SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, June 2, 2011

ANUGERAH KEPIMPINAN ICT PERINGKAT N. SEMBILAN-





ALHAMDULILLAH...

MUNGKIN..inilah hadiah oleh Allah subhanahuwataala di atas keyakinan dan sokongan semua pihak di dalam menyakini akan kepercayaan bahawa ICT adalah sesuatu yang amat perlu dan membolehkan kita mencipta kejayaan yang hebat...!

Syukur dan terima kasih di atas kepercayaan semua warga SMK Jelai Felda, para guru, pelajar, staf dan PIBG dan masyarakat yang memberi sokongan di dalam cita-cita untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah. Penekanan terhadap penggunaan ICT di dalam semua aspek pengurusan, P & P dan dan perhubungan ternyata telah membolehkan nama SMK Jelai Felda gemilang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Terima kasih khas saya tujukan kepada pengurusan SMK Jelai Felda khususnya Ketua Bidang Teknik dan Vokasional , merangkap JU ICT Encik Norhaslin Moksin yang memberikan kepercayaan dan bantuan yang maksimum di dalam menjadikan ICT sebagai watak . Tatkala ramai orang yang takut dengan pengaruh negatif yang ada di dalam ICT, beliau tetap yakin dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Keyakinan yang tinggi bahawa, banyak lagi perkara yang positif boleh didapati di dalam ICT. kitalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak didik ke arah yang positif.

Nama SMK Jelai Felda yang dahulunya sinonim dengan masalah sosial, kini berubah menjadi sebuah sekolah yang terbilang hasil kejayaan gemilang ICT di peringkat Kebangsaan. Program utama ICT seperti PBL. ThinkQuest, Imarah Masjid Melalui ICT, Surau Berteknologi Tinggi, WIFI seluruh kawasan sekolah, Program 1 Guru 1 laptop, Anjung Cyber, TV Media, CCTV, Portal Score A, group e-mail dan pelbagai program lagi, menjadi sebutan di kalangan masyarakat.

Kini, usaha meningkatkan penggunaan ICT beralih pula ke SMK Taman Tuanku Jaafar. Alhamdulillah, respon pelajar dan guru amat-amat memberangsangkan. kita sentiasa yakin , bahawa dengan usaha kuat dan kreativiti serta inovasi hebat dan bersungguh-sungguh, kita kan mampu melakar kejayaan seperti di SMK Jelai Felda. Buat permulaan, seluruh kawasan sekolah telah di WIFIkan. Kursus pembinaan dan pemurniaan Blog juga telah dilaksanakan. Kumpulan LENSA yang merakamkan segala peristiwa sudah beraksi hebat...semua ini merupakan petanda kita akan mencipta kejayaan. InsyAllah...

Fasa kedua selepas cuti, kita akan bergerak ke arah menjadikan P & P di dalam kelas berbantukan ICT pada tahap maksimum. Segala kemudahan asas dan infra telah disediakan agar para guru mudah dan selesa menggunakan ICT di dalam kelas...

Untuk PBL dan ThinkQuest..kita akan menghantar sekumpulan pelajar dan guru menuntut ilmu di SMK Jelai Felda pada minggu kedua Jun 2011 ini bagi membolehkan kita bersama-sama dengan mereka bersaing ke peringkat tertinggi...

Program 1 Guru 1 laptop juga telah dilancarkan dan telah mencapai tahap 90 %. Usaha meningkatkan kemudahan LCD, laptop dan komputer juga sedang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Potensi di sekolah ini amat hebat. Ayuh..seluruh warga SMK TTJ...kita gegarkan negeri ini dengan kehebatan ICT kita...!

Terima kasih sekali lagi buat semua warga SMK jelai Felda...buat guru-guru..pelajar...PIBG dan masyarakat Felda Jelai yang benar-benar menyakini bahawa ICT mampu merubah imej dan wajah warganya di Felda in...i

Sunday, May 29, 2011

KURSUS PEMBINAAN DAN PEMURNIAN BLOG











ALHAMDULILLAH....hari ini bermulanya kursus embinaan dan Pemurnian Blog anjuran Unit ICT SMK TTj dengan bantuan dan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ampangan dan Unit ICT serta pelajar ThinkQuest SMK Jelai felda , Gemas di bawah bimbingan Encik NurHaslin Mokmin.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada BTP, PKG Ampangan dan SMK Jelai Felda di atas kerjasama dan bantuan di dalam menjayakan program ini. Ini merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan budaya ICT di sekolah ini. Ia juga merupakan salah satu daripada siri kolaborasi antara sekolah dengan BTP dan PKG serta rakan kolaborasi sekolah kita iaitu SMK Jelai Felda.

SMK Jelai Felda berperanan fasilitator dengan membawa bersama hampir 10 pelajar ICT bagi membantu di dalam mengendalikan kursus ini.

