SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 22, 2011

TAHNIAH PPKI SMK TTJ....NAIB JOHAN TILAWAH PEREMPUAN..MTAQ NEGERI SEMBILAN 2011





SEKALUNG TAHNIAH...kepada semua guru dan pelajar PPKI sekolah yang telah berjaya mendapat tempat kedua di Pertandingan MTAQ PPKI peringkat Negeri di SMK DUMA, Jelebu , pada 19 Mei 2011 yang lalu.Pasukan nasyid sekolah walau bagaimanapun gagal mendapat tempat di dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan ini sudah pasti akan menguatkan lagi semangat para guru untuk mendidik pelajar-pelajar dengan lebih tekun lagi. Banyak lagi usaha yang boleh dipertingkatkan dan dilakukan untuk muncul juara di dalam sebarang kategori.

Sesungguhnya untuk muncul juara perlukan kegigihan yang melampaui kebiasaan! Kita mestilah melakukan usaha yang luarbiasa untuk mendapatkan hasil yang luarbiasa! Contohilah beberapa sekolah yang telah berjaya. Contohi usaha dan kegigihan mereka dalam mencapai kejayaan. Latihan yang lebih hebat dan lama diperlukan untuk menjadikan pasukan kita sebagai juara. Latihan juga perlulah berterusan...setiap hari dan mestilah berusaha mendapatkan bantuan mereka yang pakar didalam bidang berkenaan. Contohi usaha pasukan bolasepak wanita kita yang muncul juara Piala Gothia!

Kita harap PPKI sekolah ini akan mampu meningkatkan pencaapaian mereka. Dalam usaha ini beberapa perkara perlu diambil kira:

1. Mestilah ada sasaran/ KPI untuk dicapai
2. Jadikanlah sebagai aktiviti berterusan/ Projek
3. Dapatkan bantuan pakar
4. Adakah program pendedhan kepada pelajar untuk memantapkan kemahiran mereka.

Dalam usaha ini , saya telahpun mencadangkan agar diadakan Karnival Nasyid peringkat sekolah. Tujuannya ialah untuk mencungkil bakal nasyid di kalangan pelajar sekolah dan menjadikan nasyid sebagai program tahunan kita. Secara tidak langsung ia bakal menyediakan dan mempersiapkan pelajar kita untuk menghadapi MTAQ pada tahun hadapan.

TAHNIAH -PPKI SMK JELAI FELDA-JOHAN NASYID MTAQ PERINGKAT NEGERI 2011







TAHNIAH....DAN SEMOGA TERUS CEMERLANG...

SMK Jelai Felda terutamanya PPKI terus mencipta kejayaan demi kejayaan. Saya yakin semuanya ini adalah hasil usaha setiap guru dan pelajar di sekolah berkenaan untuk mencipta nama baik sekolah dan kecemerlangan. Tahun ini mereka menunjukkan kehebatan dengan merangkul beberapa hadiah utama pelbagai kategori dan yang palin membanggakan adalah kejayaan merangkul juara nasyid. Persembahan mereka amat hebat dan cukup padu! Dimaklumkan mereka mendapat tempat ke 2 pada peringkat daerah Tampin ditangan STAR, Gemas. Namun diperingkat negeri mereka menewaskan sekolah berkenaan untuk muncul juara! Tahniah...Semangat ini perlu kita contohi di SMK TTJ... Gabungan tenaga veteran dan muda di SMK Jelai Felda ternyata hebat...!

TAHNIAH ...buat Pn. Saniah dan rakan-rakan...

serta pengurusan SMK Jelai Felda...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TELAH BERMULA...







SELAMAT MENHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN....

peperiksaan telah bermula sejak 9 Mei 2011 yang lalu. Peperiksaan bermula dengan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dan diikuti oleh pelajar menengah rendah (peralihan-tingkatan 3) pada 14 Mei 2011)yang lalu. Didoakan agar semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan betul.

