru. Ia juga sebagai satu cara pihak sekolah menghormati dan menghargai guru-guru. Untuk tahun ini juga , sambutan hari lahir guru-guru juga dilakukan di tapak perhimpunan dan diumumkan secara rasmi kepada semua pelajar. Di samping itu juga pihak kelab guru turut menyumbangkan cenderamata kepada setiap guru yang menyambut hari lahirnya.

InsyaAllah, beberapa paparan maklumat lain yang berguna terutamanya dari unit HEM dan Ko-ku akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Melalui Info Terkini diharapkan pengunjung ke SMKTTJ akan mendapat maklumat terus dari Info Terkini...Maklumat Di Penjuru Mata...

Wajah Baru Makmal Komputer SMK TTJ







WAJAH BARU makmal komputer SMKTTJ....

Alhamdulillah..akhirnya harapan dan doa kita kepada Allah agar dibekalkan komputer baru untuk kemudahan pembelajaran ICT di sekolah ini dimakbulkan jua.

Makmal baru ini dibekalkan dengan 8 buah server dengan 40 monitor untuk kegunaan pelajar dan sebuah server serta satu unit monitor untuk kegunaan guru. Di samping itu, kita juga dibekalkan dengan 40 set kerusi baru dan 22 buah meja baru serta pendawaian baru untuk melengkapkan makmal tersebut. Pihak sekolah merasa bersyukur kerana akhirnya kita mendapat makmal baru ini bagi menggantikan peralatan komputer yang telah uzur dan banyak yang rosak. Segala kerja pemasangan komputer di siapkan sehingga minggu pertama persekolahan yang lalu.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada BTP KPM terutamanya kepada Tuan Pengarah BTP KPM yang 'mendengar' rintihan saya terhadap kedhaifan makmal komputer dan peralatan komuter di sekolah ini semasa kami berkursus di Korea dahulu.

Makmal komputer ini dahulu amatlah dhaif. Sekolah yang mempunyai bilangan pelajar seramai 1545 orang, hanya mempunyai 22 buah komputer sahaja dan bilangan yang boleh guna hanyalah sekitar 9 buah sahaja. Kemudiaan keadaan bertambah parah apabila banyak komputer tersebut yang rosak dan berkeupayaan rendah.

Masalah utamanya ialah kebanyakan komputer ini tidak diselenggara dengan baik. Hal ini menimbulkan masalah apabila tuan pengetua mahu menjadikan ICT sebagai salah satu daripada watak sekolah! Ini belum lagi melihatkan masalah yang sama berlaku pada komputer yang berada di pejabat dan di makmal sains dan sebagainya. Mujurlah dengan kemampuan yang kita ada dan kerjasama dengan PIBG , kita telah berusaha sedikit demi sedikit memperbaiki peralatan tersebut.

Diharapkan dengan adanya bekalan komputer baru ini , usaha ke arah membudayakan ICT akan berjalan dengan lancar. Bagi menampung kekerungan komputer ini, pihak sekolah juga telah melancarkan Program 1 Guru 1 Komputer, iaitu dengan meminta para guru membeli ataiu menggunakan komputer masing-masing untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Diharapkan juga agar para pelajar dapat memanfaatkan komputer ini untuk tujuan pembelajaran sepenuhnya. Jagalah keselamatan komputer dan menjaga kebersihan dan keselesaan di makmal ini.

bagi menjamin keselamatan, pihak sekolah tela memasang CCTV di dalam makmal ini untuk tujuan pengawasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...