SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, December 20, 2011

TERIMA KASIH HOSPITAL KPJ -SEREMBAN






TERIMA KASIH.....

Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat kita sampaikan kepada Hospital KPJ Seremban di atas kesudian mereka membantu pihak sekolah melengkapkan peralatan di Bilik Kesihatan sekolah ini dengan sumbangan katil, alat penimbang,set komputer, pengusung, alat ujian mata dan kerusi roda.. Pihak KPJ juga memaklumkan bahawa mereka akan datang pada setiap bulan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada para pelajar dan guru serta staf di sekolah ini.

Sumbangan KPJ ini amat dialu-alukan dan amat dihargai. Dalam perancangan awal untuk melengkapkan bilik kesihatan ini,pihak sekolah telaj memohon bantuan daripada pihak-pihak tertentu, namun tiada satupun yang minat. Usaha secara bersendirian turut dilakukan oleh pihak sekolah dengan membeli beberapa peralatan secara beransur-ansur.

Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Elizabeth yang tidak jemu-jemu berusaha mendapatkan bantuan dan mengemas bilik berkenaaan sehingga seperti hari sekarang.

Untuk perancangan pada masa hadapan, bilik kesihatan ini akan dilengkapkan dengan rak, fail kesihatan setiap warga sekolah, dan kemudahan-kemudahan lain.

Tuesday, December 13, 2011

PEMERGIAN SEORANG SAHABAT...MOHD. EAIZAN 12 DISEMBER 2011




SMS yang masuk ke telefon pada jam 3.25 pagi 13 Disember 2011, ternyata membawa berita yang amat menyedihkan. Mohd. Eaizan, guru SMK Jelai Felda telah kembali ke rahmatullah..meninggalkan kita sebagai sahabat dan bekas staf semasa di Jelai Felda, selama 2 tahun 9 bulan yang lalu. Berita ini memang mengejutkan.

Beliau pergi meninggalkan kita semua pada usia yang masih muda iaitu 36 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Izan ( staf di PPD Tampin) dan 2 cahaya mata yang masih kecil berusia 5 tahun dan 3 tahun serta anak di dalam kandungan isterinya.

Saya sempat menghubungi beberapa rakan pada jam 4 pagi dan bergegas ke Hospital Besar Seremban sekitar jam 5 pagi. Jenazah arwah Eaizan selamat dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan di hospital sebelum dibawa balik untuk pengkebumian di Kota Bahru, Kelantan.

Cikgu Eaizan seorang yang pendiam dan kurang bercakap. Beliau hanya bercakap perkara yang perlu , namun seorang yang mesra dan mudah bekerja. Di sekolah, arwah memegang tugas sebagai juru audit dalaman bagi akaun sekolah, juru gambar tetap, guru data, guru kadet dan penyelaras badan beruniform. Sumbanganya terhadap menaikkan semula pasukan badan beruniform terutama di dalam pertandingan kawad kaki, amat dihargai dan menjadi kenangan saya sebagai ketua di SMK Jelkai Felda. Masih teringat , sekitar tahun 2009, ketika pasukan KRS mewakili pertandingan di Port Dickson, beliau mengambil inisiatif membawa video recorder dan merakamkan pergerakan pasukan yang bertanding untuk tujuan pembelajaran. Pada tahun 2010, walaupun pasukan kawad kaki berusaha gigih di peringkat PPD Tampin, namun kita kalah kerana banyak melakukan perlanggaran peraturan. Tindakan seterusnya diambil untuk menggiatkan usaha memperbaiki prestasi . Pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011 , dengan bantuan beberapa orang guru lain, pasukan kawad kaki SMK Jelai Felda berlatih dengan gigih dan akhirnya menyapu bersih kejohanan peringkat PPD pada tahun 2011.

Kegigihan beliau bekerja memperlihatkan kehadiran beliau di sekolah hingga petang hari dan jarang sekali melaihat beliau balik awal. Kegigihan beliau berterusan walaupun seringkali tidak sihat disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapinya. Namun, beliau ternyata seorang yang kuat semangat. Kegigihan bekerja kadang-kala menyebabkan beliau mengabaikan seketika kesihatan beliau...

Beliau juga merupakan Pengerusi BAKIS(Badan Kebajikan Kakitangan dan guru) sekolah. Menerusi pentadbiran beliau , BAKIS mampu bergerak maju dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Saya seringkali berbincang dengan aewah untuk tujuan kemajuan BAKIS dan arwah ternyata seorang yang proAktif.

Berita terakhir saya terima, permohonan arwah untuk berpindah ke Tampin untuk hampir dengan keluarga telahpun diluluskan dan bakal hadir di SMK Tuanku Syed Idrus pada 1 Januari 2012 nanti. Namun, takdir Allah menentukan dan arwah telah terlebih dahulu dijemput oleh Penciptanya..Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Buat keluarga, harap bersabar menerima ketentuan dan dugaan Ilahi...Takziah buat keluarga, Puan Izan dan anak-anak..al fatihah..

Saturday, December 3, 2011





Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua warga SMKTTJ..