Seramai 130 peserta kursus yang terdiri daripada para guru penasihat Panitia dan Unit-Unit di bawah Hem terlibat di dalam kursus ini. Para pelajar diagihkan kepada unit-unit dan panitia tertentu sebagai blogger bagi unit dan panitia tersebut. Peranan guru pula adalah sebagai pemantau perjalanan blog dan menyediakan bahan untuk diupload di dalam blog berkenaan. Program berlangsung daripada jam 8 .00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Tujuan lain kursus ini adalah ke arah mewujudkan 'e-document', di mana semua bahan berkaitan unit dan aktiviti berkaitan akan dimasukkan ke dalam blog untuk tujuan mudah akses. Melalui blog ini juga segala bahan-bahan berkaitan pelajaran, unit dapat di 'download' oleh pelajar. Sasaran kita ialah agar semua bahan P & P, kerja rumah dan latihan dapat dicapai melalui blog ini.

Diharapkan juga agar kita dapat menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah.

Kursus ini akan diperluaskan lagi selepas ini dengan mensasarkan blog bagi unit ko-kurikulum dan blog peribadi setiap guru dan pelajar. Diharapkan setiap pelajar yang sudah mempunyai blog dapat mendaftarkan blog mereka di atas nama smk Taman Tuanku Jaafar untuk memudahkan perhubungan semua warga sekolah.

Sunday, May 22, 2011

MAJLIS TAUTAN BUDI SMK JELAI FELDA,,,









SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ...kepada BAKIS SMK JELAI FELDA dan pihak sekolah yang sudi menjemput dan meraikan saya di dalam Majlis Tautan Budi - Majlis Perpisahan dan menyambut pengetua baru.

Saya berasa sungguh terharu apabila dapat berjumpa dengan rakan-rakan guru dan staf serta pekerja swasta sekolah di dalam majlis yang diadakan di D'Village , Air Keroh, Melaka pada 20 Mei 2011 yang lalu. Malangnya tidak sempat berbual lama dan ada guru-guru yang tidak dapat saya temui pada majlis berkenaan. Namun sekadar dapat melihat semua mereka semasa berucap di pentas, dapat mengurangkan kekesalan ini.

Terima kasih di atas segala hadiah yang disumbangkan oleh semua. Saya doakan agar semua guru , staf dan warga sekolah terus cemerlang dan tetap menjadi yang terhebat!

Kita akan terus menjalin kerjasama dengan sekolah ini. Perancangan awal adalah untuk menghantar kumpulan pelajar dan guru untuk mempelajari perjalanan Program Base Learning (PBL) secara hand-on di sekolah ini. Cadangan ini pada dasarnya telahpun dipersetujui oleh Encik NurHaslin , penyelaras ICT SMK Jelai Felda dan Tuan Pengetua, Encik Kamaruzzaman. InsyaAllah , kita akan belajar dan berusaha mendapatkan ilmu berkaitan ICT, ThinkQuest dan PBL ini dengan cepat dan tepat.

Bagi semua warga SMK Jelai Felda , terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi...Ada yang ingin ke Seremban?...Amat dialu-alukan..

MERCU TANDA BARU DI SMK TTJ






MERCU TANDA BARU yang mencatatkan kecemerlangan dan pencapaian sekolah di peringkat negeri dan Kebangsaan serta Antarabangsa, siap dibina sepenuh pada 19 Mei 2011 yang lalu. Ia dibina bertujuan untuk:

1. Mercu tanda baru sebagai perkenalan imej baru sekolah
2. Sebagai satu sudut keceriaan sekolah
3. Mewujudkan motivasi ke arah kecemerlangan sekolah
4. Sebagai cabaran untuk meningkatkan kecemerlangan kepada semua warga sekolah

Walaupun kini, ia hanya memaparkan satu sahaja pencapaian sekolah di peringkat negeri iaiatu Johan Piala Gothia , pada bulan April lalu, namun ianya akan menjadi suatu cabaran kepada setiap warga sekolah untuk menambah koleksi kecemerlangan tersebut.

Adalah menjadi cabaran dan tanggungjawab kita untuk mengisi ruang-ruang yang banyak lagi itu dengan mencipta kejayaan di dalam setiap bidang yang kita sertai. oleh itu, setiap unit haruslah mula merangka program dan aktiviti ke arah pencapaian kecemerlangan sekolah. Buatlah perancangan yang lebih jitu, Tetapkanlah sasaran dan KPI setiap unit dengan sasaran kejayaan di peringkat tertinggi.

Diharapkan juga agar setiap pelajar berusaha mempertahankan segala kejayaan yang ada. Kejayaan dan kecemerlangan adalah maruah kita! Orang yang maju dan hebat , punyai maruah diri yang tinggi...Maruah diri yang tinggi , datangnya daripada kejayaan dan kecemerlangan peribadi dan organisasinya.. Perpatah jepun ada menyatakan...;

"jika hendak kenal sesatu bangsa itu lihat pasarnya,
jika hendak kenal rumah itu,,lihat tandasnya....
jika hendak kenal orang itu lihat kasutnya, dan
jika hendak kenal organisasi itu ..lihat majlisnya


Justeru itu...ayuh buktikan kehebatan kita...
...

