SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, October 29, 2013

JERSEY RASMI SMKTTJ 2014- TELAH SIAP...

 Salah satu perkara utama di dalam memperkatakan kebaikan dan kehebatan Sarana ialah perkongsian idea di dalam memajukan sekolah. Melalui perkongsian idea dengan pihak luar seperti pihak swasta, pelbagai perkara dan inovasi dapat dihasilkan untuk memastikan sekolah terus berkembang dan para pelajar mendapat faedahnya.




Melalui perkongsian idea bersama Saudara Chow Chee Weng, bekas pemain bolasepak Negeri Sembilan inilah terhasilnya jersey rasmi SMKTTJ yang akan mula dipakai untuk semua pasukan sekolah ini pada tahun hadapan.
ini merupakan suatu inovasi yang hebat kerana ia sudah pasti melonjakkan nama SMKTTJ sebagai sebuah sekolah yang pertama mempunyai jersey rasmi yang sama bagi semua pasukan sekolah dan ditaja oleh penaja-penaja.

Selain daripada bertujuan untuk mendapatkan dana untuk projek ini, ia juga adalah sebagai satu menifestasi perlaksanaan program Sarana yang hebat , iaitu apabila kerjasama yang dijalin buka hanya boleh memberi manfaat kepada sekolah , namun yang penting adalah pihak sekolah juga boleh mempromosikan' partners' atau rakan kolaborasi di dalam Sarana ini kepada masyarakat. Ia juga sudah pasti akan mampu menaikkan semangat para pelajar sekolah ini yang pasti harus berbangga apabila SMKTTJ menjadi satu-satunya sekolah yang mempunyai identiti tersendiri.

Hasil daripada kerjasama yang ditunjukkan melalui penajaan jersey ini, beberapa aktiviti dan sokongan lain sedang diatur di antara sekolah dan rakan kolaborasi untuk mereka membantu segala program sekolah pada masa akan datang..

Terima kasih di atas sokongan semua partners dan ini membuktikan Sarana , adalah suatu program yang amat bermakna dan bermanfaat kepada sekolah dan semua...InsyaAllah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...