SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 1, 2011

PROGRAM RAUDATUL SAKINAH PELAJAR PEREMPUAN ISLAM






TAHNIAH kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan program tazkirah khas untuk pelajar perempuan islam di sekolah ini. Program ini adalah bertujuan untuk mengisi masa semasa Solat Jumaat dengan memberikan bimbingan berkaitan soal akhlak dan fardhu ain kepada pelajar perempuan islam.

Program ini berjalan pada setiap minggu dengan diselang-selikan tingkatan yang terlibat disebabkan kekurangan tempat dan ruang di suarau sekolah. Pengendalian program dilaksanakan oleh guru-guru agama perempuan di sekolah ini .

Apa yang diharapkan , agar pelajar kita terus mempunyai kekuatan untuk berakhlak mulia di samping terus mengamalkan ibadah dengan betul dabn berterusan.

Bagi, tahun ini , kita juga telah menasihatkan agar semua pelajar islam memberikan pehatian kepada penjagaan aurat ketika berada di sekolah. Sebagai langkat awal , pelajar dinasihatkan agar sentiasa memakai baju berlengan panjang atau memakai 'inner'. Perancangan pada tahun hadapan adalah , agar koperasi terus menempah baju berlengan panjang untuk kegunaan pelajar perempuan .

bagi pelajar lelaki pula pemakaian seluar sukan panjang juga adalah digalakkan , agar tidak menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan semua warga sekoalh.

Moga-moga segala usaha ini akan mendapat keberkatan illahi dan kita akan sentiasa di bawah jagaanNya.

PROGRAM BINA INSAN PELAJAR BUKAN ISLAM SMK TTJ




DALAM USAHA menjadikan sekolah sebagai tempat menunutut ilmu yang selamat, kondusif dan sentiasa dalam lingkungan moral dan akhlak yang baik, segala usaha yang baik haruslah diberikan keutamaan. Justeru itu, di samping pelajar islam menjalani program kerohanian dengan membaca yasin, solat Taubat dan solat Hajat, pelajar bukan islam juga mempunyai program Binan Insannya sendiri. Namun matlamatnya adalah untuk memupuk budaya sihat , berakhlak dan menjadi insan yang berguna kepada semua warga sekolah.

Program ini dilaksanakan oleh pihak kaunseling sekolah di bawah bimbingan encik Param dan guru-guru india yang lain. Aspek moral dan budi pekerti mulia adalah tunjang utama program ini.

Apa yang diharapkan adalah supaya program ini akan dapat membantu setiap warga sekolah menjadi warga yang cintakan keamananan dan kesejahteraan dan menjadikan kawsan sekolah kita sebagai kawasan yang selesa.

Tahniah kepada semua!

TERIMA KASIH PASUKAN BOMBA SENAWANG...






TERIMA KASIH...itulah ungkapan yang dapat diucapkan kepada pasukan Bomba Senawang yang amat bermurah hati membantu usaha membersihkan kawasan tapak Dataran Cendiakawan untuk tujuan mengadakan program Kerohanian sekolah. Bermula pada minggu 24 April 2011 yang lalu, program kerohanian setiap jumaat diputuskan untuk dilaksanakan di Dataran ini yang meliputi program Baca yasin, solat Taubat dan solat hajat bagi semua pelajar islam . Moga-moga usaha tuan-tuan akan dibalas dengan keberkatan dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

Apa yang diharapkan kepada semua pelajar, jagalah kebersihan dataran ini dan kawasan sekolah yang lain. Ia adalah gambaran/ imej dan sikap kita dalam menjadi warga sekolah yang terdidik dan berakhlak mulia. Bangsa yang sentiasa menjaga kebersihan, adalah bangsa yang terdidik dan maju.