TAHNIAH PPKI SMK TTJ....NAIB JOHAN TILAWAH PEREMPUAN..MTAQ NEGERI SEMBILAN 2011





SEKALUNG TAHNIAH...kepada semua guru dan pelajar PPKI sekolah yang telah berjaya mendapat tempat kedua di Pertandingan MTAQ PPKI peringkat Negeri di SMK DUMA, Jelebu , pada 19 Mei 2011 yang lalu.Pasukan nasyid sekolah walau bagaimanapun gagal mendapat tempat di dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan ini sudah pasti akan menguatkan lagi semangat para guru untuk mendidik pelajar-pelajar dengan lebih tekun lagi. Banyak lagi usaha yang boleh dipertingkatkan dan dilakukan untuk muncul juara di dalam sebarang kategori.

Sesungguhnya untuk muncul juara perlukan kegigihan yang melampaui kebiasaan! Kita mestilah melakukan usaha yang luarbiasa untuk mendapatkan hasil yang luarbiasa! Contohilah beberapa sekolah yang telah berjaya. Contohi usaha dan kegigihan mereka dalam mencapai kejayaan. Latihan yang lebih hebat dan lama diperlukan untuk menjadikan pasukan kita sebagai juara. Latihan juga perlulah berterusan...setiap hari dan mestilah berusaha mendapatkan bantuan mereka yang pakar didalam bidang berkenaan. Contohi usaha pasukan bolasepak wanita kita yang muncul juara Piala Gothia!

Kita harap PPKI sekolah ini akan mampu meningkatkan pencaapaian mereka. Dalam usaha ini beberapa perkara perlu diambil kira:

1. Mestilah ada sasaran/ KPI untuk dicapai
2. Jadikanlah sebagai aktiviti berterusan/ Projek
3. Dapatkan bantuan pakar
4. Adakah program pendedhan kepada pelajar untuk memantapkan kemahiran mereka.

Dalam usaha ini , saya telahpun mencadangkan agar diadakan Karnival Nasyid peringkat sekolah. Tujuannya ialah untuk mencungkil bakal nasyid di kalangan pelajar sekolah dan menjadikan nasyid sebagai program tahunan kita. Secara tidak langsung ia bakal menyediakan dan mempersiapkan pelajar kita untuk menghadapi MTAQ pada tahun hadapan.

TAHNIAH -PPKI SMK JELAI FELDA-JOHAN NASYID MTAQ PERINGKAT NEGERI 2011







TAHNIAH....DAN SEMOGA TERUS CEMERLANG...

SMK Jelai Felda terutamanya PPKI terus mencipta kejayaan demi kejayaan. Saya yakin semuanya ini adalah hasil usaha setiap guru dan pelajar di sekolah berkenaan untuk mencipta nama baik sekolah dan kecemerlangan. Tahun ini mereka menunjukkan kehebatan dengan merangkul beberapa hadiah utama pelbagai kategori dan yang palin membanggakan adalah kejayaan merangkul juara nasyid. Persembahan mereka amat hebat dan cukup padu! Dimaklumkan mereka mendapat tempat ke 2 pada peringkat daerah Tampin ditangan STAR, Gemas. Namun diperingkat negeri mereka menewaskan sekolah berkenaan untuk muncul juara! Tahniah...Semangat ini perlu kita contohi di SMK TTJ... Gabungan tenaga veteran dan muda di SMK Jelai Felda ternyata hebat...!

TAHNIAH ...buat Pn. Saniah dan rakan-rakan...

serta pengurusan SMK Jelai Felda...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TELAH BERMULA...







SELAMAT MENHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN....

peperiksaan telah bermula sejak 9 Mei 2011 yang lalu. Peperiksaan bermula dengan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dan diikuti oleh pelajar menengah rendah (peralihan-tingkatan 3) pada 14 Mei 2011)yang lalu. Didoakan agar semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan betul.

Bagi semua pelajar, peperiksaan pertengahan tahun ini adalah penting. Ini kerana beberapa perkara:

1. Pencapaian pada peperiksaan ini akan menjadi kayu pengukur bagi kita
1.1 mengkategorikan para pelajar kepada kelompok seperti:

a) Kumpulan Terbilang (Target semua A)

b) Kumpulan Cemerlang (Sasaran 4A - 7 A)

c) Kumpulan Sandaran (Kumpulan 1A - 3A)

d) Kumpulan Harapan (kumpulan harus lulus)

1.2 Membolehkan pelajar meraih ganjaran melalui Skim Insentif Akademik
-Target A

1.3 Pengagihan Modul Latihan melalui Program Lonjakan Saujana

Oleh itu, diharapkan agar para pelajar mengambil berat terhadap pencapaian di dalam peperiksaan ini dengan memberikan usaha yang lebih untuk mencapai kejayaan. Fokuslah kepada peperiksaan.

Berkaiatan dengan peperiksaan juga, suatu perkara yang nyata ialah, sekolah menjadi lebih senyap. Ini kerana semua orang fokus terhadap peperiksaan dan tidak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah serta tidak merayau-rayau tanpa tujuan. Jika semangat ini dapat diteruskan pada hari-hari biasa , saya yakin bahawa sekolah ini akan dapat mencipta kejutan yang besar .Bersedialah untuk perubahan !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...