Selamat Menyambut Tahun Baru dan Selamat Kembali semula ke SMK Taman Tuanku Jaafar bagi kita memulakan sessi baru 2012.

Sessi 2011 yang lalu ternyata membawa makna yang banyak kepada kita semua. Beberapa kejayaan telah kita kecapi hasil daripada sebarisan usaha ke arah meningkatkan imej dan kecemerlangan sekolah. Tahnia! Kita telah berjaya melakukan sesuatu yang kelihatan pada mulanya agak sukar untuk dicapai, namun ternyata kegigihan, keyakinan penuh terhadap komitmen dan kerjasama serta impian untuk bersaing dengan sekolah lain, kita mampu menghasilkan kejayaan dengan cemerlang. Kita berjaya mengubah persepsi negatif terhadap kemampuan dan nilai diri kita kepada imej hebat yang menjadi sebutan dan sanjungan. Ini semua membuktikan , bahawa kita mampu BERUBAH dan boleh mencipta KECEMERLANGAN. ‘BERSAMA MENBANGUNKAN KECEMERLANGAN’.

Kini, 2012, menjanjikan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan beberapa inovasi dan deretan tugas yang sedia menanti. Segala-galanya menuntut komitmen, pengorbanan dan keyakinan tinggi kita semua.

Bagi tahun 2012 ini, kita memilih slogan, ‘LONJAKKAN KECEMERLANGAN’ sebagai satu manifestasi semangat padu kita untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Kejayaan-kejayaan yang dicapai pada tahun 2011 yang lalu mestilah dipertahankan dan dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi di samping mencipta kejayaan-kejayaan baru pada tahap yang lebih tinggi juga. Justeru itu, setiap warga sekolah haruslah menetapkan KPI (Key Perfomance Index) masing-masing ke tahap yang tinggi. Dalam hal ini KUALITI, KREATIVITI dan INOVASI adalah menjadi pra –syarat penentu kepada setiap tindakan dan usaha yang diambil. Ingatlah..
The greatest danger for most of us
is not that our aim is too high and we miss it, but that is too low and we reach it’

Pasanglah impian masing-masing ke arah kecemerlangan. Jadilah kumpulan guru, staf , pelajar dan warga sekolah yang punyai cita-cita tinggi untuk membuktikan kita punya maruah dan berhak untuk menikmati kecemerlangan.

DARE TO DREAM, DREAM BIG, THINK BIG, ACT BIG ,BE BIG

Sandarkanlah iltizam kita ini dengan IMAN dan MARUAH DIRI serta jadikanlah ia sebagai AMANAH yang mampu mengangkat kita sebagai warga sekolah yang HEBAT…BERTINDAKLAH dengan PANTAS, CEKAP dan LUAR BIASA…’DARE TO BE DIFFERENT..

INSYAALLAH…kita pasti berjaya meLONJAKKAN KECEMERLANGAN…

Friday, November 25, 2011

SMK TTJ BERUBAH WAJAH DENGAN LANSKAP BARU...

















PERSEKITARAN SEKOLAH yang cantik, ceria dan penuh berinformasi, penting di dalam merangsang minda dan minat pelajar untuk belajar. Persekitaran sekolah yang indah juga akan dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan melahirkan rasa bangga dan cintakan sekolah di kalangan pelajar. Lanskap yang indah dan persekitaran yang penuh bermaklumat, menjadi fokus sekolah ke arah sekolah cemerlang.

Keceriaan persekitaran di sekolah ini menekankan kepada beberapa perkara:

1. Kawasan berumput yang dipotong pendek.
2. Sampah-sarap terkawal dan sentiasa dibersihlkan
3. Kebersihan lantai
4. Lanskap taman dengan bunga-bunga dan kawasan tanaman pohon tertentu seperti Taman
Buluh
5. Pemasangan papan tanda kata-kata hikmat
6. Pemasangan banting dan banner
7. Kaki lima bangunan dihiasi bunga
8. Mengecat kawasan sekolah dengan warna baru yang lebih menarik.

Perubahan-perubahan persekitaran ini dilakukan bagi memberikan suasana dan pemikiran baru ke arah kecemerlangan. Warna bangunan sekolah dan bilik-bilik khas seperti Bilik Mesyuarat telah dicat dengan warna oren dan kuning yang cantik , bagi menambah seri dan menerapkan unsur lebih bersemangat berbanding warna kelabu sebelum ini. Pemilihan warna yang lebih segar dan terang ini dapat merangsang setiap warga sekolah agar sentiasa segar dan mempunyai semangat yang kuat untuk mencipta kejayaan. Kerja-kerja mengecat ini semuanya dilakukan oleh guru dan murid melalui gotong royong.

Terdapat sebanyak 8 papan tanda besar bersaiz 9kaki x 4 kaki yang mengandungi visi, misi, motto dan sebagainya mampu memberikan imej baru yang hebat kepada wajah sekolah. Ini diikuti pula dengan 42 keping papan tanda kata-kata hikmat di sekitar dinding bangunan sekoalh, serta ratusan pula kata-kata hikmat yang dicetak dan di saluti plastik di setiap dinding banguan sekolah. Melalui kata-kata hikmat ini diharapkan para pelajar secara tidak langsung digalakkan agar membacanya dan persatuan atau panitia akan mengadakan kuiz berdasarkan kata-kata yang terdapat di papan-papan tanda ini.