PROGRAM KEROHANIAN SETIAP JUMAAT












Alhamdulillah...seperti yang dirancangkan, program kerohanian di SMK TTJ memasuki fasa kedua dengan perlaksanaan pengisisan program yang antara lainnya ialah, bacaan yasin , solat taubat dan solat hajat pada setiap minggu. Bagi minggu ini, perlaksanaannya dilakukan di Dataran Cendiakawan SMK TTJ dengan melibatkan semua pelajar islam sekolah ini. Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Nizam dan bermula sekitar jam 7. 20 pagi.

Acara minggu ini adalah penambahbaikkan daripada program terdahulu iaitu dengan melibatkan semua pelajar dan guru-guru Islam berbanding dengan sebelumnya yang hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 5 yang diadakan di surau sekolah.

Apa yang diharapkan melalui program ini ialah, supaya kita terus memohon keberkatan dan kekuatan di dalam menjalankan segala tugas dan dalam menghadapi peperiksaan dan pelajaran seharian. Ia juga adalah merupakan satu galakan kepada setiap pelajar Muslim agar terus memantapkan akhlak dan roh islamiah dalam menjadi insan mulia. Kekuatan doa melalui bacaan yasin dan solat hajat diharapkan akan menambahkan kekuatan jiwa untuk terus berdoa dan bergantung harap kepada Allah dalam usaha kita mencapai kecemerlangan.

Melalui program ini juga diharapkan akan dapat mendidik para pelajar dengan sikap saling hormat menghormati dan menjalinkan ukhwan sesama islam melalui bersalaman dan salang bermaafan pada setiap kali penghujung program tersebut. Diharapkan juga hubungan ikrab dan tulus antara pelajar dan pelajar serta antara guru dan pelajar akan dapat mewujudkan suasana harmoni di sekolah ini. Ini selaras dengan Program Salam yang dilancarkan oleh pihak sekolah sebelum ini.

Pihak sekolah turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba Senawang yang telah membantu membersihkan kawasan dataran sehari seblum berlangsungnya program ini.

Sunday, April 24, 2011

4 PEMAIN KITA KE USA..


TAHNIAH..Buat 4 pemain kita yang terpilih mewakili pasukan Bolasepak Wanita Malaysia mengadakan Lawatan Ke USA selama 2 minggu. Ini merupakan pencpaian tertinggi bagi pemain kita dan secara tidak langsung membuktikan kita punyai kekuatan untuk menjadi sekolah yang hebat!

Diharapkan agar pemain-pemain ini akan menimba pengalaman yang seluas mungkin pada sepanjang lawatan tersebut.

Bagi pihak sekolah , kita ucapkan Selamat Berangkat ke USA...semoga bergembira ..selamat pergi dan Selamat kembali....

Inilah semangat yang ingin kita tonjolkan . semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada setiap warga sekolah untuk mencipta seberapa banyak kejayaan yang hebat..!

SMK TMN TUANKU JAAFAR..KE SWEDEN..TAHNIAH..!






TAHNIAH....!!! SMK TAMAN TUANKU JAAFAR membuktikan kehebatannya!

Pasukan Bolasepak wanita SMK Taman Tuanku Jaafar menepati ramalan awal sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Pertandingan Gothia Cup Peringkat Negeri Sembilan dengan membenam pasukan Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SMK Zaaba) dengan jaringan 5-0. Pasukan ini juga mencipta rekod dengan memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir. Pada separuh akhir , SMK Taman Tuanku Jaafar mengalahkan pasukan SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dengan jaringan 1 -0.

Pujian harus diberikan kepada usaha gigih dan semangat juang yang tinggi setiap pemain dalam setiap perlawanan yang dilalui. Keyakinan dan semangat ingin menang, memastikan mereka bermain bermati-matian tanpa mengira penat lelah dan provokasi pasukan lawan.

Ucapan tahniah juga kepada pengurusan pasukan yang terdiri daripada jurulatih, pengurus pasukan, Pn. Mogana, pn. hanim, Pn. Siti Khadijah, GPK Koku, Pn. Helmi dan Pn. Sabariah (jurufoto) yang telah bersama pasukan sejak dari pagi lagi. Suntikan semangat daripada semua termasuk pengetua yang turut hadir sejak jam 9 pagi, ternyata memberikan keyakinan kepada pasukan.

