SMK Jelai Felda mengorak langkah untuk menyahut cabaran Anugerah Sekolah Cemerlang dengan mengadakan lawatan penanda arasan ke SMK Jitra dan SMK Ibrahim di Sg. Petani Kedah. Rombongan lawatan terdiri daripada semua pasukan pengurusan di ketuai oleh Pengetua, Semua GPK, Ketua Bidang, Guru-Guru Cemerlang. Ketua Panitia, KPT , dan staf sokongan. Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu untuk dibawa balik ke SMK Jelai Felda, untuk tujuan penambahbaikan sekolah. Memang banyak yang dapat dipelajari terutama idea-idea inovasi. Kelihatannya rata-rata ahli rombongan amat teruja untuk melakukan perubahan demi sekolah dengan mengumpulkan sebanyak maklumat, gambar untuk dianalisis dan diadaptasi ke persekitaran sekolah. Tempoh lawatan yang singkat ternyata mengecewakan ahli rombongan . Namun, kita yakin kita semua sudah ada keyakinan untuk turut berubah ke arah kecemerlangan setara dengan pencapaian sekolah lain juga. Antara pengajaran penting yang diperolehi untuk mencipta kejayaan itu ialah, komitmen guru dan semua warga sekolah, idea inovasi dalam sebuah unit dan guru, keterbukaan dan sikap positif ke arah mencipta kejayaan.
SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, November 16, 2009
LAWATAN PENANDA ARASAN KE UTARA
SMK Jelai Felda mengorak langkah untuk menyahut cabaran Anugerah Sekolah Cemerlang dengan mengadakan lawatan penanda arasan ke SMK Jitra dan SMK Ibrahim di Sg. Petani Kedah. Rombongan lawatan terdiri daripada semua pasukan pengurusan di ketuai oleh Pengetua, Semua GPK, Ketua Bidang, Guru-Guru Cemerlang. Ketua Panitia, KPT , dan staf sokongan. Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu untuk dibawa balik ke SMK Jelai Felda, untuk tujuan penambahbaikan sekolah. Memang banyak yang dapat dipelajari terutama idea-idea inovasi. Kelihatannya rata-rata ahli rombongan amat teruja untuk melakukan perubahan demi sekolah dengan mengumpulkan sebanyak maklumat, gambar untuk dianalisis dan diadaptasi ke persekitaran sekolah. Tempoh lawatan yang singkat ternyata mengecewakan ahli rombongan . Namun, kita yakin kita semua sudah ada keyakinan untuk turut berubah ke arah kecemerlangan setara dengan pencapaian sekolah lain juga. Antara pengajaran penting yang diperolehi untuk mencipta kejayaan itu ialah, komitmen guru dan semua warga sekolah, idea inovasi dalam sebuah unit dan guru, keterbukaan dan sikap positif ke arah mencipta kejayaan.
Wednesday, November 11, 2009
SMK Jelai Felda Tetap Cemerlang di Anugerah PPD Tampin
Tahniah dan Syabas! Kepada semua warga SMK Jelai Felda kerana sekali lagi kita membuktikan bahawa "KITA MEMANG HEBAT". Dengan 10 Anugerah yang diterima, kita masih hebat berbanding sekolah-sekolah lain walaupun beberapa anugerah yang sudah pasti 'dalam tangan kita' tidak diberikan seperti anugerah olahraga, pada tahun ini. Antara anugerah yang diterima ialah:
1. Pesta Pantun
2. Surau Terbilang
3. Kantin Cemerlang
4. Program olahraga Terbaik
5. Sekolah Berwatak Olahraga
6. Pengelola Kadet KRS Lelaki
7. Pengelola Sayembara Puisi
8. Program Sekolah Selamat
Kita juga telah melakukan lonjakan hebat dalam kategori 'pengurusan sekolah cemerlang', dengan mendapat tempat kedua (kalah 7 mata daripada pemenangnya SMK TBS). Sesungguhnya kecemerlangan ini menjadi pendorong kepada usaha yang lebih gigih pada tahun hadapan. Sasaran kita sudah tentulah untuk menjadi JUARA!
Buat masa ini kita sedang bertanding di peringkat negeri untuk kategori :
SURAU TERBILANG
PBL (project Base Learning)
Kita berharap agar berjaya dengan cemerlang. Tahniah....!
Friday, November 6, 2009
KURSUS ASAS BLOGGING -SMK JELAI FELDA
Tahniah! dan selamat berkursus kepada para peserta kursus. Kursus yang akan berlangsung selama 3 hari bermula pada Jumaat 6- 8 November di bawah bimbingan Encik Muhammad bin Kamarulazizi dan rakan daripada Muslim Aid Asia. Terlibat sama ialah beberapa orang guru yang berminat untuk mendalamkan lagi ilmu berkaitan blogging.