Bagi semua pelajar, peperiksaan pertengahan tahun ini adalah penting. Ini kerana beberapa perkara:

1. Pencapaian pada peperiksaan ini akan menjadi kayu pengukur bagi kita
1.1 mengkategorikan para pelajar kepada kelompok seperti:

a) Kumpulan Terbilang (Target semua A)

b) Kumpulan Cemerlang (Sasaran 4A - 7 A)

c) Kumpulan Sandaran (Kumpulan 1A - 3A)

d) Kumpulan Harapan (kumpulan harus lulus)

1.2 Membolehkan pelajar meraih ganjaran melalui Skim Insentif Akademik
-Target A

1.3 Pengagihan Modul Latihan melalui Program Lonjakan Saujana

Oleh itu, diharapkan agar para pelajar mengambil berat terhadap pencapaian di dalam peperiksaan ini dengan memberikan usaha yang lebih untuk mencapai kejayaan. Fokuslah kepada peperiksaan.

Berkaiatan dengan peperiksaan juga, suatu perkara yang nyata ialah, sekolah menjadi lebih senyap. Ini kerana semua orang fokus terhadap peperiksaan dan tidak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah serta tidak merayau-rayau tanpa tujuan. Jika semangat ini dapat diteruskan pada hari-hari biasa , saya yakin bahawa sekolah ini akan dapat mencipta kejutan yang besar .Bersedialah untuk perubahan !

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT BERSARA TUAN PPD TAMPIN..TUAN HJ. MAD ARIS AZIS






Selamat Bersara dan semoga beroleh ketenangan dan kebahagiaan selepas memberikan perkhidmatan terbaik selama 35 tahun sejak dari tahun 1977 hingga 2011. Tarikh persaraan beliau jatuh pada hari jadi yang ke 58 iaitu pada 4 Mei 2011 tempohari.

Persaraan beliau saya coretkan di sini kerana bukan hanya sebagai menghormati beliau sebagai ketua saya semasa di SMK Jelai Felda yang terletak di bawah PPD Tampin, malahan lebih sebagai seorang sahabat dan rakan sekerja selama berkhidmat di SMK Dato Sedia Raja, Rembau sejak tahun 1985 dahulu sehingga 1998 apabila kami sama-sama dinaikkan pangkat sebagai GPK Hem. Saya ke SMK Mambau dan beliau ke SMK Dato Abdullah , Rembau. Sehinggalah akhirnya , saya sempat berkhidmat dibawah pimpinannya apabila saya ke SMK Jelai Felda selama 2 tahun 9 bulan. Sebelum itu hubungan kami amat rapat apabila sama-sama menjadi pengadil bolasepak sehingga ke peringkat Kebangsaan dan saya berpeluang bertugas sebagai pengadil di peringkat Antarabangsa (FIFA)

Sepanjang tugas beliau sebagai ketua di PPD Tampin, saya melihat ketokohan beliau dengan sikap tenang, teliti dan sabar yang cukup tinggi.. Sikap sabarnya ini membuatkan beliau susah untuk meluahkan rasa marahnya..apatah lagi untuk mengherdik atau menengking orang bawahannya...Tidak hairanlah , persaraannya diraikan dengan penuh hormat dan hebat...Seperti kata Tuan pengarah Pelajaran N. Sembilan, hanya 2 orang sahaja dalam sejarah hidupnya sebagai pendidik, melihat ketua pendidik yang diraikan dengan kereta antik semasa persaraannya dan ini membuktikan betapa orang bawahannya menyayanginya..

Terima kasih di atas segala-galanya , khususnya bantuan dan sokongan kepada saya semasa di SMK Jelai Felda. Banyak bantuan dan bimbingan yang diberikan dan sudah pasti ia akan menjadi kenangan dan diabadikan di dalam sanubaru warga SMK Jelai Felda sebagai bukti sokongan terhadap kami dulu...

"SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA BERBAHAGIA..."

SELAMAT HARI GURU..BUAT SEMUA CIKGU YANG DIHORMATI...


















SELAMAT HARI GURU ...buat semua guru yang berjasa kepada pembangunan negara dan membina insan yang berguna...Walaupun , kerapkali jasa dan sumbangan guru dipandang rendah dan diperlekehkan...kita yakin semua guru bangga dengan kerjaya mereka...