Diharapkan agar semua pemain akan meningkatkan lagi mutu permainan melalui latihan yang rapi sama ada dari segi fizikal atau taktikal. Apatah lagi, pasukan kita akan bermain di kejohanan Gothia Cup Peringkat Antarabangsa di Sweden nanti.

Bagi pihak sekolah, kita berasa amat bangga. Kejayaan ini membuktikan kita mampu mencipta kecemerlangan dan kehebatan melalui kegigihan dan keyakinan kita sendiri.

Marilah kita doakan kejayaan pasukan kita di Sweden nanti...

Saturday, April 23, 2011

SMK TTJ kini dipasang WIFI sepenuhnya...

ALHAMDULILLAH... Kini semua warga sekolah mampu mengakses internet secara percuma di kawasan sekolah melalui pemasangan WIFI di seluruh kawasan sekolah kini. Ucapan terima kasih khusus kepada Encik NurHaslin Moksin dan Encik Abu Darda dari SMK Jelai Felda yang telah bertuingkus lumus selama 3 hari untuk memastikan kita dapat menikmati internet di seluruh kawasan sekolah kita.
Hal ini merupakan sebahagian daripada perancangan dalan Pelan Pembangunan ICT yang akan diwujudkan di sekolah ini. Antara yang akan kita laksanakan nanti ialah:

1. Kursus Pembinaan Blog Panitia dan Unit-Unit pada 7 Mei nanti ( Sesiapa yang berminat, sila daftar nama kepada Guru ICT)

2. Kursus Pembinaan Web sekolah
3. Kursus Portal ThinkQuest dan Project Base Learning (PBL)
4. P & P Bestari melalui mengagihkan LCD dan Laptop kepada K. Bidang
5. Program I Guru I Laptop ( Mewajibkan semua guru ada laptop peribadi sendiri)
6. Program e-mail Sekolah ( Semua Guru/ staf dan pelajar mesti ada e- mail sendiri)
7. Lawatan Kolaborasi ICT dengan sekolah luar negara.

Diharapkan juga agar semua warga sekolah akan menyambut usaha ke arah ICT ini dengan hari yang terbuka dan berfikiran positif.

Dalam dunia sekarang, penguasaan terhadap ICT adalah perkara yang lumrah. Apatah lagi bagi kita yang berada di kawasan bandar ini, penguasaan ICT dan pemilikan alatan ICT sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Kita tidak boleh ketinggalan!Jika kita tidak bergerak ke arah penguasaan ICT ini , maka kita menjadi orang yang ketinggalan. Malah lebih jauh tertinggal berbandiing sebahagian pelajar dan warga sekolah di luar bandar yang walaupun serba kekurangan tetapi telah jauh ke depan di dalam dunia ICT ini. Kita pasti malu!

Bagi para pelajar yang mahu mengakses internet pada waktu petang , bolehlah membawa laptop mereka ke sekolah. Namun pastikan anda mengakses hanya ke laman-laman pendidikan dan yang berguna kepada pelajaran sahaja. Banyak blog, web yang berkaitan dengan pelajaran yang boleh dilayari untuk kemajuan pelajaran pelajar. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin.

InsyaAllah, terget kita ialah untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak sekolah kita. Kita akan cuba mengangkat nama sekolah melalui ICT. Ini kerana hanya melalui ICT kita ' mampu pergi jauh , dengan kos yang murah dan mudah'...ICT....'MURAH..MUDAH...MELANGKAUI SEMPADAN..'
amai pelajar kita yang berbakat dan berkemahiran di dalam ICT. Sumbangkanlah kepakaran kamu untuk membantu manaikkan nama sekolah kita...
Saya lihat r

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...