Peserta mewakili badan-badan tertentu di sekolah ini seperti Pengawas PSS, Pengawas Sekolah, BADAR, dan Panitia Mata Pelajaran.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang blog dan diharapkan para pelajar akan mengaktifkan blog berkaitan sesuai dengan dasar sekolah untuk menjadikan ICT sebagai salah satu watak / kebitaraan sekolah ini. Ia juga sebagai persiapan sekolah ke arah Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) pada tahun hadapan , mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan.
Wednesday, November 4, 2009
PERIMU DAN MUSLIM AID -TURUT SAMA DI HARI QUALITI
Terima kasih kepada NGO Perimu dan Muslim Aid Asia yang sudi bersama di pameran Hari Qualiti SMK Jelai Felda pada 29 Okt 2009. 2 NGO yang terkenaal di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa ini tidak asing bagi warga SMK Jelai Felda kerana telah berkolobrasi dengan unit BADAR sekolah ini dalam Program Jati Diri Remaja Felda di sekolah ini pada 31 Mei -2 Jun 2009 yang lalu. Muslim Aid menumpu sumbangan di dalam bantuan kemanusiaan ke merata dunia. Kali pertama pihak sekoalh bekerjasama dengan Muslim Aid Asia adalah dalam program sumbang perigi , "WATER FOR LIFE' di Bangladesh pada Febuari 2009 yang lalu. Program bersama seterusnya ialah Bengkel Pembinaan Blog bagi Unit Ko-Kurikulum pada 6 hingga 8 November 2009 ini.
KEMERIAHAN HARI QUALITI SMK JELAI FELDA
Hari Qualiti diadakan serentak dengan Majlis Graduasi dan Hari Kecemerlangan Sekolah , Bermula jam 8 .30 pagi sehingga 5 petang. Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut dengan penglibatan pelajar sekolah, panitai, unit ko-kurikulu, penduduk Jelai Felda, NGO dan swasta serta pusat pengajian seperti Unikl dan lain-lain. Sebanyak 23 peserta luar dan swasta telah mengadakan pameran seperti polis, bomba, Rela, JPA3, UniKL, Giat Mara, Perimu. Muslim Aid Asia , cawangan Malaysia, Tabung Haji, Takaful, Hotlink, Adabi.
Di samping pameran , diadakan juga pertunjukan dan pertandinga seperti Futsal, pertandingan memasak tajaan Adabi, dan pertunjukan Roket oleh Panitia Sains & Matematik. Perimu(NGO dari K, Lumpur ) juga telah membuat persembahan dan membimbing pelajar yang berminat di dalam muzik. YB Zainab Nasir telah berkenan untuk melawat tapak pameran dan jualan selepas tamat Majlis Graduasi.
HARI KECEMERLANGAN SMK JELAI FELDA
Hari kecemerlangan SMK Jelai Felda 2009, buat pertama kalinya diadakan di sekolah ini dan serentak dengan 2 majlis lain iaitu Graduasi dan Hari Qualiti atau Hari Terbuka sekolah. Pada majlis ini penganugerahan diberikan bukan sahaja kepada para pelajar yang mencipta kejayaan di dalam akadeainab Nasmik, ko-kurikulum, malah melibatkan pelajar yang telah mencipta lonjakan sahsiah, kepimpinan dan anak-anak yatim. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh YB Shamsulkahar Mohd. Deli, Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Zainab Nasir, Exco Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Tuan Mohd. Radzi Wahab, Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta, mewakili Pengarah JPNS, Tuan Timbalan PPD Tampin, Puan Siti Noridah Ujang dan pengerusi PIBG. Sambutan ibu bapa amat menggalakkan dan tahniah diucapkan.
Penyampaian didahului dengan anugerah Skim Insentif Olahraga dan Olahraga Plus Akademik kepada atlit sekolah.
Turut diberikan penghargaan ialah kepada guru-guru yang menunjukkan kecemerlangan dan 8 kaategori seperti Guru kreatif/ Inovasi, Pencapaian Tertinggi Kebangsaan dan Antarabangsa, Guru Dedikasi dll. Anugerah Panitia Cemerlang juga diberikan penghargaan.
Pihak sekolah dan PIBG telah membelanjakan sekitar RM5600.00 untuk penyediaan hadiah berupa plak, sijil dan wang tunai kepada pemenang. Turut diberikan penghargaan ialah anggota masyarakat yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan program sekolah seperti Tn. Hj. Abd. Rahman, Nazir Masjid Jelai 3 dan Dr. Norsiah daripada Hospital Daerah Tampin bagi Anugerah Komuniti Terbilang.
Acara selingan dihiasi dengan persembahan nyanyian oleh pelajar sekolah, tarian oleh pelajar pendidikan khas SMK Jelai Felda dan persembahan Khas oleh Iedet,dan rakan daripada PERIMU ( Persatuan Pencinta Muzik Malaysia) sebuah NGO dari Kuala Lumpur,yang telah berkolobrasi dengan SMK Jelai Felda
Terima kasih di atas sumbangan semua dan syabas kepada semua penerima anugerah dan teruskan kecemerlangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)