Pada masa kini, tugas guru sudah jauh lebih berat dan memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Tugas guru bukan hanya setakat mengajar di dalam kelas tetapi yang lebih penting ialah menyediakan para pelajar kita untuk menjadi insan berguna apabila keluar nanti dan diterima oleh pasaran...Justeru itu, ilmu pengetahuan tentang subjek sudah tidak memadai lagi...pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran terkini tentang ICT, sosial dan yang paling penting adalah membekalkan ilmu akhirat dan akhlak mulia di samping sikap yang positif. Ini sudah pasti akan menjadi satu tugas yang amat sukar...Ditambah dengan cabaran yang pelbagai, guru harus sudah bersedia dengan segala ilmu dan kemahiran dan pengetahuan bagaimana untuk menghadapi cabaran tersebut...

Tugas guru kalau ditimbangkan dengan neraca wang dan upah..sudah pasti akan membuat kita hampa...memang, kadangkali apa yang kita korbankan, memang tidak berbaloi dengan upah yang kita terima..guru bukan lagi bertugas dari 7 pagi hingga 2 petang. Kini tugas guru sudah melangkaui masa dan lingkungan tugas hakiki mereka. Namun , yakinlah wahai rakan guru...sesungguhnya apa yang kita mahukan daripada tugas kita ini adalah:

1. Keredhaan Allah terhadap tugas kita
2. Rezeki yang Halal
3. Kepuasan diri kerana dapat menyumbang sesuatu
4. Maruah, dan integriti diri
5. Kecemerlangan anak didik kita
6. Kecemerlangan organisasi

Sematkanlah di dalam hati dan yakinkanlah bahawa...rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit...rezeki Allah maha luas dan pelbagai bentuknya dan Dia memberikannya mengikut kemampuan orang tersebut...

Kuatkanlah tekad dan azam kita...

SELAMAT hARI gURU....

Tuesday, May 10, 2011

AMALI PENGURUSAN JENAZAH












Alhamdulillah...akhirnya terlaksana juga program kerohanian Amali Pengurusan Jenazah Peringkat SMK TTJ 2011 ini. Program yang berlangsung pada pagi isnin ini ternyata mendapat sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada para pelajar. Ternyata ramai para pelajar yang teruja untuk merasai pengalaman menguruskan jenazah . Semoga pengetahuan dan pengalaman ini akan dapat digunakan oleh mereka untuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat mereka.

Ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada para ustaz dan ustazah dari pada Panitia Pendidikan Islam yang berjaya mengadakan kursus ini selepas kursus Amali Haji yang diadakan pada hari sabtu lalu.

Ramai pelajar yang respon baik terhadap program kerohaniaan ini. Ternyata mereka masih memerlukakan beberapa program kerohaniaan seperti begini. Kita harap pihak panitia akan terus aktif memdedahkan para pelajar Islam kita dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang bakal mereka gunakan kelak.

Saturday, May 7, 2011

TAHNIAH HAJI DAN HAJAH SMK TTJ...KURSUS IBADAH HAJI PRKT SMK TTJ 2011






ALHAMDULILLAH...hari ini berlangsunglah salah satu program kerohanian di sekolah ini iaitu Kursus Ibadah Haji Peringkat sekolah. Kursus ini adalah anjuran Panitia Agama Islam dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Seremban dan fasilitator terlibat. Hampir semua pelajar tingkatan 5 melibatkan diri di dalam program ini. Ternyata , para pelajar amat bersemangat mengikuti kursus ini dan mengikutinya dengan penuh disiplin.

Penglibatan pelajar kita juga mendapat pujian fasilitator apabila para pelajar menunjukkan dsiplin tinggi dan dapat menjawab soalan-soalan berkaitan ibadah haji dengan cemerlang.

Program ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai ibadah haji secara praktikal kepada semua pelajar khususnya pelajar tingkatan 5, selari dengan sukatan pelajar mereka . Ia juga bertujuan untuk membantu pemahaman pelajar tentang ibadah haji untuk kemudahan mereka menjawab soalan ini di dalam peperiksaan SPM nanti.

Rata-rata pelajar melahirkan rasa bangga dan yakin mereka mampu memperolehi pemahaman yang lebih detail tentang subjek.

InsyaAllah, pihak panitia pasti akan merancang program-program lain dan antaranya ialah Program Amali Sembelihan pada bulan Julai nanti.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, khusu kepada semua ustaz dan ustazah dan pelajar tingkatan 5 .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...