Penggunaan banner dan banting juga digunakan bagi menggantikan penggunan 'mural' pada dinding yang memerlukan kepakaran untuk melukis dan menjimatkan. Selain itu dengan warna dan design yang cantik serta lebih 'hidup', mampu merangsang pelajar untuk menikmati kandungannya. InsyaAllah, menjelah tahun 2012ini, SMK TTJ akan mengalami perubahan suasana yang hebat!

Apa yang diharapkan daripada para pelajar adalah agar kita sama-sama menjaga keselamatan dan keindahan persekitaran sekolah ini. Perubahan sikap ini amat penting. Tanpanya, kita akan tetap dianggap sebagai sebuah sekolah yang sering diperlekehkan ! Kita mesti berani bangun mencabar sekolah-sekolah lain di dalam setiap aspek dan bidang. banggalah dengan sekolah kita dan lahirkan kebanggan itu dengan kita sama-sama menjaga keindahan sekolah kita ini...

SMK TTJ BERUBAH WAJAH DENGAN LANSKAP BARU...

















PERSEKITARAN SEKOLAH yang cantik, ceria dan penuh berinformasi, penting di dalam merangsang minda dan minat pelajar untuk belajar. Persekitaran sekolah yang indah juga akan dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan melahirkan rasa bangga dan cintakan sekolah di kalangan pelajar. Lanskap yang indah dan persekitaran yang penuh bermaklumat, menjadi fokus sekolah ke arah sekolah cemerlang.

Keceriaan persekitaran di sekolah ini menekankan kepadabeberapa perkara:

1. Kawasan berumput yang dipotong pendek.
2. Sampah-sarap terkawal dan sentiasa dibersihlkan
3. Kebersihan lantai
4. Lanskap taman dengan bunga-bunga dan kawasan tanaman pohon tertentu seperti Taman Buluh

TALENT I.D OLAHRAGA SMKTTJ BERSAMA ENCIK AZAM (MSN/SMK JELAI FELDA)







DALAM USAHA kita untuk mencapai kejayaan , terdapat banyak cara dan kaedah serta usaha yang boleh dilakukan. Melakukan usahasama atau kolaborasi bersama rakan sekolah lain juga adalah sesuatu yang boleh diaplikasikan. Justeru itu, jawatankuasa Pembangunan Olahraga SMK TTJ telah mengambil inisiatif dengan menjemput Encik Azam daripada MSN dan SMK Jelai Felda untuk membantu mengendalikan Talent I.D olahraga sekolah pada 8& 9 November 2011 yang lalu, di padang sekolah ini. beliau dibantu oleh seramai 5 orang atlet pelapis SMK Jelai Felda . Jawatankuasa Pembangunan Olahraga sekolah yang diketuai oleh Encik Shahrul , Cik Nurul Huda dan Aznorsazana telah membantu beliau mengendalikan program ini.

Seramai lebih daripada 80 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 1 dan 2 telah menyertai talent ID ini. Program ini adalah sebagai persiapan skuad olahraga sekolah dalam menghadapi kejohanan olahraga peringkat daerah dan negeri pada tahun 2012 nanti.

Sepanjang 2 hari ujian berjalan, ramai bakat -bakat olahraga yang dapat dikesan oleh Encik Azam. Ternyata ramai bakat-bakat acara larian khususnya 'short distance runner' yang berbakat dapat dikesan di sekolah ini. ternyata, jika digilap dengan baik, pastinya pada tahun hadapan kita akan mampu mencabar sekolah-sekolah lain di daerah ini dengan lebih baik lagi.

Pihak sekolah melalui Tuan Pengetua juga telah bersetuju untuk melantik Encik Azam sebagai Penasihat Teknikal Skuad Olahraga SMKTTJ dan berharap beliau akan dapat membantu membangunkan olahraga sekolah ini.

Bagi para guru dan pelajar, rebutlah peluang ini. Ini kerana Encik Azam merupakan seorang jurulatih olahraga yang hebat dan berpengalaman luas serta telah terbukti berjaya melahirkan ramai atlit hebat di SMK Jelai Felda. Salah seorang anak didik beliau, Mohd. Firdaus Mazelan, peserta larian 400 meter lompat pagar baru sahaja mewakili Malaysia di Sukan SEA 2011 di Jakarta. Melalui bimbingannya, SMK Jelai Felda telah menguasai kejuaraan MSSD Tampin pada setiap hampir sejak tahun 90an dahulu lagi!

Bagi Jawatankuasa Pembangunan Olahraga , diharapkan akan dapat merancang program yang teliti bagi kita mencipta kejayaan.

Bagi para atlet, berikanlah komitmen dan semangat anda untuk menciptasejarah kegemilangan olahraga sekolah kita. Kita mampu mencipta kejutan !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...